Terasa sayu dan rindu pada blog ni,
,makin lama makin terpinggir dia,,,
macam-macam cerita ingin dikongsi tapi sering kekontangan idea..
.namun tak mungkin untuk saya membiarkan blog kesayangan saya ini begitu saje tanpa pernah memperdulikannya lagi,
kerana blog ini sangat istimewa dalam hati saya
.Medan yang telah menemukan saya dengan ramai teman di alam maya
yang akhirnya menjadi teman istimewa di alam realiti.
Meh lah CM berkongsi percutian pendek
CM sekeluarga ke
Pantai Timur sempena Chinese New Year baru-baru ini
.Percutian bersifat serampang dua mata...sekaligus melawat sanak saudara sebelah suami di Kota Bahru.Alhamdulilah terubat kerinduan setelah lama jua kami tak pulang ke kampung.
Kota Bahru di pagi hari Chinese New Year..lengang dan tenang....Anak-anak begitu gembira melayan kambing-kambing peliharaan pakcik mereka
Di hadapan rumah keluarga mertua,,di sini kami berkumpul adik beradik
bercuti di Suria Cherating Beach Resort,,sebelum sampai ke Kota Bahru
Menikmati kelazatan nasi dagang di Kuala Terengganu
Moga anak-anak gembira dengan percutian ini,,,walaupun singkat tapi bermakna
Pantai Cherating di waktu tengahari yg terik....
Alhamdulillah atas segala yang manis dilalui....