yg sudi bersama cm....

Khamis, Oktober 29

Petua menjadi lawo mcm Datin!!!!cubalah..

Semalam hari yang kurang `best`,CM ni `kehilangan`lagi.Penyakit lupaku menjadi-jadi.Aku tersedar satu lagi benda yang tiada dalam hand bagku,selepas baca komen dari Datin Nija yang dia tersalah letak sampul surat berisi yuran anaknya,outomatik aku teringat aku juga ada menyimpan RM 500 ,duit persatuan sejarah dalam sampul surat,tapi mana sampul surat tu??????? u waaaaa ,aku lupa lagi,puas aku recall mana aku letak,berdoalah hati ni,semalam tak da mood nk sembang,sedih mengenangkan diri ni,baru 34 tahun,tapi short memories,berzikirlah Alhaq mcm Datin ajar,dok diam-diam dan cari perlahan-lahan dalam mood yang tak best tu...doklah layan,ym,komen kat blog,dan terhibur pulak dengan hati dengan datin kesayanganku ni,tergelak bila baca petua kecantikannya....JOM KITA SHARE...
Ready...nak ke betul tips tu...ok, tips nyer macam kat bawah ni:



Datin Asnija said:



sebelum tidur, lepas wudhu', basuh kaki sume, baca 3 Qul, salawat 11 kali, zikir 33 kali, baca doa tidur, lepas tu lempang pipi kanan 3 kali, pas tu lempang pipi kiri 3 kali....then tidur macam biasa...kalau tak sangup lempang sendiri, suruhlah hubby atau sesapa yang ada dekat melempang nyer...esok pagi, lepas bangun tidur...sebelum solat subuh, tok sah gosok gigi dulu, minum air masak segelas, lepas lempang lagi pipi kanan 5 kali, then lempang pipi kiri 5 kali juga....buat macam tu sehingga mendapat tahap kemerahan pipi yang diinginkan...

Selamat mencoba....


caya tak Drew Barrymore pun amalkan petua ni...tu dia sedang melempanglah tu...
Julia Robert kata dah lama dah dia amalkan petua lempang melempang ni.


Heroin Titanic Kate Winslet baru sudah sesi melempang cantikkan dia...


so CM dah buat malam tadi ,hasilnya pipi chubby CM dah pun merah dan cantik ,amalkannnyer.....percayalah kulit datin kawanku sangat halus pulus hasil amalan ni...


Catatan dari otak ku yang sedang ting tong...wakakaka........byeee.

P/s:syukur pada Allah ,duit dah jumpa,tercicir bawah sofa,....hehehehe.cicir lagi maknanya hand bag ni nk kena tukar arrr.....

Selasa, Oktober 27

Aku yang pelupa dan selalu bertemu dengan orang yang baik......



Adoi,tak tau arr,nape lah semenjak dua menjak ni pelupa aku datang balik,aku sedar kalau aku mula lupa tu,lupa ni,tu satu signal ada satu yang tak kena pada,emosi dan mental aku ni.Bila berada dalam keadaan stress apa yang ada ditangan pun aku boleh lupa.2 hari 2malam aku cari cameraku,entah mana dia menyorok,puas aku mengingatnya.last digunakan masa upload gambar untuk tajuk diet tu,aku buat semua tu dibilik anak sambil meneman mereka tido,seingat aku ,aku letak ditepi my lappy di atas meja sisi di dalam bilik.camner boleh hilang?????budak-budak ni main ker.bila tanya kata tidak mereka kata tidak??hubby ambik,tidak mungkin,dia tak tahu guna dan tak pernah ambik tahu hal camera tu,orang masuk rumah ker?tak mungkin kerana barang lain tak hilang aku pasarah,setelah dua hari aku mencari aku redhakan pemergian camera tu,mungkin tak de rezeki,tapi separuh benggong memikirkan camner boleh hilang??mahai jugak beli tu,kalau tak silap rm899,masa tu si Pentax tu baru keluar jenis begitu..


(jangan cuba call number tu,sudahku ubah suai,silap2 dijawab oleh meenachi)


 Pagi ahad tu,aku keluar untuk ke kedai ,tiba-tiba mataku menangkap satu nota yang diselit diwyper keretaku,apa tu????Ya Allah terharunya aku dengan kejujuran insan ini.....dalam hidupku ni aku selalu bertemu dengan insan yang baik,aku pernah tercicir purse,tapi dipulangkan oleh seseorang..
Alhamdulillah syukur nikmat ......perjalanan hidup yang aku tempuh ni,aku belum lagi bertemu dengan orang jahat.Sesungguhnya aku mohon aku dijauhkan dengan manusia yang jahat.Berbalik pada nota tadi,aku terkesima ,pelik bin ajaib,macamner camera ni ada diluar rumah?camner orang ni tau aku pemilik camera tu?oh mungkin dia tengok gambar dalam camera tu.....aku tetap yakin aku tak bawak keluar camera tu keluar dari rumah..aku tetap pelik...


sepantas kilat aku call number tu,satu suara lembut kedengaran dihujung talian,aku terang tujuan menelefon dan dia bertanya jenis camera yang aku hilang,aku beritahunya brand Pentax,dia mengesahkan kebenaran dan meminta aku datang ke apartment yer di blok F (aku tinggal diapartment sekarang ni,,belum pindah rumah baru lagi.......).Aku sampai dah memberi salam,keluar seorang gadis yang sungguh cantik berkulit cerah bersih,baik sungguh budak ni,cukup pakej dirinya,cantik jujur dan begitu lemah lembut,aku mula bertanya macam wartawan pencen,Gadis ini bernama Balqis,Balqis beritahu camera ni jatuh dari hand bag ku waktu pagi Khamis di parking kereta,dia cuba panggil aku,tapi aku dah memecut laju,biasa arr pagi-pagi biasanya kelam kabut.laa aku simpan dalam hand bag camera ni rupanya,aku tak boleh ingat langsung.Aku ucapkan jutaan terimakasih pada Balqis,terharu rasanya nak belanja anak dara ni makan Pizza Hutt,berkali-kali aku mengucap terima kasih,lembut dia menolak.rasa macam nak hantar sesisir pisang padanya tapi takut kelakar pulak.Aku doakan dia, sejahtera dunia akhirat...








Kesimpulannya aku sekarang semakin pelupa,2 bulan ni aku dah terhilang 3 benda penting,tapi ketiga2 benda ni ditemui semula,seorang kawanku kata aku ni `clumsy` apa tu?? tu kata omputih,org melayu kata kelam kabut,tu ada kismis dari makkah,pemberian seseorang padaku,aku kena makan 11biji sehari,ikthiar agar otakku `mantap` semula......baca doa agar aku tak lupa lagi.......tak careless lagi!!!!insyaallah!!!

Ahad, Oktober 25

Ini cerita orang pompuan yer!!!!



Ok,ni cerita orang pompuan,kalau kawan-kawan CM yang lelaki tu nak baca,bacalah,tapi anda hanya dibenarkan senyummmmmm,gelakkk kecil dan diizinkan komen,tapi jangan sesekali mengutuk...

Sebut pasal diet ni,rasa dah letih dah dengar perkataan diet...kata si timah dah 1003 kali mencuba tapi gagal dan separuh jalan.Dalam sejarah diet ,aku dah berdiet sejak dari sekolah menengah lagi,walaupun bukan katogeri gemok dan gempal pada masa tu,tapi diriku bukan selim melim macam Mrs popeye..diriku sedikit chubby dan sedikit gebu...hehehe,,tapi comel dan cute ...hehehe bukan perasan yer...memang betul kan pattt?????


