yg sudi bersama cm....

Rabu, Oktober 19

Bercuti di Jodgjakarta - Mac 2015


Cuti sekolah bulan Mac 2015 adalah tarikh yang kami pilih ke satu destinasi yang dah lama saya idamkan iaitu Kota Jogjakarta Indonesia. Bumi yang masih mengekalkan ciri-ciri Keraton dan menjejaki keindahan alam sekitar yang unik dengan peninggalan sejarah yang kaya dan telah dipelihara oleh UNESCO.Jodjakarta adalah kota pelancongan atau wisata yang masyhur di Bumi Indonesia. Kami pergi bertiga,saya ,azmah dan zurina,tetapi di Airport KLIA2 kami bertemu dengan dua lagi teman kembara iaitu cikgu Manan dan anak lelakinya Arif,jadipergi berlima dan kembara saya kali ini diuruskan oleh Girl Travel Club (GTC) di bawah adik Chiko yang saya kenali di alam maya, untuk kepergian 4 hari 3 malam saya membayar pakej ground sebanyak RM550 tidak termasuk makan dan tiket kapal terbang.Banyak juga saya dah lupa sebab dah hampir setahun lebih cerita ke Jogja ni berlalu...maaf yer..ini lah akibatnya kerja bertangguh..



Jika tidak silap kami sampai awal di airport kota jodja dan kami ditunggu oleh supir ,kami berlima naik van Kijang,cukup selesa, lawatan pertama kami dibawa ke sebuah masjid unik dan cantik yang dikatakan seperti Masjid di Kremlim Moscow Rusia, Masjid Al Nurumi yang terletak berhampiran jalan raya utama antara Jodja dan Solo, masjid ini kecil sahaja tetapi ada 9 kubah yang menyerupai lolipop ,sangat menarik, ia dikatakan di bina pada tahun 2005 dan di rasmikan oleh Sultan Hamengkubuwono,kami sempat mengambil gambar di hadapan masjid.





Selepas melawat masjid permen kami di bawa supir ke tapak Candi Sari yang dikatakan terletak di desa Tirtomartani berdekatan dengan candi kalasan. Tapak candi ini adalah candi buddha yang tertua, supir kami membayar wang tiket masuk,harganya saya tak pasti,tapi taman candi ini terjaga dengan rapi, candi ini kecil dan bertingkat ,dikatakan dibina sekitar abad ke 8 dan 9.


Perut sudah lapar, 

Ikan gerumi bakar bersama sambal lazat jadi hidangan kami dan makan di sebuah kedai makan di tepi sawah yang menghijau...tapi rasanya harga makanannya agak mahal


Wedang Ronde

Sebelah malam kami menikmati wedang ronde iaitu air halia yang dibuat seperti air lai chikang..



Petang di Pantai Parangtiris


Sebelum matahari menyembunyikan diri kami bergerak ke Pantai Parangtiris untuk menikmati suasana matahari terbenam...sungguh indah ciptaan tuhan sebelum itu kami menikmati kedinginan dan kesegaran air kelapa di gerai tepi pantai.Pantai Parangtiris sangat popular di kalangan pelancong ,menurut lagenda Pantai Parangtiris adalah tempat tinggal Ratu Kidul,dan pengunjung pantai ini disumpah dan di larang memakai baju hijau.
Sebelum ke Pantai Parangtiris kami ke sebuah desa yang dibangunkan rumah-rumah yang digelar Rumah Kartun Teletubies,Rumah tahan gempa ini tercetus dari kesan gempa di Jodgjakarta tahun 2005,dibangunkan pada tahun 2006 sebanyak 80 unit dan kami berkesempatan meninjau ke dalam rumah ini,seperti rumah kediaman biasa dengan adanya dapur,ruang tamu dan bilik tidur,ia terletak di Kabupaten Sleman,menurut supir bagi traveller ala backpackers mereka perlu menyewa kereta untuk sampai ke sini kerana tiadapengangkutan awam sampai ke sini,tapi mungkin ada servis motosikal atau ojek dan simpang jalan
Sebelum balik ke hotel kami sempat meninjau satu taman di bandar ada kereta-kereta berlampu yang dihias indah yang di panggil Alun- Alun Kidul ...
tapi kami meninjau dari dalam van sahaja kerana sudah sangat keletihan.

