yg sudi bersama cm....

Khamis, Ogos 6

Cikgu and pregnant girl..(2)

Ok..cikgu sambung!!!!...sebelum tu jom kita share cerita ni...rupanya ibu bayi malang yang terperusuk dalam lubang tandas kt sekolah agama di Gurun tu,adalah seorang wanita yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan yer!!!.Wanita tu rupanya dah bersuami dan mempunyai seorang anak.So aku bertambah binggung apa rasionalnya dia tergamak mencampakkan zuriatnya sendiri dalam lubang tandas yang hanya layak untuk najis???apa yang ditakutkan????dia kan bersuami...hina ker wanita bersuami beranak????nampaknya orang sakit jiwa makin ramai..mungkin ini gejala meroyan..tapi dari sudut perubatan meroyan hanya berlaku selepas post natal..atau selepas bersalin.Bukan sebelum atau selepas bersalin.Gejala membunuh bayi sendiri seperti zaman Jahiliah berlaku semula..aku sangat binggung!!!!fren....nape dia buat cam tu???
Berbalik pada S...setelah 4 hari aku memerhatikannya,dan ku rujuk pada warden yang lain,ramai yang mengaku perubahan yang berlaku pada S.Jadi pada satu malam Jumaat selepas aku selesai buat row call(proses mengira jumlah pelajar di waktu malam) dan lampu dorm semua sudah dipadamkan.Aku naik ke dorm S dan mengarahkan S mengikutku ke bilik warden bertugas.S ketika itu memakai kaftan merah yang lebih menonjolkan bentuk perutnya.S nampak resah,soalan kenapa cikgu?????di ulangnya sebanyak 3 kali..''aku menjawab tak ada apa-apa saja cikgu nak sembang dengan awak!!!!,'''wajah S kehairanan,tapi dia tak dapat menyembunyikan keresahanya.
Dibilik warden,aku ajak S duduk disofa berdepan dengan aku.S duduk sopan sambil membetulkan kaftan yang dipakainya.Aku senyum pada S,S senyum nipis...aku tahu dia tak selesa.Aku pula mencari ruang yang sesuai untuk memulakan persoalan,sambil mataku memandang ke seluruh tubuhnya,ku lihat S,mengopek2 kukunya tanda resah dan gelisah...akhirnya dia bersuara...
Nape cikgu panggil saya???...
hmmm....sajer nk tanya khabar awak...awak sihat ker???...nampak lain jer sejak kebelakangan ni...aku memulakan bicara..
hisss...saya ok lah lah cikgu...cikgu nampak lain macammana???cikgu ada dengar apa-apa ker???
dia pulak galak menanya..tanda ada sesuatu yang disembunyikan..
Saya tengok awak nampak tak sihat,tengok perut awak tu???kenapa tu,tak macam dulu pun???aku terus kepada persoalan utama???S tersentak,terus memandang perutnya.Malam tu dengan berbaju tidur sebegitu aku nampak perutnya memang sangat ketara seperti wanita mengandung.
Cikgu..minggu lepas saya pergi klinik,doktor kata dalam perut saya ada ketumbuhan,macam bengkak,sebab tu jadi macam ni!!!!..S menjawab,,tersekat-sekat..
Oh yer,ker..la kenapa biarkan sajer...boleh cikgu tengok????...aku merapatkan diri padanya.
hisss tak payahlah cikgu..S mengelak..
Cikgu tak nak fikir awak bukan-bukan,so jalan terbaik baik awak benarkan saya tengok...dengan sedikit teknik pujukan akhirnya S mengalah..
S menarik bajunya..dan aku dapat melihat perut S tanpa baju....hmmmmmm ..conform!!!!!!bisik hatiku,,,
ok...esok kita pi hospital,,yer,kita tengok macamana nak buat perut awak ni!!!!
janganlah cikgu..tak de apa-apa.saya dah pergi klinik dah...ada ubat dalam locker..
tak per ,,nanti biarkan bahaya!!!...aku menjawab alasannya..
janganlah cikgu..tak payahlah susah-susah...
hiss nape kamu ni..ada yang nk ditakutkan???
hmmm....S tunduk...mencari alasan sesuai...hmmm tak payahlah hospital..klinik jerlah...S memberi cadangan,yang sememangnya dah ada dalam kepala ku.
Aku tak bercadang nk membawanya ke Hospital kerana aku tahu prosudernya amat rumit jika didapati gadis bawah umur,pelajar sekolah mengandung,silap haribulan wartawan pun ada..
ok,kita pi klinik jer..aku memujuk S..yang jelas menunjukkan kegelisahannya...
ok awak tidur dulu,pagi esok pukul 8.30 tunggu saya diparking kereta..ok..
S...bersalam denganku sambil mencium tanganku tanda hormat....
Pagi tu,selepas mendapat kebenaran pengetua,aku membawa S ke klinik kawanku Iffah,Dr Iffah aku kenali kerana terlalu kerap membawa pelajar sakit ke klinik yer,Dr iffah memanggilku dengan panggilan mas sajer...
Selepas menyapa Dr Iffah...S duduk dikerusi rawatan,Dr iffah memandangku.pandangan yang aku sendiri sudah mengerti,Dr Iffah mengarahkan S ke bilik rawatan untuk proses scan or ultra sound..sementara S di bilik rawatan Dr Iffah memberitahu aku sesuatu
Mas..pelajar u ni dah 8 bulan!!!!!..dia boleh bersalin anytime!!!
haaaah!!!aku terkejut..aku cukup tak sangka..kandungan S sudah begitu matang..aku sangka baru 4-5 bulan....
Ohhhh,u biar benar????
betul mas...jom kita tengok ultra sound...
fuuuh,Dr..kalau i tak bawak,budak ni boleh terberanak dalam tandas ni..jenuh nak menjawab ni!!
hah la...nape lambat sangat sedar...sambung Dr Iffah..
Di bilik ultra sound,kakiku mengelentar,Dr Iffah menunjukkan kan ku bayi S yang sudah cukup sifat malah aku boleh melihat jantina bayi tu..anak S lelaki..S kebingungan..dia tak dibenarkan melihat skrin ultrasound..menurut Dr Iffah gadis bawah umur seperti S tidak boleh diberitahu secara terus keadaan dirinya..ini akan menimbulkan tekanan emosi yang tinggi dan boleh menyumbang kepada gejala bunuh diri...
untuk menyenang hati S..Dr iffah memberitahu dalam perut S ada sesuatu dan perlu dirujuk pada pakar,S nampak lega..aku seolah tak faham dengan S ni..dia macam menafikan dia sedang mengandung,dan kepelikan yang berlaku padanya ialah dia masih lagi "period"..dengan jumlah yang sedikit meskipun mengandung,sebab itu dia sangat optimis dengan keadaan dirinya.Dr Iffah memberi tanggjawab memberitahu S dengan cara paling diplomasi kepada ku,dan beliau membuat laporan perubatan mengesahkan S kini sudah hamil 8 bulan..
BAGAIMANA S JADI BEGINI???????,SIAPA BAPA BAYI ITU????...BAGAIMANA NAK BERITAHU IBU BAPANYA????DAN APA TERJADI PADA BAYI S....TUNGGU EPISOD SETERUSNYA..CIKGU PENAT DAH...

