yg sudi bersama cm....

Sabtu, Ogos 15

Aduhai cikgu sedikit berkecil hati....

Mereka ni dah besar panjangkan untuk kita leterkan,...cubalah faham kasih dan harapan seorang guru pelajarku,kejayaanku adalah kejayaan kamu.Bukan kejayaan akademik semata-mata,tapi anak bangsa yang berguna,pemuda muslim yang berakhlak dan berjiwa besar,
itu doaku pada semua pelajar,
tiada setitis zarah benci dihatiku pada kamu semua...
Jadilah pewaris ketatasusilaan bangsa...bukan melayu yang mudah lupa...
pemuda melayu besar jiwanya...


Pagi Jumaat yg lepas,cikgu masuk ke kelas 5 Kejuruteraan Mekanikal,macam biasa sebelum memulakan pengajaran saya pastikan semua pelajar ada.Saya tengok kerusi Razif kosong.Saya ajukan pertanyaan kepada ketua kelas,Ketua kelas memaklumkan Razif berjumpa guru displin ada masalah sedikit.Saya menganguk dan memulakan pengajaran di bawah Tajuk
Dasar Ekonomi Baru (DEB)...semua pelajar nampak tekun,dan saya menggunakan teknik perbincangan untuk mengetahui pro dan kontra tentang kebaikan DEB ke atas orang melayu.



Sedang saya bersoal jawab dengan pelajar,Razif masuk ke kelas, dengan kasar dan keras dan duduk di kerusinya.Telingaku tak dapat mendengar ucapan salam darinya,Aku pun menegur...

"Razif...tak nampak cikgu ker??...masuk tak beri salam pun????"...aku menanya.
tiada nada kemarahan cuma sedikit berbaur kesalan

Razif terus bangun dan bulat matanya memandang aku,wajahnya yang ala mamak nampak keras dan kasar,pasti dia berada dalam mood yg penuh marah,

"Saya dah beri salamlah cikgu,cikgu yang tak dengar.!!!..suaranya begitu tinggi.aku boleh katakan budak ni menengking aku..fuuuh,aku tersentak,menerusuk terus ke jantung hatiku..

sebagai cikgu dan orang yang lebih tua darinya aku mengaku aku cukup terasa dengan perlakuannya....
Aku memandangnya..tiada suara,dia menjeling aku dengan jelingan cukup tajam,bagai aku ni musuhnya.Rakan kelas yang lain terdiam,sunyi tanpa suara memandang razif .

"Saya ni cikgu awak yer!!!bukan kawan-kawan awak !!bahasa awak dan cara bercakap tolong jaga.Awak pulak menengking saya!!saya ada menengking awak ker???....aku akhirnya bersuara.
Hilang moodku nak mengajar

..aku duduk sekejap di meja guru...buat menenangkan diri,,,aku pandang razif dia buat muka selamba,agaknya kalau cikgu lelaki dah kena penampar budak ni!!!

Kesian pulak pelajar lain..aku tak boleh ikut perasaan sangat aku teruskan mengajar....tapi aku mengaku aku cukup terasa pada razif,
"Ya Allah hilangkan lah rasa kecil hati ni...anggaplah budak tu belum cukup matang untuk berfikir dengan waras...orang dewasa perlu membimbingnya.
Aku cuba memujuk hati,akhirnya aku kembali ok.
Mungkin razif berada dalam keadaan stress bila dipanggil guru displin.


Razif,
cikgu harap kamu sedar dan menjadi pelajar yang baik,hormat semua guru,...
nilai hormat pada guru penting untuk beroleh keberkatan..
tapi cikgu bukan tuhan...cikgu sentiasa doakan kamu.
Kamu pun anak yatim piatu,mungkin keadaan dan latar belakang menjadikan dirimu begitu keras,lantang dan pemarah.
Cikgu maafkan kamu,walaupun tiada ucapan maaf keluar dari bibirmu....
Perlukah aku memanggil razif dan luahkan isi hatiku????atau biarkan razif begitu...!!!