Kejayaan terbesar ketika berdiet ialah 3 bulan sebelum bersanding,Aku berjaya mengurangkan 10kg demi untuk memakai kebaya songket dan tak mahu lebih besar dari sang suami,Fuyooo di alam pertunangan hati sedang berbunga,perut selalu kenyang.Kalau makan dengan tunang sepinggan nasi goreng kampung suku jer boleh habis,yg lain tu tunang habiskan...sekarang ni..suami makan siap pesan "abang jangan habiskan mama nak tu",,hehehe,,hilang sudah control ayu,control segala control.Sampai bila bersanding tu ramai yg tak percaya betapa slim jer aku,sang pengantin lelaki tu boleh bisik kat pengantin perempuan ni "amboi macam tak percaya jer tengok awak""hehehe cantiklah tu....."tu ayat2 orang baru kawin"...faham-fahamlahkan...

Macamana boleh berjaya,???entahlah rasanya dah tak berapa ingat,aku tak makan nasi waktu malam dan hanya makan sekali sehari waktu tengahari.Dan dua minggu sebelum kahwin aku kena demam yang paling teruk dalam sejarah hidupku,Alhamdulillah tak ditahan wad,aku dijangkiti premonia atau jangkitan kuman pada paru-paru.2 minggu aku lost 5kg,cengkung mengkung muka ini....



Pas 3 bulan kahwin baru merasa berat yg begitu comfortable,aku disahkan pregnant,aku kembang sekembangnya,bagai kembang semangkuk,bagai bluehypo dengan kenaikan berat badan sebanyak 23kg,fuyooo.Tak tahu camner boleh jadi macam tu,???yg aku ingat masa tu my paberet masa mengandung ialah coklat yg berbentuk bulat cam farierer rosell,(Betul ker ejaan ni) coklat bar tak main,coklat tu mesti bulat cam coklat dindang ker,koko jelly ker,hehehe..ragam orang mengandung sulung,mengada-gada jer lebih,masih dimanjakan masa tu,suami layan macam baby kunun-kunun yer...


Pas bersalin dan berpantang,aku turun 10kg,tapi aku ada lebihan 13 kg lagi untuk kembali ke berat asal,berat zaman kegemilangan,tapi masa tu tak boleh berdiet sakan,kena makan makanan berkhasiat ,kita menyusukan anak,bila breastfeeding ni perut selalu jer lapar,kadang-kadang boleh makan dua kali ganda banyaknya,hehehe alasan jer tu (angelina Jolie tu boleh jer kurus) pas beranak kembar lagi.....Lepas tu rezeki Allah siapa yang tahukan,baby baru 7 bulan,mama sudah loya-loya balik,hehehe ampuuuuun,subur dan segar nak buat macammana yer,?????ni pun rezeki dari Allah,tak pandai lagi nak merancang masa ni...apapun Alhamdulillah 2 tahun kawin aku miliki sepasang putera dan puteri...


Masa mengandung anak kedua,sekali lagi aku mengembang,kalau abangnya aku naik 23kg,adiknya aku naik 20kg walaupun cuba mengelakkan makanan yang manis,tapi masa ni aku gila makan buah tembikai dari 5 bulan mengandung sampai nak bersalin,setiap hari aku menuntut suamiku membelikan sebiji besar water melon yg merah menyala untukku,nilah ragam tekak orang mengandung,akhirnya badanku besar kembang macam buah tembikai rasanya,dan irdina dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan yang melintang..


Pas bersalin anak kedua,adoi sangat tak selesa dengan berat badan yang sangat lebih,register kelas erobik,mak oii letih yer rasa nak pengsan,sekat makan pun tak jadi jugak,nak cuba pil-pil pelangsing anakku menyusu,akhirnya aku buat satu tekad aku pi try slimming centre " SLIM WORLD "..tempat erra fazira dengan Ziana Zain tu di Legend Hotel KL masa tu,jgn ditanya berapa harganya???? ,untuk turun 5kg boleh pinang sorang anak dara,pas tu dia punya menu diet,Ya allah,tak mampu rasanya nak follow!!!!,my husband kata..semua ok,tapi guna  duit sendiri yerr,orite boss.


So berkesan tak???hehehehe..i lost 7kg,tapi naik semula selepas ubah cara makan dia....diet memang memerlu pengorban.U all tahu tak??my fren kt sekolah spend RM11 ribu untuk turun 15kg,di bizzy body slimming centre.I pernah tanya cost di London Weight Management,mereka nak rm 24k untuk semua pakej pelansingam,Mayfair slimming centre sekitar RM 7ribu,mak oii,begitu mahal harga lemak kita.Ada tak orang lelaki nak buat semua ni untuk kita.Aku tak heran orang pompuan sanggup mati untuk cantik.Dalam sejarah Cleopatra pernah berkata "BEAUTY  IS POWER....padaku bukan nak cantik sangat,tapi bimbang kite berpenyakit...kalau sakit sapa nk jaga anak-anak,suami boleh cari mak yang lain..


Sekitar 2007,akibat stress kerja n life ,aku turun 8kg,,aku memang tak mau makan langsung masa tu,suamiku sampai risau,dia beli macam-macam my paberet  food masa tu....tapi sori i hilang dah selera.....then masa berlalu semangat datang kembali,selera makan kembali pulih,tidur kembali lena,aku mengembang semula hehehehe...sampailah ke hari ni,bulat dan gebu sana sini...kalut malut nk diet semula....



P/s ::::.....nilah kisah aku dan diet ni....khas untuk si fatimah yg sedang bersemangat giler tu!!!!yg penting abang timah sayang kat timah yer,takut dia cari lain????hmmm nora danish pun kena cerai,erra fazira pun pernah bercerai,arni nazira pun suami cari lain,apapun sayangi diri kita,tak cantik wajah tapi aura dan kasih sayang boleh atasi segalanyer...ok timah,timah tetap cun macam 15 tahun dulu,MISS SHARODZ INTERNATIONAL...hehehe kalah carie,lynn,seriwani,fauziahtun,asyhura,zureen,tapi SI MAS tetap ayu mayu kan???wakakakaka..sayang patt,i lab bieuuu.....

Jumaat, Oktober 23

"Aku selalu dipujuk rayu"....



Cikgu H baru disahkan pregnant 2 bulan,mengidam sungguh nak makan sate
Kajang,dia pun jenis suka belanja kawan makan,diusha yer kami pergi menemankannya....."
""i diet lah hana..."rosaklah cam ni,...bilanyer i nk kurus ni...???""
""Please lah mas!!!tak bestlah you tak de,please for our freindship.dan kalau u tak pi kami semua tak nak pi!!!!..adoiii!!!! ,maka rebahlah aku dalam belaian kasih Hj Samuri...cair mair diriku bak ais di tengah padang pasir...hahahaha



Dapat call ni. dari hubby..."Yang tak payah masak,kita makan luar,teringin nak makan ikan kerapu sweet sour lah  lama dah tak makan ni!!!..aduhai aku baru bercita-cita nak skip my dinner malam tu.....
."laa kite diet la bang..."
..tak payah diet arr,bini abang jugak."""..
aduhhh ayat apa ni!!!kalau nak diet ,diet esoklah..suamiku memujuk rayu. ...,hehehe......maka lembeklah aku bagai agar-agar buah!!!tak daya menahan renungan syahdu ikan tu...bak kata Elaira "for me ..diet always waiting tomorrrow".....


