
Berlarilah dan terus tertawa,walau dunia tak seindah syurga.Berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya
yg sudi bersama cm....
Selasa, Jun 30
Ahad, Jun 28
Cikgu nak pi out station...

kenapa lak CM letak gambar meeting room ni??hah..lah cikgu nak kena pi mesyuarat kat Melaka lagi,Hujung bulan lepas dah pergi..ni kena pergi lagi,bukan sehari 2..tapi dekat seminggu....mengeluh pelajar form 5,bila dengar cikgu mas depa nk kena keluar lagi,,baru nk bermanja pas habis exam..nak buat camner cikgu kena berkhidmat untuk negara...pandai-pandailah belajar sendiri..latihan yang cikgu tinggalkan tu..sila buat..cikgu balik tak siap cikgu piat telinga.
Meeting apa cikgu????he,he,he malu lak cikgu nk beritahu "Mesyuarat Kawalan Mutu,Aliran Teras (subjek Sivik dan Kenegaraan)..he,he, sivik ker cikgu ni???Kementerian pun satu beribu2 cikgu yang sivik,CM yang sokmo mamun mamai ni dipilih jadi pengubal modul sivik,tak bimbang ker???..he,he..masa mengajar n bekerja CM selalu sivik skema..di alam maya n berblogger CM selalu lok lak jer...(bila sebut sivik n skema teringat sorang kawan yang jauh di Mekah)..he,he.hah tu conpom sivik..sukran n wassalam tak tinggal...
Boleh ker berblogger seminggu ber outstation???jangan risau WIFI free...kt hotel..lagi pun masa berbengkel..buat kerja depan lap top,bila otakku penat..cikgu pi cari ketenangan kat Makkah tengok kaabah,kat situ ada cik lie...pas pi Makkah jenguk kak pinat or alis kalau diaorang ada masak sedap-sedap...boleh gak jenguk tikah tengok gambar cantik-cantik..or en mie yang suka bertazkirah tu..bagi insaf sikit.....kalau rasa nk jadi muda remaja pi kt umah merah or sazlie yang suka buat cerita lawak...rasa nk bercinta pi umah Teja...rumah uncle seronok jugak..diaorang lah mengisi masa cikgu....masa terluang or masa sibuk ...kekadang uncle google ajak dating...kena layan jugak pakcik google ni nk tambah ilmu...kalau tak sia-sia bayar servis uncle google tiap2 bulan...
ok cikgu pi Melaka dulu tau....kalau cikgu sempat cikgu update..selalu yer sempat..tak berapa syok dok hotel ni,tidur tak berapa lena,tapi cikgu suka hepi2 dengan kawan2..nanti depa mesti sewa my pesona ajak pi makan2,ikan bakar kt Umbai or Duyong..makan free cikgu asal rela jadi driver..rela sajer...cikgu nk bodek kawan yg sama lok lak pi tengok midnight pas bengkel malam..dekat MBO melaka tu,selesa sgt panggung yer,,,tak ramai orang..dah 3 kali cuba tempah tiket transformers kt Alamanda..habis sokmo,hujung minggu kirim salamlah kalau ada...pasai apa??transformers meletup sangat yer????teruja yer cikgu!!!!...
bila pi mesyuarat kt Melaka ni teringat cikgu tergolek dog depan lobi hotel hujung bulan lepas...nasib baik kali ni hotel lain..doakan cikgu tak tergolek lagi yer...dah tukar kasut baru dah...ada bunga lagi...insyaallah tak tergelincir..he,he,he
Sabtu, Jun 27
Cikgu buat coliitt....hmm sedap..

hmmm....cantik yer...buah betik kt atas pokok tu....mengkal-mengkal gitu..kalau tunggu lebih lama lagi..conpom jadi sarapan burung...jom kita jolok...n kita buat sesuatu....kalau dah masak sangat nanti..tak sedap..lembik..
hah tu dia...colittt betik.....dariku untukmu...he,he ada pulak biji cili padi tak hancur.ada jer yg spoil...tak per yer yg nk mamam ni orang-orang tua,bukan baby umur 6 bulan....
