ummu_hanis berkata...
cikgu mas? nama suria. masuria ke? sori ye kalau silap org. teringat pada sorang kawan yg nama nye masuria. salam syawal.
2009 September 26 21:08
SALAM UMMU HANIS@FATIMAH@TIM
YA ALLAH,SUBHANALLLAH,OOOI TIM,AKU ARRR NI MA`SU,KITA SEKELAS MASA FORM 6 USULUDIN( UMMU SALAMAH)KAT SHAROD TELOK MAS 16 THN DULU...UWAAAA DAH 15 THN KITA TAK JUMPA ARRR,KO TAK SILAP ORG ,AKU CHECK DAH JABATAN PENDAFTARAN,NAMA AKU SORANG JER CAM NI KT MESIA NI,HEHEHE...
ummu_hanis berkata...
ya allah mas, suka nye aku. Ko tau tak, setiap kali aku tulis blog kan aku musti teringat kt kau. Ye la masa tulis blog je aku perlukan skil menulis. Kt sek`olah aku ngajar math. Bile memblog tu aku mesti teringat ko kt bile nak jwb ketas, tulis aje apa ada dlm kepala sudah. Asal die panjang sudah. Hihihi. Tak sangka kite jumpe kt 'mekah'.
2009 September 27 09:29
Ya Allah!!! kawan-kawan semua CM hepi sangat... walaupun CM masih lagi menjadi penunggu setia di hospital ni,tapi melalui aktiviti memblogging ni,aku temui si "PATT" ,atau Fatimah Abdul Rahman.Kawan sekelas di Sek.Men.Kebangsaan Agama Sharifah Roadziah Teluk Mas Melaka.Kami sekelas ketika di tingkatan 6,tapi Patt,tak meneruskan study sampai peperiksaan STPM sebab Patt dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perempuan Melayu Melaka,jadi cikgu matematik dia.
hahaha patt ko teringat aku masa menulis yer???aku tahu kenapa..??? dengan perasan teror aku jawab.."dulu aku kan teror menulis,aku suka buat cerpen,aku suka buat esei dan aku paberet student cikgu sastera kita cikgu Yusoff,aku sangat minat menuliskan????tapi kenapa aku tak jadi penulis???aku bukan tak try jadi penulis patt,aku sempat study Penulisan kreatif di UM ,tapi aku tak boleh komited dengan aktiviti itu,aku tak mempunyai penguasaan displin yang tinggi untuk jadi reporter ..aku nakal,macam nakal yer kau.........tapi aku nakal lomah lombot,ko nakal comel.....hahaha
Patt
aku tak sangka ingatan kau menemukan kita,mungkin diblog ciklie hati kau tertanya-tanya siapa cikgu mas,aku tak izinkan ciklie interframekan wajahku,agaknya kalau aku interframe ramai lagi kawan lama aku jumpa .tapi tak pa arr aku tak selesa glamour,macam kau tanpa wajah aku ...kau tetap dapat rasa aku kawan kau,itulah sahabat,
sapaan kau membawa aku ke dunia penuh keriangan di asrama Sharod thn bila patt??? hmm tahun tak penting,aku teringat kat kau lah patt,ko sangat ceria orangnya,kau cakap cepat macam keretapi laju,ko suka nyanyi lagu omputih,ko peminat Luke Perry hero drama Beverly Hill tu,rambut kau cantik,pendek ala Lady D,masa aku tulis ni aku teringat kecomelan cara kau berjalan,Senyum kau walaupun kau dah tak de gigi aku tetap ingat sampai bila-bila,senyum kau sangat ikhlas,kau menceria suasana kelas,pas ko pi maktab kelas jadi hambar,kau selalu ckp kau tak minat buat form 6 byk benda kena baca,tapi aku minat betul aku cenderung pembelajaran ala hujah dan perbincangan,kau tinggalkan kami,ko jadi cikgu matematik arr.Aku habis STPM dengan jayanya,fulamakk patt bukan riak... tapi sikit eksyen aku dapat jugak beberapa ketul A dalam STPM dan aku jadi top 2 best student STPM,Top 1 Taty Salwani,aku dgr dia jadi lawyer sekarang,top 2 "mokcik" yg tengah menulis ni,top 3 Asyura Azmi ,syura pi study kat UKM n aku lost contact.....
Patt,
ko hebat yer sekarang,kau pandai masak,kau pandai jahit,anak kau dah empat......mesti suami kau sayang kat kau,sejak bilanya kau pandai menjahit ni???kau dulu agak tomboy kan.Masa merubah segalanya,aku yg kononnya lomah n lombot ni apa pun tak tahu,masak kicap tahu arr,hehehe.Kawan-kawan yang ada kat melaka tu produktif belaka,aku jumpa fauziahtun anak dia dah 7 uu,fuuh umur baru 33-34 kan....dia cikgu jugak,sekolah kitakan semua pompuan,...Sharod dlm kenangan...
Patt aku teringat kau suka sangat lagu fauziah Latif....."Aku sebutir Pasir"....lagu ni aku tujukan untuk kau!!!.....
Aku Sebutir Pasir
Artist: Fauziah Latiff
Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan
P/s : Aku excited sangat,thanks pada ciklie,blog nyer menemukan aku dan kau,aku ada di hospital lagi ni.....satu hari kita akan jumpa yer........