Pernah seorang guru lelaki kat sekolah saya bergurau....bunyinya macam ni...
Orang perempuan ni........
Umur 20 an katogeri mengancam......... (cantikl dan mengodalah tuuu)
Umur 30 an mula diancam.......( suami mula jeling perempuan lain sebab dah kurang cantik)
Umur 40 an sangat terancam......( suami dah nak kahwin lain sebab semakin tak cantik)
Umur 50 an dah susah nak cam.........( dah tua kerepot..sampai dah tak kenal dah)
Dari jauh saya jeling tajam kat cikgu tu..terus terang saya katakan saya langsung tak kelakar dengan gurauan mamat tu...adakah kualiti seorang perempuan dinilai dari sudut kecantikan dan tarikan seksual yang ada.Pernah tak memikirkan perubahan yang berlaku kepada seorang perempuan adalah satu hakikat kehidupan yang semua orang mengalaminya.
Ini adalah gurauan picisan dari lelaki-lelaki yang hanya menilai wanita dari sudut yang memualkan. Ya..saya tak nafikan kecantikan dan tarikan wanita akan pudar dek peningkatan usia,tapi adakalanya seorang wanita tu lebih menarik atau lebih seksi dengan kematangan yang ada,dengan peningkatan usia,wanita matang lebih terbuka,berpandangan jauh,tenang dan berpendirian.Disitu letaknya kualitinya.Mereka lebih keibuan,memanjakan pasangan dan lebih peyayang.Sebab itu ,Nabi Muhamad begitu tenang disisi Siti Khadijah.walaupun segala dugaan dan cabaran yang hebat yang ditanggung sewaktu penyebaran Islam di Mekah...dan kehilangan Siti Khadijah dianggap satu kehilangan yang besar dalam hidup baginda dan tahun itu digelar Tahun Dukacita.....................,sebab itu lah dah ramai lelaki muda kahwin dengan wanita lebih matang...sekarang
P/s Untuk golongan lelaki saya kat sini merayu tolong nilai wanita dari sudut yang lebih bermoral.....ni marah ni..tau..baru lagi berkisah tentang buaya,,,saya marah walaupun saya dalam katogeri `mengancam lagi`(waah..perasannya..he.he)..
Pada wanita..wanita yang baca tajuk ni...betul tak ?????...........................
14 ulasan:
salam,
macam kat Hotel di Putrajaya je tu...anyway cikgu Mas kirim salam lah kat gadis gambar di atas tu..heheheheh
Salam Kak Mas,
Betul tu kak mas... kecantikan bukan diukur melalui luaran yang terdedah... but lahiriah... kalau lelaki berkata cam gurauan di atas tu... golongan buaya kot.... jgn marah ya lelaki yang terbaca komen ini... bukan semua tau yang cam nie...
salam Atikah...
Bagi saya yang penting adalah kasih sayang,jujur, taat dan keikhlasan hati seorang wanita kerana di luar tu lebih ramai perempuan dari seorang wanita yang mulia...bukan rupa paras yang jadi ukuran kerana ia tidak kekal.
tul tak Atikah/cikgu Mas
saya x suka dinilai dr segi kecantikan sbb...
SAYA X CANTIK!!!
huhu...
Tapi sy cantik dr dalaman =)
hehe... ;p
Betul tu En lie...
Salam en lie..
Saya agak dah..dia mesti longgar lutut tengok cik adik atas...tu..
Tetiba dia insaf lak..tuan haji ni..beri komen membina lak...daku confuse..
Yes.atika memang specis boye...
tapi cik merah kan dalam katogeri sangat mengancam,coz masih muda belia..wei catik ape!!!
tapikan merah..dalam orang tak nampak,dalam orang kena rasa dan nilai..kannn
ye. betul tu k.mas.
dalaman mmg x nmpak. Harus didampingi baru lah boleh dinilai.
bak kata pepatah
"Don't judge a book by it's cover"
slam tu cikgu mas dan merah..
takyah rasa lah, tengok pun dah boleha menilai dalaman nye...heheheheh
dear mr. lie...
ne leh tgk je dh leh menilai.
sometimes, our 1st impressions are wrong, isn't it???
merah..
kite nak supportlah kawan kite...(cik lie ) tu punyer pendapat cz dia bagitau dia pernah belajar,body languange...silap2 crocodile language pun dia tahu...he.he,
so betul lah kot apa mr lie bagitau..kadang2 cara senyum,pandangan mata,cara bercakap pun kita boleh nilai seseorang sebab kita leh nampak keikhlasan,hipocriteisme,cinta dan macam2 lah dari pandangan mata,tapi kena pandang dengan mata hati..,tu lah body languange knowledge..tul tak cik lie..??
...kali ini i support u...
Perfect score !!!!! cam Nadia Comeneci lak...
memang betul tu...cikgu Mas pun saya dah tau dan boleh menilai dia .......tapi saya bukan pakai bola kaca atau limau nipis???? heheheheheheh
sukran
Catat Ulasan