Coliiiit tu,lebih syok dari coliiit mak bee tau,yg byk jual kt R&R di Sungai Perak,coliiit mak bee manis sangat..ni original punyer rasa....bila hati dah tenang,kerja dah semakin kurang kita `bega`,buah betik ni..tak tahan nk tunggu dia masak ..lambat benau,,,
nak belajar tak buat coliiit tu???
Bahan-bahan yer..
Sebijik buah betik awal remaja ...tua tak leh tak ranggup
(potong come2..ikut kreativiti,buatstar boleh,car,eyes,dll,untuk menarik perhatian..)
Bahan coliiit...
3 keping manisan kelantan tu..(bukan gula melaka tau,gula nira dari kelantan..hrp yer kenal)
Cili padi...ikut suka byk mana..nk kaww masuklah sekilo cili padi..he,he bikin terbang nanti..
kicap manis,garam,cuka,,n kalau suka boleh bubuh kacang tanah..
Cara membuat colliiit.
masukkan semua bahan coliiit dalam lesung batu n lenyeeek sampai lumat n cantik..cam kat atas tu...
dah siap !!!makan dengan kekawan...sambil bercerita sejarah dulu kala..hmm sedap tau!!!!makan kt atas pangkin depan rumah sambil dihembus angin sepoi2 bahasa..
Khamis, Jun 25
Rabu, Jun 24
Cikgu rasa....hmm entahlah..???takut kot
Ahad, Jun 21
Cikgu terkagumlah dengan uncle ni!!!

90 YEAR OLD FATHER PLANS MORE KIDS.....(terjumpalah uncle ni masa dating dengan pakcik google...)
Indian farmer Nanu Ram Jaji poses with his baby daughter,Girja -his 21st child....(dengar tu anak ke 21 uuu...jangan pandang sebelah mata uncle ni..comel anak dia kan)....
" At 90 years old,Rajastan resident Jaji is the world oldest father,the mother of his latest sprog to be his daughter in law...
Women love me...commented jaji !!!!!!,( tang ni cikgu terrespek giler...)
adding : I WANT CHILDREN UNTIL I`M 100....(Fuyooo uncle ni!!!optismistik betul dengan hidup dia..)
Kenapa cikgu buat entry ni :
1 ) SEMPENA HARI BAPA...
"Inilah bapa contoh,bapa yang sentiasa berfikiran positif,walaupun dah berusia,dia tetap berasa muda dan ingin lagi menambah anak...cuma yang tak syoknyer..dia ada isteri 4,tak tahulah tang mana perempuan suka kat dia ,tapi dengan penuh confident dia boleh kata "WOMEN LOVE ME"...mak ooi tak ker gentelman tahap gaban tu.,,,.ok kawan2 ku ..camner???teja!!want do u think??,k.noor hemsem tak uncle ni???Tapi satu jer uncle ni mesti pastikan dia beli insuran nyawa untuk dia dan family nanti kalau dia mati sapa nk tanggung anak-anak dia..kan???
2) KHAS UNTUK MAMAT-MAMAT YANG TAK SUKA UNSUR FANTASI N JIWANG KARAT
"Nak bagitau kat mamat-mamat yang idealistik,realistik,optimistik tu,yang dok gelakkan saya masa cari fahri,ada pulak yang bagi award lagi !!!bahawa pakcik ni tak berhenti berjiwang walaupun dia dah berusia 90 tahun,dia tetap bermain dengan kata-kata manis dan masih lagi berjiwang karat,kalau tak jiwang boleh ker dia kahwin dengan perempuan muda???dapat anak kecik lagi..compomlah perempuan suka dia sebab dia punyer ayat power,sebab kalau pikir balik,hemsem jauh sekali (langsung tak de rupa fahrikan alis!!!),kaya.???takpun just farmer jer..jadi kat mana special yer sampai dia boleh cakap WOMEN LOVE ME ????...sebab cikgu jawab dialah "DATUK JIWANG'..tul tak???
3) KHAS UNTUK SEMUA : TENTANG BUDAYA KITA...
