Sambung sikit yer.....Pagi tu sebelum kami dibawa ke Tapak Ephesus City kami dibawa cuci-cuci mata ke Butik pakaian kulit dan barangan kulit yang terletak tidak jauh dari hotel kami.Sesampainya kami ,kami diraikan dan dibawa ke bilik pertunjukan fesyen dan dijamu dengan teh epal yang nyaman. Butik tu namanya Emelda. Dapatlah kami tengok model-model Turki beraksi,,hihihi
Bergambar di Lobi Butik Emelda
hand bag yang dipamerkan dlm cermin kaca di luar butik,urus niaga dan tag harga dalam USD
Yang mampu dan bawak duit banyak...bisa sahaja shopping-shopping..harganya bermula dengan USD500,,,huhuhuhu....
Cantikkan kulit ular dengan bulu bulu gituu
hakak berkenan sangat yang ni tapi harganya mencecah 6k
Hmm..akak cuma mampu cuci-cuci mata jer,,,,tapi kerana tak mau menyesal akak beli jugak jaket kulit di Turki tapi cm beli di kedai-kedai biasa di Bursa dengan harga 290TL..convert darab 2 jer dgn RM...cantik jugak,,lebih murah daripada harga di butik..jadiklah kan..nak beli pun cuaca di Malaysia bukan sesuai sangat nk pakai selalu..