Anak daraku dah 2 hari tak mahu makan nasi,makan biskut,roti dan buah...dina memang tak berapa gemar nasi,meragam dua tiga hari ni,tak berapa sihat tu!!!!katanya "Mama dina nak makan Chicken Chops...please mama!!!...yang sorang ni peragainya selagi tak dapat,tak akan putus asa memujuk rayu...aku pun kesian sungguh bila dengar anak nak makan,dulu aku susah,adik beradik ramai.apa yg mak masak itulah yang kami makan.Chicken Chop ni dah kerja baru merasa makan agaknya...Maka ku tunaikanlah hajatnya......"how my diet??????????????....hehehehe percaya tak aku hanya order salad jer...caya tak?????



Beginilah keadaannya...makin kita berazam,makin kita diganggu gugat...letihlah macam ni...
jeless kat ciklie tu.....please leave me alone...hehehe !!!sekarang sapa yg salah??????
Mereka dan keluarga mereka kan!!!!!!!!!
hehehehe......"ADA PULAK SALAHKAN ORANG"......



P/s ::::GENG BAGI CM MOTIVASI SIKIT......................

Khamis, Oktober 22

Dah besar dah dia!!!!!




(marwan ketika berusia 6 bulan)......


Rasanya baru semalam aku melahirkannya....malam tadi masa menemankanya tidur,Marwan beritahu  aku secara serius "Mama..wan  nak sunat arr (khatan),please ma!!!...aiik napa tiba-tiba jer ni????,dari takut melihat proses berkhatan dia pulak yang mintak....baru 7 tahun tu!!!belum bersedia rasanya aku melepaskanya meniti alam remaja dan seterusnya meniti kedewasaan,tapi tu hakikat yang tak boleh aku elak...aku akan tua dan dia akan dewasa......tak selamanya aku menemaninya,dan meneman,menepuk dan membelainya sebelum tidur,tugas ni pasti akan diambil alih oleh isterinya...


"""Kenapa sayang???? nak sunat tiba-tiba!!wan kan baru darjah satu,paklong,pak ngah,pak uda,pak anjang,pakcik dan paksu semuanya sunat lepas umur 10 tahun,lepas darjah 4,pas dah sunat mama tak bolehlah tido dengan wan tau,mandikan wan,wan dah jadi budak besar,wan kena sembahyang betul-betul,penuh 5 waktu,puasa sebulan dan mesti fikir macam budak besar.Pas tu wan nanti akan tumbuh misai,ada janggut ...marwan dah sedia ker??""


jujur aku katakan aku belum sedia melepaskanya,aku ingin membelainya seperti bayi dulu,aku tak mahu ketinggalan melihat dia membesar.Aku bercadang membawa dia berkhatan selepas umur 10 tahun. Sekarang ni,apa pun aku nak buat aku dulukan kepentingan anak-anak,kawan ajak sambung belajar aku fikir anak,kawan ajak join pusat tuisyen yer aku pikirkan anak..Kesibukan ayahnya menyebabkan aku perlu memainkan peranan besar ..kataorang hilang bapaknya boleh pikir lagi...tapi kalau hilang anak boleh sewel loor (ni kata noor)aku setuju benar tu!!!


"Wan nak jadi budak besar lah mama,wan dah tak mahu dah main dengan dina,wan nak bawak motor,wan nak bawak kereta,wan nak main bola sepak,wan nak jadi tinggi,nak badan besar,kawan wan kata,semua tu boleh jadi bila kita sunat.....please mama!!!!!!!!!...

fuuuh...betul ker apa aku dengar ni???pada hal makanpun bersuap,baju sekolah aku pakaikan (dia belum pandai memasang butang baju)..membaca pun masih merangkak berbanding adiknya yang sudah boleh membaca ketika usia 4 tahun...bagiku marwan lambat matang,mak kat kampung bising dia kata cara aku melayan marwan menyebabkan dia sangat manja dan lambat berdikari,Tapi kelebihan marwan tubuhnya tak seperti boy darjah satu,dia kelihatan seperti budak lelaki darjah3,di kelas dia paling tinggi...


Amboii marwan nak besar cepat yer,???? nak kahwin ker???...dia senggih macam faham jer...aku pulak rasa bimbang..."tak per arr nanti mama bincang dengan abah yer."....kataku sebelum dia terlena....



P/S: Geng!!!ok ker,anakku yg baru 7 tahun tu dikhatankan,berapa usia yg paling sesuai berkhatan???,soalan ni jugak pada kak ummi,datin,noor,AZ,Rezeki,Patt,dan lain-lain kawan2 ku yg ada anak lelaki,!!!!geng2 yang bujang trang tang-tang tu kalau berani jawab arr,bila anda dikhatan kan???hehehehe...

Ahad, Oktober 18

Hepi yer kami di rumah Hanis...(Nostalgia Asam pedas)

Datin nak rasa makan asam pedas CM ni,Hari Jumaat lagi Cm dah pi cari ikan terubuk,CM tak sempat nak pi Pasar Borong Seri Kembangan,sibuk betul dengan urusan rumah baru.Jadi...jumpalah ikannya di Giant,dekat-dekat rumah ni...So pagi-pagi lagi dah bangun kemas2 apa yg patut,memasak tu biarlah tengahari sikit,...tak susah manapun nak memasak asam pedas tu,so ku tangguhkan dulu sampai dekat pukul 12...tengahari...
(Adoi bangganya CM menatap gambar ni akhirnya `menjadi`jugak asam pedas ikan terubuk yang dikatakan menjadi pujaan ramai tu,sayur campur yg berseri tu hasil air jari jemari CM ni!!!,)

Rupa-rupanya tak kusangka menjadi `cempedak menjadi nangka,ular lidi menjadi naga,`sudah siap ramuan dan rencahnya,blendeer ciliku tetiba sahaja rosak,alamak dah pukul 12.30 ni,hampa harapan diaorang,camner ni???????,gabra,panik gaban mula datang,mula aku berpeluh,aku dah janji dgn hanis,noor ,datin semuanya mengharap.Aku paling sedih kalau menghampakan harapan orang lain..Aku tak boleh nak pikir,takkan nk tumbuk !!!banyak cili ni,nak pakai cili boh mesti tak sedap,pandang rumah jiran,alahai berkunci pulakk....punah harapan nak memimjam blendernya....


Tetiba "TING'..otak nakalku mula berfungsi.."apa kata kita beli!!!!!masukkan dalam tupperware ,then cakap arrr,CM buat!!!!hahaha...tapi Malaikat baik dalam diriku tak mengizinkan aku buat cam tu... dia kata "Wooi,wooi,dosa besar wat cam tu,kata dah bertaubat!!!!..aku hilang arah,sian diaorang tak de lauk nak nak makan ni!!!