Biasa yer,orang melayu ni,bila dah tua,dah malu nak beranak kecik..takut orang kata cucu,ada pulak tidur dengan makcik pun dah asing2..bila dok berhimpit sikit boleh bagitau kat makcik "eh mak kau dah buang tabiat ker???,dok manja-manja ni..sian makcik kan!!.Nak tunjukkan kasih sayang pun malu depan anak-anak,,panggil isteri pun kalau mula kahwin dulu "yang,ayang,darling..pas dah pencen terus jadi mak kau,abah kau,tok kau,nek kau...hmmm hilang segala keromantikkan...cuba ikut macam pakcik kat atas tu..dia rasa dia masih muda dan mampu membahagiakan wanita muda...............(tapi ni bukan bermakna taste cikgu lelaki 90 tahun yer ..jangan salah faham,he,he)
MORAL OF THE STORY : BERJIWANGLAH SAMPAI TUA!!!!!
Ok lah ada pape nak komen silakan................
Sabtu, Jun 20
Cikgu pernah mencari Fahri!!!!dimana kah dia????

Dear Alis:
Cari lah fahrimu sampai ketemu,kerana aku pernah mengembara ,berkelana,ke serata benua mencari fahri,namun aku tak ketemu,..putus asa bukan peganganku....setiap kali keyakinanku datang aku teruskan perjalanan mencari fahri..tapi fahri makin jauh,makin jauh,makin..jauh dan terus jauh...yang ku temukan adalah ketulusan hati Aisyah dalam sebuah pengorbanan cinta yang agung... Aisyah mengajar aku ketulusan cinta datang dari sebuah pengorbanan,dari pengorbanan yang penuh keikhlasan demi orang -orang yang dicintai di sekelilingnya ..Aisyah dianugerahkah cinta tulus dari fahri sebagai pemaisuri nombor satu...Aisyah tidak mengejar Fahri sebagaimana Maria mendambakan fahri...Akhirnya Aisyah menang dalam pencaturan cinta yang rumit..Maria pula mengajar aku cinta tak mungkin boleh ku cegah....dan aku membiarkan ayat-ayat cinta bercerita................CINTAKU PADAMU....
kerana aku pasti ..bila bahagia mula menyentuh atas pengorbanan cinta yang agung kitakan rasa mahu hidup lebih lama dalam HIDUP YANG SEMENTARA....
Alis!!! carikan fahri untukku......Aku juga ingin menjadi pemimjam rusuk fahri....wujudkah fahri di alam nyata ini??????????????..Alis banyak lagi ingin ku bicarakan pasal fahri ,tapi kesempatan ini amat terbatas...
Kata Fahri...
"Aisyah!!!aku tak tahu maknanya adil...tapi aku butuh kamu"............
P/::::ha,ha,ha..pasti cik lie terus mengelarkan saya cikgu fantasi,cikmie n sazlie akan gelak besar sambil mengeleng kepala mengenangkan betapa jiwang karatnya CM ni,Noor akan berguling-guling mengenangkan nasib adikya...tapi ku percaya Alis dan Teja pasti mengerti...........namun biar aku dan Tuhan sahaja yang bisa memahami.....
Jumaat, Jun 19
Cikgu dapat email...tentang kisah Ultraman..jom tengok...

Stadium di Terengganu telah runtuh baru-baru ni,
gempar satu Malaysia macam mana boleh jadi macam ni...??????
Rupa yer ..satu persidangan Ultraman telah di adakan di Malaysia,maka terlalu byk usul yang dikeluarkan,byk bertentangan pendapat....kecoh betul semua Ultraman ni..semua nk tunjuk hero rupa yer...
Khamis, Jun 18
Cikgu puas hati..Alhamdulillah...
Cikgu dah pun edarkan kertas jawapan Sejarah..wah senyum lebar nampak???hepi yer dia..megat n hafiz kat depan tu apa nak lagi..nak mintak markah lebih ker???sori yer sayang..muktamad...apa yang kamu jawab ..itulah yang kamu dapat!!!.....tak payah nk usha-usha cikgu..cikgu kalis pujuk yek...
