yg sudi bersama cm....

Sabtu, Ogos 29

Angan dan Sedar. (mawi)...tapi sedarlah wahai teman..

Warna Teks

Aku bukan nak bercerita pasal Mawi,aku bukan jenis orang yang cenderung dengan artis,cuma aku suka menyanyi....bukan dikhalayak ramai tapi untuk menghiburkan diriku sahaja,dibilik air,di dapur,dalam kereta atau mana-mana lah yang orang tak dengar,Masa sekolah rendah dan menengah aku ada buku lagu,,,hehehe,kelakar pulak bila ingat,


...nak cerita ni masa aku memandu sorang diri di Lebuhraya Utara-Selatan...masa tu my Pesona meluncur dengan lajunya (fuuuuh...aku ni mmg bawak kereta laju,,tu lah sifat burukku)lebih-lebih lagi when im driving alone...selalu lupa diri....di HOT FM...putar satu lagu dari Mawi...Angan dan Sedar...dan aku sedar lagu ni sangat terang dan jujur maknanya...liriknya ringkas mengambarkan penghargaan seseorang pada orang lain....Jom hayati lirik lagu ni..



Mohon selembar harapan,
Buatku sedang rawan,
Biarpun sekadar cuma senyuman,
Ikhlas kau pujaan,

Mohon sesaat berangan,
Buat ku meleraikan,
Apapun hiba dan tangisan,
Menawan segala perasaan,

Chorus:Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.

Mohon secebis kasihan,
Janganku dilupakan,
Dalam lipatan kenangan,
Bercinta dikau di persimpangan,

Chorus:Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.
Lalalalalala.lalalalalalal..
Aku rela merindumu.
Aku rela merindumu
.Aku rela merindumu.

So aku tujukan lagu ini buat seseorang.....hayati lah.....
Bila kita hayati lirik lagu ini teman....sedarlah ada seseorang dalam hidup kita yang sangat memahami kita...dialah tempat kita mencurah isi hati,gembira,gundah gulana,rawan,ceria semua kita mampu untuk kita kongsi bersamanya..dia tak pernah marah,dia tak pernah jeling,dia tak pernah benci.Mungkin orang itu suami,isteri,ibu,ayah,kakak,kawan.,kekasih.....so teman..jika baca coretan CM ni tanya balik pada diri siapakah orang yang paling anda rapati untuk mencurah isi hati...dan bagaimana anda menghargai insan itu....??????


CM tak pandai bermain-main kata...CM suka menghargai seseorang dengan sesuatu berbentuk pemberian.Masa di universiti saya sangat menyenangi my best freind `ina`..saya hadiahkan dihari jadinya sebentuk cincin emas ,kubeli dari duit biasiswa..tersangat berbesar hati jika dia masih memakai hingga kini.Masa bercinta tahun pertama hari lahir buah hatiku,ku hadiahkan sekotak sapu tangan Pierre Cardin (tak de duit masa tu)..ada lagi hingga kini.Begitulah cara saya menghargai seseorang....saya hadiahkan sesuatu untuk dia kenang......so sweetttt....


Tapi tak semestinya beebentuk material..kita juga boleh menghargai seorang dengan bentuk pertolongan,bimbingan dan kasih sayang,Keikhlasan akan terpancar diwajah jika ia dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang... so geng..pikir-pikirkan.....org yg disayangi perlu dihargai..jangan bila mereka dah tiada baru kita terkonang-konang....

SEPERTI PESAN NABI SAW......
"KENANG DAKU DALAM DOAMU....."

32 ulasan:

Che' Pit berkata...

hmm kawan cincin emas.. buah hati sapu tangan jer? hmm tak patut mcm tu.. kalau dia tahu silap2 kecik hati buah hati tu..

cikgu mas berkata...

Salam che pit

hehehehe..pandai ko yer...mengesan benda yg wrong..masa tu CM tak dak duit,sapu tangan jer CM mampu beri kat buah hati...tapi CM dah beri seluruh hati dan cinta..lebih besar dari emas tu..harapnya memadai..

Che' Pit berkata...

salam

harap2 memadai.. murah ke mahal bukan persoalan, yg penting ingatan.. kdg2 kita bukan lah nak sgt hadiah sempena sesuatu yg bermakna..

satu sms ucapan dari si dia kdg2 dah cukup utk membahagiakan hari istimewa kita.. nak2 kalau hari tu hari istimewa bersama, mcm anniversary ke.. walau berjauhan, 1 sms ucapan dah cukup dari sebuah ego yg tidak bertempat, hmmm

cikgu mas berkata...

salam che pit

Aduhai terkesan pulak keromantikan n ke caring an..ko !!!pada statment tu.. i like!!!!

"satu sms ucapan dah cukup dari sebuah ego yg tak bertempat"perrgh

dengar tu kawan-kawan nasihat che pit..kite ni..

rezeki berkata...

Salam CM,
mmg betul itu, kita patut menghargai seseorg yg kita hargai dan sayangi dgn ingatan berbentuk lahiriah atau batiniah. Tapi dah nama manusia, kadang2 terlupa dan terleka .

