yg sudi bersama cm....

Isnin, Mei 30

Catatan Perjalanan,,,di tahun 2011

Separuh jendela tahun 2011 telah tertutup,
Kita telah sampai ke fasa kedua tahun ni menjelang bulan Jun nanti
baru CM sedar rupanya agenda tahun ni banyak dipenuhi dengan aktiviti jenjalan samada bersama keluarga ataupun kekawan....jommm kita flashback  aktiviti jimba-jimbaan yang dilalui....

 10 -12 Januari 2011.
..rezeki dipelawa bercuti,CM bersama anak-anak bercuti dengan riang ria ke Pulau Lagenda Langkawi...kami sangat hepiii,percutian ni sangat bermakna dan pasti dikenang hingga akhir hayat.

dihadapan Forbidden City di Kota Beijing

(Kenangan diGreat Wall)

13 Mac-19 Mac 2011

,percutian yang dirancang sejak September 2010,akhirnya menjadi kenyataan,
CM bersama kak ngah diberi rezeki oleh Allah berpeluang menyaksikan tinggalan sejarah Kota Beijing yg nun jauh di Negeri China.Bersama Kakngah selama seminggu setiap detik bersamanya terasa cukup indah,hepi dan terisi.Ingin sekali berkelana bersama kak ngah di Kota Mekah.Insyaalah..

( Airport Suvarnabhumi Thailand)

Berkesempatan kami melihat kerdipan lampu di Kota Bangkok walaupun sebentar...hmm ingin sekali
bersiar-siar di Kota Bangkok andainya berkesempatan...



( Di hadapan Filipino Market Kota Kinabalu)

15-17 April.2011
...bagai Weekend Gateaway in Sabah,
Cuti hujung minggu CM bersama 4 rakan sekerja terbang menenangkan jiwa ke Kota Kinabalu.
Kali pertama sampai ke Negeri bawah Bayu ni,saya benar-benar jatuh cinta dengan keindahan alam semulajadinya....Saya berdoa saya dimurahkan rezeki untuk berkunjung lagi kesini lagi.

Insyaallah 7-9 June 2011
,bersama suami dan anak-anak,Kami akan bercuti bersama memenuhi cuti pertengahan tahun 2011 di Bukit Merah Lake Town Resort Perak.Segalanya telah di atur dengan keizinan Allah minggu depan kami bercuti di sini.

Menjelang Bulan Julai sekitar 8-10 Julai,
,satu percutian bersama teman telah di atur,
Kami membeli Pakej Percutian & Snorkling di Pulau Perhentian Besar Terengganu semasa Malaysia Tourist Fair yang lalu.Insyaallah kami akan menginap di Water Colours Resort di pulau ini,Insyallah dan doa kan kami yarrrr.....


Akhirnya menjelang bulan November dan Desember belum ada sebarang perancangan dibuat.
biasanya suami saya sangat sibuk di hujung tahun begini.Andai ada teman dan berkesempatan saya ingin sekali berkunjung ke Thailand ke Kota Bangkok ,sekurang-kurangnya Hatyai untuk saya mennyaksikan sendiri Floating Market, Insyaallah,,Moga hajat ini tercapai,

TQ Allah atas rezeki dan kesempatan ini........


\
\\

Ahad, Mei 8

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia ini..

Menjadi ibu adalah satu anugerah dan rezeki pada wanita.
Kasih ibu adalah kasih sejati ,kasih yang luhur dan kasih yang suci.
Ibu adalah insan yang pertama yang kita kongsi hidup dalam rahimnya,berkongsi darah dan jantungnya.
sampai matipun hubungan darah ini tidak akan terputus.
Doa dan kata-kata ibu adalah keramat.
Airmata seorang ibu dek dosa daripada seorang anak adalah minyak yang akan memarakkan api neraka.
Berkat hidup anak,adalah berkat redha dan restu ibu,ingat itu.
Salam kasih buat ibuku yang sangat aku sayangi dan cintai Puan Hajjah Ramlah bt Abu Bakar
,doa agar wanita mulia ini dipelihara oleh Allah dunia dan akhirat
.Juga pada Allahyarhamah ibu mertuaku Pn Mariam yang tak pernah aku temui dan kenali,moga rohnya aman disisi tuhan dan bersama para solihin Insyallah.


Aku menjadi ibu tanggal 24 April tahun 2002 jam 12.20 tengahari
.Allah mengurniakanku seorang bayi lelaki yang comel dan sihat kira-kira 11 bulan selepas pernikahanku
Bayi yang kami namakan Marwan Irrsyad adalah permata hati kami .
Dibibirnya lah aku digelar mama buat kali pertamanya.
Alhamdulillah.
Kira-kira setahun 3 bulan selepas kelahiran marwan
,Tanggal 11 Julai 2003di pagi Jumaat yang indah tepat pukul 8.59 pagi ,Allah mengurniakan kami seorang lagi cahaya mata
.Bayi perempuan yang manis,comel dan juga sihat sempurna.
.Maha Besar Allah padanya kami bersyukur.Bayi ini kami namakan Mawaddah Irdina yang bermaksud Cinta dan kehormatan kami.

Masa berlalu kini bayi-bayiku membesar dengan sihat didepan mata dengan penuh kegembiraan dan curahan kasih sayang yang tak pernah surut.
Pada mereka aku menumpang kasih mencurah kasih sejati
,atas dasar kasih ini amanah dan tanggungjawabku sebagai ibu
 adalah tiang pada kehidupan mereka.

Semoga aku mampu menjadi ibu yang mampu membimbing mereka ke syurga,
membawa mereka mengenal pada Maha pencipta
,memimpin mereka mencintai agama
,mendorong mereka menjadi manusia berguna
 dan mendidik mereka menilai kasih dan budi sesama manusia.


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA
MOGA ANDA MENJADI IBU YANG CEMERLANG
DAN DIKASIHI ALLAH
INSYAALLAH

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....