yg sudi bersama cm....

Rabu, Ogos 19

Kesian yer..my girl..

Semalam balik dari sekolah,ambik anak di Taska,my girl nampak pucat,dia batuk tak berhenti,selselma bagai...dia sangat tak ceria,merenggek memberitahu dadanya sakit,Aku tahu dah ni "asmara dana" datang bermanja lah ni.....dina muntah...aku segera bawak pi klinik berdekatan rumah.....sekarang musim macam ni...aku perlu pantas bawak dina ke klinik...


Masa dapat rawatan di Klinik Zetty ,dekat dengan rumah,keadaan dina sangat teruk,dah diberi gas pun dina masih lagi tak lega,dadanya masih sempit dan ketat.Doktor menulis surat dan dina perlu dibawa ke hospital segera untuk rawatan segera...aku jadi panik.Tenangkan diri call my hubby dan ....hubby kata "Mama pi bawak anak dulu...nanti abah menyusul...ok lah!!!...no problem....dina terus ku bawa ke Hospital.... mungkin perlu ditahan wad.....aku mula resah....


Irdina sedikit ceria dihospital......
Hai ....semua !!!! dina ni sa kit tapi suka pi Hospital Putrajaya,cantik sejuk dan besar.....Nurse cantik-cantik,doktor baik-baik....dina tak takut langsung kena cucuk,dina suka bau hospital...itulah kepelikan anakku sorang ni...dia sangat suka pi hospital...bila dengar perkataan hospital dia boleh senyum lebar...katanya kat hospital ramai kawan....





Mana yer doktor ni....lamanya dina tunggu...bosan arrr....dina mula aksi noti... alah biasalah hospital gomen..tunggu menunggu nikan amalan mulia...


Macam biasalah..i love u...muaaah,muaah..big kiss from dina...untuk semua



Dina tak laratlah mama....tapi boleh lagi senyum manja tu,buat penghibur hati mama....




Dina dah dapat rawatan...macam ni lah dina,pantang jerebu,salah makan junk food,batuk dan selesema mudah betul dia dapat attack "asma ra dana " tu.....bersabar jelah.... Alhamdulillah dina tak perlu di tahan wad....aku lega....malam nanti bolehlah kita pi rumah aunty hanis makan2 for dinner.....


P/s : Geng tahu tak or ada petua tak?????beri pada budak asma ni......kesian dinaku!!!!






25 ulasan:

Atikah berkata...

Salam kak mas...

Alahai cianya kat dina... moga cepat sembuhya... Kak mas, cuba bagi dia minum Intra, anak saudara saya, alhamdulillah, sejak minum intra, asmanya jarang menyerang...

S berkata...

salam,

sian dina, tapi walau penat masih boleh senyum lagi. kuat betul semangat dia.

comel macam sapa ni ??

minum air ECPI boleh juga.

||alis|| berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
||alis|| berkata...

salam;
nasib baik dina x kena tahan wad :)

asma nih sangat sensitif sebenarnya.

mungkin bleh ikut cadangan atikah, minum Intra, manis2 masam, ada sedikit terasa pahitnya, tapi sedap ;)

khairyn berkata...

Salam Cikgu Mas

Semoga Dina segera sembuh.

Masya Allah, kebetulannya! Nama heroin untuk manuskrip akan datang saya pun DINA hahahaha ish ish ish :)

apiz hensem berkata...

camner yer nak tolong dina, cheq ni bukannyer tau petua2 ni, pasai cheq ni pemuda

Tanpa Nama berkata...

salam kanda,

comel nye diaa....tetap tersenyummmm.....Alhamdulillah Dina dah sihat...& kerana dina nah sihat laaa malam td mama bawa dina & abg marwan mai umah aunty hanis...terima kasih sayang, kerana sudi mai umah aunty hanis...kesian dia mengajuk tanak makan sbb tak leh p mandi kolam....lain kali dina mai siang2 naaa...baru boleh p mandi...& dina kene jaga kesihatan, jgn makan "cekedis" bebanyak k....dina sihat baru mama boleh bawa & bg dina mandi kolam....muuuahhhh cium sikit pipi comel tuuu....

Tanpa Nama berkata...

rindunyeee kat kak noor....sunyi laaa kak noor takda seminggu nie.....huhuuhuh...kak noor kami merindui mu.....

MrsNor berkata...

salam mas

moga dina cepat sembuh

Kak mala berkata...

Salam CM and Dina,

Anak akak pun kena asma gak. Tapi lepas masuk wad dulu, keadaan dah banyak berubah.

CM kena pastikan kalau Dina mula tunjk tanda2 selsema atau batuk sikit terus makan ubat coz nnt melarat jadi asma. Selalunya kalau anak akak mula batuk, dia dah tau kena minum jus lemon + madu. Alhamdulillah batuknya tak melarat. Berikutan H1N1 akak sekuarga dah mula amalkan minum jus Tok Guru.

CM berkata...

salam Atika

Intra tu apa yer???tak pernah dengar pulak k.mas...tq atas cadangan.

CM berkata...

Salam k.as

Senyum walaupun apa pun terjadi tu ikut mamanya...sah tu cam mamanya,kuat semangat tu,cheq tak tau sebab cik lie suka kata CM ni speacis gelabah gaban. pandailah dia tu!!!

Comel cam mama lah,he,he

ECPI ye kak..yg ni selalu jumpa,insyaallah saya cari..

CM berkata...

Salam Aliss

Intra tu apa sayangku Aliss,kat melaka tu kat solok mana nk g cari???kt Melaka central ada tak??

