yg sudi bersama cm....

Rabu, Disember 15

menumbuk dan terus menumbuk....

Masa muda remaja saya memang `liat` nak di dapur,
Tambah lg saya belajar di asrama ,lagilah jarang ke dapur.
Bila cuti sampai masa memasak jer,
,saya mula pegang buku... study lah kononnya,
Bila dah pegang buku mak saya slow sikit bebelannya,,,tapi  bebel tetap bebel .
Untuk cool kn makcik tu saya mesti janji camni...

"Ok makkk,,mak masak dulu nanti oghangg tolong tumbuk sambal belacan,,"

hehehe mak pasti senyap,
sebab dia memang tak berapa gemar menumbuk,
,tapi abah suka ada sambal,,,akhirnya sampai nak kawin saya hanya reti wat sambal belacan,
,huhuhu tu lahh balasannya..
.dan bertambah malang bila dapat suami yg tak berapa berani makan sambal belacan ,kalau makan merah telinga dia,,,fuuuh pedas tak main,,,terperamlah skill wat sambalku

hari ni saya nak share cara membuat sambal belacan kuini,,ahakkss
pada anak2 dara sapa tak reti tak dibenarkan kawin hihihihihi





bahan-bahanya : 10 biji cili merah,7 biji cili padi (kalau suka),,cili merah +padi tu mak saya tanam
2 biji buah kuini
5cm belacan,,,bakar dulu tauu
garam
hehehehe senangnyarrrr



lesung batu kena ada.....fuuuhh comel berkarahh lesung batu makku ni...
berpuluh tahun dah ni...
lg satu alas dgn kain bontot lesung tu,,,kalau tak satu kampung dengau anda menumbuk..
nanti makku cakappp,,,oooi anak dara menumbuk satu kg dengauu,,lariiii org nak meminangg,,
nanti ku jawab,,,,"Elehhhh org tak heran mamat kt kampung nii...kita nak kawin orang jauhh,,"chewahh menjawab,,kikikikiiki

mulalah tumbuk dengan gigih,,,sambil menyanyi lagu Siti Nurhaliza,Fauziah Latif ,Maria Carey,Celion Dion
hehehehe,,,habiss semua lagu tu mesti dah hancur lada tuu..
nanti makku cakap lagi....menyanyiiii lah dapat laki orang tua baru tahuuu...
hmmm patutlah Siti Nurhaliza dapat Datok K yerr agaknya dia suka menyanyi kt dapur
issssh khurafat semua tu...jodoh pertemuan di tangan tuhan...

masukkan garam dan belacan,,,teruskan menumbukk sambil sambung menyanyii
sekarang dah tak takut menyanyi dah,,,dah kawin pun dapat yg muda remaja lagi kikikikik..
oppps...berzikir dan berselawat lah ,,,tetiba teringat ajaran dan pesanan best fren cm yg gemar memasak tu
cam tu kita tukar lagu Maher Zain...Baraka Allah...


Masukkan hirisan buah kuini yg semerbak tuu,,nyumm,nyum
1/3 lg dah pun cm telan masa menumbuk kikikikikk,,burukk tul peragaiiii...

hahhh dah jadi ,,,kasar lah sikit memang mak pesan gini 
sebab abahku suka hirisan mangga tu kelihatan kasar dan terasa..




hahh dah siapp tu semua lauk cm yg masak
pas kawin ,cm terpaksalah `menyuka`kan diri masuk dapur 
dan belajar memasak
sekarang ni bolehlah sikit-sikit...
Menu : Ketam masak lemak,Ikan parang asam pedas,Kangkung goreng belacan dan sambal kuini..

Silakaaann ...dtg Umbai Melaka CM jamu camni yerrr....


Khamis, November 25

Yang sangat indah di hari ulangtahun ,,,

 I LOVE U SO MUCH DEAR...
Kad dari si kecil yg berusia 7 tahun..
Tuhan Maha Besar mama,,,yuppppp tuhan jua maha pengasih dan penyayang
hihihihi,,,kad dari citarasa budak pompuan peminat Snow White...
`terimakasih kerana menjaga dina,,,TERIMAKASIH JUGA KERANA MENYAYANGI MAMA
katanya.......YANG PENTING ALLAH YG MAHA ESAH(esa ) ada..

