yg sudi bersama cm....

Khamis, Oktober 8

Kembara Turkey -Pamukkale Turkey Istana kapas dan Antique pool yang sangat menerujakan

Kami meneruskan perjalanan ke Pamukkale,Jika memandu dari Istanbul perjalanan mengambil masa selama 8 jam.Pamukkale antara destinasi wajib jika berkunjung ke Turkey,Ia terletak di Wilayah  denizli Utara Turkey.Di sini kami akan mengunjungi sebuah kolam air panas atau pusat spa yang telah ada beribu tahun dahulu sejak abad 2M.hasil daripada fenomena alam .Mata airnya mengeluarkan garam mineral dan berasa hangat.Pusat tarikan pelancongan yang sangat terkenal di Turkey.katanya juga terdapat sebuah negara kota dahulunya disini yang di gelar Heriopolis. Untuk mengunjungi tempat ini ada bayaran yang di kenakan kalau tak silap 25L atau 12 Euro,bayaran masuk kami di jelaskan oleh pakej yg kami ambil


Memaparkan 20150605_180514.jpg


Pemandangan sangat indah ,Kawasan ni dilatari dengan warna putih,jika musim salji semua diliputi salji tetapi di kolam air panas ini tetap berasa hangat,
Dalam bahasa Turki, Pamukkale berarti benteng kapas. Sesuai dengan namanya, sumber air panas ini memang tampak seperti tumpukan kapas berwarna putih. Warna putih tersebut berasal dari hidrogen karbonat dan kalsium yang terkandung dalam air panas. Akibat kandungan dalam air panas yang selalu meningkat ini, lama-kelamaan lokasi keluarnya air panas ini membentuk lapisan kapur putih dan menyerupai air terjun beku.
Memaparkan 20150605_181442.jpg
Ramai sungguh pengunjung ketika kami datang melawat,tempat ini sangat cantik,dan unik..ada pengunjung yang ambil kesempatan untuk mandi dan saya mengambil peluang meremdamkan kaki.menurut catatan sejarah tempat ini Menurut sejarah, dulunya dikatakan didirikan oleh Eumenes II, raja Pergamus (197-159 SM), Hierapolis mungkin sebenarnya telah dibentuk lebih dekat ke abad ke-4 SM oleh raja-raja Seleukus. Nama kota itu mungkin berasal dari Hiera, istri Telephus (anak dari Hercules dan cucu Zeus), pendiri mitos Pergamus. Hierapolis telah diserahkan ke Roma pada 133 SM bersama dengan sisa kerajaan Pergamene, dan menjadi bagian dari provinsi Romawi di Asia. Kota ini dihancurkan oleh gempa bumi di 60 AD, tetapi dibangun kembali, dan mencapai puncaknya pada abad ke-2 dan ke-3. 


Memaparkan 20150605_182459.jpg
Kami berkesempatan berkenalan dengan gadis2 Turkey yang mengambil kesempatan bergambar kenangan selepas konvokesyen di sini,mereka semua dari University Perguruan di Turkey,mereka semua cantik-cantik orangnya dan mereka mengenali negara kita Malaysia
Memaparkan 20150605_183410.jpg

Disini dikata kolam tempat mandi dan berspa nya Cleopatra..kolam suci yang masih terjaga dengan baik,,,untuk mandi di sini bayaran di kenakan...airnya jernih kita boleh lihat batu-batu di dalamya,,di tepi kolam ini ada deretan cafe-cafe untuk menjamu selera



Memaparkan 20150605_174501.jpg
Pamukkale, tempat rekreasi dan terapi
Selain sebagai tempat pelancongan, tempat ini juga dimanfaatkan pengunjung untuk terapi berbagai macam penyakit. Biasanya, pengunjung yang datang memanfaatkan air panas Pamukkale sebagai tempat spa dan terapi. Pengunjung percaya, berendam di kolam air panas mengalir yang kaya akan kandungan mineral bisa mengobati penyakit rematik, penyakit kulit, dan kelelahan saraf. Tapi ramai juga yang datang untuk menikmati pemandangan alam dan seronok mengambil gambar termasuklah kami



Sesungguhnya Pamukkale adalah satu tempat yang sungguh indah dan terpahat kukuh menjadi kenangan di sudut hati,moga dapat lagi mengunjunggi tempat indah ini,di sini saya beli fridge magnet dan menikmati ais krim turkey..... bersambung dengan manisnya Cinta di Cappodocia...