Aaah sekadar berkongsi denganmu teman...
aku juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan,
Aku sangat percaya menjadi guru yang baik soal perasaan dan masalah hidup tak boleh dicampur aduk dengan profesionalisme.
Aku bukan sekadar mengajar tapi mendidik menjadikan mereka insan.
Beginilah hati seorang cikgu.....kekadang dilukai..
aarr anggaplah ini pengalaman ..........yg bisa mematangkan aku.











22 ulasan:

manzlie berkata...

salam cikgu...

anggap lah itu cuma Lumrah hidup sebgai seorang guru dan pendidik menghadapi cbaran zaman skg...budak budak zaman sekrang tak matang fikiran mereka..jadi kita lah kena bagi matang kan...dah jadi tanggong jawap cikgu untuk mematang kan mereka...insyalaah they will understand you...

cikgu Mas..be like me when i am in Office working with my staff, only one word i always put in my Head - Feeling put at home and working here please use your Brain..insyalah you will be fine..sebab feeling you letak di rumah saje...

syukran

waslam

Kak As. berkata...

salam,

sabaq na CM, sabaq....

semoga CM tabah dalam tugas memandaikan bangsa.

Hanis berkata...

salam kanda,

inilah cabaran dunia perguruan....sentiasa mendidik...bukan sahaja pada anak2 murid...malah mendidik diri sendiri dengan sikap kesabaran...dinda doakan kanda berjaya dalam dunia kerjaya & kehidupan dunia & akhirat...

Azemi Ali berkata...

Salam Cikgu Mas,

Saya pernah mendengar satu riwayat yang menyatakan yang anak-anak yatim ini sering dijadikan tidak menarik bagi orang yang memandang mereka. Ramai orang membenci mereka. Ramai orang tewas dalam amanah menjaga anak-anak yatim. Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata, di anatar anak anak yatim dan beliau adalah umpama jarak dua jari.

Dari segi psikologi juga anak-anak yatim lacking kasih sayang sama ada dari ibu atau bapa mereka. Kadang kala mereka memberontak kerana perlukan perhatian dan kasih sayang orang sekeliling. mereka menjadi nakal kerana perlukan kasih sayang dan perhatian.

Mungkin juga boleh didoakan agar Razif dikurniakan hidayah dan petunjuk dari Allah. Doa seorang guru itu amat makbul. Doakan saya juga ya.

Memang secara lumrah kita akan berkecil hati. Saya juga pernah ditengking oleh staf saya di hadapan ramai. Ikutkan hati, mahu sahaja saya belasah budak itu si situ juga tapi bila saya bertenang, mungkin orang itu belum diberi hidayah oleh Allah. Orang yang kuat ialah orang yang sabar. Tidak hilang bisanya ular yang menjalar di tempat yang rendah (akar).

Selamat menyambut Ramadhan.

Kak As. berkata...

salam,

saya setuju ngn Azemi,
kak as ni bab kena tengking, kena jerkah, kena macam2 lagi dah jadi ajinomoto pada kak as.

gagah juga senyum buat2 tak faham, tapi dalam hati geram.

PINATBATE berkata...

Cikgu mas...

senyuummmm...!!

apiz hensem berkata...

mungkin dia tertekan kot. jgn le cikgu amik hari sgt. bile dah tenang nnt, dia ok lah tuh... sometimes we need a time to be alone...

Che' Pit berkata...

hmm cheq ajar pakcik makcik ni lagi ok.. siap leh ramah mesra nak jadikan menantu, haha.. tapi kalau kena ngajar org besar (dato, datin, berpangkat)kdg2 ada gak yg mmg fussy.. tapi tulah adat n lumrah kita ni cm sebagai pengajar dan pendidik..

cikgu mas berkata...

Salam cik lie

TQVM atas saranan dan komen bernas darimu..

yup i will try my best...Feeling put at home...n feeling put at school bila dah balik umahkan..betul tu,bravo boss..cayook boss..tapi boss pun kena reliks2 selalu,jgn asyik shoot n clorox staff jer...tension boss,he,he (sian abg samadku)

cikgu mas berkata...

Salam k.as

timakasih kak..yer kak sabar,sabar n terus sabar..doakan saya kuat dalam kesabaran demi mereka.

cikgu mas berkata...