Di malam ulangtahun ku yg ke 35 aku menerima pesan dari anak gadis kecilku yg hanya berusia 7 tahun supaya membaca kad ucapan darinya,"Dina letakkan dlm buku `Adab Muslim`dalam laci bilik mama !!baca tau,,dina nk tidur dulu...begitulah pesannya...sambil mengucup pipi saya

Saya tersenyum,,,dalam hati  saya berkata-kata "aku kecik-kecik dulu tak de nyer kad ucapan bagai,,,entah bila dia membelinya saya pun tak pasti...saya kira suprise jugak ni,,,

Namun bila saya membukanya.. hati saya sangat tersentuh,bagai tak percaya dina yg masih berhinggus tu,,,boleh meruntun hati saya dengan kata-kata dan bait ucapan yg saya kira sangat bermakna untuk saya hayati.Anak sekecil itu memujuk hati saya agar percaya serta yakin dengan kuat atas apa kita lakukan,,hidup dan mati kita bahawa Allah yg maha esa ada bersama kita..Dalam sudut hati yang paling dalam saya terasa cukup berbangga  saya kira didikan saya pd si gadis kecil ni sampai ke hatinya,,kerana bila dia bersedih,bila dia sakit saya selalu menanamkan kepercayaan tauhid bahawa Allah sentiasa bersamanya merenungnya dengan penuh kasih sayang,,,kini ayat itu juga dititipkan untuk saya lewat kedewasaan ini...

Dalam hening malam lewat kedewasaan ini  saya memuhasabah diri,merenung dan mengimbau segala yg saya miliki,sesungguhnya tika saya sibuk menghambat pelangi saya sebenarnya lupa saya sudah punya cahaya bintang tujuh yg terang berderang menerangi hidup saya,Saya punya keluarga dan cahaya mata yg amat menyejukkan hati.Kini saya tak perlu kata cinta berbaur asmara loka untuk buat saya tersenyum megah kerana belum pasti ikhlas dan jujurnya,,,kini saya rasa sangat megah menghayati kata semangat dari anak kecil yg pasti menulis atas apa yg dia rasa...bagai satu gelombang motivasi untuk menyemarakkan hidup saya kembali,,,

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,kerana menghidupkan saya  dan masih bisa bernafas di buminya,,,masih mampu tersenyum atas segala nikmat dan kasih sayangnya.Harapan saya di hari ulangtahun ini saya ingin terus merasa kasih sayang Allah,,seperti yg anak gadis saya pesan 
              "SESUNGGUHNYA ALLAH YG MAHA ESA ADA BERSAMA KITA"


TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG DAN CINTA DARI KALIAN SEMUA...
Cinta yang saya hambat ada bersama saya,melengkapi hidup saya...




Khamis, November 18

Semoga Berbahagia Shikin.dan Sheena..

Ekin ceria di samping suaminya.Edy dari Machang Kelantan..

Potong cake gitu...


Marwan dan Dina disisi Mak Esah( mak ekin),pengasuh yang menjaga mereka sejak bayi hingga tadika 
di Setapak KL



EKIN yg manis ...



hmm...mama layan ni...

13 hb Nov,saya menghadiri majlis perkhawinan Alis Ashikin,anak kepada pengasuh anak-anak saya.
Ekin saya kenali sejak dr tahun 2002,,selepas sahaja saya melahirkan anak sulong saya marwan.Masa tu Ekin baru habis SPM,Ekinlah yg membantu maknya menjaga anak saya dengan baik.

Ekin gadis yg baik,lemah lembut,bersopan dan pandai memasak.Kini Ekin telah pun menemui jodohnya dan saya mendoakan Ekin bahagia hingga akhir hayat.Ekin bekerja sebagai pembantu Tadbir di Jabatan Perakaunan Negara,Kementerian Kewangan.Segala jasa Ekin menjaga anak-anak saya pasti saya kenang hingga akhir hayat.Doa saya juga ekin akan dikurniakan zuriat yg sihat,comel dan menjadi soleh dan solehah menurut sifat ekin yg menyenangkan hati.
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK EKIN YG KAK SU SAYANGI..