23 ulasan:

Asnija berkata...

CM,
suspen cerita ni....cabaran ibu-bapa zaman sekarang memang cukup besar...anak perempuanpun saya ada, anak lelakipun saya ada...yang kecikpun ada, yang remajapun ada...things can be very unexpected..

||alis|| berkata...

sangat gerun, kan...

sebab itu alis pon teragak agak mahu berfamily, takut cabaran mendidik anak2 nih tak mampu alis pikul...

takut. mmg alis takut. zaman alis kat Uitm dulu pun dah ada kes begini. anak2 yg sanggup buat begini seperti tak fikirkan apa akan berlaku pada ayah ibu mereka.

alis selalu ingat pesan ibu: nak buat apa pun, fikirkan ibu dengan ayah, fikirkan kasih sayang kami yg tak berbelah bahagi ini.

aduh.. sayu betol!

Tanpa Nama berkata...

salam

huhuhu..kanda....seri ke-3 plsssss....

apiz hensem berkata...

kak mas ni boleh jd pengarah drama swasta lah...

Atikah berkata...

Salam kak mas...

Alahai... dok asyik baca tiba2 kena cut la pulak.... terasa cam baca sebuah novel bersiri lak...:)

khairyn berkata...

salam :)

Makanya pendidikan seks tu amat penting di sekolah, kan? Bukan pasal hubungan saja tapi sistem reproduktif gak. Adeh! Kita boleh cakap hubungan luar wedlock tu haram tapi budak2 ni tak faham dengan benda yg dorang tak nampak.Macam S, dia sendiri tak tahu dia mengandung sebab ada period, padahal memang ada kes2 perempuan mengandung dan masih lagi datang period regularly. Bila dah panik tu yang buang janin/bayi sebab tak tahu macamana nak keluar dari masalah.