"Ting"..malaikat baik dalam diri beri jawapan..."Kita memasak rumah hanis arr"..tapi !!!!aduhai malunya,takkan nak berangkut ikan,cili,bawang,ketumbar bagai.Tapi itu jer jalannya dah tak de jalan lain,jam dah pukul 1 ni,sempat goreng sayur campur jerr.Aku call hanis,hanis kata oraiiit,blend cili dan masak kat umah dia.Adoii kelakar betul cerita ni,berangkutlah CM dgn segala perencah dan kalut malut dengan anak duaorang ni...yang sibuk nak mandi kolam tu...seperti biasa CM memecut 130kmsj tak sampai 20 minit CM dah sampai rumah hanis


Sampai rumah hanis dah pukul 2,ada datin,CP,elaira,tikah,ibu hanis n keluarga,Adoiii jadi mangsa kena gelak sakan,bila ditanya datin "CM mana asam pedas yer,?????dengan wajah terkiput,termalu-malu dan terkagum -kagum...melihat kejelitaan datin aku menunjukkan ikan mentah,bawang,cili,ketumbar,jintan....Aduhaii datin gelak sampai merah muka,rumah hanis jadi gamat,malunyerrrr,nak dok belakang Noor,noor tak sampai lagi,Elaira lah sakan menyakat,Ya Allah tak pernah dibuat orang camni,dengan tak minum,tak makan sampai rumah hanis aku terus ke dapur...misi asam pedas mesti terlaksana.....yg lain masih gelak tak berhenti,gelaklah arr CM rela,u waaaaaa,sob,sob,sob sampai hati ko orang!!!!


Akhirnya dengan bantuan pembantu dapur yg dedikasi,tika tumbuk bawang,noor potong memotong,elaira ambik gambar,datin jadi supervisor...at the end  "Jadilah dan terhasillah "asam pedas penuh nostalgia...."



Datin sangat jelita,kulitnya halus-mulus,melihatnya bagai model SK11 skin care.
Datin!!!! Cm suka dengan Neesha,she`s so smart girl,cara dia bercakap mature dan bersopan.....papepun datiin!!!! bila melihat asam pedas,senyummmm dan ingatlah CM sampai bila2...sebab yang paling sakan gelak,datin arrr...hehehe dan datin jugak orang pertama yg merasa asam pedas penuh nostalgia tu....


Kak Ummi Humaira dan family,comel-comel anak kak umi,!!! ramah tamah kak umi ni,siap bawakkan kami kuih muih yang sedap-sedap tu...suami kak umi begitu teruja berbual hal camera,kena arr dengan dua camera girl,yang tak berenggang dengan camera ribu hinggit tu,elaira n tika...tak sudah-sudah tangkap gambar,ingattt jangan dimasukkan gambar CM di mana2 blog.....amaran kerajaan Malaysia tu!!!!



Kesian Che pit dia sorang jer si kumbang,yang dihimpit bunga-bunga raflesia,tapi bagus betul che pit ni,mana-mana pun dia pandai bawa diri,tak de nya dia canggung dan kekok,ramah dia melayan kakak-kakak dia,tu arr mana lah si Afeez tu,bukan main berani dia nak bertentang mata dengan CM,sampai sudah tak muncul-muncul dia.....biarlah CM sayang Che pit sorang jer lah feez....kasihku beralih arah....




Terima kasih buat hanis,yang mengatur pertemuan ni,group PDKM bertemu disini,bertambah meriah kalau ada ciklie,AZ,CR,Kak As dan abg megat,kak shami dan lain-lain....Insyallah diizinkan Allah kita bertemu lagi,mungkin dirumah CM kot?????sudikah hangpa datang ceruk hutan ni!!!!!kita semua macam adik beradik...

Sabtu, Oktober 17

Aku berblogging untuk terus hepi !!!!dan berkongsi dengan kamu yer sayang!!!

Kita layan satu lagu Datok Siti,yang pompuan kalau nk nyanyi lagu ni pi ambik skaf letak jer atas kepala.... n ready.....nyanyi arr.nk upload youtube tak berapa reti...


Ku Percaya ada Cinta....

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati


Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala



*

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri

Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti



Korus

Pandang-pandang alam ini

Sambil pandang difikiri

Mana bumbung langit tinggi

Mana lantai bumi

Tiap satu yang terjadi

Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui



Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala



Ada hikmah yang pasti..

Sejak mula ku percaya ada cinta

Cinta itu memungkinkan segalanya

Cinta suci yang abadi

"Lirik yg penuh makna........





Lelaki -lelaki ini...di bawah ini.....
pernah memujaku  dan datang ke rumah meminangku......wakakaka,hehehehe.....jom gelakkk sama  CM....







Hero Nur Kasih...terasa aku seperti Nur Kasih...


Kata 3 lelaki ni padaku....

Lelaki ini yang selalu mencintamu


Selalu, tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu memuja

Hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu

Hatimu






Hari ni rasa sangat ting tong...apa kata kita layan otak CM ni,CM berblogging untuk terus hepi ,share dengan kawan-kawan segala kegembiraan,disini bukan tempat untuk sentiasa serius,kita tak usah jadi hipokrit,semua orang ada perasaan yg perlu dibajai dengan kegembiraan,bersedih akan buat kita jadi murung....CM tak mahu melayan perasaan sedih lagi,tu pesan sorang temanku,jadi kalau rasa nak gelak.gelaklah bersama ku,yang kawan2 pompuan-pompuan tu jom layan fantasi ,lihatlah senyum manis bekas-bekas boyfrenku ni!!!Cinta mereka ku tolak mentah-mentah demi sorang lelaki yang kini bergelar suami...wakakaka



hehehehe ,,,yang pasti bila baca n3 ni sorang kawan ku nama Azli akan bertempik dan berkata "tidakkkkkkkkkk....hahahaha,buta ker dia orang tu??????

......reliks lah ciklie ,biarkan kawanmu ini melayan otaknya....u reliks n senyummmmmmm.


Sorang lagi ialah hasbenku ...dia pasti akan kata.............

"Dah arr mama,janganlah suka wat abang gelak!!!mamalah orang paling perasan di dunia ni...."..dan dia akan tersenyum panjang atau gelak terbahak..(bila dia gelak i pun hepi....)..

aku akan balas dan berkata..
.oh my dear...everything is possible....abanglah fahrinku,anuar zainku dan adam hassanku....dan dia akan tersenyum perasan......hahahaha...


Psssst: moga anda semua terus gembira dalam hidup yg sementara.................................i love u all






Jumaat, Oktober 16

Jom kita pi Alamanda Makan KFC...sapa yang dapat ikut??




Cikgu!!!!cikgu lawa arr,hari ni...cikgu bawaklah kita orang,kita orang kan hemsem..
hehehehe...bodek n ampu cikgu yer,....cikgu boleh cair ker????tiga orang ni cukup terkenal kat sekolah.ni..




3 dara pinggitan aduhai dengan gaya sensasi...girls pun boleh tahan tapi terkawal dan ssopan santun,tapi dulu CM sekolah semuanya pompuan.Patt dan CM cam `hantu` nakal yer,tapi hantu yg beriman,betulkan patt,??di sekolah pompuan tak cover dengan budak lelaki,kami lebih bebas...tunjuk kreativiti..





Sori arr,kitaorang lagi macho,kacak bergaya....cikgu mas nak bawak kita orang yer!!!

                                                                                                                                                                          

Amboii,anggun yer,baru lepas bernasyid,cikgu tak mau arr bawak yang ni,nanti semua orang pandang kita nanti cikgu pulak orang kata jangan leader marhaban....






"Cikgu!!!baik cikgu bawak kitaorang ,kami lah Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi:"Ya Allah,janganlah sampai cam ni sayang ooii,cikgu tahu arr,cikgu ni cikgu sejarah janganlah sampai nak tunjuk bakat jadi Hang bersaudara...hehehehe...kelakar betul budak-budak ni......bersilat bagai demi mengambil hatiku....Cikgu takkan lupa kan ko orang.....memang semua notti2.. I LOVE U ALL...