Tak lupa jugak untuk sepupu saya Sheena dan suami 
yg melangsungkan perkhawinan pada 14hb Nov di Klang
SELAMAT PENGANTIN BARU
...moga sheena dan suami bahagia hingga akhir hayat..
Sheena dan kembarnya,,,,,canteeek kan???
Kami bermain bersama dulu,tapi masa saya dah belasan tahun diorang masih sekolah tadika,,
tak geng sangat,sebab diorang kecikk lg,,dah pasti depa panggil saya kakak...



Sabtu, November 13

Wedding Song - Zain Bhikha

SELAMAT PENGANTIN BARU..


Cuti sekolah ni,Cm banyak dapat jemputan khawin,moga dilapangkan masa,kesihatan untuk sama meraikan hari-hari indah,bekas pelajar,teman-teman dan saudara mara,

Insyallah...

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI CIKGU SEKELUARGA...


"LIVE YOUR LIFE WITH KINDNESS AND CARE....
REMEMBER ... ..ALLAH WILL ALWAYS BE THERE..".

Isnin, November 1

"Cinta Lengkapi Kita"...

Bergambar kenangan sebelum majlis bermula
CM dan Nadia Penolong Ketua Kelas dan Irfan Ketua Kelas yg sangat dedikasi

Ammar dan Azim,,,dua pelajar yang cemerlang dan pemalu...
Irfan mengetuai jemaah solat maghrib...

Bersedia untuk memula party,,,yg sibuk sekali dah tentu Ibrahim...


I LOVE U........


Terkenang di awal tahun 2010 dulu bila aku telah terlantik sebagai Guru Tingkatan 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yg juga lebih dikenali sebgai 5KM1.Teringat kan juga kata Cikgu Rafedah padaku "untung kau mas budak 5KM1 tu semuanya baik-baik berakhlak dan tak payah disuruh semuanya berjalan lancar"..aku cuma tersenyum dan dan membalas penyataannya dengan satu pertanyaan "ye ker???..

Hampir setahun berlalu akulah guru kelas mereka atau umpama ibu mereka.Kelas yang mengandungi 23 org pelajar yg mana 20 lelaki dan cuma 3 orang pelajar perempuan.Akulah yang menguruskan daftar kedatangan harian,yuran sekolah,kebersihan kelas,markah peperiksaan dan segalanya.Ternyata apa yg fedah beritahu dulu lebih benar dari yang benar.Pelajar 5KM1 seorang pun tak pernah mendatangkan masalah,semuanya baik-baik,menghormati guru dan berakhlak mulia.Tak pernah sekali aku kecil hati dengan mereka,dan memarahi mereka.Apa yang adakala tidak mampu aku lakukan kerana bebanan tugas pelajar-pelajar ini sedia membantu dengan sempurna.

Aku sangat sayang pada mereka,andainya aku berkahwin diusia 16thn,mungkin anakku sudah sebesar mereka.Kini SPM bakal menjelang,tak lama lagi kami akan berpisah.dikesempatan yg ada kami meluangkan masa 2 hari 1 malam,,,di sebuah tempat yg indah disebuah Kg di Banting Selangor.untuk kami meraikan jamuan akhir,bermesra dan berkasih sayang dengan harapan semua akan berjaya dalam SPM dan pada kehidupan baru yg bakal mereka hadapi sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan.

Akhir kata dari cikgu...cikgu bukan guru yang sempurna,banyak kurang dan lemahnya cikgu,namun izinkan cikgu mengasihani,menyayangi dan terus mengingati kamu semua lewat doa-doa cikgu.Kamu semua juga antara sumber kebahagian cikgu,kamu jua adalah warna-warna indah dalam kanvas kehidupan cikgu,Ingati cikgu dalam doa-doamu.Andai cikgu dah tiada lagi didunia mohon sepotong Al fatihah menerangi kubur cikgu nanti.Hadapilah hidup ini dengan berani,di hari depan senjata paling utuh untuk hadapi hidup mencabar adalah iman ,ilmu dan takwa.Jangan kandas dalam hidup kerana hidup memerlukan kekuatan untuk menghadapinya.

Berlarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga,Bersyukurlah pada yang kuasa "Cinta kita di Dunia Selamanya".....