Jadi apa sudahnya kisah S tu? :|

p/s : buku saya tu boleh jer order online di website jemariseni. Penghantaran terus ke rumah dan boleh dapat diskaun lagi :)

CM berkata...

salam Asnija

ya cabaran mendidik anak besar..so suprise,ayah `S`adalah imam surau di taman perumahanya..tergiang-giang ditelinga saya suara tangisannya ketika mengambil S dari asrama,dia bisik pada saya

"Macam ni lah cikgu..anak2,kita didik ,kita asuh,bila besar hati kita dikoyakkannya,ni ujian untuk saya..ni luahan hati sorang bapa!!!

Doalah Asnija..doa ibu adalah pelindung yg paling hebat..

CM berkata...

salam Alis

Hisss janganlah teragak nak kahwin,sampai jodoh tempuh sahaja..doa ku aliss temui mr right..k


betul tu masa cikgu nk ke KL masuk U.mak pesan..jaga diri..bila rasa buat serong,ingat tuhan maha melihat..ingat mak n abah..hidup takkan sempurna kalau tidak dapat redha ibu bapa,

kata ayah S pada s..sbb S suka lari dari rumah..

"Anak ni..masa dia lari..dia tido lena rumah org,dia sedar tak...ibu bapa dia dirumah tak boleh tidur walau sesaat memikirkan keselamatan dia..macam tu lah saya cikgu.setiap kali S lari dari rumah..saya akan cari dia dr mlm sampai pagi...inilah cikgu balasan org yg melukakan hati ibu bapa"...

CM berkata...

salam dinda..

sabar naa..jangan nangis dulu..hapuskan air matamu...kita cari siapa lelaki yg bertanggungjawab ke atas S...

CM berkata...

salam apizz

ha,ha,ha pengarah drama swasta.??.pengarah kisah benarlah cam kt TV3 tu,,hu,u,hu..up sikit cerekarama..

tapi best gak apizz..boleh jadi cam Yusoff Haslam..kaya apizz!!!

CM berkata...

Salam Atika

Aduhai k.mas penatlah..kisahnya panjang..sabar naa..bolehlah tika lawat k.mas selalu,

tika bila kita nk dating ni???lunch ker..mung sombong yer!!

CM berkata...

Salam Khairyn

kkdg saya rasa pendidikan seks..menyebab budak2 ni makin teruja nk mencuba,,tapi dia perlu faham perubahan biologi..apapun budak skrg advanced..maklumat ttg seks dihujung jari,klick sahaja keluar semua,mms kt handphone pun pelajar skrg advanced..realitinya remaja sekarang sangat berani..soal virgin tolak tepi..dah macam mat salleh..kes S dia mmg period reguarly..that why dia tak nak mengaku dgn saya..walaupun sebenr dia tahu apa yg dah berlaku pada dia..

tq khairyn..insyaallah saya cari buku u..

khairyn berkata...

Salam Mas,
oh belum lagi masuk bab 3 kisah S :)

Itulah pro dan con pendidikan seks ni. Susah ye.

Ada satu kes underage pregnancy tapi yg ni sumbang mahram. Beberapa kurun yang lampau hahaha.. ni tak ingat dah tahun bila, saya pernah ke HKL untuk cover berita di jabatan pediatric. Tak ingat sangat pasal apa tapi doc, juga saya tak ingat siapa nama dia walaupun dia ni sangat terkenal - RAM ingatan sangat rendah huhuhu - tunjuk slide tentang bayi yg tak cukup sifat, cth jari2 melekat, dilahirkan tanpa otak disebabkan perbuatan incest.
Berkesan betul slides tu. Melekat sampai sekarang.

Atikah berkata...

SAlam kak mas,

kita tak sombong ler... ala akak tu yg bzz...so,tak nak kacau ler dulu... he..he... sebenarnya saya yang banyak urusan...

Hmmm... lunch hour hari nie cam mana? saya lunch 2 jam...

Noor berkata...

