yg sudi bersama cm....

Ahad, Ogos 30

Susah ker kita menolong orang????

Malam tadi,aku tak boleh tidur lena,anakku dina diserang demam lagi,kali ni dia demam panas.Dalam hati aku kuat berdoa janganlah dia diserang asma lagi,kami kini berada di kampung,disini klinik 24 jam jauh dari kampung,kalau dibandar melaka adalah.hospital Melaka pun jauh kira-kira 20km dari kampungku.Alhamdullah,anakku cuma demam,asmanya tidak menyerang.Pagi esok demamya kebah dan hari ni dia boleh main macam biasa,Syukur pada Allah.



Merenung dina,aku tetap rasa dina beruntung walaupun dia sakit,sebabnya...aku ada kereta,aku boleh memandu,abahnya juga begitu,aku boleh bawa dia dapat rawatan segera jika dia diserang asma.Siapa yg ada anak atau pengidap asma cukup tahu bagaimana keadaan pengidap asma jika mereka tidak dapat rawatan segera,mereka sangat sesak,dada akan jadi ketat,nafas tercunggap jika sangat serius ia boleh membawa kepada kematian,ini menginsafkan aku bagaimana jika ia terjadi pada kanak-kanak miskin yang ibubapanya tidak mempunyai kenderaan sendiri,.................Persoalan ini membawa aku pada satu kisah benar.....ikutilah kisah ini....


.............................................................................................................................................................

(Satu malam yang dingin.....di sebuah kawasan setinggan di pinggir ibu kota.....1975...)

Musim hujan datang lagi...Angin malam mengelus-gelus tubuhnya.....seorang gadis kecil mula resah,dadanya mula sempit,nafasnya mula pendek,menarik nyawa hingga lekuk perut dan halkum,gadis ini merintih,nafas yang keras disertai dengan bunyi batuk yang mendesah mengejutkan ibubapa dari lena,abah yang penyayang mula sedar anak gadisnya mula dihimpit kesesakan.....sepantas kilat lelaki ini bangun......

"'yah,bangun,,,bangun..!!!''.si ayah mengejutkan isterinya di pembaringan.....
"Ila semput tu....bangun.."".si ayah menyambung...
Bingkas si ibu bangun,,,mendapatkan anak gadisnya yang sudah mula tercunggap-cunggap...tanganya mencapai sebotol minyak panas,,,di sapu di dada gadis kecil tu,dibaringkan anaknya diriba,,,diurut-urut belakang dan dada...tapi nyata keadaan gadis kecil ini makin meresahkan......


"Bang,,kita kena bawak ilah ke hospital ni.""...ibu bersuara resah.....
Ayah memandang sayu wajah isteri dan anak gadisnya...
"dah pukul 2 pagi ni.....camner nak pergi,kita bukan ada kereta".....
"hisss tak boleh tunggu pagi ni....budak ni teruk..ibu menyambung....
"dah kejutkan ajin suruh dia pergi rumah Alang dan Busu minta tolong hantar ila ke hospital.'.....ibu mengarah pantas sambil jarinya mengusap dada gadis yg sedang sesak tu........
Ajin ,seorang budak lelaki yang baru berusia 7 tahun terpisat-pisat bangun dari tidur,dan faham segala arahan bapanya,Tanpa rasa bimbang,yang ada cuma rasa sayang dan simpatinya pada kakak melenyapkan rasa takut pada kegelapan malam......


"Pak Alang,!!Pak Alang,!!Pak Alang.!!..Ajin mengetuk pinntu rumah bapa saudaranya...suaranya memecah kesunyian malam......
Pintu terkuak,pak alang dihadapannya.."".hah apahal...""
''Pak Alang abah mintak tolong hantar kakak ke hospital...""..ajin yang lurus memberitahu tujuannya ke rumah lelaki di hadapanya....
""Eh budak,,,,ko ingat "AKU NI DREBAR KAU....."....kau balik sekarang..aku nak tidur.""...pak alang menutup pintu keras......Ajin terpingga-pingga

Ajin meneruskan perjalanan ke rumah Busunya pula....hanya dua orang bapa saudara yang terhampir berkereta masa tu.....


