yg sudi bersama cm....

Sabtu, Ogos 22

Aku,Impian dan Ramadhan

Terima kasih Tuhan...Aku Pernah Menjadi Tetamu......
Rezeki dariMu.....aku titipkan untuk anak-anak buat masa depan mereka..........


Aku sangat mencintai kerjaya ini.....Aku seorang Guru.......

Di sinilah....impian-impianku terlaksana...



Cinta hatiku.........wahai anak-anakku.....


"Aku menulis untuk diriku'....
ungkapan ini amat aku kagumi.Ungkapan yang aku temui dari seorang pemuda yang tersendiri yang kukenali dari dunia maya ini.Dari ungkapan inilah...aku menulis sesuatu tentang Aku,Impian dan Ramadhan.....
bukan berniat membangga diri,mencanang segala nikmat yang Allah beri tapi sekadar memuhasabah diri adakah aku tergolong dalam kelompok yang bersyukur???


Seorang Aku....


Aku halusi perjalanan hidup ,
dari kecil walaupun bukan datang dari keluarga berada,tanggungjawab kedua ibu bapa membolehkan aku membesar dengan sempurna.Disayangi dan diberi pendidikan yang sewajarnya diterima oleh kanak-kanak seusiaku.Melihat kemelaratan kanak-kanak dinegara miskin,membuatkan aku rasa tersangat bersyukur aku tak pernah berlapar,aku tidak melarat,aku membesar dengan penuh kasih sayang .Pendidikan tak pernah ibubapa ku abaikan.



Ketika Remaja..


Aku seorang yang bercita-cita tinggi,
abahku selalu menegaskan segala keinginan akan dapat dicapai dengan kemahuan yg kuat.Bukan terlalu cemerlang tetapi daripada sudut pencapaian akademik,aku masih lagi boleh dibanggakan.Aku ingin bersekolah di sekolah Asrama Penuh,aku dapat akhirnya.Aku ingin cemerlang dalam SPM,dengan grade satu bawah 15 agregat,aku capai akhirnya,Aku ingin ke luar negeri,paling tidak ke Universiti terbaik Malaysia UM pada masa tu,aku dapat juga ke sana...
.aku lalui kejayaan demi kejayaan tanpa kenal erti gagal,
aku tak pernah rasa gagal.
.walaupun satu paper pun ketika belajar,
Perjalanan hidupku lurus....


Ketika ini juga aku mula merancang perjalanan hidup sebagai seorang wanita,
aku ingin mempunyai seseorang untuk disayangi ketika berusia sekitar 23-25 tahun,
Yup dalam usia 23 tahun aku menemui seseorang,he is my first love....aku tetapkan ciri yg ada...berkulit cerah,mempunyai senyuman yg manis,bijak,,,dan bla-blah..sekali lagi Allah menunaikan segala ketetapan tu,walaupun ada beberapa ciri yg sangat lari dari kriteria yg aku ingin,namun dialah yang Allah pilihkan untukku....
"Dia tetap lelaki yang baik"....