"LASKAR PELANGI".....


Sabtu, Oktober 16

Persahabatan

Saya bersama kak sopie dan Imran

dua insan hebat yg berbudi luhur yang mewarnai kehidupan ini

teman serumah,sebilik dan sekatil di sewaktu masa dahulu.....




Di suatu ketika dalam hidup saya,saya hanya berkawan dengan insan-insan selingkungan saya.
rakan sebaya,kawan sekelas,teman sekuliah dan jiran sekampung.
Ruang lingkup hidup saya amat terhad,pemikiran dan pandangan saya juga agak tertutup.
kini dalam meniti kedewasaan,saya amat bersyukur pada yang maha Esa .Allah memberi saya peluang,mengenali,mendekati insan-insan yang berbudi luhur,berperibadi hebat yang datang dari berbagai lapisan dan latar belakang.Ada yang saya kenali dr dunia realiti,,ada juga yg saya kenali menerusi maya.
Tanpa di sangka,dari alam maya kami menjadi rapat,saling mengenali dan saling menyayangi.
terima kasih pada semua sahabat yang mewarnai hidup ini....


puisi

Rabu, September 22

Mood lepas raya..



cuti raya dah pun berlalu
tapi entah kenapa rasa letih lesu
semua rasa masih sejuk beku...
camner pun di sekolah kn pulun,,,,minggu ni trial SPM akan berlangsung.....
good luck n all the best untuk semua pelajarku..

Khamis, September 9

Setahun sekali,,raya datang lagi..

Allah maha Pengasih dan Penyayang
,,,disediakan kita Syawal agar kita dapat meraikan kemenangan sebulan berpuasa melawan lapar dahaga,
di hari itulah semua yg selama ini sibuk bekerja bercuti bergembira bersama keluarga.
..SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA KEKAWAN YG BERTANDANG KE BLOG HIDUP INI HANYA SEMENTARA..MAAF ZAHIR BATIN

ikuti serba sedikit persiapan raya CM..



bersama Amir(anak saudara) mencari persalinan raya untuk abah,,

Mencari persalinan untuk mak pulak,,


Di Melaka sehari sebelum Aidilfitri,dipanggil `hari memotong`atau `hari menyembelih`.
bukan potong apapun tapi memotong atau menyembelih lembu.
Suasana meriah masing-masing akan dapatkan daging atau ayam untuk membuat rendang...
Hmmm agak kering idea untuk menulis sekali lagi ucapan..
SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA...
I LOVE YOU ALL...


Ahad, September 5

Marwan berpuasa,,,

`i believe i can fly,,,i believe i can touch the sky`
Marwan di hadapan Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah Putrajaya...


Marwan sangat cekal dan rajin bangun sahur...saya seusia dia..menangis jika mak kejutkan sahur.
Bila marwan berpuasa saya jadi bersemangat untuk memasak.

 
masa ni saat paling kritikal..sekembali dr  dari sekolah agama petang.
5 minit sekali dia akan tanya bila nak berbuka.
waktu ni jangan diusik atau dingangu
akan angin satu badan..adiknya akan kena penangan kalau usik dia...

Masa ni marwan mintak berbuka di luar,
Marwan tak pernah `miss` air soya.hari-hari kena ada..


Alhamdulilah dan terasa begitu sayu apabila Ramadhan sedang meniti hari-hari akhirnya,,
Ramadhan kali ni sungguh bermakna apabila saya melihat kesungguhan dan kesabaran anak lelakiku berpuasa...
Sejak marwan berusia 6 tahun saya dah berharap marwan boleh belajar berpuasa,namun mungkin terlalu awal untuknya diusia sebegitu,dia sering tak tahan,menangis malah meraung bila kelaparan..saya pasrah.
Tetapi agak cemburu di hati saya bila kawan-kawan bercerita anak mereka seawal 7 tahun dah berpuasa penuh..marwan nak habiskan setengah hari pun seksa,namun saya lega bila mak berkata anak-anak ni jangan dipaksa sampai masa dan dengan bimbingan dan tunjuk ajar mereka pasti akan menurut.