"Busu,Busu.Busu."...ajin mengetuk pintu rumah pakciknya.....
3 minit pintu terbuka.......""Nape malam-malam ni datang.."".
"Kakak semput ,mak mintak tolong bawak pi hospital.....Pak alang tak mahu bawak...Ajin memberitahu jujur...
"Kau baliklah,,,,aku tak naklah "BAWAK KERETA AKU PI RUMAH KAU YANG BECAK TU"....KOTOR KERETA AKU!!!!!!!!!pandailah bapak kau bawak anak dia gi hospital...."""

Ajin pulang ke rumah dengan hampa....dia memberitahu segalanya pada mak dan abahnya,di satu sudut kakaknya semakin lemah.Abahnya mencapai baju,mendukung gadis kecil ni ...


"yah.!!!.kita naik teksi jerlah.....tak payah mintak tolong orang....hampa kedengaran suara abah...
"Ada ker teksi malam-malam cam ni..""...suara ibu sebak
""Camner pun kita mesti bawa ila ke hospial...teruk budak ni.""...ayah menegaskan...

Di tepi jalan ...di malam yang dingin,abah,mak ,ila dan ajin menunggu teksi yang entah ada entah tidak....Ila duduk mengcangkung di tepi jalan...dia hanya mampu bertahan dengan nyawa yang tinggal sedikit....saat demi saat sangat meresahkan jiwa abah dan mak...hanya Allah tempat mereka berserah...ini semua dugaan.1 jam berlalu kelihatan sebuah teksi lalu dihadapan mereka,teksi tu lah yang membawa ila yang sudah kebiruan ke hospital Kuala Lumpur......

dan dalam keheningan malam itu ayah berpesan.....
"AJIN !!!!!!JIKA KAU SENANG,BERKERETA...BERGAJI BESAR JANGANLAH KAU SOMBONG DAN BONGKAK..BIAR ORANG BUAT KITA..KITA JANGAN BUAT ORANG..........PESAN ABAH BERSEMADI DI MINDA AJIN HINGGA KINI....."""
(Ajinlah temanku.....teman yang bercerita tentang berbagai kisah hidupnya yang penuh cerita....gembira duka dan lara...................)
..................................................................................................................................................

34 ulasan:

Atikah berkata...

Salam kak...

Itulah ragam manusia.... sukar untuk menghulurkan pertolongan disaat kita susah... kadang2 tak mengaku saudara... nak dtang rumah pun tak... tapi bila kehidupan kita dah senang, berlumba2 mengaku saudara... datang pulak ke rumah kita...

Che' Pit berkata...

salam CM

dah mmg adat manusia mcm tu.. walaupun tak semua, tapi kebanyakannya lah.. sy pun pernah alami.. sbb dah terdesak sgt, terpaksa tebalkan muka minta tlg kat seseorg, tapi mmg very unsangkarable reaksi dia.. terus senyap menyepi.. sampaikan puasa n raya pun tak sms langsung.. hmm takperlah..

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

disebalik gurau sendamu menyimpan satu yang bergelora di hati. Anak? mengidap asma.

anak saya orang pengidap asthm, yang sulung, ketiga dan yang bongsu. Yang paling kronik no yang kat unikl sekarang. Saya terpaksa beli alat nebulizer kerna tak larat uang alik ke hospital.

kena jaga anak2 tu CM.

jap lai nak n baru ni. bila2 jer nak release

Ayah Zain berkata...

salam CM,

itu lah ragam orang. sayang orang sama berada jadi kalau kita ni x ada apa-apa orang buat tak kisah.

rezeki berkata...

Salam CM,
kalau begitu anak CM tak boleh sejuk atau salah mkn,
cerita CM tu jadikan pengajaran pada kita agar jgn bersifat sedemikian. Tapi byk berlaku dlm dunia kehidupan realiti kita ni CM.
kesimpulan cerita CM psl anak, tu sebab, para isteri kena belajar memandu dan ada lesen krn kalau apa2 berlaku , kita boleh bertindak dgn pantas.

apiz hensem berkata...

sedih cerita tuh... sedara sendiri pon taknak tolong.. camner tu...

