yg sudi bersama cm....

Rabu, Februari 4

Percutian di Surabaya-Bromo -Ijien (Part 2)

Saat saya masih berkesempatan,,elok saya sambung cerita percutian di Gunung Bromo...lepas turun dari Gunung Penanjakan,,kami ambil jip ke kaki Gunung Bromo,,dekat jer rasanya..dari dalam jip mulut saya terlopong melihat orang tempatan berkuda seolah saya menyaksikan cerita koboi di TV..wowww,,mmg `rare` pemandangan itu...dengan debuaan pasir-pasir hitam kuda-kuda itu mengejar jip kami...kembang hati melihat senario ini kerana tak pernah saya lihat sebelum ini,

Kuda putih...
Jip tak boleh berhenti dikaki gunung..kami kena menapak ke hujung sana,,,tapi jangan risau ada kuda-kuda yang berderet menawarkan khidmat,,asalnya saya dengan eksyennya kata..alahhh apa barang nak naik kuda?,,,jalanlah,,tapi anak perempuan saya ,saya dah pun benarkan naik kuda,,takut dia tak larat,,kena RP 130k...mahal tuu kata orangg...saya jalan lagi tapii terus dipujuk rayu,sambil dipujuk saya terus tawar menawar..sampai suku perjalanan saya mula letih,,agaknya memang penarik kuda tu dah faham mesti dia berjaya jugak pujuk,,,saya dan anak lelaki pun naik jugak kuda dengan harga sorang RP 100k,,walaupun dah hampir pertengahan jalan...hahahaha konon nk jimat lg lah terkena so kami bertiga saya bayar RP330k...convert Rm100+ lerr...tapi bagi saya berbaloii kerana rasanya takde kekuatan nk mendakiii tu.,,hakakpun umur nk masuk 40 hahaha..dan perjalanannya jauh weii,,siyes tak tipu,,haruslahh sangat kita berkudaaa...dannnnnn sebenarnya saya sangat takuttt ketika berkuda ,,kuda tu mendaki gunung beb,,bayangkanlah betapa gayat dan ngerinya,,,bukannya kuda padii kuda besarr dik non,,,terbayang ler kalau kuda mengamuk cam citer koboi,,jatuh kita leh patah segala,,syukur takde papa....Alhamdulillah
yang lelaki gagah perkasa pun naik kuda apatah lagi acik cm kan.....
Jauh jugak,,nak naik dikaki gunung tu,,,kena naik tangga lagii nk tengok kawah gunung berapi tu,,so kuda tak leh naik tangga,,,sila turun,,dan penarik kuda akan tunggu...
silalahh naikk,,,hakakkkkk longlaiii lutut mehhh...
Untuk melihat kawah gunung berapi kenalah mendaki tangga tuu,,,taklah sebanyak anak tangga batu caves...leh lahh naikk...baru dapat tengok kawah itewwww...
ni..suasana di atas tu..tuu yg bersweater biru anak bujang CM...tengok tuu uncle tuu boleh naik jangan wat maluu kaum hokeyyy..

Di atas ini lah anda dapat melihat kawah-kawah gunung berapi,,,tapi awas bau belerang agak kuat,,,pakailah mask,,jika mudah semput dan alahan hidung,,bergambarlah puas-puas tapi pandai-pandai jaga diri andai terjatuh boleh jadi telur rebus kot..



tu diaaaaaaa......


pas turun tuu sakan lah bergambar di belakang pemandangan gunung batok,Bromo dan Semeru (kalau silap jgn marah,,CM lupa lak namanya)



Pas tu turunlah ke tempat parking jip..ada tandas.surau dan gerai kecil dan penjaja makanan untuk kita mengalas perut di pagi hari,,hidangan ringkas dengan kopi panas...ada juga yang menjual Tshirt untuk kenang-kenangan..CM beli 3 helai Tshirt bergambar gunung Bromo dengan harga RP 55K..