Pape pun cikgu puas hati dengan result mid year ni yer!!!Kelas Skor Sempurna (Electrical Engn)5SSE lulus 100%....tak de sapa pun yang gagal..tahniah untuk semua..moga Allah memberkati kejayaan kamu dunia dan akhirat.Tak sia-sia cikgu mengajar,bercerita,berlakon,semua dah cikgu buat..so kalau malas baca,cikgu kata apa???..hah ingat muka cikgu..kat mana tahik lalat cikgu,saiz mata cikgu,ukuran dahi cikgu dll,kalau boleh ingat sure scorer punyer..cikgu pun seronok jugak macam kamu..Shakirin,Azizi,Iskandar,Abid,Danial,Ikhmal,Hafizudin,Afiqa,Maisarah,dapat A1 dan A2..
tahiah yer..semoga SPM nanti semua dapat A1...Insyaallah..doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Rasa berbaloilah cuti baru ni cikgu bergelumang dengan kertas kamu,masak ingat kertas,tidur ingat kertas,berenang ingat kertas,pi kenduri kahwin ingat kertas...kertas,kertas,kertas....
nak ambik balik kertas kamu ni...!!!!
Tapi satu jer pesan cikgu...kalau mendonggak langit jangan lupa rumput bumi..biar ikut resmi padi...makin tunduk makin berisi...pandai macam mana pun kalau papa iman dan akhlak tak de makne yer...kalau dah jadi Inginerr nanti jadi ingineer muslim yang mampu ubah dan anjak pradigma agar Islam kembali merebut kegemilanganya yang makin hilang...Ratapi sejarah Islam saksikan kegemilangan yang pernah kita kecapi ketika Eropah berada dalam era kegelapan..kita dah bersinar bagai bulan..tapi di mana cahaya itu.???..Perang Salib membawa Eropah mengenal kegemilangan Islam mereka bangkit dalam era Renainance mencedok segala kegemilangan ilmu cendiakiawan Islam..hingga kini mereka cantas hingga akar umbi dan tak mahu Islam bangun lagi..............kerana apa???""Mereka belajar daripada Sejarah..kita pulak selalu lupa pada Sejarah..tak mahu belajar sejarah...boring,orang dah mati macam2 alasan kamu beri...apa pun cikgu tetap gila sejarah.....cikgu akan bawa kamu mengenal sejarah...ok..
Rabu, Jun 17
Cikgu geramlah..bengang pun ada...
Pusara Di Lebuhraya
Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi
Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti
Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
P/S Lagu ini ditujukan untuk mamat berkereta waja hitam yang telah memotong saya dengan ganasnya,tanpa menyalakan signal di susur masuk sebelum Tol Putrajaya,Alhamdulillah saya tak apa-apa,boleh masuk parit gamaknya...anda memandu sangat bahaya,dan membahayakan keselamatan pemandu lain,Bila memandu tu tolonglah bertimbang rasa,ikut peraturan yang ada,Ingat Allah dan ingatlah orang tersayang,Nak mati pun kita kena prepare dulu,bukan mudah untuk hidup tapi mudah untuk mati,.....
Isnin, Jun 15
Cikgu nak ajak pi sekolah jom..

Bila dah pergi sekolah,saya teringatkan mak saya,mak saya adalah seorang wanita yang istimewa dia pandai menyanyi dan berpantun seloka,suaranya gemersik ala-ala Normadiah..lagu favouritenya ialah "Mengapa dirindu"..Allahyarhamah Saloma..sazlie tahulah lagu ni..jadi saya membesar dengan lagu dan pantunnya...antara satu lagu khas untuk pergi sekolah dinyanyi ketika mengejutkan kami 8 beradik pagi-pagi..............kalau geng nak nyanyi kena ikut rentak lagu "Tepuk Amai-amai,belalang kupu-kupu"...ok...
""Bangun pagi-pagi..cepat gosok gigi...
Mandi buang daki..badan jadi suci..
Pakai baju bersih..cepat minum pagi..