Kami perlu rehat sebab esok kami akan terokai Jodjakarta lagi....

Selasa, Oktober 11

Sehari di Legoland JB,Malaysia


Di hadapan pintu masuk Legoland ,kami tak perlu beratur panjang kerana sudah membeli tiket secara online

Dah hampir setahun lebih cerita kami di Legoland JB,Percutian ini kami rancang untuk meraikan hari lahir Marwan anak sulung saya yang ke 13 pada 24 April 2015.Kami pergi bertiga tanpa ayah mereka yang ada hal pada cuti 1 Mei 2015.Pagi itu seusai suboh,hubby menghantar saya dan anak2 ke KLIA 2 sebab penerbangan saya ke Senai akan berlepas pada pukul 8.30 pagi.Harga tiket waktu itu ada promo sale saya dapat beli tiket dalam harga RM39.90 pergi dan RM39.90 balik..,ternyata lebih murah daripada menaiki bas dan kereta.
Replika daripada Lego

Sampai di Senai Airport kira-kira 40 minit, saya terus keluar untuk menantikan kawan yang berjanji untuk menghantar kami ke Iskandar Johor,pada asanya beria-ria saya study harga bas ke Legoland dan teksi,tetapi bila seorang kawan yang baik hati bersedia mengambil dan menghantar kami ke Legoland saya anggap satu rezeki besar dan Allah permudahkan perjalanan kami,tapi jangan risau memang ada bas dan teksi yang boleh diambil dari Airport Senai ke Legoland tetapi perlu ptuh pada jadual perjalanan...hmm agak jauh jugak perjalanan dari Airport Senai ke Legoland.
Permata hati saya....



Anak lelaki saya sangat meminati Lego,jadi percutian ke Legoland buat dia rasa sangat gembira,
Kami pergi ke Legoland tidak bermalam ,kami pergi awal dan pulang pada lewat petang dengan pakej water park sekali,kalau saya tak silap dan lupa saya bayar RM430 harga tiket untuk 3 orang.Saya beli secara online daripada website Legoland dan print sendiri ticket dari rumah.


Replika Masjid Negara daripada Lego yang sangat menarik

Daripada review yang saya baca ramai yang mengadu panas ketika di Legoland sebab belum banyak pokok dan kawasan teduhan untuk pengunjung,tapi Alhamdulillah ,cuaca sangat redup ketika kami anak beranak mengunjungi legoland,awan berarak bagai mendung,tapi tidak hujan,cuaca pun berangin dingin walaupun hari sudah tengahari.




Review yang saya baca memang makanan yang dijual sangat mahal,jadi saya bersedia membawa sedikit makanan dari luar untuk mengalas perut,tetapi waktu lunch saya beli jugak nasi lemak untuk anak-anak berlaukkan ayam goreng dengan harga RM19.90 sepinggan,takperlah ada sikit duit belanja yang abah mereka bekalkan untuk makan minum anak-anak di Legoland,guna sahaja.

Di bahagian dalam ada pameran lego-lego yang menarik,ada juga menjual lego-lego tapi harganya mak datuk mencecah ribuan ringgit.

Beribu riban tu harganya..



beratur dan menanti giliran menaiki menara untuk melihat keseluruhan kawasan Legoland

View dari menara




Sekitar jam 5.00 petang kami sudah merasa letih dan bersedia untuk pulang,kawan kami berjanji akan mengambil kami di luar pintu masuk jam 6 petang dan selepas itu kawan kami bawa kami dinner di Restoran Singgah Selalu di Johor Bahru sebelum di bawa ke airport semula, Flight kami ke Sepang kira-kira pukul 10.30mlm nanti, di airport ni kami terserempak pelakon Adi Putra hihihi saya ni pemalu jangan harap saya nak bergambar....ok selesai day trip ke Legoland JB.Alhamdulillah..#qualitytimewifmykids



Khamis, September 29

Nidji - Laskar Pelangi (SUPER HQ Audio/Video)- Aku dan Laskar Pelangi





Tahun demi tahun berlalu...lagu dan filem ini tetap menjadi kegemaran saya dan sangat mengispirasikan diri saya...mudah-mudahan satu masa nanti mimpi saya ke Pulau Belitung akan terlaksana...aamin...