Diusia 24 tahun
aku menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah,
aku tak kenal erti menggangur dan bertungkus lumus mencari pekerjaan.
Tahun akhir lagi aku dah berjaya menyambung pelajaran untuk melayakkan aku menjadi seorang guru,
Tamat sahaja final exam,aku dah dapat tawaran penempatan di Pahang...
segalanya berjalan dengan mudah..Allah maha penyayang..aku capai segalanya tanpa perlu bersusah payah...
Sebelum berusia 25 tahun aku ingin berkereta sendiri,
aku penuhi keinginanku itu....
di satu hari di bulan ramadhan....
Diusia 25 tahun,
aku rasa sudah masanya aku bergelar seorang isteri.
Cinta hatiku tak sabar untuk kami hidup bersama.
Alhamduliillah,ibubapa merestui hubungan kami,dan kami diijabkabul dalam satu majlis yg sempurna.
Impian seterusnya ku bisik pada suami,
aku ingin memiliki sepasang cahaya mata diusia sebelum 30 tahun.
Maha suci Allah,aku dikurniakan seorang putera yang gagah perkasa sebelum setahun usia perkahwinan kami,
dan setahun selepas itu lahir seorang puteri yg comel dan bijak....
Subhanaallah...segala impianku terlaksana dengan mudah,
aku sangat bertuah....
Sebagai seorang yang dah berkeluarga,
aku tetapkan sebelum aku berusia 33tahun aku perlu ada rumah sendiri yang aku beli dengan titik peluhku,sebagai jaminan masa depanku.
Tanggal 15 ramadhan,November 2006 aku membeli sebuah rumah,bukan mahligai indah tapi terlalu cukup rasanya untuk aku berlindung bersama keluarga tercinta.
.......kini.....
Aku memiliki kerjaya,keluarga.
dan aku terus melakar impian,
aku ingin sekali ke Tanah suci sebelum 10 tahun aku bekerja.
Allahuakhbar.
tanggal 24 Mei 2008,
Aku dijemput Allah ketika tu aku berusia 33 tahun,8 tahun aku bergelar guru..aku menunaikan Umrah,menyerah diri pada Allah......
Bagiku hidup ku sempurna.......
Kini aku meniti kedewasaan,
Andai dalam perjalanan ini
aku diduga dengan dugaan yang terlalu besar,
Ujian dari yang maha Esa,
Aku mesti menetapkan pada diri
""bahawa bukan semua impian,keinginan,kemahuan,kehendak kita tercapai dengan mudah"""
,aku perlu muhasabah diri,
pandang ke belakang,
saksikan catatan sejarah bahawa aku terlalu bertuah dalam meniti hidup sebelum ini.
Aku berpelajaran,berkarier,berkeluarga....
Kenapa aku perlu menangis,
bersedih dan kadangkala menyalahkan takdir andai keinginanku tidak tercapai
,impian hidupku dingangu gugat...
aku masih lagi insan bertuah,
jika aku banding dengan wanita lain yang lebih sukar perjalanan hidupnya...
Aku sebenarnya terlalu takut untuk gagal,
kerana aku tak pernah rasa erti gagal,...
."DARE TO FAIL'.
.tiada dalam kamus hidupku....
kini,
aku menyedari keberaniaan sangat penting dalam hidup,
Untuk berani kita perlu gagal....
seorang sahabat yang berhati mulia menyedarkan aku perkara ini....
dengan tulus ikhlas dia memberitahu sebenarnya
aku ni..."PENGECUT'.
..sahabatku itu sudah lali dengan dugaan hidup,
hidup lah yang mengajarnya menjadi manusia yang lebih baik
dan seterusnya lebih baik......
Dibening subuh ramadhan
ini aku menyedari..................
terlalu sedar wahai teman.....
Aku sebenarnya.........
SILAP DAN PENAKUT!!!!!!!!!!!











20 ulasan:

Aidil Fadzil berkata...

Salam Ramadhan...Kekadang perjalanan hidup kita begitu sempurna, sperti diatur-atur...Kekadang perjalananya begitu sukar seperti disekat-sekat.Bersuykurlah.

apiz hensem berkata...

macam tersentak dari lamunan membaca entry akak kali ni. kemudian saya melihat kepada diri saya sendiri.... perjalanan kita 100% berbeda...

Dr Chenta berkata...

alhamdulillah, terlalu banyak nikmat yg telah Allh swt kurniakan kpd kita dan janjiNYA barangsiapa yg bersyukur maka ditambah lagi.... dan orang2 yg beriman pasti akan diuji, sama ada dlm kemiskinan atau kekayaan, dlm kesusahan atau kesenangan dan dlm apa keadaan sekalipun......, mudah2an kita semua berjaya melepasi semua ujian itu, amin!!!

Tanpa Nama berkata...

itu lah dinamakan teman sejati...terima kasih teman...kerana mu telah berjaya menyedarkan aku erti kehidupan...

||alis|| berkata...

salam cikgu mas..

suka baca target ckgu :)

ada target, ada cita..

ada cita cita mesti ada usaha

:)

salam ramadhan cikgu mas..

saya pon banyak khilafnya dan penakut~

CM berkata...

Salam ramadhan juga untuk cikgu Aidil...

saya sangat setuju dengan penyataan cikgu,satu penyataan yg sangat tepat ttg hidup.Ketika ia begitu sempurna berjalan dgn teratur adakala kita sering terlupa "Langit tidak selalu Cerah".....

CM berkata...

Sayang adikku apizz...