Ramadhan tahun ini,saya tak menyimpan harapan tinggi untuk marwan berpuasa,saya cuma berharap dapat dia belajar berpuasa dan sekurang-kurangnya dapat berpuasa penuh selama 10 hari.
Namun kali ni marwan nampaknya dah besar 3 hari sebelum ramadhan dia menyuarakan keinginannya untuk berpuasa penuh,saya tersenyum tetapi kurang yakin dengan impiannya,namun galakan dan pujukan tetap saya titipkan,


Ramadhan menjelma saya kagum dan sangat bangga dengan marwan.
Dia benar-benar berpuasa bukan kerana saya tapi dia mula faham bahawa orang islam wajib berpuasa kerana itu perintah Allah,dia banyak bercerita tentang nasihat ustaz di sekolahnya tentang fadhilat berpuasa.
Saya selalu merasakan anak saya ni masih kanak-kanak lelaki yg kecil tetapi sebenarnya anak saya sudah membesar sebagai kanak-kanak lelaki yg mumayiz,Alhamdulillah.

Melihat gelagatnya berpuasa bagai satu catatan harian yg manis untuk saya kenang.
Saya perhatikan dia sabar dan tahan godaan walaupun adiknya menguyah ayam goreng dihadapannya.
makanan yang sedap tak menjadi halangan untuk dia berpuasa,cuma bila berpuasa dia jadi agak baran,pemarah dan kelihatan ganas jika diusik oleh adiknya,
Adakala dia menangis keletihan jika cuaca panas dan jika dia banyak bermain di sekolah.
Waktu itu saya akan mula memujuk,seorang sahabat menasihati saya agar menceritakan pada anak yang berpuasa tentang fadhilat dan kehebatan syurga untuk kanak-kanak berpuasa,ternyata cara itu amat berkesan,marwan terleka mendengar adakala tertidur kala saya bercerita tentang kehebatan syurga.

Kini sudah hampir 25 hari kita berpuasa marwan sudah menunaikan puasa sebanyak 24 hari.
satu pencapaian yg hebat bagi saya,Saya seusianya jgn harap dapat berpuasa sebanyak tu.
Seperkara lagi saya tak pernah menjanjikan marwan hadiah atau duit raya contohnya,sebab saya ingin sangat dia belajar hidup ini perlu ikhlas dalam apa pun yang kita lakukan,lebih-lebih lagi dalam soal ibadat,ikhlas dan tulus kerana Allah,saya berharap dan berdoa marwan kuat dan sabar menghabiskan puasanya tahun ni,insyaallah


APA YANG LEBIH BERMAKNA
....SELAIN DARI ANAK YANG SOLEH..
MOGA DIA MENJADI ANAK YANG SOLEH PEMBELA AGAMA..INSYAALLAH
,,DOA TULUS DARI SEORANG IBU,,,


Sabtu, Ogos 28

Aktiviti ramadhan sekolahku..

Hari ni Ramadhan dah berlalu hampir 18 hari,,Alhamdulillah masih lg kuat dan masih lagi berpuasa penuh.
Ramadhan bulan yg sungguh indah.Aku sangat menyukai bulan ramadhan,
Dibulan mulia ni masa dan diri kita sungguh terisi
masa berjalan begitu pantas,,

Sekolahku juga tak mempersiakan pengisian ihya ramadhan,pelajar dididik dengan aktiviti kerohanian ...

Pelajar bertadarus selepas zohor,cikgu bersama
ni gambar kelas di bawah jagaan cm,
gambar anak murid kesayangan cm
Pelajar yg baik,bijak dan berakhlak

setiap hari Isnin,ustaz dan ustazah sekolah akan mengadakan tazkirah ramadhan untuk semua guru...


Kami sedang membungkus buah-buahan dan beberapa hadiah untuk diagihkan di wad kanak-kanak
Hospital Serdang,,projek jariah sekolah kami

Sesi melawat Muhamad Aris yang di rawat di Hospital Putrajaya kerana
sakit misteri,Aris didapati tidur tak bangun-bangun walaupun segala usaha dilakukan untuk menyedarkanya,
dia tertidor disurau asrama dan gagal di kejutkan walaupun untuk berbuka puasa,diangkat dan dibawa dengan ambulan pun dia masih belum sedar,hanya sedar semula pada pukul 4.30 pagi keesokkan harinya,,,pelikkan????sakit apa agaknya budak ni...