Salam adik hanis

tq atas doa ...yup mendidik n seterusnya diriku terdidik dgn kesabaran,kerana kita tak dapat tahu tahap kesabaran kita jika tidak diuji,ini semua pengalaman.

cikgu mas berkata...

Salam cik mie

terimakasih yg teramat atas komen yg bermakna ni,betul tu,dan tersangat betul memang ada sedikit kelainan anak-anak yatim ni dengan pelajar biasa,mereka perlukan perhatian dan kasih sayang,sebab tu saya agak susah nak marah razif,razif ni ada sedikit kelainan dalam dirinya,kekadang dia terlalu ceria,kkdg terlalu moody,semua cikgu perasan perkara tu!!

Saya selalu berlembut dgn razif,dari apa yg saya dgr ibubapanya meninggal 4 thn lepas krn cancer,dipelihara oleh bapa saudaranya.Thn lepas dia n keluarga bapa saudaranya dilanda musibah,rumah mereka terbakar,sebab tu bila berdepan dgn razif saya selalu memujuk hati dgn perlakuannya,bukan sekali dia bertindak begitu,ada jer yg dibuat agar saya menegurnya ...hmm betul tu budak ni nk perhatian...kita doakan dia mendapat hidayah,

betul sangat org yg kuat adalah org yg sabar...

cikgu mas berkata...

Salam k.as

kak as dah tentu lebih mencabar profesionnya..cik misi lagi lah kena byk sabar...sampai dah jadi ajinomoto tu..cayook lah kak.boleh ajar CM yg sedikit sensitippp ni..hmm budak2 tengking pun dah kocik hati,he,he..apalah cikgu ni..!!!

cikgu mas berkata...

Salam cikgu pinat

senyuuuuuuummmm,pas tu kita pi kantin...makaaaaaaannnn,hilang tension..he,he,he

cikgu mas berkata...

Salam apizz

Balik dah dari C.Hingland??..hmm betul tu,budak ni tertekan..baru pas kena penampor dgn guru displin,balik kelas CM pulak berleter..alahai nasib badan dia.pas tu CM yg kena tengking he,he,he..tak ambik hati lah..nama pun budak pizz...cam tu lah,tqvm atas komen apizz.

cikgu mas berkata...

Salam che pit

yup adat n lumrah sebagai pendidik,ajar org tua ni lebih mencabar sebenarnya tak boleh autta kena ready dgn apapun soalan luar jangkaan..huh k.mas lum ready lagi nk mengajar org tua!!

lagi satu budak kita boleh piat telinga..orang tua tak leh dik.!!!

manzlie berkata...

salam cikgu mas..


aikk backing abg samad nampak...!!!!


waslam

hazeleyed berkata...

Salam cikgu Mas
Selamat berkenalan.

Kita sama pendidik...dan tentunya saya juga pernah alami perkara sama...
Sememang nya kita berkecil hati...
Tapi benar juga mereka begitu kerana tertekan...
Jadi selalunya gurulah yang cuba pujuk hati sendiri dengan mendalami masalah pelajar.., beralah lah tu...walaupun mereka tak sedar.
Itulahlah mulianya pendidik.Syabas!

||alis|| berkata...

sebab itu la alis tak pilih jadik guru WALAUPUN ramai kata alis sesuai jadi guru (masa di Uitm, sorang lecturer baru bertanya di mana kelas alis mengajar!! fuh terasa sedikit bangga, wajahku yg selamba ini ada rupa jadik lecturer/guru..)

tabahkan hati ya cikgu.. semoga Allah rahmati semua guru2 di dunia ini.. :)

cikgu mas berkata...

Salam cikgu hazeleyed

sangat berbesar hati atas kesudiaan menjengguk saya disini..n salam ukhwah dari saya untuk cikgu..

pasti cikgu lebih memahami...kasih sayang sorang guru pada pelajarnya,

cikgu mas berkata...

Salam Alis

tu maknanya aura seorang guru ada dalam diri aliss,wajah keibuaan tu,tak per tak pilih jadi cikgu,tapi tetap seorang guru pada anak2 nanti...

Che' Pit berkata...

uiks, mak bapak antar anak2 g skolah utk cikgu ajar, bukan utk dipiat telinganyer...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today