yg sudi bersama cm....

Rabu, Ogos 5

Cikgu and pregnant girl..(1)


Dua tiga hari lepas,hati aku cukup terusik dengan kisah di dada akhbar..tentang seorang bayi seberat 3 kilo di buang di lubang tandas,di dalam tandas guru di sebuah sekolah agama di Gurun Kedah.Membaca kisah tu membawa aku teringat pada satu pengalaman sendiri yang aku lalui bersama seorang pelajarku beberapa tahun yang lalu.Aku langsung tidak berniat mengaibkan sesiapa,dan aku harap pembaca kisah ini tidak perlu mempersoalkan dimana kisah ini berlaku?siapa ?dan apa-apa sahaja soala,yang penting mesej dan pengajaran yang perlu kita kutip dijadikan panduan untuk anak-anak kita atau adik-adik kita.
Aku mengenali `S`..sebagai seorang pelajar yang cantik,berkulit hitam manis,hidung yang mancung dan mempunyai sepasang mata yang cantik .`S`agak bijak dan minat dalam subjek sejarah.Walaupun S dari kelas yang kurang menyerlah prestasi akademik.Cuma S agak nakal.sudah 3 kali dia ditangkap kerana `fly dari asrama.Atas budi bicara pengetua dan rayuan dari ibu bapanya S masih lagi dibenarkan tinggal diasrama.Walaupun nakal S agak manja denganku,pantang nampak aku dia pasti tersenyum,aku pun agak senang dengan dia,aku rasa S ni tak senakal mana cuma dia perlukan perhatian.Sebagai warden aku ada dengar S ni ramai boyfreind,yak hairanlah S memang cantik,pasti boyer kat luar tu mudah cair dengan keletah gedik gadis seusia S.S juga dikatakan boleh merokok,tapi bagi aku S kalau dibimbing pasti tidak sejauh tu,Aku dapat rasa dia gadis yang lembut dan perasa,
Bulan berganti bulan,aku mengajar seperti biasa,tapi aku dapat rasa perubahan pada diri S.Tiada lagi aduan tentang kenakalan S,S lebih fokos pada pelajaran.Keputusan exam mid year pun lebih baik dari sebelumnya,masa aku beri result paper sejarah dia mendapat markah tertinggi,senyum lebar dia.Aku sempat mengusik dia "S!!tembam yer sekarang,sikit lagi cam cikgu dah!!!he,he,he ..dia gelak.."Saya kuat makanlah cikgu!!!!...aku tahu dia memang manja denganku...aku membiar saje jawapan tu..tanpa memikirkan apa-apa.
Bulan 8 satu petang aku memantau pelajar yang lambat turun surau,aku ternampak S masih lagi mandi.S berkemban masa tu,tetiba aku terpandang perutnya.Hati ku berdebar..perutnya kelihatan seperti ???????..ternampak aku dia cepat menarik tuala menutup tubuhnya.Aku menjeling tajam sambil berkata "tahu tak dah pukul berapa ni???tak mandi lagi!!cikgu beri 5 minit..cikgu nak tgk kamu depan saff,tak ada awak tahu saya siapa!!!!!.Fuuuh sebagai warden bila bertugas aku memang garang..semua pelajar tahu..dia senyap dan mandi tergesa..gesa...hatiku yg berdebar-debar masih belum keruan!!! adakah S tu meng.......g..oh tidak!!!aku tak boleh prasangka...tapi malam tu aku terus memikir mengenai S.Sebagai seorang perempuan yang dah berkahwin serba sedikit aku tahu perubahan biologi wanita bila berkeadaan seperti itu....
Seminggu selepas itu,aku memerhati S,aku patut serius memerhatikan yer.Masa tu aku adalah ketua warden,jika apa-apa terjadi aku jugak kena jawab.Aku tanya Ketua Pengawas Asrama,dia tak berani nak komen.Aku cari jalan supaya tidak bertindak menuduh.Di kelas aku perhatikan S dengan baju kurung besar tidak begitu cergas,di Dewan makan S kerap menutup tubuhnya dengan beg merah jenama Adidas.di kelas prep malam dia kerap bersweater hitam..walaupun hari panas.huuuh,aku perlu buat sesuatu.....Apakah tindakanku......dan apakah kesudahan cerita ni?????huuuuh..aku terpaksa stop dulu jam dah pukul 5.40 petang..aku kena balik.anak dekat taska.....pas ni aku sambung yer!!!!!

18 ulasan:

Hanis berkata...

salam kanda...

terus menanti seri seterusnya...kanda, dinda rasa seperti membaca Majalah Remaja lak...huhuhu...dah lama dinda tinggalkan majalah tu....

dinda tengah membayangkan bagaimana bila kanda garang... ;-)

apiz hensem berkata...

potong stim betul lah.. baru nak feeling baca cite ni.. harap2 kesudahan yg baik bg S..

~red~ berkata...

salam k.mas..

best gak baca crita k.mas ni.
hehe..

cepat la smbg kak mas.. ;p

ehem2.. anak laki k.mas msti encem bla beso nnti kan. hehe..

k.mas, next time jgn suh sy smpaikn pape kat si Charlie Verona tu ye.
Dia mcm x ska je sy trlibat dgn hal personal ni.
but it's ok. sy x kesah pn...

cikgu mas berkata...

Salam dinda..