 Oklah pas turun kita ambil jip..kita sambung ke Savanah yang ada digelar Teletubies Park dan kemudian sambung ke Pasir Berbisik....ok nanti CM sambung yarrr,,,bye-bye







Isnin, Februari 2

Percutian ke Surabaya -Bromo-Ijien Mac 2014 (part 1)

Merancang trip ni dah lama ,bila dapat tiket yang sangat murah masa promo AirAsia dan teman travel yang sudi meneman saya terus membuat keputusan untuk ke Surabaya pada Mac 2014,seingat saya,saya hanya membayar rm400 untuk 3orang harga tiket ke Surabaya,kali ini saya angkut dua anak saya untuk merasai suasana indah di Surabaya..dan menjadi kenangan manis kami bertiga walaupun ayah kena tinggal huhuhu...

Bandar Surabaya,Surabaya adalah bandar kedua terbesar di Indonesia ..

Perjalanan kami pada hari khamis malam jumaat,masa itu KL jerebu tebal,,dan MH 370 juga baru dilaporkan hilang,hati kami berdebar tapi apapun perjalanan yang dirancangkan kami teruskan juga,saya menaiki flight pukul 10.20 mlm,perjalanan selama 2 jam 40 minit,dan tiba agak lewat malam di Juanda Airport,saya agak teruja melihat kemodenan airport di Surabaya yang dikatakan baru lagi dibuka sebab  kelewatan sampai ke Surabaya menyebabkan kami terlepas menyaksikan keindahan sunrise di Gunung Bromo.oleh itu sebelum menempah tiket pastikan anda merancang dulu masa yang sesuai dan dapatkan pandangan supir dan agent disana agar trip anda terancang dan owesome...terus terang saya katakan trip kami kali ni,,,carca merba kerana tak cukup persediaan dan study akibatnya trip kami digelar,',trip atas jalan "kerana separuh masa kami hanya dihabiskan dalam van dan atas jalan,,huhuhu sedihhhh.....ini terjadi kerana kami hanya mengikut  atau copy itinerary kawan yang pergi sebelum ini tanpa memikirkan kesesuaian masa dan situasi kami pada masa itu.

Sampai sekitar 12mlm,supir yang kami panggil Pak nasit sedia menunggu,mesra ,muda dan baik orangnya,dia beritahu kami mungkin tak sempat melihat suasana matahari terbit sebab dah lewat,kerana perjalanan ke Bromo Probolingo mengambil masa 4 hingga 5 jam ,kami sampai suboh dikaki gunung,suasana gelap gelita sepanjang perjalanan,,masyallah perjalanan dengan van ini dengan jalan simpang siur dipergunungan buat jantung saya berasa berada dikaki,,,sangat mendebarkan,,macam2 saya pikirkan lebih-lebih lagi bila bawak anak ,tapi kata Pak Nasit ,inshallah enggak ada apa-apa dia sudah biasa dengan jalan ini..tapi jika nak cerita simpang siur bengkang bengkoknya 2 kali ngerinya dari kita mendaki fraser hill.saya tak boleh tidur seram sejuk kakitangan rasanya.

Sampai dikaki gunung,,,suasana sangat gelap,,,sejukkkk,,,saya kira sekitar 7darjah celcius,van kena parking disitu,kami perlu naik jip untuk ke atas,dibawah itu ada orang berniaga glove,cap,mafla untuk menahan kesejukan,belilah glove untuk anak saya,,harganya takde lah mahal sangat pun,,sampai tempat jip berhenti ada motor-motor yang menawarkan service naik bukit,agaknya dilihatnya saya ni ala kakak2 dia pikir den taak larat kot,dipujuk rayunya saya,,,,hampir tergoda,,tapi kugagahkan jua rupanya ccehhh dekat sajer ..kalau naik motor mesti rugiii...
Tapi sampai diatas ,,pemandangan bagai di alam lain,,,yang sama sekali tidak dapat kita nikmati di Malaysia,,suasana pemandangan gunung berapi bagai lukisan,,subhanallah,,maha suci Allah yang meniptakan keindahan,

Jika terasa lapar di atas gunung,ada orang menjual minuman pagi..gerai pacak yang ringkas bolehlah pekena secawan kopi panas buat memanaskan badan..bila tanah dah agak terang kami turun untuk mendapatkan jip untuk bergerak ke tempat lain..walaupun kami tak dapat menyaksikan matahari terbit kami masih dapat melihat matahari sedikit2 menerangi alam.....maha suci Allah,,indah yang teramat indah....


ok nanti ccerita lagii,,,,

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....