yg sudi bersama cm....

Khamis, Julai 4

Bercuti di Siem Riep Cambodia...Fajar Cambodia Dec 2018

Desember 2018 Allah mengabulkan satu lagi bucket list kembara ku iaitu menjejaki warisan sejarah Kerajaan Angkor di Cambodia. Ticket Air Asia ku beli seawal bulan Oktober lagi.. Tapi biasalah cuti sekolah Desember harganya jarang lah harga promo. Ticket ku ke Siem Riep berharga rm550 return.. Kali ini aku pergi bersama teman kembara yang baru iaitu seorang guru bahasa inggeris shanor dan Anak saudara ya dayang kami bertiga sahaja. Kami sangat gembira kerana Siem Riep Cambodia adalah destinasi dambaan kami. Kami berkongsi segala perbelanjaan bertiga. Manisnya kenangan itu.. 




Cahaya mata hari menyaluti warna air tasik menghasilkan panorama yang sangat mengasyikkan.. Aku terbuai
Sepanjang perjalanan dari hotel ke Candi Angkor watt.. Aku saksikan langit pagi kelihatan kekuningan.. Subhanallah warna alam begini mendamaikan hati menenangkan sanubari.. Maha suci Allah yang memiliki segala keindahan. 

Di hadapan Candi Angkor Watt Air tasik menjadi cermin kaca saat matahari pagi berdansa lembut mewarnai langit pagi.. Warna biru.. Kuning.. Oren bersatu menghasilkan satu percikan warna di kan kanvas alam

Kalau kami sekadar pengembara biasa yang tak punya bakat memetik butang camera menghasilkan gambar yang indah. Tapi keindahan semula jadi di tapak Angkor watt sangat menakjubkan. 

Bunga bunga teratak di Tasik ini menjadi penghias menambah kecantikan pantulan cahaya mentari pagi di Tapak Angkor Watt. 

Biasanya aku akan menghadiahkan diri sebuah buku Saat aku berkelana mengembara di tapak tapak sejarah. Buku ini ku beli dengan harga USD11 dari peniaga jalanan sekitar Angkor Watt. Ada bermacam2 harga bergantung pada nasib anda. 

Sekitar jam 10 kami selesai melawat tapak pemeliharaan UNESCO di Siem Riep ini. Kami memuliakan lawatan seawal jam 6.00pagi di bawa oleh Smey anak buah pada abang Nasir Cambodia iaitu pemilik Restaurant Muslim Backpackers. Smey seorang yang sangat soft spoken dan polite. Tq abang smey
#kembaragurusejarah 

Isnin, Julai 1

Bercuti di Kota Palembang - Jambatan Ampera dan Sungai Musi

 Sebagai guru sejarah tak mungkin aku tidak tahu  tentang Srivijaya.. Kerajaan Maritim Melayu yang teragung sebelum Melaka.. Hikayat mencerita kan betapa kayanya Raja Srivijaya dikatakan hartanya seperti banyaknya air di laut.
Srivijaya terletak di Palembang.. Kini aku berdiri di tebing Sungai Musi .. Memandang jauh ke Jambatan Ampera yang begitu menyerlah dengan warnanya yang merah..


Jambatan ini begitu megah membelah Sg Musi..Jambatan kebanggaan Kota Palembang.Jjambatan yang menghubungkan dua wilayah yang terpisah oleh Sungai Musi.Di bawah jambatan kelihatan boat-boat dan perahu-perahu kecil yang menawarkan pelawat untuk ke tempat-tempat wisata sekitar Sg Musi ..Ada juga restoran atau Rumah makan terapung di sekitar Jambatan Ampera.
Di malam hari Jambatan Ampera begitu indah dengan kerdipan lampu di bayangi oleh air Sungai Musi.Ramai pelancong dan orang tempatan beriadah menyaksikan cahaya lampu..tak jauh dari Jambatan Ampera ada pasar malam yang begitu meriah dengan kegiatan masyarakat Palembang..berniaga,,menikmati makanan jalanan,,anak-anak bermain basikal..Meriah sungguh walaupun kunjunganku ketika itu pada bulan Ramadan.

Kelihatan masyarakat Palembang sekitar Sg Musi mencari rezeki melalui aktiviti perairan..Boat-boat berwarna warni menambah keceriaan sekitar Sungai Musi


Rumah-Rumah Makan sekitar Sg Musi..Kunjunganku pada siang Ramadan adalah sebab mengapa restaurant terapung itu kelihatan sepi...Hidangan ikan bakar menjadi menu tarikan rumah makan terapung sekitar Sungai Musi...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....