Selasa, September 15

Kembara Turkey-Cuci-cuci mata di butik pakaian kulit di Kursadasi Turki

Sambung sikit yer.....Pagi tu sebelum kami dibawa ke Tapak Ephesus City kami dibawa cuci-cuci mata ke Butik pakaian kulit dan barangan kulit yang terletak tidak jauh dari hotel kami.Sesampainya kami ,kami diraikan dan dibawa ke bilik pertunjukan fesyen dan dijamu dengan teh epal yang nyaman. Butik tu namanya Emelda. Dapatlah kami tengok model-model Turki beraksi,,hihihi


Bergambar di Lobi Butik Emelda

Memaparkan 20150605_085644.jpg
Harganya telan air liur....

Memaparkan 20150605_093533.jpg
hand bag yang dipamerkan dlm cermin kaca di luar butik,urus niaga dan tag harga dalam USD
Memaparkan 20150605_090628.jpg

Yang mampu dan bawak duit banyak...bisa sahaja shopping-shopping..harganya bermula dengan USD500,,,huhuhuhu....
Memaparkan 20150605_085715.jpg
Cantikkan kulit ular dengan bulu bulu gituu
Memaparkan 20150605_090708.jpg
hakak berkenan sangat yang ni tapi harganya mencecah 6k

Hmm..akak cuma mampu cuci-cuci mata jer,,,,tapi kerana tak mau menyesal akak beli jugak jaket kulit di Turki tapi cm beli di kedai-kedai biasa di Bursa dengan harga 290TL..convert darab 2 jer dgn RM...cantik jugak,,lebih murah daripada harga di butik..jadiklah kan..nak beli pun cuaca di Malaysia bukan sesuai sangat nk pakai selalu..

Jumaat, Julai 10

Kembara Turkey- Kusadasi-Pamukale Part 3( 4-5 June 2015)


Daripada Bursa kami meneruskan perjalanan ke bandar pelancongan Turki yang sangat terkenal iaitu Kusadasi,sebuah bandar dipinggiran pantai Mediteranain,Perjalanan juga agak jauh mencecah 6jam perjalanan,bagai tidak percaya bila saya sampai disini,

Kusadasi bermakna Pulau yang berbentuk kepala burung,sebuah resort town yang berdekatan laut Eagan,Ramai betul pelancong dari Eropah ke sini bagi menikmati cuti musim panas di pinggiran pantai,kami menginap di sebuah resort yang sangat cantik restorannya menghadap panorama pantai iaitu Hotel Marina

Memaparkan 20150604_201853.jpg
Saya menikmati panaroma petang di Hotel Marina

Memaparkan 20150605_075219.jpg
Kelihatan banyak bot-bot mewah,lot-lot kedai dipinggiran pantai dan resort-resort mewah disini


kami bermalam di Kursadarsi,pagi esoknya kami bersiap untuk melawat sebuah kota Purba zaman Greek kemudian diwarisi oleh Rom iaitu Ephesus City.Ia terletak 3 km dari Selcuk.Ia dikatakan kota terbesar di Mediteranain kerana pada zaman kegemilangannya kota ini diduduki oleh 250 ribu penduduk

Berada di Ephesus city saya terbayang segala yang saya pelajari dan saya baca tentang Tamadun Rom.Tentang negara kota yang dipanggil Polis,tentang seni bina Rom,Perumahan terancang tamadun Rom.Kuil-kuil,istana raja,teater dan segala yang terdapat dinegara kota yang dipanggil Polis.Semertelah saya seorang guru sejarah saya dapat merasai keberadaan di sini...

