Petang itu aku dan Cikgu Siti perlu ke persinct 16 untuk mencari satu barang untuk persiapan hari merentas desa sekolah.Siti memandu santai sambil kami berbual-bual ,lepas satu ke satu traffic light kami lepasi.Jalan di Putrajaya memang sunyi tapi banyak traffic light,kadang-kadang menimbulkan kebosanan.Sampai ke satu trafik light adalah 4 biji lori tanah di hadapan,menyebabkan sedikit kesesakan kerana lori bergerak perlahan.tiba-tiba kami sedari di belakang kami ada sebuah kereta Perdana Hitam kelihatan menyodok-yodok mahu memintas kami,kami pula agak perlahan kerana mengekori lori tanah,Kereta tu menyalakan lampu dan cuba menghimpit,Siti kata pedulikan dia,Siti tetap mantain memandu tanpa memberi peluang pada pemandu di belakangnya untuk memintas.Kata Siti kita duduk dilorong yang betul kita tak perlu takut pada apa ancaman pun.Siti memang begitu tegas dan berpendirian.Tak hairan dia dinaikkan pangkat sebagai guru cemerlang dan sudah setingkat grednya denganku walaupun kami sebaya.
pemandu di belakang kelihatan agak brutal,beruasaha menunjukkan kehebatannya bila dia cuba memotong dari sebelah kiri dari lorong kecemasan,fuuuuuh,akhirya dia berjaya memotong ,dia memandang tajam ke arah kami dan memberi isyarat seolah-olah meminta kami berhenti."siti'!!! mamat tu marah kitalah.aku sedikit cuak.kira-kira dlm 100 meter Perdana BGE 8&&% kelihatan sekali lagi menghimpit kami dan memberi isyarat seperti polis trafic minta kami berhenti ke tepi.Siti dengan beraninya berhenti dengan tenang di satu tempat yg agak luas.Tapi kata Siti kita jangan keluar dari kereta ,biar dia datang.Mamat yg sedang marah tu meluru keluar dari keretanya.Siti menurunkan cermin kereta dan menegur.."apa hal encik"???????
Tak semena-mena mamat tu menengking kami dengan ayat yg keras dan suara yg sangat sombong...
"Camni lah orang pompuan,kalau memandu bodohh tak tahu peraturan"!!!!!!
fuuuhh aku terkejut,kaget dengan nada suaranya...wajah siti merona merah,Siti keluar dari keretanya,aku tahu siti dah mula marah.
"please encik yerrr,apa hal ni.?????"""..kata Siti...
"Kau boleh tanya aku,ko tahu ko memandu macam orang bodoh!!!!!
,mamat tu ulang lagi perkataan bodoh,bagi saya lelaki tu cukup kurang ajar,
saya perhatikan dia saya cuma diam,lelaki tu mungkin baru berusia 28-30 tahun,masih muda,bertali leher ,berkemeja kuning air dan memakai name taq bernama Sh@$$$..kelihatan segak tapi melihat budi bicaranya buruh Bangladesh yang menyapu di tepi jalan tu lebih mulia dan tinggi darjatnya dari lelaki yg kelihatan berpendidikan tapi sombong macam orang jahiliah..
"hello encik!!!!!!
,salam takde kenapa tetiba memaki hamun ni,kami tak langgar pun kereta encik,lainlah kami langgar,encik yg menyondol kami."""!!!
...kata Siti,nada suara gurunya keluar,juga cukup tinggi selaras dengan nada mamat biadap tu..
"Aku nak cepat!!!kau terhenggeh-hengeh kat depan!!!!...mamat tu membalas...
""Eh,encik yang tak tahu peraturan jalan raya,kenapa marah kami.????
..perang mulut sudah bermula,mungkin kerana marah diperlekehkan keluar satu ayat yang buat aku dan siti mual yang kami tak sangka boleh kuar dari mulut mamat hamprak ni...
"""Ehhhh,pompuan ko tahu aku sapa???
fuuuh cara panggilan yer pada kami cukup kurang ajar,
""hahhhh ko sapa,kata Siti????
AKU PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK TAU DG 41!!! siswazah lagi..
hahahahah,aku tergelakkkkkkkk,siti tersenggihhh,tak daya nak kuar kata seketika,melihat kebodohan dan ketandusan idea mamat yang baru nak lihat dunia,dan baru berkepak ni..
