Hari kedua kami bercadang untuk berjalan2 sekeliling bandar HCM..saya memang tidak bercadang untuk ke Mekong River dan Tu Chi Tunnel..kami mahu percutian ini lebih bersifat free n easy..guide untuk tour city pun kami ambil di hotel sahaja..jika saya x silap harganya dalam rm50 seorang dr 8pagi hingga 5petang dengan pakej lunch .ooops tapi lunch kami membazir begitu saja sebab mereka bawa ke restoran non halal dibandar dengan alasan halal food mahal..kami cuma makan buah yang kami beli sendiri di gerai buah dibandar..dan pasangan dr saudi yang turut sama mengikuti kami pun pergi ke subway restoran. .tapi kami tak pasti subway tu halal atau tidak..
Antara tempat lawatan lupa nama palace ni..tp ni bekas istana presiden yang kini dijadikan muzium..kami masuk disetiap ceruk istana ini..bagusnya ikut mat salleh ni service tourist guide nyer 5 star...sejarah n detail ttg palace ni diterang satu persatu..tp lotih jgn cakap arr..nk pusing tempat sebesarnya..pas tu kami dibawa ke buddhist temple
Temple ni bagi saya takde apapun..dah dok dlm initerary..follow jer lah..cuma dia bgtau majoriti penduduk vietnam adalah buddhist. .
Pos office yang masih digunakan dengan senibina zaman penjajahan Perancis di Vietnam
Bangunan2 yang mempunyai senibina yang menarik
Hmm ada banyak lg gambar..tp update blog guna smart phone ni space terbatas nanti kita sambung lg yer..bandar hcm menarik walaupun sesak disini masih mengekalkan keindahan seni bina zaman kolonial yang boleh dijadikan tarikan untuk pelancongan dan nyatanya hcm kini sudah bangkit dari kemusnahan zaman perang
Kami dalam van yang membawa kami pusibg bandar..very international ada dr US..Philippines. .Saudi..Hong Kong dan banyak lagi dan kami cepat mesra...