Alhamdulillah.

p/s : CM, anak bulan telah kelihatan di KT, esok raya psl mrs saya nk masak ketupat, rendang, lodeh dan sambal kacang sementara anak2 belum balik lagi.Daun ketupat pun dh ambil.

shami2 berkata...

Salam CM,

Hemmm dah lama sy tak dengar lagu..sbb rumah atas bukit tlindung x dpt siaran, bole access kt astro..tp ..ank2 tgok cartoon...dlm kete..byk borak2 ngan suami..hehehe, dgr dejay cakap..selit2 lagu aderlah..lebih2 psg tape nasyid , zikir..utk anak2

p/s: teman sejati, setia dan paling Agung Allah Swt...

apiz hensem berkata...

kenang daku dalam doamu tu sabda nabi saw ker? baru tau....

Che' Pit berkata...

salam apiz,

hmm sama lah, aku pun kompius sikit pasal tu.. betul ke RB?

Che' Pit berkata...

salam che rezeki,

waa kat high castle dah nampak anak bulan?.. duk tinggi lah tu smpai dah nampak anak bulan, hehe.. hmm sedap tu ketupat bagai semua tu.. rasa mcm tak sabar nak raya.. hehe..

cikgu mas berkata...

salam rezeki

hiss biar benar ni kan baru seminggu berpuasa,takkan raya pulak,aduhai diriku terconfius dengan kenyataan rezeki ni...ni berguraukan?

cikgu mas berkata...

Salam Shahmi

Betul tu,kt umah sayapun kartun sepanjang masa,kalau memandu sorang mmg saya layan lagu,kalau naik kereta suami mmg dia tak layan lagu bersembang jer..aah anak2 mudah teransang dgn zikir dan nasyid..bagus tu..

Teman sejati n setia n palimg Agung ialah Allah 100% betul... malah Allah lebih dari teman,Allahlah matlamat hidup,kita dicipta untuk menjadi hamba Allah

cikgu mas berkata...

Salam apizz n che pit..

Yup kenang daku dalam doamu adalah satu sabda nabi pesan nabi ketika nabi berkhutbah dalam haji wida`..nabi meminta umatnya mengenang yer dalam doa melalui selawat ke atasnya..ini menunjukkan kerendahan hati nabi,meskipun baginda seorang nabi baginda sangat merendah diri ....

Kenang daku dalam doamu adalah ucapan manis yang digunakan oleh masyarakat Arab dalam syair2 mereka..dan diapplykan oleh pujangga di kalangan masyarakat melayu kita...sebagai ucapan yg manis,lembut dan penuh kasih sayang,boleh rujuk pada koleksi hadis nabi,,,kalau tak terus pada ayat kenang daku dalam doamu,ia akan merujuk pada harapan nabi agar umatnya terus mengenangnya dan kita dikurniakan syafaat diakhirat nanti...

kan makna selawat tu bermaksud..Allah merahmatimu wahai muhamad....

Wallahualam...tetiba aku menerangkan seperti kau orang berdua pelajarku,,,rujuk pada pakar sejarah islam dan pakar ulum hadis jika masih confius,saya tak dapat beri sumber rujukan pasti kerana info ini saya dapat from my lecturer masa belajar tamadun Islam di universiti dulu...ketika nabi berkhutbah di Arafah ketika Haji Wida`...dan memang pasti kita wajib mengenang nabi...Nabi tu kekasih Allah ...

Atikah berkata...

Salam kak mas...

Ibu tmpat saya berkongsi cerita n menangis... kadang2 saya bagi hadiah pada ibu, kadang2 saya korbankan keperluan saya untuk memenuhi keperluan ibu... as penghargaan... terutama cuti.. saya akan melapangkan diri if ibu saya perlu pergi ke suatu tempat... walaupun terpaksa ponteng kerja or ambil unpaid leave... coz mengenangkan jasa ibu yang menjaga adik yang kurang upaya... saya akan melapangkan masa saya untuk menjaga adik.... membolehkan ibu untuk ke tempat tujuannya...

Tapi untuk kawan2, saya pun cam akak.. suka menghadiahkan sesuatu pada kawan... tanda penghargaan n terima kasih saya...

cikgu mas berkata...

salam che pit..

eeh betul ker anak bulan dah kuar,tak kira kt high castle ker mana ker? tapi betul ler ni?aku confius..

cikgu mas berkata...

Salam Atika..

Kak mas pulak dgn ibu susah sikit nk share hal sedih2.hepi2 tak per,,kak mas akan lebih sedih kalau dia sedih..tu sifat aku.k.mas lebih share dgn abah.abah lebih tenang dan kuat...mungkin sbb tu anak pompuan lebih rapat dgn abah.

yup kita saling bertukar hadiah dengan kawan...nabi pun pesan kt kita saling hadiah menghadiahi..dengan penuh keikhlasan..

Atikah berkata...