Ni pun Ariss..tapi Amal Ariss,dia pelajar kelas CM,CM guru kelasnya,dia dirawat di hospital Putrajaya kerana appendik dan telah menjalani pembedahan ,harap Aris cepat sembuh untuk dia meghadapi SPM dengan tenang dan sihat,Insyaalah

ni pulak aktiviti santai bila takde kelas,,,bukan sembang kosong atau mengumpat yarr
sembang pasal resepi berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan macam-macam lah
biasanya meja tengah ni tempat kami baca suratkhabar,makan sambil mengeratkan sirahtulrahim..

Sabtu, Ogos 7

pelajar gaduh dengan cikgu


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajarI

barat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu"kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

"BUDAK NI BAGUSS JADI LAWYER...........

JANGAN DUDUK MENUDING JARI...

KATANYA GURU TAK MESRA PELAJAR ,

GURU TAK MEMAHAMI PELAJAR.

..TAPI CUBA DUDUK DAN BERADA DI TEMPAT CIKGU ITU.

..GURU ITU JUGA MANUSIA BUKAN MALAIKAT TERPILIH.

..KEMBALI PADA AGAMA DAN ADAT...

ORANG TUA,GURU ADALAH MANUSIA YG PATUT DIHORMARI..

.APAPUN KEADAAN PELAJAR INI TERGOLONG PADA MEREKA YG MELAMPAUI BATAS.....KATA TEMANKU.....BIAR KURANG MAKAN...JANGAN KURANG AJAR..BIAR MISKIN HARTA JGN MISKIN BUDI BAHASA....PADA SAYA SEGALANYA PERLU BERMULA DARI RUMAH ANAK YG TERDIDIK DENGAN BAIK DAN PENUH KASIH SAYANG TIDAK AKAN BERTINDAK BEGINI...FIKIR-FIKIRKANLAH.......

SEBAGAI WARGA PENDIDIK SAYA BERASA SANGAT SEDIHH DGN VIDEO INI

Rabu, Julai 21

Jagalah Hati



Jagalah hati jangan kau kotori


Jagalah hati lentera hidup ini

Jagalah hati jangan kau nodai

Jagalah hati cahaya illahi



Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih

Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih

Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk

Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk



Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti

Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati

Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh

Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh



Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang

Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit

Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit

Jagalah Hati

Jumaat, Julai 16

Kau datang Ketika Duka...


Tahajud Cinta...
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka


dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga


ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Sabtu, Julai 10

Catatan tentang Sotonggg!!!!!


Dalam melayan hujung-hujung World Cup ni... 
CM suka pulak dengar kisah si Paul The Octopus ni atau orang panggil dia Sotong Bomoh,
semua pasukan  yg  kononnya dia ramalkan kalah dah pun bungkus balik kg.
manusia yg obses dengan bola terus menerus mencari si Paul ni,
ada yg menggelarkan Paul ni The New Bookie,,macam-macamkan manusia ni???


Untuk final ni kononnya si Paul pick team Spain,,,
adoyaii dia tak pilih Holand,,
tak kurang juga ada yang naik hangiiinnn dengan sotong sekor ni..
berbagai ancaman yg sotong tak bersalah ni terima,
sampaikan kerajaan Sepanyol berjanji melindungi si Paul ni..
.sian sotong ni,,tu arr tak pasal-pasal masuk campur dalam urusan hidup manusia..

Antara orang yang `hangin` adalah cik abang CM
semua pasukan pilihannya bukan pasukan pilihan sotong hihihihi
katanya kalau Holand kalah malam esok,,
seminggu menu rumah kami adalah sotong,,
Dia akan pi pasar dan penuhkan peti ais dengan sotong,
hahahaha terkekek2 saya gelak
..melihatkan mukanya yang begitu serius memberi ancaman pada sotong tu...


sotong-sotonglahhh,,,
so sebagai tukang masak saya kena bersedia dgn menu dan resepi sotong...
sebab saya rasa sotong akan betull,,,Spain akan menang..lalalala

jomm layan sotong...semua gambar dicopy dr mr google...
                                                - Sambal sotong,,buat pedas-pedas,,hmm yummy  i likeee,,,

sotong goreng tomyam
             sotong goreng tepung

kerabu sotong..

ni resepi apa entahhhh,,,sotong masak kicap agaknya..


ok bang cukup 5 menu....
geram-geram jugakk...adik disini mengingatkan
sotong tu sejenis makanan high colestrol
makan selalu tak baik...nanti ditakuti miss gout datang bermanja..
saya jugakkkkk yg susah...

betulkannnnnn!!!!!