Dengan hati kasih..sekolah kita pergi...."""
hah cam tu lah lagu tu......so jom pii sekolah.........jumpa kat sekolah..i miss my school...
cikgu kertas exam siap keer??? alamak camner ni...?? Reliks...senggih jer..he,he
Sabtu, Jun 13
Rahsia dah terbongkar..cikgu keluar je lah..
P/s inilah kenangan dulu-dulu,kebahagiaan terpancar di wajah..pape pun jika ada luka bersabarlah kerana air mata takkan abadi...nikmatilah hidup yang sementara dengan penuh kekuatan kerana dunia ini adalah pentas kehidupan...jangan berhenti mencintai walaupun kita tidak lagi dicintai,kerana cinta tidak perlukan sebarang syarat untuk berdiri megah memayungi langit dan bumi....
i dont care who you are..where you from..what you did..as long as you love me...i love u so much geng................
Jumaat, Jun 12
cikgu..dan pelajarnya...
Alhamdulillah..saya memiliki pelajar yang saya panggil putera dan puteriku..adalah kalangan pelajar yang bijak,berakhlak tinggi,dan kami saling sayang menyayangi..saya selalu beritahu mereka.."Sekali kamu sayang cikgu,sejuta kali cikgu sayang kamu...sejuta kali kali kamu membenci cikgu..sebesar hama cikgu tak pernah membenci kamu,kamu harapan cikgu,cita-cita,dan hidup cikgu"""..saya jarang membebel bila marah,tapi saya suka bermain kata,bermain mata,tanda jiwa tidak selesa..selalu yer pelajar saya pantas memahami.....satu lagu indah untuk kamu semua...i miss u all..
Puteri Ku Sayang
Lirik Lagu Nasyid Hijjaz
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki
dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman
P/s..Tahun berganti tahun saya bangga bergelar cikgu..walaupun cita-cita asal saya nk jadi lawyer macam kakak saya,sebagai cikgu saya mampu menghidup dan membajai pohon kasih sayang agar terus rendang memayungi hati-hati yang ingin berteduh di bawahnya..saya sangat sayang pelajar saya saya dapat merasai keikhlasan cinta tika bersama mereka,budaya sekolah kami selepas cikgu mengajar,putri2 ini akan datang mengucup lembut tangan cikgu tanda terima kasih..syukur saya memiliki puteri yang sejati..moga Allah melindungi mereka dari sandiwara dunia......Ammiin..
Khamis, Jun 11
Cikgu....dan lagu bisikan hati...

Bisikan Hati
(Allahyarhamah Rafeah Buang)
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu( 3 )
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu( 4 )
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini
telahmungkir janji
(ulang 3& 4 )
P/s :walaupun saya membesar di zaman Rock kapak,meranum di zaman Siti Nurhaliza....tapi bagi saya lagu seniwati Rafeah Buang ini sungguh indah melodinya,mendayu-dayu meruntun jiwa...jommm lah kita nyanyi-nyanyi...yek....karoake free jer geng..kalau geng sama zaman dipersilakan menyanyi..tetiba teringat kat noor..biarlah dia tak ambik poot,tapi ku pasti dia akan berdendang ria sambil mengiling cabai...nyanyilah k,noor..ku terdengar di sini....
Cikgu kata..cinta tak semesti memiliki...

Tapi bagi saya `cinta tak semestinya memiliki,ia hidup di dalam hati,disatu ruang khas walaupun yang pergi sudah berganti....cinta itu takkan mati,walaupun pengamalnya sudah tiada lagi......
Rabu, Jun 10
Cikgu dan nama yer!!!
WHAT IS YOUR NAME.....MY NAME IS........................
masa pi merayau kat blog sis hani,jumpa entry tentang `gelaran`.menarik jugak yer,menciplak idea kak hani saya pun nak menyelit bercerita tentang nama panggilan untuk saya sepanjang saya hidup...minta halal idea ni..dr kak hani yang sedang syok bercuti di Bantam..
Mak dan abah panggil saya suria pendek yer ya...