Khamis, Jun 16

Deruan Ombak Pulau Lombok





Lama tak update blog,,walau ada macam2 cerita ingin dikongsi,,saya baru pulang dari sebuah pulau yang indah iaitu Lombok sempena cuti sekolah pertengahan semester yang lalu..Kepergian dari 1-4 Jun 2016,,,,hmmm memori yang sangat indah...belum ada mood nak bercerita..

Selasa, April 12

Kembara Turkey-Kembali ke Istanbul dan menyusuri Selat Bophurus

Allah memberi saya peluang menyusuri Selat Bosphuros..satu panaroma yang dikatakan antara tempat terindah di dunia,Selat yang menyatukan benua Eropah dan benua Asia,kata orang tak cukup rukun ke Istanbul tanpa menyusuri Selat Bophurus,disinilah dulu tempat dagangan rempah sejak zaman Yunani, Satu jam setengah saya dapat nikmati panaroma Istanbul dari selat Bophurus, perjalanan cruise ini satu hala .Kos menaiki cruise semua ada dalam pakej,tetapi jika pembaca nak beli sendiri kalau tak silap 10-20 Turki Lira..itu jika hanya menyusuri tanpa singgah ke mana-mana.ada pakej selama 5 jam dikatakan berharga 20 hingga 50 Euro yang singgah di beberapa tempat.

kelihatan Istanbul dari sini

 Antara hotel termahal di dunia dengan kadar Euro 35k satu malam

Rumah-rumah mewah yang menghadap Selat Bophuros di Istanbul berharga jutaan USD
Milik orang-orang kaya dan celebriti terkemuka dunia. Istanbul di kelilingi tiga penjuru laut iaitu Selat Bophuros ,Laut Marmara dan Laut Hitam serta Kawasan Golden Horn@ Tanduk Emas.
Galata Bridge menghubungkan Kota Lama Istanbul dengan kota modennya di bangunkankan sejak 1836
Kubu Sultan Mehmet 11 yang dibina pada tahun 1452 ia juga digelar Rumelli Fortress atau Rumelihisari
Hanya mengambil masa 4 bulan sahaja kubu ini dibina selepas Al Fateh menakluki Constaninopel
terdapat 4 menara utama,kini dijadikan muzium ,bangunan ini tahan gempa bumi.
Hanya rombongan kami sahaja tiada penumpang lain seolah-olah cruise ini di tempah khas untuk kami

Menurut tour guide kami cruise mewah ini kepunyaan bekas Presiden Turki yang pertama Mustaffa Kamal Al Tartuk



Teh turki,,atas cruise dia  '"ketuk" nya kami secawan TL6
Oklah tak berapa banyak idea untuk bercerita lagi,,,layan gambar jer lah yer


Selasa, Mac 8

Kembara Turkey- Dari Cappodacia ke Ankara

Perjalanan kami perlu diteruskan..dua malam bermalam di Capppodacia sebuah daerah yang sangat indah .Seawal pagi kami di arahkan check-out untuk meneruskan kembara Turkey kami ..
Menghala ke sebuah lagi bandar besar di Turkey iaitu Ankara, iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Turki. Ankara kota kedua terbesar selepas Istanbul,Ankara mengantikan Istanbul sebagai pusat pentadbiran Turkey pada tahun 1923.Ankara dikatakan terletak di daerah yang terletak di tengah-tengah Anatolia,sebelum di gelar Ankara oleh Presiden pertama Republik Turkey Mustaffa Kamal Artartuk pada 1930,orang Eropah memanggil Ankara sebagai Angora dan masyarakat Romawi dahulu mengelar Ankara sebagai Ancyra.Menurut cerita Ankara dipilih sebagai ibu kota Turki bagi mengantikan Istanbul yang dikatakan mempunyai banyak elemen keagamaan.