Akhirnya tiada siapa pun yang dapat ikut cikgu,sebab cikgu tak sampai hati nak memilih semuanya beria-ria nk ikut cikgu,demi keadilan cikgu pi dengan cikgu Jue jer lah. Cikgu faham,hang pa boring dok asrama ceruk hutan ni,lain kali kita pi dengan bas yer....bye,bye semua...

Camni lah CM dengan budak-budak ni!!!,budak-budak ni kalau dilayan dengan baik sangat menghibur hati,hidup mereka penuh dengan kegembiraan,diasrama guru-gurulah penganti ibu bapa,sering nak bermanja,bergurau senda dengan cikgu-cikgu.kalau nakal pun disentuh hati mereka dengan kasih sayang pasti mereka merapati kita dengan kasih sayang,penghargaan dan pasti terhibur dengan gelagat mereka,adakala nak marah pun tak jadi.aku tak kisah budak nakal tapi kalau biadap,kurang ajar dan tak hormat orang tua,karekrtor ku akan bertukar..Aku boleh jadi raksaksa....Alhamdulillah mereka semua budak baik.....,hehehehe...semalam CM dapat hadiah comel dari satu kelas 5 kejuruteraan elektrik.dalam kad yang comel tertera satu ayat....

"TERIMA KASIH BUAT CIKGU SEJARAH KAMI YANG PALING SPORTING DI PELUSUK ALAM,DOAKAN KAMI DAPAT A DLM SUBJEK SEJARAH SPM NI....LOVE U FOREVER...."

adooiii ,betulkah cikgu sporting?????????....hehehe,cikgu ni bukan sporting sayang ooi,cikgu ni pun otak kreek cam ko orang cuma cover jer sebab dah tua dan bergelar cikgu.... cikgu lagi notti dari ko orang......noti boleh tapi jangan buat larangan tuhan,,,,hidup ni sementara.....hepi foreverr......wakakakaka....

Khamis, Oktober 15

Mari jadi Cheff....(marwan tolong mama)

Pada hari raya yang lepas,hanya aku dan keluarga sahaja yang beraya dengan mak dan abah pada hari raya pertama.Abang-abang yang lain masing-masing beraya rumah mak mertua mereka,dah memang kena ikut giliran,CM ni mana ada ibu mertua lagi so tiap-tiap tahun akulah anak yang paling solehah!!Aku dan kakak jer sorang pompuan kat umah(kakakku di Sabah) yang lain semua kakak ipar,.Kebetulan mak pun sakit.Jadi siapakah yang perlu ke dapur??? mokcik mas lah.!!!!!makcik ni jugak,!!!seorang chef yang belajar masak separuh jalan dekat akedemi Babas.hehehe.



Adoi,bagai Chef Labu aku di dapur tahun ni,tiada siapa yang menolong,apa yang ku tahu sajelah ku masak dan ku hidangkan,jadilah jugak rendang,tapi bukan rendang tok,rendang nenek namanya,kuah lodeh adalah jugak rupanya,sambal kacang,kalau chef wan makan mesti dia kata "hmm yummy,yummy...Tetiba aku merasa bangga omputih kata im proud for myself,rupanya pandai jugak mokcik memasak...dulu mak cakap camner kau nak kahwin suria,,,ko tak pandai masak...pas tu aku nak jugak kawin(gatai punya pasal hehehe)..
.aku janji dengan mak,nak belajar masak...belajarlah sikit-sikit ,suami tak komplen pape pun sebab tengah sayang giler dan dia pun tak reti langsung memasak,bukan dia tahu pun tak cukup rencah atau rempah,semua i masak dia makan.Dia tak cerewet langsung..


Pernah suamiku nak makan pajeri terung,aku tak pandai buat...aku beli masukkan dalam periuk,dia balik kerja,dia bukak periuk dia tersenyum bangga padaku....hahaha!!!tipah tertipu,malam hatiku rasa sangat bersalah sebab menipu,ku terangkan bebaik pada suami,dan dia???????ketawa terbahak-bahak sambil menggeleng kepala dengan kenakalan aku.Sejak itu aku berazam aku mesti belajar masak,
sekarang pajeri????no probleeeeemmm!!!!!!


hehehe ..tengok arr marwan tu,aku sebenarnya tak bercadang nak snap gambar,tapi bila aku menoleh aku tengok kreativitinya menahan pedih air bawang,aku belari ambik kamera,cerdik sungguh dia,cover cake dia jadikan mask agar matanya tak pedih semasa menumbuk.........


Marwan kesian dengan mama merenggek nak tolong aku,aku tak berapa galakkan dia menyibuk di dapur bimbangkan keselamatannya dia baru 7 tahun,tapi dia menangis nak menolong ,ok lah tolong mama tumbuk bawang,kalau mata pedih sendiri tanggung,pesanku padanya,hehehe aku tak sangka dia begitu kreatif dan begitu bersemangat nak tolong mama dia,marwan dan aku sangat rapat,dia tak mahu main dengan kawan lain nak tolong mama jugak asyik berkepit jer dengan aku,memang dia "anak mama" sokongannya padaku 100%.Akhirnya aku fikir baik aku biasakan dia ke dapur membantuku.Didikan ibubapaku anak lelaki tak pernah diajar ke dapur,6 adik beradik lelakiku semuanya tak betah ke dapur.Tapi zaman dah berubah tak salah malah sangat bagus lelaki ke dapur,bagiku romantik dan penyayang kalau lelaki pandai memasak ni...nanti marwan akan disayangi isterinya...but jangan queen control dengan anakku yer!!!nanti aku bertukar menjadi mak dara dalam filem ibu mertuaku.....



Marwan kesian kat mama,tongkang langkang kat dapur,so dia nak belajar goreng telur dadar.sekarangkan pecahkan telur yer,pas tu masukkan bawang,garam dan kacau....hehehe marwan sangat hepi.....cium pipiku berkali-kali sebab kebenaran ni.....


tu dia!!!! siap dah telur dadar dia (terhitamlah sikit,mama terkuatkan api dapur)....wah bangga dia you !!!!pas ni boleh belajar masak lagi......besar nanti boleh buat suprise kat mama....masakkan mama sedap-sedap punya menu arrr,dapat isteri tak pandai masak pun tak kisah sangat,kalau suami tu boleh ajar kan,kan!!!!


Ketupat tu aku tak pandai buat,tu abah yang buat,aku tolong gantungkan jer
rendang tu...????? mokcik yang tengah menaip ni punya air jari jemari,makku kata "Aku dah boleh kahwin"...agaknya mak ku lupa aku memang dah kahwin......hehehe.ada ker pompuan kawin banyak!!!



P/s: Kawanku patt @Ummu hanis memang tersangat teror memasak,Chef Wan berguru dengannya...Chef Mas sangat kagum dengan orang pandai masak.....

Selasa, Oktober 13

Aduuh lapar yer!!! camner ni???