tapak The Celcius Library
Boleh bayangkan betapa besarnya perpustakaan ini dizaman kegemilangannya,segala khazanah ilmu,manuskrip dikatakan di simpan disini.Ia dikatakan bangunan 2 tingkat yang dipisahkan dengan balkoni kayu.Bangunan ini dibina ketika zaman Raja Hadrianyang dibina oleh puteranys Julius Celcus Polemanus. Bangunan library ini pernah di bakar ketika pergolakan kerajaan dan pada tahun 6M bangunan ini hampir hancur kerana gempa bumi

Kawasan ini dikatakan deretan rumah penduduk,kedai,kuil dan  tempat mandi awam
Jalan dengan batu marble ini adalah jalan asal ketika zaman purba,antara kedai,rumah ia dipisahkan dengan batu-bata,jalan ini juga digunakan oleh kuda-kuda dan kereta kuda,tempat ini juga musnah kerana beberapa siri bencana alam iaitu gempa bumi

Tapak Dewan Senat yang ada di Ephesus City

Hahaha ternampak seorang perempuan cantik yang sangat tabah dan gigih memakai kasut tumit tinggi meredah jalan-jalan berbatu..aduuuuhaii
Perjalanan keluar dari kota ini dihiasi dengan pokok-pokok pain yang cantik
dihadapan pintu masuk ada Ephesus musuem ,gerai-gerai jualan souvenir dan restoran
Dalam zaman Purba tradisi mandi untuk memuja dewa sering berlaku,ini adalah tandas orang Purba,mereka mandi dan buang air secara beramai-ramai sambil berbual-bual...hihihihi,,ini lah contoh Roman Bath



Selepas melawat Ephesus City kami di bawa ke sebuah butik kulit yang eksklusif untuk membeli belah kekdahnya,kami dijamu dengan segelas epal tea sebagai welcome drink sebelum kami menjamu mata dengan pertunjukkan fesyen oleh model-model tampan dan jelita yang mengayakan pakaian dari kulit yang sudah tentu harganya beribu-ribu USD..hmm mampu tengok jer...

kami makan tengahari di Kusadasi sebelum meneruskan perjalanan ke sebuah lagi tempat yang indah dan mempunyai kota Purba juga iaitu Herrapolis Pamukkale ,perjalanan ke pamukkale juga jauh kira-kira 230km dan mengambil masa hampir 4 jam ke sana.

Selasa, Jun 30

Kembara Turkey (part 2)- Bursa yang Indah (4 Jun 2015)


Perjalanan ke Bursa di utara Istanbul dikatakan memakan masa 3 jam dengan 1 jam menaiki feri melalui marmara sea.Bas turut sama naik dalam feri dan kami diberi masa 40 minit untuk naik di bahagian atas feri untuk minum2 atau menikmati panorama laut marmara..hari dah petang kurang nampak kumpulan burung camar pada ketika ini kalau ada pun seekor dua.CM tak melepaskan peluang naik ke atas feri menikmati secawan kopi sambil menikmati hembusan angin laut marmara.



3 jam perjalanan kami sampai di Bandar Busra sebuah bandar yang dikatakan ke empat terbesar dan terpadat penduduk di Turki.Bursa terletak di barat laut Anatolia,Bursa merupakan bandar yang indah yang merupakan bekas pusat pentadbiran kerajaan Turki Othmaniyah.
Kedai-kedai di Bursa dihadapan Grand Mosque
Di Bursa saya dapat membeli sehelai jacket kulit dengan harga yang dirasakan berpatutan dan harga itu tak dapat di tempat lain....di belakang kedai ini lah saya membeli jacket kulit itewwww..

Yeşil Türbe (Green Tomb) merupakan makam dari kelima Sultan Ottoman, Mehmed I, makam ini dibangun oleh Putra Mehmed dan penerus Murad II , setelah kematian Sultan pada tahun 1421 dengan arsitek Haci Ivaz Pasha berhadapan dengan Masjid Hijau ( Green Mosque )

Ketika menang dalam satu perang Sultan Mehmed berhajat untuk membina 20 masjid di Turki,atas nasihat penasihatnya yang mencadangkan pembinaan satu masjid yang menyamai kebesaran 20 masjid maka terbinalah Grand Mosque

Masjid Hijau ( Green Mosque / Ulu Camii )
merupakan masjid terbesar di Kerajaan Ottoman Turki , kita dapat menyaksikan keindahan tulisan kaligrafi di setiap sudut masjid , masjid ini memiliki 20 kubah ,tempat wudhu dan air mancur di dalam mesjid.