Imran Paris berkata...

CM....sebak saya baca kisah Ajin. Saya pun pernah gak melalui kisah2 sebegitu tp taklah setragis Ajin...siannya.

cikgu mas berkata...

Salam Atika

Betul,itulah yg terjadi pada Ajin,dia kini dah berjaya,semua saudara mara yg dulu meminggirkan mereka kembali merapatinya.Namun tiada demdam dihatinya,...itulah sahabatku..

cikgu mas berkata...

salam Che Pit..


Bila kita dah kena lagu tu,kita beringat,kita jangan buat peragai yg sama dengan orang yg macam tu,jangan berdemdam,apapun balasan urusan Allah..sekadar kita saling mengingati..

cikgu mas berkata...

Salam Ayah Zain

AZ pun ada anak yg macam tu,kita boleh dikatakan berkemampuan untuk menguruskan rawatannya,tapi bayangkan ibubapa Ajin yang serba kekurangan,ibubapa mana nk tengok anak derita,tapi apakan daya.Masa Ajin cerita pada saya,air matanya mengalir,kita mampu dengar dia yang merasai melihat sendiri penderitaan kakaknya yg disisih oleh saudara sendiri...

namun kesusahan yg membuat dia tabah dan kini dikurniakan Allah sesuatu yg istimewa dalam hidupnya...yang kalau AZ tahu Az pasti kata dia sangat bertuah...

Moga Allah melindungi Ajin dan kedua arwah ibu bapanya ,,,Amiiin

cikgu mas berkata...

Salam Az

Betul dalam dunia sekarang,walau tidak semua,manusia sekarang selesa rapat dgn org berduit,yg kaya dipuja...yang miskin dihina..

cikgu mas berkata...

Salam Rezeki

Cerita saya..cuma kisah anak saya yg saya kaitkan dengan kisah sedih seorang sahabat yang tabah hatinya...

Anak saya mmg tak boleh terdedah dgn cuaca sejuk, bila dah jadi macamni,saya memang seorang wanita yang independent...takat mana saya boleh lakukan tanpa menyusahkan suami saya akan lakukan..lama kelamaan,alah bisa tegal biasa..

cikgu mas berkata...

Salam Pizz


Sebenarnya sedara maralah yang paling `berkira` nk menolong..tapi bukan semua lah...harap kisah sedih ni,kita jadikan pengajaran,jangan sombong dan bongkak,Allah paling tak suka manusia sombong,,,

cikgu mas berkata...

Salam Imran

Waktu Ajin cerita pada saya,air matanya tak henti mengalir padahal lelaki tu!!!bukan kisah ni sahaja,dia miliki berbagai kisah sedih yang menjadikan dia seorang insan yg kuat.Kini dia dah dewasa,segala sejarah hidupnya membolehkannya ia mengenal dirinya sendiri,dari seorang pekerja biasa dia kini dah menjadi seorang Pengarah di sebuah tempat yg sangat istimewa,kesusahan bukan alasan untuk dia meraih kejayaan demi kejayaan...Sebagai sahabat saya amat bangga dengan dia...

Melalui kisah yg sama dgn Ajin..membolehkan Imran dapat merasai keperitanya...seperti pesan abah Ajin,janganlah kita SOMBONG DAN BONGKAK....

Noor berkata...

Salam CM,

itulah resam manusia.. bila susah dihina.. bila senang ditatang.. maka ramai lah yang mula mengaku sedara bila diri telah berada..

cikgu mas berkata...

Salam noor

harap resam dunia tu,tidak menjadi resam hidup kita..

Imran Paris berkata...

CM, komen CM "Bila kita dah kena lagu tu,kita beringat,kita jangan buat peragai yg sama"....buat saya tersenyum sendiri, selalu jugak saya ingatkan seseorang yg very close to me. Dia pernah susah, tak rami sedara yg membantu...kini bila dia senang dia pulak mula bersikap sombong sedemikian...saya kata kalau kita berdendam sampai bila akan ada kesudahannya. Kawan2 semua, ingatlah - Kebaikan di balas kebaikan adalah satu kebiasaan, kejahatan di balas kejahatan adalah satu dendam, tp kejahatan yang di balas kebaikan adalah satu KEMULIAAN....pikir2kanlah wahai sahabat ku sayang.

cikgu mas berkata...