As Salam..

sewaktu remaja dahulu.. cheq selalu rimas dengan pesanan penaja dari mak ayah cheq.. nak p mana kena bagi tau secara detail.. balik kul brapa.. p dengan siapa.. p berapa lama.. huh macam2 lagi.. cheq selalu kata kat mak cheq.. 'mak jangan risaulah.. tau lah org jaga diri' mak cheq jawap.. 'cuba hang habaq kat mak.. lagu mana hang boleh jaga diri.. aku nie setiap kali hang kluar.. tak berenti aku dok berdoa kat Allah.. bagi selamat anak dara aku..' kesian kat mak cheq.. patutlah dia selalu kata.. 'esok lusa bila hang jadi mak nanti baru hang tau macam mana aku rasa..' dan cheq pun membalas kata2 mak cheq dgn sadis nyer.. 'org tak nak kawin' wa ha ha

kesimpulan nya.. kita sebagai ibu bapa.. kena selalu berserah pada Yang Esa.. berdoa dan terus berdoa agar dilindungi anak kita dari segala bala bencana, kemungkaran & kemaksiatan.. setakat manalah kita boleh jaga dia orang semua.. bukan 24 hrs kita boleh kepit dia orang.. kita perlu kerja.. dia orang perlu p skolah.. p ngaji.. p kelas koko, p berlatih rumah sukan, p tuisyen dan segala tempat yang mereka kena p.. bila mereka tiada dipandangan mata kita.. maka pada masa itulah kita merayu pada Yg Esa.. "Ya Allah, kuserahkan anak2 ku kepada mu.. sesungguh nya mereka cuma pinjaman dariMu untukku.. Tolonglah Ya Allah, lindungilah mereka, jauhilah dari kemungkaran, jangan sesekali mereka menjurus kepada kemaksiatan.. jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah.. kembalikan lah mereka kepada ku dengan selamat nya.. dan Ya Allah.. janganlah kau duga aku dengan dugaan yang berat.. sesungguh nya aku terlalu lemah untuk menghadapi dugaan mu.. tolonglah hamba mu ini Ya Allah.. aminnnn'

psst.. kasi habiskan lah ini cerita.. hamba sungguh teruja membaca nya.. hu hu

KAHERAH berkata...

Salam ziarah dari Yanbu Saudi Arabia..

Izinkan saya link blog nie ye cikgu.. TQVM

Asnija berkata...

CM,
Seperti bapa S, orang kuat surau, lagi besar cabarannya, orang akan kata, di surau pandai jaga jamaah, anak sendiri tak terjaga. Tohmahan dan cakap-cakap begitu sebenarnya menambah buruk dari baik.

Dugaan ibu bapa bermacam-macam, adakalanya anak diasuh dengan baik, tapi bila besar, mereka tetap individu yang bebas memilih tingkahlaku sendiri. Bila jadi buruk, ibu bapa bertanya sendiri, di mana salahnya? Memang berderai hati... Kita hanya mendidik sedaya upaya, yang menjadikan anak itu baik atau tidak, hanyalah Allah...

Nabi Nuh...anaknya derhaka pada Allah hingga ke akhir hayat...

Seperti S, sekarang dia dalam pusingan paling bawah, tetapi kita tak tahu bila hidayah Allah turun, mungkin imannya nanti lebih kuat dari kita...

Rabiatul Adawiyah dulunya pelacur...tapi mati sebagai wali....

Jika bapa S tetap sabar dan dapat menyatukannya dengan takwa, mungkin kejadian ini yang akan membawanya ke syurga...dalam konteks yang lain, S yang menjadi penyebab bapanya ke syurga....

Kita ambillah iktibar...

CM berkata...

salam khairyn

saya sibuk sikit sehari dua ni..insyallah,akan sambung kisah S secepat mungkin.

betul tu khairyn kes mcm ni buat kita terkenang2 sampai skrg,bila terbaca kes buang bayi..teringat S sampai sekarang..

CM berkata...

salam k.noor

cheq setuju 100%pendapat kak noor,..nanti cheq sambung naaa...sibuk betul hari ni!!

CM berkata...

salam atikah..

hah atika,k.mas pun sibuk jugak..insyallah before ramadhan yer...

CM berkata...

Salam Kaherah

salam ukhwah dari saya..kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan...silalahkan link...dan jugak pi kt umah Kaherah tadi...comel anak u..

CM berkata...

salam Asnija

saya sangat setuju dgn komen u..saya juga sangat percaya permulaan bukan penentu pengakhiran..Kita bertawakal pada Allah.

aznaz berkata...

salam cikgu...

Ibu adalah teman yang harus paling rapat dengan anak anak peremuan mereka..mesti tau mana pergerakan mereka, mesti pantau jugak dgn sapa mereka berkawan dan Ibu juga lah harus "berkawan" dengan kawan anak anak mereka..Insyaalah semua musibah macam nih akan dapat di elakkan.


syukan
wasalm

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....