Saya tak melepaskan peluang bergambar berlatar belakang kaligrafi yang besar2 dan berwarna keemasan yang menghiasi dinding-dinding dan seluruh masjid
 Di Bursa juga sempat singgah di sebuah kedai yang menjual Turki delight dan kami dibenarkan merasa segala aneka pemanis yang sedap-sedap di kedai yang dipanggil Anatolia ini,saya tak beli pun sebab mahallah,,semua pakai US Dollar...nanti cari semua ni kat Spice market di Istanbul.

Selesai melawat Grand Mosque,Green Mosque,Sultan Ahmed Thomb,membeli belah di Silk House,kami pun meneruskan perjalanan yang dikatakan agak jauh selama 6 jam lagi kira-kira 470km menghala ke sebuah tempat yang juga pusat pelancongan dipinggir laut Mediterainain iaitu bandar pelancongan Kusadasi yang sangat cantik...Selamat tinggal Bursa...

Khamis, Jun 25

Kembara Turkey 3-11 Jun 2015( Part 1) Istanbul Aku Datang

Maha suci Allah yang mendengar dan menerima doaku,tanggal 3hb Jun 2015, sekitar  5 pagi waktu Turki aku sampai akhirnya disalah sebuah tempat yang menjadi idamanku sejak kecil. "Istanbul aku datang "dari kejauhan aku nampak bulan mengambang penuh tanda 16 syaaban..jam 5 pagi tapi waktu suboh dah berlalu,,sementerlah kami sampai Turkey sedang melalui awal musim panas,tapi masih dingin dan nyaman dengan suhu sekitar 16-23C

Perjalanan dengan Turkish Airlines dengan penerbangan terus ke Istanbul mengambil masa kira-kira 9jam perjalanan,fuuuuh leguh segala tapi still selesa cuma tak begitu menerima makanan Turkey dalam flight.Saya kurang dapat tidur walaupun dah terlalu letih pada siang harinya, 9 jam saya habiskan dengan tidur sebentar,makan,tengok movie diskrin,dan dengar lagu dari handphone dan akhirnya 9 jam dapat dilalui dengan tabah,syukur tidak terlalu sejuk didalam flight dan suasana senyap sunyi kerana kebanyakkan penumpang tidur.
Hagia Sophia yang selama ini hanya didengar ,dibaca ditatap dari gambar kini didepan mata..

Alhamdulillah syukur pada Allah

Kembara Turki kali ini saya memilih untuk bergerak secara pakej,2008 saya berumrah dengan Andalusia Travel&Tour,kali ini saya memutuskan untuk kembali menggunakan khidmat Andalusia Holiday untuk menguruskan kembara saya,semasa Matta Fair Mac 2015 berlangsung saya mengunjungi booth Andalusia dan harga yang ditawarkan agak menarik hati dengan harga RM 4998 dengan penerbangan terus Turkish Airlines untuk 10H 7M,ada yang menawarkan harga yang lebih rendah tapi kebanyakkannya perlu transit,


Hippoddrome-Sebuah tugu yang dibina sebagai simbol kemenangan konstaninople yang dibina ketika zaman Rom

Seawal pagi selepas bergambar dihadapan Hagia Sophia,kami berjalan kaki ke dataran Hippodrome.sebuah tugu yang dikatakan ada sejak zaman Rom,batu granitnya dibawa dari Mesir ke Konstaninople oleh Raja Byzaintain (Teodosius 1), Ukirannya mengambarkan seni ukir Mesir tentang gambaran Pharoah Tutmosis 111 dan dewa matahari bangsa Mesir yang digelar Amore, Ini adalah monumen kemenangan Konstaninople. Tugu ini betul-betul berhadapan dengan Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmet,kami pun bergerak masuk ke perkarangan Masjid Sultan Ahmet,,masjid yang dikatakan tercantik di dunia dengan seni bina yang sangat mengkagumkan di tengah-tengah Kota Istanbul yang juga merupakan mercu tanda Kota Istanbul,