Adik beradik lelaki panggil saya suria jugak atau kak ya
Kakak saya intan tu ,,teruk sikit dia panggil saya kuntong,nama budak cina kat kg dulu..saya selalu rasa nak menangis bila dia panggil cam ni,tapi melekat sampai tua..menyampah betul..
Nenek dengan atok saya panggil saya suri..hmm lembut jer
Kat asrama dulu,kawan sekelas panggil massu..tak tau nape,depa selesa cam tu...biarlah..
Kawan serumah masa belajar panggil saya `su`...biasa yer yang sangat rapat dengan saya akan panggil `su`....
Anak sedara panggil mak andak n mak su....
Ada jugak yang panggil saya ..yang or ayang..hmm tak ya entah tidak??
Kawan-kawan sekolah kebanyakkan panggil mas..
Jiran-jiran panggil cikgu..agak yer diaorang tak tahu nama saya apa!!!!
Blogger fren panggil CM,cikgu mas..
Pape pun panggillah dengan panggilan yang baik,bila kita mati nanti orang baca talkin dia ser jugak nama kita kan..
Sabtu, Jun 6
Cikgu dan hobi....
Sebagai reporter aku cuit,cuit lah kapal terbang tu,ada kapal Nazi Jerman,Kamikaze Jepun,France,US,MAS pun ade (he.he tu tipu ye) ..helikopter Nuri tak de..kokak punyer brand asyik jatuh jer...tapi nampak tak nyonya kat gambar tu,dia jeling2 kat aku,kedekutlah tu..eleeh.ku pergi tempat lain ada sorang abang tu macam gaya ketua polis negara..tengah main kapal terbang,ku himpit then ku sengih..ku mulakan sesi interview..amboi peramah betul abang ni..ye lah yang wartawan ni pun 10x peramah..kata yer.kapal terbang ni harga yer kalau full aksesori boleh cecah RM 5 k..dia ada 3 buah,selain kat sini ada jugak diaorang main kat puncak Alam Shah Alam,Langkawi dan sekitar Selangor...hmm seronok diaorang dengan hobi..hobi cikgu tetap mengumpul stem..he,he.he..geng pulak apa hobi????
Hello geng jangan jeles..kapal terbang yang tengah terbang tu cheq yang pegang remote yer..abg polis tangkapkan gambar..hiss baik betul abang polis ni..biasa yer cam tu lah sekali cheq bukak mulut ramai yang sangkut (hiss perasan yer makcik sorang ni,,he,he)..best yer main ni..tapi ni hobi orang kaya-kaya,nantilah aku betul-betul jadi pompuan kaya bukan takat main ni..aku bawak jet pribadi lagi... aku fikir balik peminat hobi ni mesti dulu diaorang bercita-cita nak jadi pilot,tapi orang suruh ambik fizik diaorang ambik sains rumahtangga,so jadi pilot kapal terbang control je lah...
Sebut pasal kapal terbang,aku mula naik kapal terbang,pas kuar university,tu pun Air Asia,penerbangan murah pi Kota Bahru,tak sempat kunyah sandwich yang harga $7 kt dalam kapal terbang tu,dah pun sampai kat airport..oh alah..so sepanjang hidup takat ni baru 7 kali aku naik kapal terbang..so masih lagi tahap teruja,aku tak tidur,aku cuit sini,cuit sana ,n dok perhati pramugari buat kerja,pas letih tengok pramugari,mataku dah kelabu,apa kata kita cuci mata,kita tengok pramugara lak..aduuh indahnyer..bersih mataku..geng..Astagfiruallahalazim apalah nak jadi..aku tersedar..sedar tak?? bersih mata kotor hati kalau tengok beria yang bukan muhrim..habis tu memang dah naughty susah lah nak jadi good girl (eeh girl ker???)

Amboi berani yer mamat ni..masuk sikit bab sejarah ..dalam sejarah,pasukan payung terjun Indonesia banyak masuk ke kawasan Labis Johor ketika era konfrantasi Malaysia Indonesia..agak2 geng berani tak cuba cam mamat ni,kata diorang wajib ambik lesen dulu..