Salam Imran

Komenmu sangat bermakna..

"Kebaikan dibalas kebaikan adalah kebiasaan,kejahatan dibalas kejahatan adalah satu demdam,kejahatan dibalas kebaikan adalah kemuliaan"....

yup,kita manusia biasa,kita mudah cenderung untuk membalas,maka saudaramu terarah ke situ,harap Allah memberi dia hidayah,Tapi Temanku Ajin,kesusahan menyebabkan dia menjadi semakin humble,rendah diri,saudara yg meminggirkannya dicari kembali,malah dia kini menjaga salah seorang bapa saudara yg tidak mahu menghantar kakaknya ke hospital,tanpa mengungkit kisah silam..BUKANKAH INI KEMULIAAN..

Imran Paris berkata...

CM....sememangnya satu KEMULIAAN yg perlu dicontohi semua, harap kita semua dapat pengajaran dr kisah sekecil tp bermakna ini.

cikgu mas berkata...

Imran,!!! nape tak tinggalkan jejak kt PDKM,tercari-cari IMran di Makkah,kami semua rindukan Imran di sana...

KAMATO berkata...

cuba cikgu bagi makan hati unta yag dikeringkan, mungkin boleh minta CL carikan, adik saya masa kecik dulu teruk semputnya selepas makan hati itu yg digoreng alhamdullilah hilang semputnya sampai sekarang

cikgu mas berkata...

Salam Kamato

Tq atas info,insyallah saya mintak tolong org pi makkah or cik lie carikan,dia kena baik tu,sebelum akil baligh ,takut melarat sampai tua..

Teja berkata...

Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia

Dr Chenta berkata...

Mudah2an Allah SWT sentiasa melembutkan hati dan mendorong kita menghulurkan bantuan terutamanya kepada yang memerlukan pada setiap masa dan keadaan, amin!!!

Hanis berkata...

salam kanda,

huhuhuh....dinda pernah mendengar cerita ini...huhuhu...dinda yg menangis pada masa tu...huhuhu..dinda tanak komen bebanyak..nanti nangis lg...huhuhuhu...."bantulah insan yg memerlukan dengan hati yang ikhlas & kerana Allah.."

Kak As. berkata...

salam,

kesusahan menjadikan kita tabah.

Ayah Zain berkata...

Salam CM

Apa khabar anak CM yang lelah tu, dah sihat ke.

harap dia dah sembuh. Apa jadi ngan ajin? mesti dah besar kan?

shami2 berkata...

Salam CM
Sian tengok anak tu...cuba ikhtiarkan ikut kaedah darusyifa pula, ...

Anak sya along ader sikit asma tapi blum peringkat pkai alat tu..petua sorang dr pad sya malam2 sebelum tidur, ambik 1 sudu teh madu asli..campurkan ngan air masak bg dia minum tiap2 malam...insyallah ok..tuh walau pun tidak secara penuh..tapi elakkan bgtgn sngt ngan ubat hospital...elakn mkn ais krim, air batu..buah2 sejuk..mandi air suam pgi2...n doa dari ibu....insyallah berkurangan nanti..

cikgu mas berkata...

Salam Teja..

Salam merdeka juga untuk mu Teja..

cikgu mas berkata...

salam Dr

Amiiinn,atas doa doktor..moga kita juga ringan untuk membantu..

cikgu mas berkata...

Salam hanis..

ye ker pernah dengar???? ajin tu kawanmu jugak ker????huh ajin,ajin, ni kerja ko rupanyer yer...hehehe..

cikgu mas berkata...

Salam kak As

Betul tu,,,kesusahan buat kita tabah...malah bersemangat..

cikgu mas berkata...

Salam Ayah Zain

hmm anakku dah sihat...Alhamdulillah..tq

Ajin????? dah besar dah dia...hemsem lagi!!!hehehe...

cikgu mas berkata...

Salam Shami

Terimakasih atas info dan saranan..insyaallah saya akan praktiskn..saya pun harap my girl segera sembuh..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today