Bangunan besar yang menempatkan kubur Presiden Pertama Republik Turkey Mustaffa Kamal Artartuk
tempat pertama yang kami lawati setiba di Ankara,namun kami diberi masa yang sangat pendek di sini kerana perjalanan kami masih lagi sangat jauh
 Setibanya di Ankara setelah melalui perjalanan yang jauh dan panjang namun langsung tidak membosankan kerana pemandangan dan segalanya sangat cantik di pandang. Turki sangat cantik saya dapat melihat,rumput rumput yang mendatar seperti permaidani,gunung dan bukit yang menjadi pasak bumi,ladang gamdum,pokok poppy,,,bunga-bunga seakaan bunga lavender dan macam-macam lagi,terlalu sayang untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan yang panjang.

Saya bergambar bersama pengawal di bangunan yang menempatkan kubur Mustaffa Kamal artartuk
haha besar sungguh mereka kan,,mereka tidak bergerak.

Ini lah Mosoluem kubur Mustaffa Kamal Artartuk,
jangan tanya saya tentang cerita jasad Mustaffa Kamal tidak di terima bumi,kerana di sini saya melihat kuburnya
saya juga melihat anjing kesayangannya yang di mumiakan

 Orang Turki dikatakan memandang tinggi kepada Bapa Republik Turki ini,saya melihat kebanyakkan Jeneral-Jeneral Turki namanya bermula dengan Mustaffa,nama Mustaffa mungkin begitu tinggi di kalangan orang Turki.
Kata-kata Mustaffa Kamal yang terdapat berdekatan kubur Mustaffa di sini

 Di Ankara saya juga berkesempatan melawat Anatolia Cilivization Musuem,masyallah musuem ini sangat besar dan saya dapat melihat sendiri tinggalan masyarakat Purba yang dijaga dengan baik, Muzium ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai antara Muzium terbaik di Eropah.
Gambar station keretapi di Ankara
Ankara mempunyai jalinan keretapi yang baik,station keretapi nya moden dan lengkap.
Baru-baru ini bila saya mendengar berita peristiwa pengeboman station keretapi di Ankara  Turki mengingatkan saya pada station keretapi di Ankara yang pernah saya jejaki.


Gambar bas ini saya ambil kerana saya sangat kagum melihat begitu besar dan panjangnya bas di Ankara Turki,seperti 2 buah bas di Malaysia di satukan menjadi satu.
Ankara kelihatan sibuk ,sesuai dengan fungsinya sebagai ibu kota Turkey.Sebelum di jadikan ibu kota Turkey Ankara di katakan daerah yang ketinggalan,tidak ramai penduduk disini,namun apabila fungsinya bertukar Ankara menjadi tumpuan,namun Ankara bukan kota pelancongan seperti Istanbul,dari pembacaaan saya di katakan pemandu teksi di Ankara lebih jujur berbanding Istanbul.
Namun kami tidak bermalam di Ankara,Ankara kami hanya singgah dan kami makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan station keretapi di Ankara.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan di Ankara,apabila seorang kakak yang merupakan ahli rombongan kami di tegur dengan nada marah oleh lelaki Turki kerana ketawa dengan suara yang kuat,dalam bahasa Inggeris lelaki Turki itu memberitahu kakak itu...seorang wanita boleh dipenjara jika bercakap atau ketawa dengan nada yang kuat di tempat awam...hmmm ye ker???


Persinggahan di Ankara berakhir kami bergerak meninggalkan Ankara untuk pulang semula ke Istanbul,namun perjalanan ke Istanbul sangat jauh dan panjang kami perlu bermalam di satu lagi bandar kecil bernama Bolu...sebuah hotel 3 bintang kami singgahi,di sini kami dapat melihat kawasan penempatan orang Turki yang seakan sama dengan bandar di Malaysia,masyarakat Turki di Bolu yang tinggal di rumah pangsa.Kami perlu berehat dan tidur dulu di Bolu untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke Malaysia.Baki perjalanan ada lagi 2 hari.