Amboi berani yer mamat ni..masuk sikit bab sejarah ..dalam sejarah,pasukan payung terjun Indonesia banyak masuk ke kawasan Labis Johor ketika era konfrantasi Malaysia Indonesia..agak2 geng berani tak cuba cam mamat ni,kata diorang wajib ambik lesen dulu..
Tahu tak geng masa makcik sibuk snap gambar mamat tu,sempat dia lambai gaya hero n beri makcik satu flying kiss..fuyoo tunjuk macho lak..kang kalau makcik respond..makcik conpom dia jatuh tergolek..so sabar.senggih jer.makcik tak nak bertanggungjawab.Tapi kalau betul berani dan macho tak payah payung terjun..panjat pokok kemang (binjai) kat belakang rumah makcik pas tu terjun,kalau selamat makcik conpom dia hero,he.he..ni specis boye gak ni!!!!tapi boye terbang....
Jumaat, Jun 5
cikgu ...dan Syurga Cinta....

Baru ni dalam blog comment `adik merah` kata pi lah k.mas tengok cerita Syurga cinta..alamak jiwang yer bunyi...taklah berapa teruja nak pi tengok lain lah kalau cerita Cicak Man ker,Kungfu Panda ker,Madagascar ke.Terminator ker ada gak hati nak pi tengok..Balik kampung anak sedaraku pulak dok mengusha tengok cerita ni...ok lah kebetulan Atika anak sedara aku tak lama lagi akan meninggalkan kami semua utk sambung study ke US..so aku teringinlah nak belanja dia..so pi tengok wayanglah...
Ok jugak cerita ni,ada kelainan dari cerita melayu berjiwang karat yang lain,cerita ni lucu,ringgan dan yang istimewanya boleh di katakan hampir 90 % dialog heroin tu penuh dengan kata-kata bimbingan,tunjuk ajar,nasihat dari seorang yang bergelar muslimah pada seorang pemuda islam yang hanya islam pada nama,kalau fikir balik cerita ni lebih kurang macam sebuah filem Indonesia yang bertajuk "Kiamat sudah dekat"..kalau tak silap lah,aku tengok budak-budak kecil pun suka sebab ada watak Haziq Tom tom bak yang menceriakan suasana.Tapi lakunan Heliza AF,agak kaku,bolehlah untuk cubaan pertama dia..
so rasanya nak sharelah beberapa dialog yang ada dalam cerita ni...
Jodoh manusia datang dari 3 sebab
Jodoh dari syaitan ....iaitu apabila seorang pemuda dan gadis bercinta,berbuat maksiat dan seterusnya mengandung lantas berkahwin maka itu datangnya dari syaitan...
Jodoh dari Jin...seorang pemuda sangat menaruh hati pada seorang gadis tetapi tidak disukai oleh gadis tersebut,pemuda itu berjumpa bomoh,dan gadis itu jatuh cinta dan mereka berkahwin maka jodoh itu dari jin..
Jodoh dari Allah...seorang pemuda dan gadis bertemu,bertentang mata dan terusuk di kalbu,pemuda meminang dan mereka bernikah..itu lah jodoh dari Allah,perkahwinan yang bahagia dinamakan "Syurga Cinta"..............
Banyak jugak dialog lucu yang ada dalam cerita ni ..........macam "puasa khatan.'''.apa tu??? rupanyer.."puasa sunat"...dan ketulusan hati seorang gadis yang berimej muslimah dan berpendidikan agama yang baik boleh menerima seorang pemuda yang jahil ,liar dan sosial..percintaan mereka penuh dengan bimbingan dan tunjuk ajar.
P/s..Geng kalau sempat pi lah tengok..saya boleh beri 4* lah kat filem ni....
Khamis, Jun 4
Cikgu nak bertanya ni!!!
" Dah boleh tak semua geng yang sangat saya sayangi masuk rumah cikgu,???sebab semalam pintu kat bawah tu alah `pintu cikgu dan...lagu...hilang kunci,tak tahu letak mana.Alhamdulillah ada `orang kat Makkah beritau`....kesian dia dah lah datang dari jauh kena masuk dari pintu dapur...maaf yer cik lie..cikgu ni memang selalu hilang kunci dan terkunci dari dalam...kesian cikgu..he.he..
