
Masyaallah..suspens ye tajuk story saya kali ni..nak cerita apa ni????..n apa kaitannya dengan gambar budak-budak atas tu..sebelum saya mula saya mohon maaf mungkin kisah saya ni menganggu sentiviti mana-mana pihak.Tak berniat di hati saya,sekadar berkongsi cerita n mengimbau pengalaman...
Kisah ni berlaku sewaktu saya mula-mula posting dulu.Keluar Universiti,tak sampai sebulan saya dah dapat surat penempatan.Bentong sebuah daerah yang begitu asing bagi saya..Alhamdulilah Bentong hanya mengambil masa 40minit shj sampai ke KL.taklah bimbang sangat sebab masa tu .. "hatiku tertinggal di Kuala Lumpur".dapatlah saya bertemu dengan sapa-sapa yang patut.eeem.
Tahun pertama mengajar,adalah satu cabaran yang besar bagi saya.Ditempatkan di sebuah sekolah teknik,majoriti pelajar pada masa tu adalah lelaki.Kelas yang begitu menduga saya ialah kelas pelajar Vokasional,terutama Kelas 5 outomotif/Kimpalan.Ganas betul budak-budak ni.Mereka agak kurang berminat nak belajar apatah lagi nak belajar Sejarah,yang diaorang tau main dan terus main,mengarut,loyar buruk dan tido..
Yang paling saya tak tahan,otak yang kotor,sering berfikir secara songsang,dan bila mengarut macam dah kahwin 10 tahun gaya bercakapnya.Saya tak boleh salah cakap,mereka akan menafsir perkara lain..perkara apa?kalau tak dikaitkan dengan seks...sabar je la,sedangkan pada masa tu saya muda lagi baru 24 tahun dan dah tentunya belum berkahwin,,jadi saya rasa sangat malu..geram dan rasa seperti terkena gangguan seksual kalau orang lain dengan orang dewasa saya pulak dengan budak 17 tahun.Saya dibuli pelajar..ye la kita muda lagi ,cikgu baru takkan nak marah-marah nanti hilang ayu nya..kan masa tu mantain ayu..he.he
Antara yang mereka songsangkan...dan menyebabkan saya hilang arah...
saya ajar pembahagian sosial masyarakat N.Sembilan.Atas sekali Yang DiPertuan Besar,bwh dia 4 orang Undang,bwh Undang Lembaga,bwh Lembaga ada Buapak dan bwh Buapak ada anak buah yang di panggil Perut..ni yang terakhir..
"Perut"???? mereka gelak besar
"Cikgu !!!! bawah Perut ada ape???.."Mana ada pape"..habislah mereka golongan terbesar,saya jawab soalan Ibrahim..kami panggil budak ni Berahim..
"Ada cikgu..cuba cikgu tengok bawah perut ada apa?....sambil gelak besar,n ,menepuk meja
Saya dah dapat menduga apa maksud Berahim..saya diam..hiiiss kurang ajar betul budak ni,saya menyumpah dalam hati..
Pernah saya menerangkan.."Permodenan Siam byk dilakukan oleh Raja Chulalongkorn"..tiba-tiba kelas saya jadi gamat.."Nape ???,saya bertanya....
"Cikgu!!!!!Berahim kata Raja Celah Kangkang"!!!(maaf saya terpaksa taip gak,kotor betul bunyi ye kan)..saya hilang arah!!!! Gila apa!! budak ni.Saya marah,tapi saya diam.mood saya hancur hari tu.Saya rasa budak-budak ni tak hormatkan saya langsung.Saya rasa down,saya tak boleh kawal kelas,kalau masa praktikal dah pasti saya fail...
Saya mengadu kat sorang kawan..."Nape lah budak2 wat saya cam tu,???terutama Berahim,gatal betul budak tu"
"Bila dia mengarut n mencarut ,ko bukak je seluar dia.".kawan saya menjawab sambil ketawa..
"Gila ko..syok dia nanti aku dipeluk ye..kalau tak pun...aku yang pengsan ..kami gelak sama-sama....
Klimaks kemarahan saya berlaku masa saya masa mengajar tajuk `Perkembangan Perlombongan di Tanah Melayu..Saya menerangkan antara kawasan Perlombongan Arang Batu di Selangor ialah di Batu Arang dan Batang Berjuntai.Tiba-tiba kelas saya jadi gamat,gelak macam orang tak sedar diri,yang paling kuat dah tentunya Berahim..
"Nape Berahim,apa yang tak kena???saya separuh memekik,marah saya hari ini..
"Cikgu!!!!Zamri punya @$%* hitam macam arang,pas tu berjuntai,dia jawab sambil gelajk terbahak-bahak.Yang lain apa lagi.Zamri tersipu-sipu kesian budak tu..
Ya Allah ni tak boleh jadi..tetiba sy dapat idea...
"Berahim..awak mari sini...."
Berahim datang ke depan dengan muka tersengih-sengih....
"Khairul , Faisal dan Helmi pun mai sini".3budak ni pun tak kurang ganasnya,badanpun besar mcm pemain ragbi..."Nape cikgu,?? dua tu bertanya..
"Pegang Berahim,pas tu bukak seluar dia kita nak tengok @#$% Berahim berjuntai ke tidak..arah saya dengan nada yang sangat geram.
"Boleh cikgu"mereka terus pegang Berahim,Berahim lak meronta-ronta.Kelas jadi sangat gamat.Kalaulah Pengetua lalu mati saya..Berahim masih meronta,budak 3 orang tu memang kaki buli,seluar Berahim hampir terlodeh,nak nampak seluar dalam.Yang lain macam tengok gusti..Syukur kelas tu tak de pelajar perempuan
"Sudah,berhenti "saya menjerit,saya jadi takut.Saya tarik Faisal,Khairul dan Helmi dari terus mengerjakan Berahim.Berahim tersipu-sipu sambil betulkan seluar dia .tapi muka dia berubah,
"Lain kali jangan otak kotor lagi..tajam saya pandang Berahim.Saya terus pergi..
Balik rumah saya sangat menyesal.Saya tak patut malukan Berahim macam tu,Saya tak suka dimalukan tapi buat Berahim macam tu.Saya tak boleh tido...Esok saya masuk lagi kelas Berahim,saya tengok Berahim tak macam biasa,diam dan banyak menundukkan kepalanya.Berahim jadi sangat lain."Berahim marah aku ni" kata hati saya.
Waktu rehat,saya nampak Berahim,dia nampak saya tapi macam menggelak dari memandang saya.Saya pegang nasi lemak,hajat hati nak makan kat bilik guru....
"Berahim,ambik nasi ni,makanlah pas ni jumpa cikgu ye" saya mendekati Berahim
Dia menolak,tapi saya mendesak dia ambil..Pas rehat dia jumpa saya,dengan rendah diri saya minta maaf,dia jugak mintak maaf.Saya pujuk Ibrahim,nyata budak lelaki ni mudah dipujukSejak tu Berahim jadi budak baik,dia tak lagi menganggu kelas dia sangat menghormati saya..Kat manalah Berahim sekarang ye!!!!
Pas 9 tahun mengajar,sesungguhnya pengalaman mendewasakan.saya kini boleh mengawal kelas dengan baik.Dan saya belajar ...budak-budak ni perlu didik dengan lembut dan berhikmah.Camana nakalpun mereka perlu perhatian yang istimewa.Peragai mereka,menandakan mereka nakkan perhatian..Kepada berahim cikgu harap Berahim dirahmati ,bahagia dan berjaya dalam hidup...