Kusadasi bermakna Pulau yang berbentuk kepala burung,sebuah resort town yang berdekatan laut Eagan,Ramai betul pelancong dari Eropah ke sini bagi menikmati cuti musim panas di pinggiran pantai,kami menginap di sebuah resort yang sangat cantik restorannya menghadap panorama pantai iaitu Hotel Marina
Saya menikmati panaroma petang di Hotel Marina |
Kelihatan banyak bot-bot mewah,lot-lot kedai dipinggiran pantai dan resort-resort mewah disini
kami bermalam di Kursadarsi,pagi esoknya kami bersiap untuk melawat sebuah kota Purba zaman Greek kemudian diwarisi oleh Rom iaitu Ephesus City.Ia terletak 3 km dari Selcuk.Ia dikatakan kota terbesar di Mediteranain kerana pada zaman kegemilangannya kota ini diduduki oleh 250 ribu penduduk
Berada di Ephesus city saya terbayang segala yang saya pelajari dan saya baca tentang Tamadun Rom.Tentang negara kota yang dipanggil Polis,tentang seni bina Rom,Perumahan terancang tamadun Rom.Kuil-kuil,istana raja,teater dan segala yang terdapat dinegara kota yang dipanggil Polis.Semertelah saya seorang guru sejarah saya dapat merasai keberadaan di sini...
|
tapak The Celcius Library |
Boleh bayangkan betapa besarnya perpustakaan ini dizaman kegemilangannya,segala khazanah ilmu,manuskrip dikatakan di simpan disini.Ia dikatakan bangunan 2 tingkat yang dipisahkan dengan balkoni kayu.Bangunan ini dibina ketika zaman Raja Hadrianyang dibina oleh puteranys Julius Celcus Polemanus. Bangunan library ini pernah di bakar ketika pergolakan kerajaan dan pada tahun 6M bangunan ini hampir hancur kerana gempa bumi
Kawasan ini dikatakan deretan rumah penduduk,kedai,kuil dan tempat mandi awam
Jalan dengan batu marble ini adalah jalan asal ketika zaman purba,antara kedai,rumah ia dipisahkan dengan batu-bata,jalan ini juga digunakan oleh kuda-kuda dan kereta kuda,tempat ini juga musnah kerana beberapa siri bencana alam iaitu gempa bumi
Tapak Dewan Senat yang ada di Ephesus City
Hahaha ternampak seorang perempuan cantik yang sangat tabah dan gigih memakai kasut tumit tinggi meredah jalan-jalan berbatu..aduuuuhaii
Perjalanan keluar dari kota ini dihiasi dengan pokok-pokok pain yang cantik
dihadapan pintu masuk ada Ephesus musuem ,gerai-gerai jualan souvenir dan restoran
Dalam zaman Purba tradisi mandi untuk memuja dewa sering berlaku,ini adalah tandas orang Purba,mereka mandi dan buang air secara beramai-ramai sambil berbual-bual...hihihihi,,ini lah contoh Roman Bath
Selepas melawat Ephesus City kami di bawa ke sebuah butik kulit yang eksklusif untuk membeli belah kekdahnya,kami dijamu dengan segelas epal tea sebagai welcome drink sebelum kami menjamu mata dengan pertunjukkan fesyen oleh model-model tampan dan jelita yang mengayakan pakaian dari kulit yang sudah tentu harganya beribu-ribu USD..hmm mampu tengok jer...
kami makan tengahari di Kusadasi sebelum meneruskan perjalanan ke sebuah lagi tempat yang indah dan mempunyai kota Purba juga iaitu Herrapolis Pamukkale ,perjalanan ke pamukkale juga jauh kira-kira 230km dan mengambil masa hampir 4 jam ke sana.