Rabu, Jun 3
Cikgu ...dan sebuah lagu..
masa kecik-kecik dulu selalu aku tengok abang ngah dok feeling dengar lagu ni,merenung jauh sampai memicit jerawat batu yer,aku yang dok main batu serimban selalu dok pelik nape lak mamat tu feeling semacam jer...dah ada anak dara dan anak teruna pun abang ngahku sekarang,tapi bila dah dewasa ni,bila dengar lagu ni ..ye lah lagu ni sangat indah,syahdu dan touching...
Suratan atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
sering kali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Bilakah kan bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus..
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat beerti
Tetapi ku bimbang
Untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan....
P/s : agaknya dapat tak dengar sebuah lagi memori seorang sahabat yang sangat aku senangi yang berada nun di Damansara bila dia menghayati lagu ini.............???
Selasa, Jun 2
Cikgu dan..otak-otak..
Kalau orang tanya saya,apa favourite food saya..tu lah kat atas tu..Otak-otak ikan...hmm sedapnya!!!! boleh lupa diri bila saya terserempak dengan makhluk ni..tapi selalu yer saya sorang jer yang syok sendiri sebab orang keliling saya selalu jebih2 bibir buat muka sengget kalau nampak idaman saya ni!!!eleh.."Aiman tak kisah ",untung juga saya,boleh saya belasah semua,kalau ada 20 keping,semua yer menjadi milikku!!!masa tu..indah yer hidup ni..walaupun hanya sementara...he.he.he..
Jangan tanya kenapa????tak tahulah sejak kecil saya tak pernah jemu mengadap makhluk ni..kalau kt mekdonel,kentaki,keni rojes,meri beraun ada jual makhluk ni dah pasti sayalah peminatnya,agaknya sebab tu lah otak saya saya jadi gini sebab saya "penagih otak-otak tegar" he.he.he.Kalau pi mana2,,saya mesti terhendap-hendap kedai tu,berdoa harapnya idaman hati saya ni wujudlah kat situ,tapi selalu orang tak layan,sedihnyer!!!hu.hu .eleeh.."Aiman tak kisah"..saya leh cari sendiri,boleh `tapau, pas tu belasah dalam kereta sorang diri,tak de sapa nk kacau..aduuh nikmat yer..
so cuti-cuti ni,jommm kita masak otak-otak... (Dari Dapur cikgu mas dalam rancangan "Ketuk-ketuk Cikgu Mas"...he.he,he jangan ketuk saya yer..ketuk kuali..ok geng dah pakai apron..ok kita mula..................senang saje!!!
Resepi..(bahan-bahan yer)
1 kg ikan tenggiri
1 biji kelapa parut
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 batang serai dihiris
20 sen jintan manis
1 helai daun kunyit (dihiris)
garam secukup rasa
Cara membuat:
- Tumbuk ikan,kelapa parut ,kunyit hidup,cili merah,serai dan jintan manis
- Gaul ikan dengan garam,daun kunyit,dan rempah yang ditumbuk hingga rata.kalau nk lebih menarik colour otak-otak tu,bubuh serbuk kunyit n serbuk lada..
- Ambil satu sudu besar dan bungkus dengan daun nipah atau daun kelapa yang dicamtumkan 2,dan klipkan dengan lidi.
- Jangan membazir bungkus sehingga habis,dan panggang atas api yang sederhana.
- P/S:Jangan panggang sampai hitam kt atas tu yee!!!!
hmmm sedap yer..juling biji mataku ok geng sapa nak order ni call number link dengan pizza hat..033-75257525..ok gang kalau kita boleh share ur favourite food..............??????
Langgan:
Catatan (Atom)
datang menjengukku
Dian Sastro
di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...
Doaku dalam hidup yang sementara..

Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
opps traffic
Life must go on........

When u need a shoulder to cry on..i ll be there....