Rabu, Jun 30

Kenyataan ini sangat memeritkan,,namun saya redha,,,,,

Jam dah pun menunjukkan pukul 2.13 pagi..
Berat dah mata dan kepala saya ni,,
tapi hati dan perasaan tak benarkan saya tidur,,
keinginan mengatasi keletihan..
esok saya perlu ke sekolah,,
tapi apapun saya mesti selesaikan perkara ni
keputusan dan perhitungan perlu dibuat..saya takkan lena andai persoalan ini tidak terjawab.
saya rela menunggu ,,biar pun dah berkaca-kaca mata ini..
saya tahu saya menyeksa diri,,,tapiii kenyataan ini perlu saya hadapi..



Bak kata pepatah,,
,Alang-alang saya dah menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan..
saya yang mulakan,,,saya juga perlu akhirkan,,
jika tidak saya hanya membuang masa,,
saya tahu,saya boleh dapat jawapannya dr pihak lain
tapi hati saya tak merelakan,,,saya nakkan pihak tersebut mengakui dihadapan saya
tanpa perlu ada campur tangan pihak lain,
,lebih telus,lebih menyenangkan hati,
,jika tidak saya akan tertanya-tanya mana duduk sebenarnya perkara ini,,


Sesungguhnya penantian satu penyeksaan...
saya rasa sungguh terseksa.
.lemah longlai dah tubuh ni menahan ketidakpuasan hati ni
bercampur dengan keletihan yg ada....
mengapa harapan dan impian yg saya galaskan dibahunya,,belum lagi dapat ia sempurnakan.
kecewa,hampa,terkilan,geram,mungkin marah bercampur baur menyelimuti perasaan saya.
Tak pernah saya begini,,,saya tak peduli pada orang lain,,tapi jika dia!!!!
saya relakan diri saya berkorban untuknya,,,dia pilihan saya maka saya perlu bersamanya,
,melalui dan mengharungi jatuh bangun dia dalam perjuangannya,,
itu mungkin maknanya cinta..


tapi akhirnyaaaa saya jatuh terkulaiiii.
..saya dihampakan oleh kenyataan sebenarrr...
kenyataan yg perlu saya hadap..
.dia mengecewakan saya,,
tapi bukan salah dia,ini adalah ketentuanNYa..
Bahagia itu bukan miliknya,,
,dia kalah bermaruah,,
perhitungan yg dia hadapi dia selesaikan hingga titisan darah terakhir,,,
saya tutup episod ini,
saya tinggal dia untuk dia meratapi dan menangisi kenyataan pahit ini..
sesungguh saya sudah tidak berdaya...............
.SAYA PERLU TIDORRRRRRRRRRRRRRRR...dah pun pukul 3.10 pagi,,






                 SAYONARA NIPPON.....GOOD BYE JAPAN...SAMPAI  SINI SAJA CINTA KITA.....


.....................JEPUN KALAH DGN PARAGUAY
 DENGAN TENDANGAN PENALTI 5-4.........DALAM WORLD CUP 2010


..........................................aku sungguh kuciwa..........
        .tapi saya bukan kaki bolaaaaaaaaaaaaaa.....saya cuma cikgu sekolah...
...................................................................hihihhihih.....................................
                                .bye semua..




Sabtu, Jun 26

Bila si MAS meragam..


Sejak Mei ni si MAS ni meragam dan asyik nak bermanja jer,,saya pun tak faham kenapa??
bermula pada satu hari hubby bawak si MAS ni pi pasar ,tetiba depan pasar
dia tak boleh hidupkan enjin..
hubby call saya,,
"yangg!! nape kereta awak ni???
"aiiik mana kita tahu',,,kata saya pada hubby
,,hihihi dalam hati kata ,,sapa bawak dia bertanggungjawab yer!!
aduhaii selamat CM ,,bila org yg bawak sedia  bertanggungjawab,
bateri kereta digantinya,,horeyyy!!
,padahal jarang benar dia guna kereta saya,,tapi dah nasib dia,,
katanya kereta dia lagi ummmpph,,,yo lahh!!!