CM berkata...

Salam Khairyn

tqvm atas doa..

wow ye ker..heroinnya dina..so nice that name...teruskan menulis my fren..tak lama lagi i want to be peminat no 1 u,cam i minat penulis Indon Habibulrahman.tu..cayook lah fren..

CM berkata...

Salam Apizz

Yup...apizz ko lah ...
PEMUDA HARAPAN BANGSA...
MANA PEMUDI TIANG NEGARA KO???

CM berkata...

Salam Hanis

Muaaaah,muaah untuk dina jer ker..??

Muaaaah,muaah untuk mama tak de ker,mama memiliki pipi yg comel jugak..

pssst: sampai la masih teringat ciumanmu..ha,ha,ha..

CM berkata...

Y e lah Hanis!!!CM dah seminggu tak makan terlalu ghindu pada Noor yg meeting import n eksport gotah tu....hari jumaat dia ada kot???

CM berkata...

Salam mrs Nor

TQVM atas doamu...moga Allah merahmati dirimu sekeluarga.

CM berkata...

Salam kak mala

2 bulan lepas dina masuk wad,sejak cuaca berjerebu ni,keadaan dia sedikit teruk.

saya nk cubalah Jus Tok Guru tu..timakasih atas saranan..

Asnija berkata...

CM,
Anak saya no. 2, asma juga. Kena usahakan untuk semboh sebelum dia akilbaligh, itu pesan doktor dia sangat-sangat, kalau tak sampai besar nanti seumur hidup asma nye tak hilang. Antara yang doktor pesan, musim sejuk/hujan/pagi jangan minum air yogurt/lassi/jenis-jenis vitagen. Jus Tuk Guru tu macam multi vitamin gak, alhamdulillah nampaknya ok...hati unta...tips tu betul...selalunya kawan asma ni, kulit agak sensitif...so, losyen nivea serasi buat anak saya...kalau kebiasaan dia mandi pagi bersin lebih 10 kali, basahkan badan dari kaki dulu...kalau ada shower air panas pun bagus...anak saya dulu, ada kalanya sampai kena sewa mesin tu...

CM berkata...

Salam Asnija

TQVM for ur info,sgt berguna untuk saya,ye lah sebelum dia akil baligh nak usaha kan dia sembuh.kadang2 tgh malam kn angkat pi hospital.Alhamdulillah,kulit dia tak de masalah pulak...

harap dapatlah saya bersabar ...bila tgk ada kanak2 lain lebih teruk keadaannya..cam sis As kata sampai kn sewa mesin tu..

Azemi Ali berkata...

Salam CM,

Anak kedua saya Iman pun mengidap Asma. Alhamdulillah, keadaaan beliau semakin baik sekarang ni sejak ada TOM. Pelik tapi benar, hampir semua orang yang sama temui termasuk doktor kata kucing akan sebabkan asma jadi lebih teruk tapi sebaliknya berlaku pada Iman. Setiap hari dia memeluk dan dukung TOM, KIKI dan BAK 1 dan BAK 2. Ada lebih 4 ekor kucing ada di rumah saya sekarang. Dua ekor bebas berkeliaran di dalam rumah.

Ingat tak mengenai sakit Leeukimia, kalau ikut doktor kena makan organ dalaman seperti hati (ayam, lembu dll) kerana kononnya nak tambah darah. Dalam Islam makan hati adalah makruh. Akhirnya dibuktikan pesakit leukimia lebih teruk jika makan hati. Yang menggalakkan makan hati ialah Yahudi.

Berbalik kepada kucing. Kucing ialah haiwan kesayangan Nabi. Ada riwayat yang mengisahkan bagaimana kasihnya nabi kepada kucing spt kisah nabi memotong serbannya kerana tidak mahu menganggu kucing yang sedang tidur. Di kalangan sahabat pula ada Abu Hurairah iaitu bapa kucing. Saya yakin dengan sunnah Nabi. Apa yang Nabi buat adalah yang terbaik untuk kita ikuti. Saya yakin kucing mempunyai keistimewaan tertentu yang boleh menyembuhkan asma dan bukannya sebaliknya. Mungkin teori kucing sebabkan asma ialah salah satu lagi dakyah Yahudi.

Namun begitu janganlah percaya saya jika CM tak yakin. Saya sedang buat sedikit kajian mengenai kehebatan kucing. Jika surf di Internet hampir semua artikel yang ditulis mengaitkan kucing sebagai pesalah.

Saya yakin dengan sunnah Nabi.

semoga Dina cepat sembuh.

Wassalam.

aznaz berkata...

salam ckgu...

Hmm hospital serdang tuh..takyah cakap ..say tunggu hampir 5 jam masa sakit airtuh jatuh di tangga...baru dapat rawatan..tobat takmau pegi situ lagi..

laa dina sakit ashma ker..cikgu perlu lah buat sesuatu , berubat ker...supya tidak melarat ke dewasa nanti...


syukran

waslam

CM berkata...

salam cik mie

tqvm kerana sudi berkongsi info,dina ni kucing dia no problem,tapi bila batuk n selsema dia sangat sensitif..tapi saya ada sorang kawan di sekolah lama dulu, dia boleh kn attack asma on the spot walaupun ternampak kucing 10 meter dari saya,langsung tak boleh pi umah org yang ada kucing..pelik jugak..mohon dina sembuh sebelum aqil baligh..

CM berkata...

salam cik lie

yup cik lie my girl tu ada asma...mama dia pulak asmara dana..he,he,he..insyallah saya sedang usahakan ni,tqvm atas keperihatinan...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....