yg sudi bersama cm....

Jumaat, Mei 1

"Aku seorang Guru"


saya ni lah tak tahu la kenapa..g mana-mana orang tau saya ni seorang cikgu,tak de pun cop kat dahi,hidung or dagu saya perkataan cikgu .Kalau polis ok lah dia orang pakai baju seragam.Tapi saya sekali bukak mulut terus orang boleh tahu saya ni cikgu.nape ye,?? hendaklah juga orang teka saya ni pilot ke,engineer ke or doktor ke he.he.Pernah saya tanya macamana tau saya cikgu?Jawapannya,alah bila bercakap ayat cikgu tersusun katanya,cara dress up pun orang tahu kita cikgu..ye ke?? saya pakai macam orang lain pakai gak,ok la dah memang kami cikgu..aura la tu,jangan kata saya perompak dah la...dan saya juga sedar bila saya bercakap,perkataan favourite saya ialah..faham tak ?..ok tak..dan nada saya selalu macam bunyi menerangkan sesuatu.Pape pun saya bangga jadi cikgu..
Kalau nak hitung umur,saya ni katogeri cikgu muda lagi..(perasan la ni) betul la..muda.Tapi dah memang sejak saya mula posting student saya memang dalam katogeri usia 16-17 tahun .mula posting tahun 2000 jadi ,student sulung saya sekarang dah masing-masing usia 25-26 tahun.Dan kalau mereka terserempak saya,mereka masih mengingati saya,walaupun saya kadang-kadang ingat-ingat lupa,Biasalah macam kita jumpa PM,kita kenal lah Dato`Seri Najib,tapi Dato`Seri tak kenal kita (tu nak bagitau saya popular la tu..he.he)dan bulan puasa thn lepas reunion mereka di Taman Melati KL,mereka jemput saya..terima kasih semua.
Mengingati student saya,pernah saya solat di Masjid Jame`KL,saya memerhatikan seorang gadis manis yang begitu tekun menunaikan solat walaupun dalam waktu singkat sebab rush nak masuk kerja,doanya panjang dan khusyuk,dia pandang saya,kami berbalas senyum,tiba-tiba dia bersuara "Ya Allah,cikgu..tak ingat saya ke"? Ye lah pelajar saya..ingat-ingat balik budak ni dulu boleh tahan nakalnya,tapi saya bangga lepas sekolah saya jumpa dia di tempat macam ni..
Pernah satu malam,saya g Up town Danau Kota,saya berjalan,di hadapan saya sorang gadis memakai singlet putih,rambut paras panjang kemerahan dilepaskan,memakai jean ketat hitam separa lutut,membaluti punggungnya yang bulat.Dari belakang gaya super model,saya asyik memandangnya dari belakang,tetiba dia menoleh untuk menyapa boyfreindnya,kami bertentang mata.."Cikgu..apa khabar? dia separa memekik bila terpandang saya. "Ya Allah Ariana rupanya..gadis pemdiam,yang begitu baik di kelas.. dalam hati saya "Kenapa ko jadi macam ni".Pape pun dia masih sopan dalam bicara,berbudi dan mengenali saya.Saya doakan yang terbaik untuknya.
Dan yang terbaru,saya hentikan kereta menyinggah nak beli nasi lemak,seorang ibu muda,kecilnya tubuhnya,bersama suami turun dari van yang sarat dengan alatan mantainance,dia memandang saya,saya merenung dia,saya tau saya kenal dia tapi tak tahu kat mana?dia tak bersuara dari gayanya dia nampak lebih tua dari usia,nampak penat.Hati saya meneka dan tiba-tiba saya bersuara "ni Sarah ke????
"Ye cikgu..saya memang nak tegur cikgu tapi takut salah orang nape lak cikgu ada kat sini,cikgu kan di Setapak"... " Cikgu dah pindah,nape nampak lain skrg?saya menyoal sebab budak ni pelajar yang cerdik di kelas dulu."Baru habis pantang bersalin cikgu...anak kedua.Dia memperkenalkan suaminya pada saya.Sarah sekarang tolong suami meniaga,buat aircond,wiring dll sambil memberi saya kad perniagaanya.Baguslah jadilah tulang belakang suami,pada Sarah doa cikgu mengiringi.Dan baru ni aircond rumah saya bocor,saya teringat suami Sarah,saya call dia begitu ikhlas menolong.
Begitulah antara episod saya dan bekas pelajar..cikgu sayang kamu semua.Kamu adalah antara rempah ratus dalam kehidupan cikgu.Siapa pun kamu semua kini,ternama atau tersisih,kaya atau miskin,bahagia atau derita doa cikgu sentiasa mengiringi,jangan pernah malu untuk menegur cikgu jika terserempak kat mana-mana.Hadaplah hidup ini dengan jiwa yang berani dan tak pernah lupa kita adalah hamba Allah yang punya tanggungjawab dan amanah.I love u all............................

7 ulasan:

aznaz berkata...

salam..

teringkat kisah ni pada cikgu cikgu kesayangan saya.tahun 1981 .cikgu Halimahton,habibah,Rahmah..dan cikgu awang mamat, zainal ..mana lah skg mereka semua ni...teringin nak jumpa...tapi taktau camner..

wsalam

aznaz berkata...

jasa mereka semua takkan ku lupa hingga ke akhir hayat....

thanks to all cikgu cikgu sekalian....

CM berkata...

Salam en lie..doa saya semoga mereka masih sihat,bahagia dan dirahmati..Insyaallah.thn 1981 saya belum sekolah lagi..

Atikah berkata...

Betul ler kak maz, kita ingat cikgu cos cikgu kita sikit jer... tapi cikgu susah nak ingat anak murid cos jumlah yang terlalu ramai... bayangkan lah dalam masa 10 tahu mengajar.. berapa org anak muridnya... mana nak ingat semua tu... so, anak muridlah yang kena menyapa cikgu bila terserempak dengan cikgu... tak gitu cikguuu... :)

p/s : bila nak jumpa nie... rindu lak nak jumpa kak mas...

CM berkata...

kite pun rindu awak...datang Putrajaya k.mas belanja Johnyness Steamboat..

*MuLBerry* berkata...

salam..

bila dah baca kisah k.mas as a pendidik, rasa x sabar2 plak nk jadi cikgu. tapi lambat lagi nak abes study... huhu...

congrates to u b'coz u have done a great job as a teacher. Chaiyok2 kak mas!! =)

CM berkata...

Salam Mulberry,lagi syok kalau strawberry he.he..

Jadilah cikgu,kita akan mewah dengan limpahan kasih sayang,dan doa yang tak putus-putus.Sampai pencen bayangkan berapa juta kali pelajar ucapkan salam kesejahteraan pd cikgu...

thanks singgah blog k.mas...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....