Tak sampai seminggu pas tu kt kampung,bawak mak jenjalan,,dalam hujan sederhana lebat
tetiba my girl bukak tingkap belakang...laaa nk tutup semula auto window tu `jem`..
aduhaii hujan bertambah lebat ni...terpaksa cari bengkel,jumpa satu bengkel cina di semabok melaka,,

"blah,!!blah,blah",,mamat mekanik kata besi dalam tingkap tu kena tukar..
hmmm ni cm malas bawak kereta pi bengkel,bila dia tengok kita pompuan,benda tak patut tukar pun kena tukar,,,yo lah buatlah asalkan tingkap tu kembali elok kalau tidak nanti air hujan masuk dalam kereta,,
kemain mahal lagi dia charge tau,,dekat rm 200 ,,entah ya entah tidak untuk kerja yg tak sampai 15 minit tu...


Esok tu abah cm bawak si MAS pi kenduri kawin,,,
entah camner abah tak perasan masa nk reversee
si MAS tu pun gataiii nk mencium kereta lain...
BOOOM!! 
si MAS mengkisss satu kereta Datsun lama yg begitu kukuh body yer,,,tercalarrrrrrrrrr tubuh mulus si MAS,
",hmm tak per arr abah,nanti kiter bawak pi polishh,sikit jer tu,,,kata CM
 bila abah mintak maaf,tak per jgn risau bah ..abah kiter sendirikan!! sedia dimaafkan...
tapi kalau abah anak-anakku ni wajib dah tu kena powww,,hihihihi

Pas tu 2 hari lepas,,mcm biasa CM bawak si MAS pi sekolah dalam hujan lebat,,
sekarang ni kt tempat  CM kerap hujan pagi,CM guna lampu masa driving..
entah macam mana datang lalainya,,rupanya CM terlupa tutup lampu pas parking kereta kt garaj di belakang sekolah takde siapa yg perasan pun..
hmmm kul 3.00 ptg cm nk balik dr sekolah sedar2 kereta dah tak boleh hidupp...
bateri ku konggg,,hmm apa lagi call my hubby dia sedang busy masa tu,,
hmmm nk wat camner ni??camner nk balik,,??
syukur sekolah cm sekolah aliran teknikal ramai guru lelaki yg agak arif bab-bab gini..
sorang kawan cm sulaimi pun tolong cm,,katanyer kn buat jumperrr,,yo lahh buatlah apapun..
asalkan CM leh balik rumah,,terimakasih pada kawan CM tu..nanti CM melanja makan ek..

ok tu tak campur lg,yg calar sini,calar sana,cam tu arr cm bawak kereta tau..
selalu kena sound dgn hubby ,,kata saya tak pandai jaga kereta,,hmmm nk wat camner saya tahu bawak jer..
tekan minyal,tekan brek,,cukup masa hantar servis,,kotor saya hantar car wash..
nak tahu,,bonet di bahagian hadapan enjin pun tak reti nk bukak,,,paling tension kalau tayar lembik tak cukup angin,,berpuluh kali saya belajar nk pam angin smpai sekarang tak confident nk buat..kalau tk hubby buat saya pi pam angin di kedai tayar satu tayar rm 1,,padahal kt petrol pam free jer,,

OK lah ada rezeki nanti nak bawak si MAS ni pi SPA,,nk polishh n make up dia lawa-lawa,,
dia meragammm ni sbb kurang perhatian..
CM kena sayang dia sebab ni jer lah sesatu yer kereta CM.
Ada seorang sahabat baik CM tu
kalau CM mengadu dgn dia pasal kereta ,,
dia akan kata,,

SYUKUR ARR CIKGU...ADA ORANG TU NAIK KERETA LEMBU JER...sambil dia menujukan lagu kereta lembu nyanyian Helen pada saya,,,hmmmmm menciii....







datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....