yg sudi bersama cm....

Selasa, November 29

Bersama Ustaz Pahrol

(gambar dari jauh jer lah)......

26-27hb Nov kami semua diarahkan menghabiskan satu lg sesi perkembangan staff.
Cuak bin bengkak jugaklah hati ni..bila cuti dingangu malah hujung minggu pulak tu.
Bukan sengaja culas dangan arahan,,
tapi cuti-cuti sekolah cam ni pengasuh anak-anak pun nk bercuti jugak...
maka...anak2 yg bakal ditinggalkan ni sapa nk jaga?
Syukurlah sang ayah sedia untuk melupakan seketika sibuk binti bizinya untuk menjaga anak..
Lega lah hati sang emak ini
,,dapat jugak mak berehat,ada rezeki boleh beremdam di pool.tak pun malam2 sempat jugak memanggil hujan dek aktiviti berkaroake,,,ahikks,,

Sampai sahaja di Club ini,,aktiviti pertama.
.Ceramah bertajuk P&P berkesan....
hadoooiii buhsanya,,,saban tahun ini jer lah topiknya,,
sejak buat Diploma Pendidikan sampailah berpuluh tahun mengajar..
makanan rujinya dah tentu teknik P&P..
buhsannn mak oooi...tapi apapun ilmu dengar hari2 tanpa praktik tak guna jugak...

Esoknya kami berkenalan dengan seorang penceramah hebat.
sering jugak dengar ceramahnya di Radio IKIM dan tulisan bernasnya di Majalah Solusi,Anis dan lain-lain.
Ustaz Pahrol Muhamad Juoi...
ceramahnya motivasinya buat kami tak sedar masa berjalan begitu pantas
dengan tajuk motivasi dalam mendidik.
.kami terasa begitu terbuai dengan kata2 indah,penuh semangat,berhikmah,bernas dan padat.
cuak dan bengkak hati diawal datangnya saya di kursus ini bagai terubat
 lewat mendengar ceramah dan kuliah ustaz ini..

izinkan saya berkongsi bait2 kata yang dilontarkan oleh penceramah ini
 buat saya tersedar dan berfikir panjang tentang kebenaran dan ketepatannya...

  • "KALAU TAK MENDENGAR BISIKAN....BERSEDIA MENDENGAR JERITAN"


  • "MANA DATANGNYA SABAR????
  • SABAR DATANG DARI KASIH SAYANG.......


  • KENAPA ANAK MENDERHAKA???.
  • ..KERANA IBU BAPA YG MENDERHAKAI MEREKA TERLEBIH DAHULU...


  • ANTARA ORANG YANG BERKASIH SAYANG SIAPA ANTARA MEREKA YANG LEBIH MENYAYANGI PASANGANYA???


  JAWAPANNYA:
 ANTARA KEDUA ITU YANG PALING SAYANG DENGAN ALLAH..MAKA DIALAH YANG PALING SAYANG DENGAN PASANGANNYA...


itu lah antara yang dapat dikongsi,,
,saya berharap akan dapat lagi mendengar ceramah beliau di hari depan.
semoga beliau maju jaya dengan ilmu yang dimanfaatkan bersama.
sayang saya tak sempat bergambar denganya,,
tetiba rasa malu dan segan untuk mendekati,apatah lagi bergambar...

Selasa, November 22

Hampa....

Istana Musim Panas- Beijing City Mac 2011.

Kalaulah hampa..
mencecah pintu sentosa...
tenang-tenangkanlah gementar hatimu..
Diri ini bagai  musafir
Yang Sedang Ghairah Mengucup takdir.........


(Petikan kata yang ku temui tercatat di muka depan nota kuliahku 
pada Ogos 1996)
- agaknya sedang berangan kot masa ni....

Sabtu, November 12

Mee kari tersedappp di dunia,,,amboooii melebih-lebih lak(tak caya sudah!!!)

Warongnya yg klasik...saya beli biasanya bungkus jerr...
pakcik tu nama Tok Achim dan Tok limat...Tok limat tu atok pada kakak ipar CM
sajerrrr nk interframe org kg,,,

Rasa nk terbang ke kg bila pandang mee ni mase lapauuuuu,,

Sedapppppp gilerrrrr kauuuuu....


Di tengah-tengah kg CM di Jalan Berangan 6 Umbai Melaka
 ada sebuah warung yg CM rasa dibina sejak CM lum lahir...
pemilik warong tu kami panggil Pak itam Samah..
di situ ada satu satu menu yg sangat `heaven` yg org kg kami panggil mee rebus,tapi org kg lain 
panggil mee kari,,
Gerai ni bersebelahan dengan sekolah agama tempat kami belajar fardu ain dulu.
Masa CM sekolah kira-kira 26 tahun dulu harga mee rebus ni cuma 30sen,
sekarang semangkuk dah rm 3.50.
Warongnya sentiasa penuh dan tempat melepak pakcik2 sambil minum kopi termasuk abah CM.
orang pompuan takde lerr kat situu,,,nk makan bungkus ajer,
,,kalau melepak jugak kt situ alamat tak dipinang orang arr,
,kt kedai kopi di kg mana ada org pompuan,,kedai mamak ada lerr...

Kami budak2 kg yg merantau,,,bila terkenangkan mee rebus ni rasa menitik-nitik air liur,,,
rasa mee rebus ni mengembalikan nostalgia silam zaman kanak2 dan kerinduan pada kg halaman.
pergilah cari mee rebus serupa ini atau sama rasanya seluruh malaysia rasanya
 takkan sama dgn air tangan Pak itam Samah,
sebab mee ini lah CM menjadi peminat mee kari tegar,,,
CM sangat suka makan me kari sejak kecil sampai sekarang.
Adik CM kata mee kari ini adalah yg paling sedap di dunia..amboooiiii...


Kini Pak Itam Samah dah makin berusia,tapi masih gagah dan bertahan dgn menunya yang luar biasa rasanya.
Kami tak pernah jemu,dan sangat merindui air tanganya 
walau kami budak2 kg ni pergi merantau ke mana pun.
Doa CM Pak Itam terus sihat .
http://www.facebook.com/hjabusamah...












Sabtu, November 5

Dear Allah,,Please call me...

Untuk ke sekian kalinya Zulhijah datang lagi....berbahagialah wahai tetamu Allah.




                                  Bumi bertuah yang sentiasa dirindui...
                                              Kedamaian Nabawi meruntun hati untuk kembali ke sini lagi
Berbahagia di syurga wahai ternakan korban



Salam Aidiladha untuk semua
Zulhijjah mengamit kenangan terindah yang tak bisa padam dalam ingatan
mengimbas kelana ibadah saat berada di bumi Anbia
Terlalu rindu pada tanah bertuah itu
mruntun hati untuk kembali menghirup udara suci di sana

Ya Allah,,jemputlah aku,suami dan anak-anak saat tenaga masih bersisa amiiinn...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....