Salam kawan-kawan..masa CM wat n3 ni,Cm tengah lapar arr,tapi CM kena tahan gak,CM nak diet,teruja bila dengar ciklie tu dah turun 8kg,senang-senang  jer dia,berhari-hari mememdam rasa jeless pada dia,CM tengok fail picture ada gambar-gambar my boys dengan aksi suap-suap,Gambar-gambar diaorang mengimbau kenanganku ketika di asrama,bersama Patt,Ogy,Carie,Onie,Azu,Taty,Erin dan ramai lagi arr.Masa tu apa pun semua  makanan sedap,... macam budak-budak ni lah sekarang meehun kering tak de perencah pun mereka nikmati dengan begitu berselera....tengok my boy yg hemsem atas tu,dia lapar betul tu,kelakarkan....ambik gambar dia pun..dia tak sedar hehehe



Masa belajar dan dok asrama..."makanan mu makananku jua,"semuanya share,cam CM masa kat asrama dulu mak dan abah tak de kereta susah arr diaorang nak datang lawat CM bawak makanan,lagilah nak daki bukit tinggi tu (sekolahku atas bukit),kesian mak ku,tapi sebulan sekali dalam susah tu,datang jugak makku melawat bawak my paberet lauk 'sambal ikan'dan sayur tumis air campur daging,hmm sedapnya air tangan makku.Lainlah dak Patt tu dia anak cikgu ...mak dia cikgu sekolah.... dekat jer kat Padang Temu Melaka tu,macam-macam mak dia bawak kat dia.....tapi patt baik dia selalu ajak kawan-kawan makan sama....tapi aku lain dorm dengan dia...


Tengok gambar ni....memanglah masa belajar dulu apa pun sedapkan,!!!!Dulu,,,kat dewan makan tu CM punya paberet daging dendeng ,rendang hati,dan lauk ayam.Biasa yer kalau lauk ikan 'ikan nyok-nyok masak kari,ruang dewan makan jadi sepi.hmm kalau siapa biasa dok asrama tahu arr kualiti makanan kawah ,tapi masa tu nak membesar,aktif,dan belajar siang malam perut sentiasa lapar.Makan ikut time,kalau petang gatai tak pi ambik makanan.... malam nanti tunggu arr irama balada lagu cinta syahdu dari perut yang berdendang...lepas tu habuk biskut kering pun tak boleh nak tahan...kat sekolah CM dulu maggi makanan larangan kena sorok-sorok kalau nak makan.....




Dulu,kat asrama mana ada air panas,remdam jer maggi dengan air sejuk,tak boleh arr,cepat di masak sedap dimakan,mahu yer setengah jam baru lembut,tapi punyalah sedap,tak dapat dibayang,hirup sampai ke titisan terakhir,sekarang ni cubalah buat nak ker aku makan??Aku memang peminat maggi,sampai masuk universiti maggi tak pernah tak de dalam stok,tapi aku tak suka campur telur,nanti kembang dan hanyir,lagi satu aku remdam dengan air panas jer sebab nanti mantain kenyal,kalau rebus atas api maggi tu jadi kembang!!sekarang ni suka maggi lagi ker??hehehe...kata orang tempat jatuh lagi dikenang,ini pulak maggi semangkuk....tapikan hubby ku tak suka makan maggi...selalu geleng kepala masa aku hirup maggi,masa pregnant,terliur dengan maggi tapi ku tahan demi khasiat pemakanan maggi,orang kata makan maggi botak,Alhamdulillah rambutku masih lebat ala Aishwarya rai...huhuhu...






Gambar ni mengimbau kenangan aku dengan Patt,aku ingat lagi dak patt tu,bila lauk ayam dia mesti teruja ...dia suka mintak chicken wing atau kepak ayam kat makcik dewan makan,tul tak patt???misti kau kagum dengan sifu punya ingatan,sifu kan cikgu sejarah,kenangan dan nostalgia,jadi irama dan lagu.....hehehe...ni lah n3 dikala lapar.....tak tahu arr  boleh bertahan ke tidak menahan kelaparan ni,...silap2 aku goreng mee sekejap lagi ,hehehehe....biarlah ciklie kurus,dia tu bujang lagi,CM dah laku hehehe...

Isnin, Oktober 12

Jamuan raya kat sekolah CM...

Kalau bercerita tentang Majlis hari raya,CM tak boleh lawan gaya penceritaan dan teknik mengambil gambar sehebat Ayah Zain kita.CM jadi ralit dan teruja nak pi blog AZ untuk mengintai ada tak lagi Majlis Hari Raya yang AZ hadiri .Hehehe sampai ciklie beri award The Most Raya Sakan Person Of the Year pada AZ kita.Gambar-gambar yang AZ snap pun menarik dan makanan yang dia snap nampak begitu menyelerakan.CM ni nak jugaklah bercerita tentang majlis sambutan hari raya di sekolah CM ni...tapi gambar yang CM snap tak sehebat AZ,huru hara jer nampaknya.Majlis Sambutan ini berlangsung hari sabtu 10 Oktober baru ni...meriah jugak hepi pelajar-pelajar sekolah CM dengan majlis ni...ye larr budak dok asrama teringin jugak diaorang nak merasa majlis rumah terbuka.


Afeez kat selayang tu komplen,CM asyik ambik gambar boy jer sampai tak sedar sekolah CM ada jugak girls kat sekolah CM ni...so gambar ni untuk afezz dia pun dah lama tak tengok budak pompuan sekolah menengah.Gambar my girls bergaya manja.Girls sekolah CM semua nyer baik-baik ,polite n lemah lembut.Jarang benar girls buat masalah displin,kebetulan course kejuruteraan banyak terdiri dari pelajar lelaki,budak2 pompuan ni jadi golongan minoriti kat sini.jadi tak bertaringlah diaorang.






Boys camner pun tak boleh tinggal yer afezz,k.mas tetap nak snap gambar diaorang,Pantang di offer pantas mereka memberi kerjasama.Adoii,hemsem-hemsem budak-budak CM bila bergaya dengan Baju raya berbagai kaler,berebut-rebut mereka menikmati soto....



Ok gambar girls lagi...si kecil molek yg memakai tudung hitam itu namanya Siti Aisyah,CM lah guru kelasnya,kecil-kecil cili padi tu,result examnya tak pernah kurang dari 11A,sangat ambitious,work hard dan bermotivasi.Cm kagum dengan semangat budak kecil ni walaupun dia anak seorang ibu tunggal,tiada alasan untuk dia terus maju,Sapa nak wat menantu Cm boleh beri jaminan She is good girl..




hehehehe...sapa ni???ni lah best fren CM kat sekolah..otak dan peragai sebijik sekuman sama,Pn .Hanis ni Guru PJK,tubuhnya `mantap` seperi cutting seorang datin ku gelar dia Datin Hanis,sebagai satu doa,kebetulan suaminya Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya tu,mana tahu masin mulutku betul-betul dia jadi Datin,Yang tak bestnyer hanis gemar memanggilku setiap pagi dengan gelaran "Oh my teddy bear" dan suka peluk CM ni.......mentang-mentang lah CM ni cam teddy bear sampai hati dia...menciii arrr....


Disekolah CM,setiap guru ada 10 orang `anak angkat`yang perlu diberi perhatian dari segi akademik dan sahsiah,kalau anak buat masalah displin ,maknya (guru mentor)akan dipanggil mengadap boss.Yang berbaju coklat kekuningan tu Ashraf dia anak mentor CM,(amboi macam Mentor dalam TV tu)...anak mentor yer !!!Cik lie bukan anak ikan hehehe,,,CM bertuah anak-anak CM semuanya baik-baik,tak pernah ada masalah displin,Ashraf ni sangat sopan budaknya,dia panggil CM mama...hehehe bukan mummy arrr....
Yang tengah dan berbaju merah hati tu namanya Saifudin,pelajar ni rapat dengan CM,selalu datang jumpa CM nk bincang soalan sejarah katanya.Dia jugalah yang pernah meleraikan kerisauan CM pada satu masalah yang sangat besar baru-baru ni,Terimakasih Din ,jasa din cikgu ingat sampai bila-bila..Masalah apa tu???? hehehe ada larr,tak boleh beritahu sini nanti boss terbaca mati lorr...