Khamis, Mac 3

Kucupan Terakhir



Kucupan terakhir
Saat aku mengucup pipimu
Terasa satu perasaan aneh
Yang tak mampu aku zahirkan dengan kata
Dingin,syahdu dan sayu
Mengingatkan aku pada  detik keramat
Detik wajah ini mengucup batu syurga
Hajarulaswad

Terakhir kau mengucup dan merangkulku
Dakapanmu lemah dan sayu
Namun kucupanmu  hangat dengan kasih dan rindu
Kau merelakan pemergianku
Dalam bahasa tubuh yang kaku dan bisu

Ayah
Andaiku tahu
Itu kucupan terakhirmu
Bukan pipi sahaja ku kucup wahai ayahku
Kaki mu jua mampu ku hidu
Ampunkan segala dosaku
Redha segalanya untukku wahai ayahku
Tenanglah ayah di taman syurga
Bertemu kita di daerah abadi
Bahagia tanpa ada hujungnya
Rindu yang tiada penamatnya
Hilang sudah segala kesakitanmu ayahandaku
Di dunia tiada lagi kita ketemu
 ketentuan Ilahi adalah pasti
Kau pasti ku rindui...
Mengenangmu dalam setiap doaku

3mac 2016 –   jam 11.12 pagi
Memaparkan IMG-20160301-WA0013.jpgMemaparkan IMG-20160301-WA0013.jpg

Selasa, Februari 16

Cappodacia yang sangat indah

Berada di Cappodacia seperti berada di dunia lain,pemandangan dan bentuk muka buminya sangat indah.Cappodacia boleh dikatakan aset berharga kerajaan Turkey dalam pelancongan.Dalam tulisan Turki ia di  panggil Kappodakia.Kappodakia bermaksud Tanah Kuda yang Cantik..Terletak di bahagian Anatolia Tengah.Perjalanan dari Istanbul ke Cappodacia adalah sejauh 750KM melalui pengangkutan darat,anda boleh juga mengambil jalan udara dan ia memakan masa selama 1 jam 15 minit. Cappodacia mempunyai tarikan tersendiri, ia adalah salah satu tempat warisan UNESCO.



Permandangan dr tingkap bilik hotel kami di Cappodacia
Ramai pelancong korea ketika kami menginap disini selama 2 malam
Dari sini saya dapat menyaksikan matahari terbit


Di Cappodacia ia dikelilingi lembah-lembah gunung berbatu putih yang sangat indah dan asyik di pandang
Cappodacia di katakan sangat cantik dan memutih di musim sejuk.
Suhu di Cappodacia sangat sejuk bila tiba musim sejuk

Muka buminya indah bagai lukisan

Kelihatan gua batu yang seolah-olah berpintu bertingkap adalah kediaman atau tempat tinggal masyarakat purba dahulu kala
Mereka tinggal dan membina gereja di dalam gua. Cappodacia dikatakan tempat mereka yang beragama.
Menurut catatan mereka berada di dalam gua untuk menglindungi diri daripada penindasan Kerajaan Rom terhadap penganut agama Kristian


CM di dalam gua yang menjadi kediaman masyarakat purba dan telah dijadikan muzium oleh kerajaan Turkey - Underground city
Kawasan tempat CM bergambar adalah sebuah dapur masyaraat purba yang tinggal di dalam gua

Hot Ballon di Cappodacia
Di Cappodacia kita berpeluang menaiki hot ballon,pukul 3 pagi mereka yang bercadang naik hot ballon akan diambil dari hotel dan dibawa ke kawasan tempat menaiki hot ballon.Harga ketika kami naik sekitar RM800 bergantung kepada kadar tukaran USD pada masa itu



Banyak aktiviti sepanjang kami di Cappodacia,kami menyaksikan tarian Sufi,melawat kilang karpet ,kilang permata dan menyaksikan pembuatan tembikar dan pring Turki.




Memaparkan .facebook_1451976902389.jpg
Memaparkan .facebook_1451976902389.jpg

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....