Anak bulan dah kuar ker?

cikgu mas berkata...

tu lah tika akak confius kenyataan rezeki dgn che pit,kalau dah kuar kena raya..apa hal raya pas puasa seminggu...cepat che pit toloong terang..benda camni jgn main2.

apiz hensem berkata...

kak mas : thanks for the info yg panjang lebaq selebaq kak mas sendiri. baru lah cheq tau.. klu kak mas tak habaq, smpi la pon tak tau... maen sebut jer

kenang daku dalam doamu

Che' Pit berkata...

hmm ala CM dgn Atikah ni,

kan che rezeki ckp mcm tu sbb sementara anak2 belum balik lagi.. ada di rumah lagi.. so saje lah mrs rezeki nak masak semua tu nak makan anak beranak.. bukan lah makna che rezeki kat high castle tu dah nak raya esok.. hmm

rezeki berkata...

Salam CM,
betul kata che pit,saja tekak ni terasa nak makan ketupat untuk berbuka. meriah sikit. tapikan CM org pompuan dh biasapun raya awal psl dh nampak anak bulan ...

cikgu mas berkata...

salam apizz

hah dah tau,,,gunakan ayat tu dgn baik..jangan jumpa awek..tetiba jer cakap "kenang i doa u" pe hal..(jangan marah arr apizz baik)

cikgu mas berkata...

salam che pi n rezeki

ooh tu maksudnya..slowlah kite ni tika

aah org pompuan dia nampak anak bulan dia sendiri..maka depa istiyarkan raya ...nasib badan ke untung badan?

Noor berkata...

Salam..

ada org dapat cincin emas.. sapu tangan.. neck tai.. ayam tandoori.. cheq??.. dapat belanja credit pun dah suka sesangat.. he he..

psst.. beruntung jika kita punya tempat untuk meluahkan perasaan.. namun masih ada yang terus memendam perasaan.. tak semua orang beuntung kan...

Che' Pit berkata...

salam che rezaki,

CM mmg mcm tu.. kadang2 dia kena kuar g shopin dulu, balik shopin baru faham., maklumlah keje kat area kebun getah n sawit, reception slow sgt.. pending kalu istilah sms ni, hehe..

Kak Noor,
betul tu, tak semua org beruntung dpt luah perasaan, walaupun kepada yg tersayang.. kdg2 pendam perasaan bukan sbb org lain, tapi sbb si dia yg tersayang..

rezeki berkata...

Salam CM,
che pit, bukan slow, pickup lambat sikit.biasalah bulan posa.tapi bab bawa kereta pickup ok pulak, siap laju lagi mcm mas scumaker hiiiii

p/s: msk apa CM ptg ni ?

cikgu mas berkata...

salam

haaaah nampak noorlah..CM bagai enggak percaya noor ada di petang sabtu ni,noor kuar motong gotah di ptg sabtu begini...nampaknya noor telah mengotakan katanya...tq noor melawatku diluar waktu koja mu,ni satu penghargaan besar wat ku.

noor menghargai kami dengan belanja kekawan yg dikasihi di Red Cafe Sunway selepas Jaring menutup operasinya ,sian cik lie tak dapat makan...he,he,he

noor mengadu dan mencurah hati pada tuhan adalah pengaduan paling besar ertinya....mengadu pada manusia hanya bila kita dah mengadu pada tuhan.Tak semua orang beruntung tapi semua orang ada Allah yg maha pengasih dan penyayang..

cikgu mas berkata...

Salam che pit

oh alahai mengutuk lokasi sekolahku at least lebih bersih persekitaranya dari kt PJ yg sesak mesak tu..dalm sejarah tapak Maktab Kerjasama lombong bijih timah hang tau...

betul tu rezeki pick up ada kala kurang minyak hitam,,,tapi ada perkara lain yg dia laju..

masak biasa2 jer..lauk kg

Che' Pit berkata...

salam che rezeki,

hmm bukan sbb bulan puasa, bulan tak puasa pun CM mmg mcm tu..

CM,
cheq tau lah cm ajar sejarah tapi cheq ni bukan ler rabun sejarah.. tak baik buat statement sejarah yg palsu

khairyn berkata...

Salam Cikgu Mas
Ya betul, insyaAllah persahabatan yang berlandaskan keikhlasan akan kekal seumur hidup. Keluarga kawan rapat saya pun dah macam famili. Kami pun macam adik beradik. Rasa sangat beruntung :)

p/s - saya pun sangat suka melalak dalam kereta. Kadang2 tu dengan penuh perasaan menyanyi mcm masuk pertandingan juara lagu plak hahahaha :p

Atikah berkata...

salam kak...

Aik... Maktab kerjasama tu bekas lombong timah ker? tak pernah dengar lak... 2 kali terkonfius nie...

cikgu mas berkata...

salam khairyn

kawan rapat juga tempat kita mencurah perasaan yg paling best..

Dalam kereta mmg tempat yg syok untuk menyanyi, i sekarang tengah layan Lagu Rossa..

cikgu mas berkata...

Salam tika dan Che pit

Betullah PJ newtown dan PJ oldtown adalah bekas lombong,PJ mahu kerana aktiviti perlombongan dan bandar pelombongan.Dor ur info,Sunway Lagoon,Mines,Bukit Merah Lake Town Resort,Puchong adalah bekas2 lombong tg ditambak..harap maklum Cm bercakap berlandaskan fakta.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today