Samibl tersenyum sumbingg Siti menyambung,apa!!!! ko ingat kami budak lulus darjah 6,kami siswazah jugak ,saya ni DG44 lagi Alhamdulillah dah berpangkat guru cemerlang pun..
yerrr kami tak sebutpun...aku tetiba bersuara,aku lihat wajah mamat tu sungguh kelat..
Siti berkhuthbah.
..Sori yer encik,even ko menteri pun(siti ni kejap ko kejap encik)kami tak pandang arr,simpanlah pangkat hang tu dalam bonet kereta buruk hang tu...
hahahaha baru aku sedar kereta mamat tu perdana V6 model lama yang mungkin dah berusia lebih 10tahun.
Siti menyambung ...jangan ingat ko pakai tali leher ,ko pegawai gomen ko pandang orang lain cam sampah!!!!
fuuuh seketika aku cam tak caya siti yang kukenali ni dah bertukar karektor,pandai gaduh jugak kawanku ni.garang sehhhhhh
"hahhhh lantak arrr,!!
mamat tu seakan menjerit dan terus ke keretanya dan dia blah begitu saja meninggalkan kami.
Dalam kereta aku menyatakan kekaguman pada cikgu Siti,ko garang yer Siti!!!!dengan budak2 sekolah ko baik,tegas tapi lembut.
"""Aku ni mas,jangan jolok aku,jangan cakap kasar dengan aku,aku boleh lebih kasar dari orang tu,kalau tak aku tak boleh hidup sorang cam ni,kita kena berani pertahankan hak (siti sudah bercerai dengan suami akibat konflik rumahtangga dan 4 bulan selepas itu ex husbandnya meninggal dunia akibat kemalangan),kalau kita betul,kita jangan pernah takut,kalau kita tak kuatkan hati orang tindas kita,kita jadi mangsa.Aku tersentuh dengan kata-kata Siti,kerana aku ni lebih banyak mememdam dari meluahkan,hatiku tak sekuat mana,aku lebih rela terluka dari melukai,bravooo siti,sedekahkan sedikit kekuatan dirimu padaku....aku bangga dengan kamu,jika aku tak sekuat kamu cukuplah aku bersahabat dengan insan-insan kuat seperti kamu,moga tempias yer juga boleh dapat padaku.
Ketika menulis kisah ini aku juga teringat pada sahabatku yang jauh.dia juga seperti Siti,malah lebih hebat dari Siti,kuat dan berani mempertahankan hak,sangat yakin diri,sangat percaya pada keupayaan diri.Dia tak membenarkan dirinya ditindas oleh sesiapapun.Tak hairan dia boleh berjaya seperti hari ni.Namun dia tak sombong,malah sangat merendah diri.Katanya dia kalah pada budi bahasa,pada kerendahan hati insan lain.Sejak dirinya ku dekati diriku ini ku kenali,Moga Allah memberkatinya..
Sebelum sampai ke Percint 16 aku tetiba terpikir sesuatu!!!!!!
"""ehhhhh siti mamat tu kata dia PTD DG 41,??????????"""
DG41 tu kan gred untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah@cikgu cam kita!!!!!!!
Kalau PTD diorangkan pakai Gred N ke M???,napa pulakkk dia guna DG?????
hahahahahaha...kami gelakkkkk besar,alahai kantoiii,nak bercakap tak study dulu
agaknya despatch atau pembantu am sekolah agaknya!!!!!!!!!!!!
Kami tergelak sambil mengeleng kepala...
MORALNYA PADA ADIK-ADIK NI.....
JANGAN SOMBONG,RIAK DAN BONGKAK
...ALAHAI RAMAI LAGI ORANG LEBIH BERPANGKAT DARI KITA,
JGN BARU BERGELAR PEGAWAI DAH TAK NAMPAK RUMPUT DI BUMI,
HANYA MEMANDANG BINTANG DAN BULAN,
SEDANGKAN DI BULAN TU DAH BERJUTA BINTANG-BINTANG MEMAGARI,
KITA DIBAWAH HANYA SEPERTI PUNGGUK MERINDUI BULAN.
IKUT RESMI PADI MAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI!!!!!!!!