yg sudi bersama cm....

Sabtu, Jun 30

Taiping: Jalan-Jalan Cari Makan di Taiping Perak

15-17 Jun 2012  yang lepas CM bawak pelajar CM mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak.
Antara tempat tumpuan kami ialah Taiping dan Kuala Kangsar.
Banyak juga tempat yang kami pergi,,,rupanya Taiping tu banyak tempat yang menarik.
Kita mulakan aktiviti kita dengan Jalan-Jalan Cari Makan....k..


Dengar cerita kawan-kawan tentang deretan Yong Tau Fu dan Sotong Kangkung di Medan Selera Belakang Bomba Taiping ....kami pergi tengahari tak semua gerai Yong Tau Fu yg bukak,...ada 3 gerai yg buka,,,so kami cuba......
 

Yong Tau Fu dan sosnya yang pekat likat,,,banyak pilihan,,,dan harganya sangat berpatutan..lebih murah dari harga Yong Tau Fu di pasar-pasar malam di Lembah Klang..yang ni tak sampai RM 10,,banyak tuuu...kami makan bertiga,,,,tapi sos ni sedikit maniss
 Sotong Kangkung...okeyyyy cuma sosnya manis sangat
 Mee Ladna,,,perrrrgh yang ni CM bagi 5 bintang...kesedapanya membuatkan walaupun dah makan Yong Tau Fu dan sotong kangkung ,,boleh layan yang ni sampai licin,,,hmmm murah jugakk tau
 Aduhaiii..rasanya ABC cenggini ada di Tepingg jerr ,,dah ler banyak,,,pas tu mewah dengan dressing n toping....ada hiasan buah-buahan segar seperti tembikai dan jambuu gitu,,regenya baru RM 2.30
Petangnya untuk dinner kami sampai ke Kuala Sepetang,,menjejaki gerai Mee Udang yang tersohor di Teping,,yg masuk TV dan diperkatakan orang itu,,,,masa kami sampai aduhh ramainya orangg,,,kena tunggu turn nak dapat tempat,,,gerainya sederhana tapi sangat ramai orang disini...ada anggota RELA mengawal lalu lintas,,kelass ko Jah!!!!!

 hmmm...sampai sini dah tentu carik mee udang takkan cari nasi lemak lak,,,menu diberi kami pilih,,hidangan kat atas tu Mee Udang Special regenya RM 15,,,meenya sejemput udangnya 7 ekor besau-besau dan berkualiti,,,,sedappp????? ok lah udangnya segar,,,dan servicenya cepat dan tangkas.
 ni nasi goreng udang,,,udangnya menyorok bawah nasi,,,sedapp jugak,,tapi nasi goreng ni namanya Nasi Goreng Udang biasa yang istimewa mungkin lagi meletooppz
ni mee udang biasaaaa,,,regenya RM 7,,apa beza dia dgn yang special adalah jenis dan saiz udangnya....

 Kami order jugak udang celop tepung,,,,sedappp,,,
Anak-anak murid saya sarapan direstoran ini,,,nk citer restoran ni sangatlah murah dan berpatutan....30 orang minum pagi set lengkap saya hanya perlu bayar RM 67 jerr,,,kira murahlah tu,,,Restoran Saroja,,Taman Sri Palma Kamunting Taiping..


ok,,,,nanti saya update,,,,Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Kangsar pulak....

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum cm : so.. bile nak bawak kami jalan2 teping plak?

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yong,
huh mantop mee udangnya!

Kak Mahh berkata...

Mahalnya mee udang rm15

PelikBinAjaib.com berkata...

Ada banyak lagi tempat menarik di perak kalau disenaraikan semua sekali, Perak negeri ke 2 terbesar di Malaysia kalau xsilap saya. Tambahan pula tahun 2012 nie tahun melawat Perak.

PS: Mee Udang tu buat saya terliur saja. haha!

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....