Dataran masjid Biru

Impian saya untuk menatap keunikkan seni bina Islam di Masjid Sultan Ahmed Istanbul akhirnya terlaksana,masjid yang siap dibina sekitar 1616 adalah masjid yang dibina atas arahan Sultan Ahmed 1 dari dinasti Othoman Turki,pembinaan dimulakan sejak tahun 1609 diketuai oleh arkitek bernama Mehmed Aga,Masjid ini mempunyai 6 menara.Masjid ini dikatakan dibina untuk menyaingi bangunan Hagia Sophia yang dulunya gereja Byzantine sebelum jatuhnya Turki ke tangan kerajaan Islam.Kenapa masjid ini digelar Masjid Biru walaupun di bahagian luar ia berwarna kelabu kerana hiasan dalaman masjid ini dihiasi batu marmar@keramik biru yang berjumlah 20ribu keping yang diambil dari Iznik.Dalam masjid ini juga beralaskan karpet sutera dan lampu-lampu minyak diperbuat dari kristal,dan terdapat 260 jendela sehinga suasana dalamnya teduh dan sejuk.



Selepas selesai melawat masjid Biru kami bergerak ke bahagian belakang untuk minum pagi sebentar
Kedai cenderamata di belakang Masjid Biru menawarkan harga yang menarik,saya dapat membeli souvenir berupa poch syiling yang bersulam istanbul product tenunan tangan dengan harga 1 lira sahaja,,hmm 10 saya borong,dan kawan2 memujinya cantik,ditempat lain paling murah pun saya jumpa harganya 2 lira dan banyak yg meletakkan harga 5 lira..sorry takde gambar..selepas berehat dalam 20 minit kami dibawa ke Muzium terkemuka di Istanbul iaitu Topkapi Palace.

Bunga-bunga rose yang segar mekar di perkarangan Topkapi Palace

Topkapi Palace
Hari masih awal pagi,kami berpeluang ke Topkapi Palace orang masih belum ramai jadi kami tak perlu beratur panjang untuk masuk ke mana-mana bahagian muzium, Topkapi bermaksud Istana Pintu Meriam,pada asalnya ia adaah sebuah istana kediaman  rasmi Sultan Uthmaniyah selama 400 tahun,Ia dibina oleh Sultan Muhamad Al Fateh ,tetapipada tahun 1924 selepas Turki menjadi republik Presiden pertamanya Mustaffa Kamal Altartuk mengarahkan istana ini dijadikan muzium sehingga kini, pemandangan istana atau muzium ini sangat indah,dibahagian belakangnya kita dapat menikmati keindahan laut Marmara yang sungguh ohsem. Pada zaman kegemilangannya ia dihuni oleh 4000 orang.Istana ini berkeluasan 700,000 ekar dikelilingi pagar sejauh 5km

Dalam muzium ini dilarang mengambil gambar,ada tinggalan Rasuluallah saw, saya dapat melihat baju puteri Nabi saw Fatimah Al Zahra,senjata-senjata perang zaman Nabi,sejarah zaman Uthmaniyah yang tak mungkin habis jika hanya diberi masa selama 2 jam sahaja disini,harga tiket ialah 15 lira,ia beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.Orang sangat ramai pelbagai bangsa pelancong berpusu-pusu untuk ke muzium ini.

Selesai melawat muzium,kami dibawa makan tengahari disebuah restoran yang cantik dikawasan seperti pasar seni di Istanbul,teringat cerita Istanbul aku datang lakonan Lisa Surihani ketika kami berjalan kaki menuju restoran itu,selesai makan bas mengambil kami kerana kami perlu meneruskan perjalanan ke Bursa kira-kira 3 jam perjalanan dengan 1jam menaiki feri merentasi laut marmara.Seharian kami tak mandi,,,tapi gosok gigi tau...ok stop dulu,,nanti sambung cerita di Bursa pulak,,cerita 10 hari 7malam kami ni,,aduuuh larat ke menulis ni...doa-doakan lah...

