Sekejap sungguh masa berlalu,
dah hampir setahun rupanya meninggalkan kesibukan KL,rasa tenang tinggal dipinggir bandaraya,
jarang benar bertemu jem@ sesak seperti 7 tahun dulu.
Tapi minggu lepas lantaran kerja tahunan memaksa aku mengadap kesesakan ini kembali,...
Dah memang semua orang nak pi kerja inilah jawapannya.....
Sambil melayan jemu aku snap gambar melalui handphone,
hehehe terhibur jugak rasa hati yg memandu sendirian..
Aduhaiiii....Ni suasana nak balik dr meeting....
menghala ke Jln Tun Razak lagi sekali mengadap jemm....
Hari pertama Isnin..
aku tak dapat nk bajet masa,keluar rumah pukul 6.50 pagi sampai ke Jln Tun Razak pukul 7.30 pagi,,,,Alamak meeting mula 8.30 pagi camner ni??
depa kena tunggu aku ni..??? alahaii kesian kat depa,
dah dekat dah ni..dah jemm,takkan aku nk lompat ala aksi stuntt..
Aduuuuuh,dah sampai pun,tapi jemmm jugak lagi ...inilah KL!!!
Alhamdulillah aku sampai tepat pukul 8.45 pagi,
aku ingat aku dah lambat 15 minit,tapi my boss kata meeting mula pukul 9.00 pagi,
sbb ada 3 lg kawan tak sampai....tak lah dia orang tunggu aku
...sambil senyum my boss kata `biasalah mas,orang dok jauh Ulu Sepang"
...yo larr lah boss,i tahu u sindir i ni...
Selasa dan Rabu boss belum sampai lagi aku dah sampai,terasa begitu bangga,aku keluar pukul 6.30 pg,jalan sungguh clear,aku sampai kat Jln Tun Razak pukul 7.00 pagi,
fuuuh laju you,
hmm bila tiada kereta selalu cheq lupa diri,moga cheq cepat sedar,jgnlahlah amalkan bawak kereta laju,
ingat org tersayang (pesanan untuk diri),aku sampai kat tempat meeting pukul 7.30 pagi,aduuuh lamanya nk tunggu,semua kawan belum sampai,bosannya menunggu,beginilah rasanya menunggu orang yer,aku selalu buat orang menunggu aku,hehehe sapa-sapa yg pernah menunggu cheq tu,
ampuuun pak,ampuun buk,
cheq tak sengaja....
Sebelum balik meeting dapat satu call dr my bother kat seri kembangan
"kak !!! nak datang umah awak bawak mak mertua kite,kul 8 kiter sampai...
Ye larr ,orang nak datang,maknanya keberkatan dan rezeki pada rumah kita...
terima walaupun letih macammana pun,
zaman Rasuluallah ,mereka sanggup berlapar untuk beri tetamu makan,
balik rumah dah pasti mengadap jem lagi sampai rumah pukul 5.45 petang,ambik anak di nuursery ,solat asar,mandi dan terus ke dapur,
cooking alone,aku mana ada bibik you!!!
hehehe,bila lah big boss nk supply bibik untukku ni,???setakat ni boleh survive lagi,
Aku hanya mampu siapkan kari ayam,kacang buncis goreng,sardin goreng bercili,ikan kerisi goreng,telur masin dan hirisan timun,harap tetamuku berselera,Alhamdulillah nampaknya berselera,agaknya lapar kot???,adik ku dan isteri menambah nasi,maknanya ok lah tu...
Meeting 3 hari tamat pada hari Rabu,
Khamis terpaksa tinggalkan anak-anak lagi bila dapat berita kematian ibu saudara di Kelang,vrooom ke Kelang pulak,sesuatu yang tak dijangka berlaku apakan daya?Ada jugak menerima sesuatu pada hari Khamis ni,mekasih yer,sangat saya hargai...Alhamdulillah.
Malam tengok muka anak-anak masa depa tidur kesian pulak
,dah hampir 3 minggu bercuti tak ke mana pun lagi,
Hari Jumaat cuti Keputeraan Sultan Selangor,kebetulan kakak iparku di Shah Alam merancang bawak anak-anak sedara ke Wet world Shah Alam,tumpang sekali yerr buk!!!!
Tengah aku tumpang -tumpang beremdam dgn anak-anak,
ada satu suara berbunyi " Cikgu Mas!!!!!!alamak dah namanya cikgu anak murid merata.,
tgh beremdam pun ada yg kenal..amboi 3 anak dara ni,bekas pelajarku di setapak dulu..
soalan pertama yang kuar dr mulutku "Amboii mana pi tudung kepala hangpa".???
dua anak dara ni cuma tersenggih,
anak sedaraku yang lelaki sempat pulak ambik gambar depa ni...
Budak kecik ni sebenarnya bukan tahan sejuk sangat,
tapi kali ni demi untuk keseronokan nampaknya bertahan....
hmmm pilihlah muka-muka tgh lapar selepas setengah hari beremdam,
semua tu anak sedaraku.yg bulat tu Arsyad 8 thn,hakim 10 thn, Suyqqie 11 tahun dan Aiman 12 tahun....cm ni paberet aunty diaorg ,sportinggg you!!!
Hari Jumaat ni jugak,makku yang pergi melawat ibu saudara diKelang bercadang tidur di rumahku,
abah balik Melaka dulu,ada hal katanya...orite makk!!! best yer mak ada
Hari Sabtu,ada special request from my lovely mother
katanya "suria,mak tak pernah pi Nilai 3,nak tengok jugak apa ada kat sana???
,aduuuh terharu aku mendengarnya...ye larrr mak,jom kita pi,sebenarnya aku pun belum pernah memandu sendirian ke sana,
demi makku yang kecik-kecik dulu selalu bawak aku pi Jalan kat Banda Hilir,walaupun naik bas.
camner pun aku mesti usahakan,Aku tak beritahu pun pada mak aku tak tahu jalan,berpandukan signboard,dan sedikit pertanyaan pada suamiku,
aku sampai dengan jayanya di Nilai 3,
wahhhh kali ni,aku tak sesat biasanya 10 tempat yang aku tak tahu nak pergi,9 darinya aku mesti sesat dulu berkat nak bawak mak agaknya..
Wahh dah lama nk pergi KK Home Deco ni,
menjamu mata,mak suka kat sini,aku lagi suka,tapi kecut perutku bila marwan dan dina usik sini,usik sana,pocahhh nanti den jugak yg kena bayar,
lepas sedekah rm 120 di sini,tarik tangan anak jom pi tempat lain sebelum mama lupa diri...
Hari Ahad????? ada lagi appointment ni
,hmm hari Ahad yg lepas pulak cm kena pi cari kayu..
nak cari kayu,nak cari kayu,nak cari kayu,hikhikhik......
Semingggu yg sungguh sibuk!!!!!!!
melayan kerja,melayan tetamu,keluarga,
anak saudara,saudara mara,mak termasuk jugak kawan baik,
apapun aku sangat hepi,
bukankah membahagiakan orang itu satu ibadah!!!!!
Alhamdulillah..