Maha Suci Allah,,yang memelihara rumahNya,,menjadi peringatan kepada mereka yang berfikir.Masjid ini menjadi satu-satunya yang terselamat dikampung ini. |
9 tahun berlalu,,Masjid ini kembali tersengam indah,,diperbaikidan menjadi bukti pada pengalaman yang tak dapat mereka lupakan,
Didalam Masjid di letakkan satu sudut pameran gambar-gambar tentang kejadian tsunami bagi mengingatkan penduduk tempatan tentang tradegi tsunami yang perlu diinsafi bagi menguatkan iman dan kesabaran mereka.
DONT FORGET TSUNAMI...
Kampung dipinggir pantai ini musnah sama sekali,hampir 3 ribu penduduk kampung telah meninggal dunia dalam tragedi tsunami.sebuah perkuburan besar yang menempatkan perkuburan 3 ribu jenazah ada dikampung ini.
Kini kampung ini dibangunkan semula hampir semua rumah-rumah baru dibina..menurut supir rumah-rumah batu berwarna putih berpagar dan tersusun dan terancang pembinaanya dibiayai oleh Kerajaan Turki.Namun sebahagian besar penduduk asal kampung ini telah meninggalkan kampung ini kerana trauma dan mahu membina hidup baru dan melupakan kenangan indah bersama mereka yang telah pergi,Kini kampung iniramai didiami oleh pendatang dari kawasan lain.
Selesai melawat Masjid Rahmatuallah kami dibawa menikmati kesegaran air kelapa Acheh sambil merenung lautan Andaman dan menikmati angin laut yang nyaman...Alhamdulillah ..
Kami juga sempat melawat Muzium Tradisional Acheh,,untuk mempelajari serba sedikit tentang budaya Acheh.
CM bergambar kenangan di dalam rumah tradisional Acheh
Di zaman kegemilangan Acheh sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Islam,Acheh pernah dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho,ketika itu zaman pemerintahan Mahkota Alam.Laksamana Cheng Ho menghadiahkan kerajaan Acheh loceng sebagai tanda persahabatan.
CM bergambar dihadapan loceng yang dihadiahkan oleh LCH dihadapan Muzium Acheh
hmmm dah panjang sangat CM bercerita,,,next episod kisah jalan-jalan dan makan-makan di Acheh,
in sha allah