Isnin, Mei 11

Lawatan ke Perlis , Wang Kelian Satun Thailand


Agak lama dah CM tak berjalan-jalan ke Utara Tanah Air, tiada peluang dan kesempatan,untuk ke sana,untuk memandu ke sana tidaklah jawabnya sebab jarak yang begitu jauh,Sampailah CM terbaca di FBtentang tawaran rombongan cik kiah mencari periuk belanga ke Padang Besar/Wang Kelian dan Satun dengan menaiki bas dengan harga cuma RM 99.

Kali ini CM mengajak kakak ipar dan beberapa orang teman travel mereka pun teruja,,alah apa salahnya cuti hujung minggu kita penat penat sikit badan sambil bergembira dan membeli belahkan maka terlaksanalah hasrat kami,malam 5 hb Desember 2014 kami pun berkumpul di Petronas Batu 3 Shah Alam kerana bas mengambil kami disitu,pukul 10mlm bas bergerak ke Perlis dengan kira-kira 40 org ahli rombongan,bas meluncur laju lancar dan perjalanan kami selamat sampai kira-kira Suboh di Perlis sebelum kami memasuki Wang Kelian.

Inilah kali pertama CM sampai ke sempadan Wang Kelian,perjalanan ke Wang Kelian rupanya berbengkak bengkok,bas perlu naik bukit dan Wang Kelian juga mempunyai kawasan hutan yang menghijau,bas diletakkan ditepi jalan sebelum kamimemasuki kawasan jualan.
Kawasan jualan seakan sama dengan kawasan jualan dimana-mana sempadan Malaysia Thailand
Seperti biasa anda boleh mendapatkan barang-barang Thailand dengan harga yg murah
Gerai-gerai yang dibina sangat ringkas di hadapan kawasan Perlis ada pondok imigresen untuk pemeriksaan pasport bagi mereka yang mahu masuk ke Thailand melalui sempadan Wang Kelian,kami tidak perlu kerana kami cuma nk bershopping di gerai-gerai di pintu masuk sempadan,pemandanganya sama seperti disemua kawasan sempadan siam,dah tentu barang-barang made in Thailand begitu banyak disini,,murah
Kuali berbagai saiz

CM beli periuk pengukus dengan harga cuma RM 14 saiz kecillah,bila guna mengukus rasa menyesal beli satu kerana kualiti kuih sangat cantik,bila di Padang Besar cari semula dah takde serupa itu,tak banya jugak CM shopping cuma nak melihat-melihat sahaja





Selesai lunch,,,ada yer gerai gerai makan disitu kami dibawa bersolat zohor dan kami di Padang Besar pulak,di Padang Besar saya menikmati Pulut Mangga yang yummy...



Kami di Padang Besar selama 3-4 jam ,shopping lah jugak tapi di Kompleks Padang Besar sedikit mahal dari gerai-gerai di pintu masuk Wang Kelian tadi,tapi macam-macam ada lah...ok nanti kita cerita tentang Padang Besar pulak yarr,,bai-bai..



Isnin, April 6

Bercuti ke Medan Indonesia( Desember 2013)

Masjid Raya Medan,,ditengah-tengah Kota Medan
Tahun 2013..saya tutup dengan satu percutian mengikut group ke Medan Indonesia.
Dah lama saya nak ke Medan akhirnya kesampaian..Alhamdulillah. .kepergian kali ini bersama kira kira 17 orang ahli group sebahagian besar adalah kenalan baru.Trip kali ini saya serahkan semua dibawah travel agent dan saya kira agak berbaloi dengan Rm 1000 dengan menaik MAS Airlines.

gambar pemandangan tasik Toba dari atas bas..