Tengok arr tak pandai langsung CM nak snap gambar food ni,huru hara jer,sehuru hara hati Cm takut makanan habis kalau sibuk snap gambar,Tengok gambar Az amik bila kat food ,fuuuh tabik spring kat AZ,Cuma nak beritahu laksa tu Panitia Sejarah yang sponsor u.bila banyak makanan sodap mee goreng tak laku nampaknya,cuba tak de yang laib,mee goreng tu lah jadi idaman......pssstt:.5 cucuk sate dalam piring kertas tu CM punya...letak jap nak ambik gambar...jangan kebas arr!!!!!



Tu dia!!!!gulai ikan tongkol lauk nasi dagang,adoi sedap betul nasi dagang tu teringat sampai ke hari ni,banyak lebih gulai tu,CM dan kawan-kawan tapau bawak balik,Yang dalam bekas putih tu pasta,special `air tangan` boss tercinta untuk kami semua..hmm kena rasa tu,sedap you,tak sedap pun kena kata sedap sebab boss yang buat hehehehe.......


        

2 cikgu yang jelita ni..Cikgu Khairunisa dan Cikgu Haslinda,dua-dua English Teacher,my fren ni macam CM jugak,ramah tamah orangnya.Sori arr ,kedua-duanya sudah bergelar Puan....sorang anak ada seorang,yang berbaju pepel tu sudah beranak tiga....





pssst::: inilah sedikit liputan tentang Jamuan raya sekolah CM,ceria-ceriakan wajah diaorang sebab tukang buat liputan ni sangat ceria orangnya....dan sepanjang membuat liputan mereka terasa aura kceriaan,CM tengok semuanya hepi tu.......
Patt!!!! sekolah ko dah buat ker????

Sabtu, Oktober 10

Sepetang Bersama Khairyn Othman....JOM KITA DATING!!!!!!


                         
Bulan ramadhan yang lepas ,CM dapat satu email,dari sorang follower CM,hehehe biasalah follower yang diimport dari blog ciklie PDKM,Khairyn atau nama sebenarnya Harny Abu Khair.CM suka panggil dia khairyn.Khairyn yang sedang menyambung study di Glasgow Scotland ni teringin benar katanya nak jumpa CM ni..adoi terharu CM ni!!!!katanya dia nak pulang ke Malaysia hariraya ini untuk memperbarui visa dan teringin benar nak kenal dengan CM ni......apalah sangat CM ni,biasa-biasa jer ryn!!!.CM pun reply lah email khairyn,dan amat berbesar dengan keinginan khairyn,CM pun memperlawa khairyn untuk lunch dengan CM,biar CM belanja,khairyn makanlah banyak-banyak yer....

(CM dating dengan Khairyn di Restoran Johnnys Steamboat di Alamanda Putrajaya,hmm best yer Seafood Steamboat tu,Khairyn kata dia tak pernah makan,CM kata "makan ryn jangan malu-malu,nak CM suapkan pun boleh,,,,,berselera Khairyn menikmati steamboat tuuuu...hepi Cm tengok youuu)



Hari yang ditunggu tiba...hari rabu lepas 7 Oktober,pas berbalas call dan sms,CM pun berdebar untuk berdating dengan khairyn.CM berdebar tau,bukan calang-calang orang yang dating dengan CM ni,seorang penulis hebat yang tampil dengan dua novel `meletop` di malaysia ni....baca lah novel khairy Othman yang bertajuk "Zahrah de Tigris" dan "Dame Zoete Sarah"....Dua novel dari penulis yang berbakat besar.Khairyn kini sedang mengikuti study dalam Jurusan Kewartawanan dan Penulisan Kreatif dari University Strathclyde,Glasgow Scotland..hebat Khairyn beliau study dengan pembiayaan sendiri,semua hasil simpanannya semasa menjadi wartawan di Malay Mail,dan beberapa harta yang dijual demi masa depan yang lebih gemilang.Khairyn juga belajar sambil bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Glasgow Scotland.Kata khairyn dia kini sangat bahagia dengan kehidupannya,tenang,berkat dan damai berbanding dia terkejar-kejar ketika di KL dulu...



(Kata khairyn CM cikgu sejarah  ni hadiah untuk CM...........Hadiah berupa buku yang dihadiah untuk CM ni,,,,terharu CM atas budi yg manis dari Khairyn tu...anak-anak CM pun dapat hadiah dari Scotland,seronok diaorang ,thanks aunty Khairyn....)



Bertuah sungguh CM dapat berkenalan dan bersahabat dengan khairyn,Khairyn sangat merendah diri orangnya,,omputih kata `humble person.Jangan tak tahu orang yang dating dengan CM ni Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris Tahun 2003Malay Mail.Taiplah namanya di google ada 12,0000 carian tentangnya....Adoii,camner nk speaking london ni!!!!..Tapi kata orang,makin berisi si padi,makin tunduk dia ke bumi...begitulah khairyn,tak de nyer dia sibuk nak speaking london,bahasa melayu cantik berseni.Cepat benar dia mesra dengan Cm macam dah lama kenal,macam kawan baik,hmmm biasanya orang kalau jumpa CM cam tu arrr,jarang benar nak rasa canggung or kekok sebab CM ni speacis `mesra alam`,CM akan usaha sungguh-sungguh agar tak de jurang antara kami,Kami berborak macam tak sedar diri,Khairyn bercerita tentang kehidupan di Scotland,CM pun wartawan pencen mulalah menginterview satu demi satu sambil makan steamboat yang lazat ni dan bercinta sambil menikmati "Banana Split " yang kami share berdua.Sedar tak sedar jam dah pukul 5 .30,ptg.CM kena balik demi tanggungjawab sebagai ibu,anak-anak di nursery.Kalau Cm bujang dah lama CM ajak khairyn tengok wayang cerita hantu "kuntilanak" atau  main bowling kat situ,hehehe..tetiba pulak CM rasa tak puas bujang,nak wat camner ???CM yang gatai nak kawin cepat,Khairyn ni dia tua setahun dari CM,bujang n single mingle si gadis manis ni,terbang bebas kesana kemari...hmmm jelesss pulak CM ni!!!!


Mekasih banyak-banyak untuk khairyn yang sudi dating dengan CM ni,sudi kawan dengan CM ni!!!hehehehe Khairyn dah mula rindu dengan CM ni,dia nak jumpa CM lagi sebelum balik ke Scotland seminggu dua lagi,hehehe biasalah geng !!!!!sapa yang dah dating dengan Cm pasti `dipasung rindu`..wah perah santan yer!!!!.Dari aktiviti blogging CM dah jumpa insan-insan istimewa seperti ciklie,noor,AZ,Hanis,Che pit..semuanya baik-baik.sapa lagi nak dating dengan CM ni?????col-col lah CM,CM boleh `melanja` makan tapi kenalah dengan taraf CM sebagai cikgu sekolah atap yer janganlah poww CM kat Shangrilla Putrajaya ker,,,CM tak mampu lorrr,kita boleh makan di alamanda or naik prebett sapu CM,kita pi makan cendol mamak kat Bangi,kalau org pompuan Cm belanja arr kat restoran best sikit,tapi kalau orang lelaki kita makan cendol bawah pokok kat Bangi tu,barulah romantik sikit kan,kan,kan,dan jauh dari fitnah!!!!

JOM KITA DATING!!!!!!!!!!!

P/s : pada khairyn.pas ni tulislah novel tentang CM fulakkk,watak Sarah,Khairunisa,and Zahrah dah ada,apa kata tulis manuskrip tentang si suria pulakkk,wakakaka.perasaannn yer aku hehehe....

