yg sudi bersama cm....

Jumaat, Jun 5

cikgu ...dan Syurga Cinta....



Baru ni dalam blog comment `adik merah` kata pi lah k.mas tengok cerita Syurga cinta..alamak jiwang yer bunyi...taklah berapa teruja nak pi tengok lain lah kalau cerita Cicak Man ker,Kungfu Panda ker,Madagascar ke.Terminator ker ada gak hati nak pi tengok..Balik kampung anak sedaraku pulak dok mengusha tengok cerita ni...ok lah kebetulan Atika anak sedara aku tak lama lagi akan meninggalkan kami semua utk sambung study ke US..so aku teringinlah nak belanja dia..so pi tengok wayanglah...
Ok jugak cerita ni,ada kelainan dari cerita melayu berjiwang karat yang lain,cerita ni lucu,ringgan dan yang istimewanya boleh di katakan hampir 90 % dialog heroin tu penuh dengan kata-kata bimbingan,tunjuk ajar,nasihat dari seorang yang bergelar muslimah pada seorang pemuda islam yang hanya islam pada nama,kalau fikir balik cerita ni lebih kurang macam sebuah filem Indonesia yang bertajuk "Kiamat sudah dekat"..kalau tak silap lah,aku tengok budak-budak kecil pun suka sebab ada watak Haziq Tom tom bak yang menceriakan suasana.Tapi lakunan Heliza AF,agak kaku,bolehlah untuk cubaan pertama dia..
so rasanya nak sharelah beberapa dialog yang ada dalam cerita ni...
Jodoh manusia datang dari 3 sebab
Jodoh dari syaitan ....iaitu apabila seorang pemuda dan gadis bercinta,berbuat maksiat dan seterusnya mengandung lantas berkahwin maka itu datangnya dari syaitan...
Jodoh dari Jin...seorang pemuda sangat menaruh hati pada seorang gadis tetapi tidak disukai oleh gadis tersebut,pemuda itu berjumpa bomoh,dan gadis itu jatuh cinta dan mereka berkahwin maka jodoh itu dari jin..
Jodoh dari Allah...seorang pemuda dan gadis bertemu,bertentang mata dan terusuk di kalbu,pemuda meminang dan mereka bernikah..itu lah jodoh dari Allah,perkahwinan yang bahagia dinamakan "Syurga Cinta"..............
Banyak jugak dialog lucu yang ada dalam cerita ni ..........macam "puasa khatan.'''.apa tu??? rupanyer.."puasa sunat"...dan ketulusan hati seorang gadis yang berimej muslimah dan berpendidikan agama yang baik boleh menerima seorang pemuda yang jahil ,liar dan sosial..percintaan mereka penuh dengan bimbingan dan tunjuk ajar.
P/s..Geng kalau sempat pi lah tengok..saya boleh beri 4* lah kat filem ni....

5 ulasan:

CM berkata...

saje jer ,nak check pintu ni boleh ker bukak..hah boleh rupa yer..

aznaz berkata...

waahh cikgu nih..promo betul filem syurga cinta tuh...masih jiwang lagi ker...heheheh

sya miss Terminator lah..tunggu balik dis dec baru leh tengok..

sukran
wasalam

CM berkata...

Salam cik lie

Jangan berhenti jadi jiwang,jiwa ada pada semua insan,tak de salah yer melayan perasaan,perasaan tu anugerah tuhan,untuk apa kita sekat,kita sebenar yer ego n prejudis..akhirnya kita jadi ``stone` boring n membosankan..

Yes Terminator..tapi bila Dec nanti,cik lie beli tiket kat budak CD ye..he,he,sebab mid June dia dah nak tayang dah.Hero Terminator tu cam cik lie tau..percaya lah he.he..m i noti????

aznaz berkata...

wahhh indah betul kata kata mu...hingga kan menbuat aku mula menjadi cair dibawa arus perasaan....tapi aku takut nanti akibat terlalu jiwang kelak akan membawa aku ke alam fantasi...

betul jugak tuh..dah dec kena lah beli dvd kan...aduhh miss jugak dgn Transformer...?????

sukran
wasalam

CM berkata...

salam

Ya Allah nak jadi apa lah!!! orang lain miss manusia betul2,,cik lie lak miss kan Transformer lah,Terminator lah,Robocop bagai..dah tu,,tu bukan fantasi nama yer,lagi dasyat dari cikgu fantasi..cik lie lak ku panggil ekskutif fantasi..he,he

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....