CM ni garang dinda..7 thn sebagai warden,diriku transform menjadi garang..tapi diriku tak hepi,kerana perlu jadi org lain..

yelah dinda dah kena baca majalah wanita sekarang,remaja dah tak sesuai..tunggu arrr..cerita selanjutnya,,

cikgu mas berkata...

apizz

huhh...kesudahanya?????tunggu arrr..sori terpaksa potong stim...anak nak susu..

cikgu mas berkata...

dear merah..

this is true story,,mmg best,agaknya ada 3 episod...apakah terjadi pada S..

my charlie mmg cam tu,meragam @meroyan..jgn kecik hati...biarkan dia dgn dunia dia..

Che' Pit berkata...

CM garang? hmm biar cheq pk dalam 20 kali.. hmm hmm hmm dah pk dah, tapi tak tahu ler celah mana kegarangan CM tu..

Kak As. berkata...

salam,

sebuah crita sensasi yang mengundang kontrovesi.

bukan garang tapi tegaskan CM ?

Hanis berkata...

salam..

pijal...tu laaa hanis pon tak leh bayangkan camne bila kanda nak garang2 nie...suara lembut...tp kalau wajah nak marah...hanis boleh bayangkan...kita pon ade gambar2 tu kan...hahahah...marah kita ambik gambar dia..siap cekak pinggang lg tu....hahahahha

cikgu mas berkata...

salam

payjarl..20kali tak cukup.u kena pikir 44 kali cammana.CM garang???ha,ha.ha,bayangkan cm ni pernah jadi Ketua Warden..terpaksa aku mengarangkan diri.

cikgu mas berkata...

salam kak..as

ya cerita sensasi yang saya kenang sampai bila2.satu catatan dalam perjalanan hidup saya.

cikgu mas berkata...

Salam Hanis

jangan noti aarrr,bayangkan sajer bagaimana CM garang..suaraku seperti Doraemon memarahi Nobita.ha,ha

Hanis berkata...

hahahahaha...kanda mmg lucu....

mama..tuk pengetahuan mama, CM nie suaranya manjaaa je...rase terngiang2 jee cara dia bercakap...sebab tu hanis & pijal susah nak percaya kalau CM nie garang... mama nak tengok ke camne wajah kanda mas nie marah? ;-)

Atikah berkata...

Salam kak mas...

Saya pun pernah berhadapan dgn persitiwa yang sama tapi tak serupa... kejadian berlaku waktu kerja kilang sementara tunggu exam STPM... saya dok serumah dengan peknen women... we all tak perasan pun dia peknen... udah ler dia kurus kering... sekali pandang cam perut buncit jer... boleh lak we all jadikan dia contoh if makan banyak sambil minum air, perut buncit cam dia.... Rope2nya dia pakai bengkung di perut sebelum pakai baju, sbb tu tak berapa perasan perutnya... tau pun bila dia bersalin dalam tandas... nasib baik ada yang tersedar... masa org pergi tu, kawasan tandas dah bersih... dah dicuci... cuma tinggal baby jer atas lantai... kalau lambat p, tak tau ler nasib baby tu cam mana... Bila ditanya,terlanjur ngan bf & bf tak nak bertanggungjawab... nak gugurkan dah tak boleh... so carry on jer... bila dah bersalin dia tergaman... tak tau nak buat apa... n dia tak nak anak tu... n anak tu diambil oleh supervisor yang dah hampir sepuluh tahun kawin tak dpt anak....

alamak... terover la pulak... sorry ler kak mas... tapi tak sabar lak nak tahu kisah kak mas ngan pelajar kak mas... adakah sama dengan kisah ku ini kesudahannya?

Na'uzubillah... mintak dijauhkan dari perkara2 macam nie...

Salam hanis...

Betul ler hanis, cheq pun tak dapat nak bayangkan kak mas marah cam mana... cos tak pernah nampak dia marah lagi....

cikgu mas berkata...

Hanisssssssssssssssssss.hah!!!jerit ni ni betul2 marah ni..wooi dekat jer Batu 3 dengan ku untuk ku buat perhitungan....tak payah nk edar gambar tu kt org utara pulak..tak halal tak redha..hari raya pun tak ampunkan...hu,hu,hu..janganlah hanisku sayang,simpan jer lah wat kenangan...pleaseeeeeeeeeeee..yer!!

cikgu mas berkata...

salam atikah!!

wah k.mas telah mengundang keterujaanmu menceritakan pengalaman yang samakan,tq,tq.

kesian yer baby tu tersempok kt tandas..dalam hal ni ku banyak menyalah KAUM LELAKI...kenapa mudah sangat merosakkan anak orang,lupa ker dia akan ada anak,isteri dan adik..kalau tak de boyer kn selamat dunia ni.Perempuan memang ada kelemahan tapi kalau kaum lelaki kuat dalam menahan godaan,selamat,jangan guna lagi istilah boyer tak tolak bangkai..tu buaya tak de iman..nak cari lelaki baik susah la ni..

hmmmm....selalunya dengan tikah..k.mas sentiasa senyuuummm kan ..because i lap u,!!!u re nice girl..

Hanis berkata...

takuttttt...ehhh betul laa kanda mmg garang...& bila marah amat menakutkan....huhuhuhuuh....emmm sekarang dinda dah percaya kanda mmg jd transfomenr....hahahahhahah...jgn marah kanda...dinda nyakat aje...dinda dah bg pada list2 yg ade dlm email aritu aje... ;-)

cikgu mas berkata...

dear dinda..

ha,ha,ha..tau tak per..tq ..i lap u.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today