Khamis, Oktober 8

Terima kasih atas kasih sayang semua....




Terima kasih sayang atas segala perhatian dan cinta......CM tak da apa-apa pun cuma sedikit kekalutan dalam hidup,ada kala hidup ni selalu menuntut pengurusan  yang baik.Bagaimana hidup yang Allah anugerah ini kita uruskan dengan baik,teratur,cuba untuk menjadikan ianya sempurna samada dari soal dunia mahupun soal akhirat.


CM ada satu perasaan pelik dalam diri,iatu selalu merasakan orang yang tak sayang pada CM,selalu bertanya pada diri "dia tu sayang kat aku ke tidak"???samada orang terapat,pelajar,kekawan,boss dan lain-lain..tapi CM tetap senyum dan cuba untuk bergembira seboleh mungkin dalam meneruskan hidup.CM selalu berdoa agar dalam hidup ini CM mampu membahagiakan orang lain,memenuhi  harapan orang,menyayangi insan lain,mencurahkan kasih sayang dengan ikhlas tanpa jemu dan ragu.CM sayang u all semua,terima kasih atas kasih sayang ,perhatian,kasih dan cinta.Walaupun kita tak pernah bertemu,bertentang mata,tapi di alam maya ni.CM dapat merasakan kasih sayang u all semua.Kasih sayang yang ikhlas adalah kasih sayang yg dapat dirasa,Jeritlah pada satu dunia anda cintakan seseorang,tapi jika tak ikhlas,berbaur dusta dan niat serong,kasih itu tak mungkin dapat dirasa....................... l love u all so much..... cm sempat lah wat entry ni dalam menunggu waktu kelas tambahan yg akan bermula 10 minit lagi...sibuk sangat sekaranggggg....SPM dah dekattt)


P/s..hehehehe,,CM suka interframe gambar lama sbb sekarang senyum CM dah kelat,masam-masam manis wakakakaka,,,betul tak Patt???

Selasa, Oktober 6

Risau yer saya..


Rasa tak boleh nak senyum hari ni...
Kata pelajar..."kenapa ni cikgu?????? saya senggih jer..."La tak seronoklah cikgu cam ni!!!...kata si Azizi....

saya kata.. "pi duduk jauh-jauh..cikgu susah hati ni!!!"....silap-silap awak yang kena nanti..".

Aiik cikgu marah nampak!!!...jarang macam ni!!!

Adoi tolonglah faham cikgu ada problem arr,cam ni lah hidup ada jer benda yg mengugat kegembiraan kita...harapnya masalah ku akan selesai secepat mungkin.kalau tidak mampuhhh...hehehehe,,,senyuuuuuuuuuuuuummm..

Sabtu, Oktober 3

Merekalah Duniaku...


Tengahari semalam,Aku masuk ke kelas 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yang terkenal dengan pelajar yang lasak,aktif,notti aku di hadiahkan satu lukisan yang cantik di white board kelas..(tengok gambar atas tu) ...bila di tanya gambar apa ni ...diaorang jawab "kad raya untuk cikgu,duit raya untuk kitaorg"...
aku senyum jer....kena sporting..budak dah besar bukan 7 tahun tapi dah 17 tahun,kita ikut jer la....layaaaaannnnn.......,""camner pun lukisan tu mesti dipadamkan ek,cikgu nak guna white board tu yer sayang!!!!............HARI NI KITA NAK BELAJAR TENTANG "KUASA-KUASA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA.....Wahhhhhhh!!!!!cerita perang yer cikgu semuanya teruja!!!!!,,,,,namapun budak lelaki....kita kena pandai cari kecenderungan mereka......nampak excited semuanya...bila aku mula bukak buku cerita.......




Kebetulan dalam hand bag ada kamera."jom kita ambil gambar"...aduhai melompat semuanya,berbagai aksi keluar daripada mereka......tengok si Lokman...dikeluarkan lidahnya gaya "gaya hero WWF"....lepas ambil gambar kena cubit dengan saya buat gaya gitu...Faisal pulak (bercermin mata dikiri sekali)...."masa belajar matanya selalu jer stim feeling (mengantuk)..hehehehe...kenakalan mereka mengingatkan aku pada tahun pertama aku dipostingkan sebagai guru di Sek.Men.Teknik.Tengku Ampuan Afzan,Pahang...pada thn 2000.



Tahun pertama sebagai guru,aku masih single,suaraku yang kecil dan lembut menyebabkan aku susah nak kelihatan garang.Setiap pagi nak ke sekolah,aku dah mula berdebar,diSMTA,bukan seperti di sekolahku sekarang,sekolah sekarang pelajar Technic Pure,mereka pelajar bijak dan terpilih,perlu dapat 6A ke atas dalam PMR ,baru boleh mendaftar disini,Tapi di sekolah SMTAA,pelajarku adalah pelajar Vokasional,pelajar Automotif,Kimpalan,Batu Bata,Penyelengaraan mesin,Pendingin Udara,...aduhai,takkan mungkin mereka nak duduk diam-diam mendengar aku mengajar Sejarah.Tak de makner nya bagi mereka subjek sejarah,mereka keluar nak bukak bengkel,nak baiki aircond,nak jadi kontraktor,nak jadi mekanik,itu jer dalam fikiran mereka.Pernah satu "statement'yang keluar dari seorang pelajar bila aku menyoalnya isi Perjanian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ...katanya "Alah cikgu!!!!saya nak jadi mekaniklah ...takdenya kereta rosak tanya isi Perjanjian"....amboiii,.!!!!!.di sini aku muhasabah diri maknernya aku gagal menerapkan nilai patriotisme dalam diri anak bangsa,mengapa mereka perlu belajar sejarah.Adakala kenakalan mereka menjolok mata,berberapa kali aku menangis di tandas kerana tak tahan dengan karenah pelajar,masa tu aku baru 25 tahun,diaorang 17 tahun jarak umur dan kurang pengalaman menyebabkan aku sukar mengawal kelas.Memang aku dilatih secara formal untuk menjadi cikgu dan aku cemerlang dalam exam Diploma Pendidikan,tapi teori tak sama dengan praktikal.Masa itu aku menangis,aku tanya pada diri kenapa aku tak jadi lawyer macam kakakku Intan,pasti aku hepi kalau jadi lawyer kerana kerjaya itu pernah jadi cita-citaku...

Kini 9 tahun berlalu,pengalaman mendewasakan,aku kini sangat mencintai kerjaya ini,disinilah aku membaja pohon kasih sayang,agar anak didikku dapat berteduh dibawah rendang pohonnya.Aku berusaha menjadi guru yang sentiasa dingati ,disayangi dan menerima doa daripada anak didikku nanti.kerjaya ni bebas dari masalah korupsi,penyelewengan dan sebagainya.Andainya aku jadi lawyer aku mungkin hanya mampu mengumpul musuh.Aku kini mampu mengawal kelas dan pelajar.Bila result SPM keluar,aku mampu tersenyum puas,Kini tiada lagi airmata kerana kerenah pelajar,tapi airmata kegembiraan tika mereka berjumpaku mengucapkan terimakasih.Terima kasih Allah atas rezeki dan jalan yang telah kau tentukan.



P/s: CL nk tanya ni....hemsem-hemsemkan budak cikgu...hehehehehehe "anak cina makan penggat yer ciklie...jangan pandang sebelah mata!!!!!!!!...hehehehee

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....