Sungguh perjalanan kita lalui berbeza,tapi mungkin papan tandanya tetap sama,destinasi kita sama,mungkin k.mas naik flight,kamu naik kuda,tapi kita menuju pada satu matlamat yg sama...iaitu bahagia di dunia dan akhirat..

sabarlah adikku...mungkin pernah n selalu dgr pepatah...bersusah dahulu bersenang-senang kemudian,,,tak selamanya mendung berarak...

CM berkata...

Yup doktorku...kunujnganmu amat aku hargai....

terimakasih atas komen yg sangat bermakna,ujian ni adalah sekolah terbaik yg mengajar tentang hidup.Siapa yg paling banyak diuji,itulah hamba pilihan Allah,saya sering menginsafi sejarah Nabi,bertambah kuat mereka diuji,bertambah tebal iman mereka...

CM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
CM berkata...

Hanis

Aku sangat menyanjungi ikatan persahabatan,bagiku sahabat itu kekuatan.Alhamdulillah,tuhan menemukan aku seorang sahabat yg tulus hatinya,yg ikhlas jiwanya,yg sedia mengkritik yg sedia menempelak andainya aku silap.....dalam menempelak dia membimbing....bukan seorang kawan yg melekakan aku dgn pujian yg tak berasas..yg akhirnya aku terus hanyut dalam hidup yg penuh ketakutan....dan kepura-puraan..

CM berkata...

salam Alis..

sekadar sasaran meniti hidup,mengena atau tersasar semua dalam ketentuan tuhan...kita hanya merancang sayang!!!

ketakutan hanya dapat ditembusi bila kita percaya pada diri...itu kata sahabatku...aku sedang mencari jawapan dari katanya..

rezeki berkata...

Salam CM
sebenarnya perjalanan hidup kita telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi sebelum kita dilahirkan. Namun kita harus dan mesti berusaha sebaik mungkin dlm menentukan perjalanan hidup kita samada berjaya atau kecundang. Setelah berusaha barulah kita bertawakal kpd ALLAH dan bermuhasabah diri akan setiap apa yg berlaku kpd kita.

"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Al-Thalaq: 3)

Sebenarnya saya telah merasainya jatuh bangun dalam kehidupan , namun ALLAH memberikan kekuatan dan rezeki dan nikmat yg melimpah ruah yg saya langsung tidak menjangkakan dalam kehidupan kami . Kami sgt bersyukur dgn pemberianNYA itu dan sebagai balasan mengabdikan diri kepadaNYA dengan sebaik mungkin.Namun kalau kehidupan kita sebaliknya, adakah kita tidak perlu mengabdikan diri kepadaNYA. Tentu jawapannya tidak . Janganlah sesiapa antara kita berputus asa dan bersangka buruk kepada ALLAH kerana ALLAH maha mendengar dan mengasihani.

Sekadar pengkongsian.
Alhamdulillah

CM berkata...

salam rezeki

tqvm kerana sudi berkongsi..yup semua ketentuan Allah,usaha sabar dan tawakal adalah kunci ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup....

Bangun selepas jatuh...kita jadi lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...Semoga apa yg telah rezeki lalui menjadi kekuatan dan azimat rezeki meneruskan kehidupan dengan lebih kuat...

Asnija berkata...

salam mas, bila sudah merasa perit, baru terasa nikmatnya senang..

S berkata...

salam,

nikmat Tuhan yang tak mampu kita dustakan.

smoga hidup mu bahagia sampai kepenghujung usia.

aznaz berkata...

salam cikgu Mas....

Jangan takut pada KEGAGALAN kerna kegagalan lah yang akan memantap kan fikiran serta memajukan diri kita semula yakni mengajr diri ini supaya senantisa berusah dan beriktiar bagaimanan untuk mengatasi nyer semula (bangkit dari lena) percaya lah...KEGAGALAN akan membuat cikgu bertambah
1.Bersemangat
2.Keyakinan Diri
3.Positif
4.Berusaha untuk maju
5.Di hormati....


Harap maklum....


syukran
waslam

CM berkata...

salam kak Asnija

betul tu...kepritan yg mengajar ttg kemanisan....

CM berkata...

salam

terima kasih atas doa kak..

CM berkata...

salam en lie

yup..i will try my best,tqvm...

Atikah berkata...

Salam kak mas...

membaca entry kak mas kali nie... berjaya meruntuhkan tembok airmata ku...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....