Ke Medan bagai tak lengkap jika tak mengunjungi tasik toba yang jarak perjalanannya kira kira
beberapa jam dari medan city. ..kami bermalam di pulau samosir untuk menikmati sepuasnya pemandangan tasik toba yang sangat besar..membiru...dan bagai bersatu dengan awan..pemandangan begini membawa saya terkenang indahnya tasik melinjau di bukit tinggi dahulu


Untuk ke pulau Samosir kita perlu menaiki boat merentasi Tasik Toba yang luas terbentang,jangan ditanya berapa harga tiket segala..kerana semua diuruskan oleh pakej yang saya ambil,sambil menikmati kebiruan air tasik,didalam feri kami dihiburkan dengan nyanyian lagu kanak-kanak Batak yang menyanyikan lagu dan pastinya tidak manis jika mereka menyanyi tanpa kita sumbang sedikit wang ricihan,saya minta mereka nyanyikan lagu Tegar...
Sampai ke pulau Samosir ,ada resort disitu,,,pemandangan mengadap tasik...aktiviti yang saya buat petang itu ialah berbasikal mengelilingi kawasan resort tersebut,,,sebuah perkampungan Batak yang dah tentu beragama Kristian kerana saya tidak jumpa satu pun masjid,tetapi ada gereja yang besar,menurut pemandu pelancong kami memang 100% penduduk disini beragama Khatolik.Kami makan malam di restoran resort tersebut yang menurut pemandu pelancong kami situ ada makanan halal.Kami bermalam disini..malamnya saya dan teman bersembang di cafe resort..aktiviti lain tiada rasanya...akhirnya aku dapat juga menyaksikan birunya Danau Toba,tasik yang sering ku baca kisah-kisah dogeng dan misteri ketika kecil dahulu di perpustakaan sekolah rendahku..

Khamis, Mac 5

Padang Savana dan Pasir Berbisik Bromo Indonesia (part 3)


Turun dari kawah digunung Bromo kami semua kembali ke jeep untuk dibawa ke Padang Savana atau ada yang memanggilnya sebagai Bukit Teletubies..kartun warna warni yang comel itu,,,tempat ini cantik kehijauan dengan rumput-rumput dan lalang yang menyelimuti bukit yang begitu damai mata memandang.Perjalanan dari gunung Bromo itu hanya mengambil masa 10-15minit untuk sampai ke sini dengan jeep,

Ada juga yang menawarkan khidmat berkuda disini tapi tak banyak...disini tidak seriuh dan semeriah digunung Bromo...disini agak damai dan tiada ramai orang..tak perlu berlamaan disini,,,kami hanya bergambar sambil buat aksi filem hindi seperti filem kuch-kuch ho ta hai,,,sebab lepas bebas disini..tiada orang sangat,,kami-kami jerr...

Teman-teman sekembara.....


Kira-kira dalam 30 minit di padang Savana..kami di bawa ke satu lagi tempat yang indah iaitu Pasir Berbisik,,,dipanggil Pasir berbisik kerana dikatakan tempat ini bila angin bertiup akan menghasilkan bunyi seperti orang berbisik,,,hmm saya tak dapat mendengar kerana banyak dengar bunyi jeep sahaja yang mundar mandir disini,,,tapi tempat ini juga pemandangannya juga awesome yang tak dapat kita temgok di tempat kita,,,ia seperti padang pasir yang luas,,hmm indah sungguh...

Maha suci Allah yang menciptakan keindahan ,melalui kembara kita dapat melihat segala kebesaran Allah,,menikmati keindahan ciptaannya bagi menambah iman didada..merasai sifat kehambaan kepada Allah,,,

Selepas beredar dari Pasir berbisik kami meneruskan perjalanan ke Ijien,,kami belum lagi dapat mandi,,so Pak Nasit membawa kami makan tengahari disebuah restoran di dalam perjalanan tersebut kami makan ayam penyet.Di restoran tersebut ada tersedia surau dan bilik mandi,disitulah kami membersihkan diri untuk meneruskan perjalanan kira-kira 6jam lagi ke Eijien...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....