yg sudi bersama cm....

Sabtu, Oktober 3

Merekalah Duniaku...


Tengahari semalam,Aku masuk ke kelas 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yang terkenal dengan pelajar yang lasak,aktif,notti aku di hadiahkan satu lukisan yang cantik di white board kelas..(tengok gambar atas tu) ...bila di tanya gambar apa ni ...diaorang jawab "kad raya untuk cikgu,duit raya untuk kitaorg"...
aku senyum jer....kena sporting..budak dah besar bukan 7 tahun tapi dah 17 tahun,kita ikut jer la....layaaaaannnnn.......,""camner pun lukisan tu mesti dipadamkan ek,cikgu nak guna white board tu yer sayang!!!!............HARI NI KITA NAK BELAJAR TENTANG "KUASA-KUASA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA.....Wahhhhhhh!!!!!cerita perang yer cikgu semuanya teruja!!!!!,,,,,namapun budak lelaki....kita kena pandai cari kecenderungan mereka......nampak excited semuanya...bila aku mula bukak buku cerita.......




Kebetulan dalam hand bag ada kamera."jom kita ambil gambar"...aduhai melompat semuanya,berbagai aksi keluar daripada mereka......tengok si Lokman...dikeluarkan lidahnya gaya "gaya hero WWF"....lepas ambil gambar kena cubit dengan saya buat gaya gitu...Faisal pulak (bercermin mata dikiri sekali)...."masa belajar matanya selalu jer stim feeling (mengantuk)..hehehehe...kenakalan mereka mengingatkan aku pada tahun pertama aku dipostingkan sebagai guru di Sek.Men.Teknik.Tengku Ampuan Afzan,Pahang...pada thn 2000.



Tahun pertama sebagai guru,aku masih single,suaraku yang kecil dan lembut menyebabkan aku susah nak kelihatan garang.Setiap pagi nak ke sekolah,aku dah mula berdebar,diSMTA,bukan seperti di sekolahku sekarang,sekolah sekarang pelajar Technic Pure,mereka pelajar bijak dan terpilih,perlu dapat 6A ke atas dalam PMR ,baru boleh mendaftar disini,Tapi di sekolah SMTAA,pelajarku adalah pelajar Vokasional,pelajar Automotif,Kimpalan,Batu Bata,Penyelengaraan mesin,Pendingin Udara,...aduhai,takkan mungkin mereka nak duduk diam-diam mendengar aku mengajar Sejarah.Tak de makner nya bagi mereka subjek sejarah,mereka keluar nak bukak bengkel,nak baiki aircond,nak jadi kontraktor,nak jadi mekanik,itu jer dalam fikiran mereka.Pernah satu "statement'yang keluar dari seorang pelajar bila aku menyoalnya isi Perjanian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ...katanya "Alah cikgu!!!!saya nak jadi mekaniklah ...takdenya kereta rosak tanya isi Perjanjian"....amboiii,.!!!!!.di sini aku muhasabah diri maknernya aku gagal menerapkan nilai patriotisme dalam diri anak bangsa,mengapa mereka perlu belajar sejarah.Adakala kenakalan mereka menjolok mata,berberapa kali aku menangis di tandas kerana tak tahan dengan karenah pelajar,masa tu aku baru 25 tahun,diaorang 17 tahun jarak umur dan kurang pengalaman menyebabkan aku sukar mengawal kelas.Memang aku dilatih secara formal untuk menjadi cikgu dan aku cemerlang dalam exam Diploma Pendidikan,tapi teori tak sama dengan praktikal.Masa itu aku menangis,aku tanya pada diri kenapa aku tak jadi lawyer macam kakakku Intan,pasti aku hepi kalau jadi lawyer kerana kerjaya itu pernah jadi cita-citaku...

Kini 9 tahun berlalu,pengalaman mendewasakan,aku kini sangat mencintai kerjaya ini,disinilah aku membaja pohon kasih sayang,agar anak didikku dapat berteduh dibawah rendang pohonnya.Aku berusaha menjadi guru yang sentiasa dingati ,disayangi dan menerima doa daripada anak didikku nanti.kerjaya ni bebas dari masalah korupsi,penyelewengan dan sebagainya.Andainya aku jadi lawyer aku mungkin hanya mampu mengumpul musuh.Aku kini mampu mengawal kelas dan pelajar.Bila result SPM keluar,aku mampu tersenyum puas,Kini tiada lagi airmata kerana kerenah pelajar,tapi airmata kegembiraan tika mereka berjumpaku mengucapkan terimakasih.Terima kasih Allah atas rezeki dan jalan yang telah kau tentukan.



P/s: CL nk tanya ni....hemsem-hemsemkan budak cikgu...hehehehehehe "anak cina makan penggat yer ciklie...jangan pandang sebelah mata!!!!!!!!...hehehehee

30 ulasan:

aznaz berkata...

salam cikgu mas...


hahahahhahahah...

anak cina makan pengat
anak ikan kena beringat

Granny Hani berkata...

Pengalaman mendewasakan kita..anak anak ini lah yang mengukir pengalaman yang mahal buat kita cikgu.

Abam Kie berkata...

Salam Cikgu Mas,

Jemput jadi follower blog saya pula? Saya dah jadi follower blog u sbb pos2 u best2 belaka. TQ.

Sir Zuki

zukidin.blogspot.com

afeezz berkata...

igtkan sekolah akak tu semua student nyer laki.. pasal semua gambar yg akak amik semua student laki, tp akhirnya nampak gak student perempuannya...

notti kak mas ni, amik gambar laki je... nak wat anak ikan ker? hakhak

CM berkata...

salam ciklie

amboii gelak besar dia

anak cina makan pengatt
kebapa depa kena ingat?

hehehe noti arr,senang kalau ramai ciklie...

CM berkata...

salam cikgu hani

bila kita dah tak mengajar lagi nanti,pasti kita rindui mereka nanti...pengalaman yg mahal dan akan jadi kenangan terindah...

CM berkata...

salam sir zuki

tq atas pelawaan,saya dah pun jadi follower cikgu lama dulu,dan link pun blog cikgu disenarai blog saya,entry cikgu pun hebat2..

CM berkata...

salam afeez

sekolah k.mas,sekolah campur dik ooi,ada boy ada girls,tapi boys lebih ramai dr girls...

aduuuh dik,depa tu bukan anak ikan dik,tu tahap anak berudu ramai dik ooi,ada dekat 700 org boys,takkan akak nk bela semua tu,hehehe..kalau ia pun biarlah umur macam ko afeez,hehehehe..atau afeez sendiri pun..jika sudi wakakaka...akak mmg noti feez..


aduuh,ni semua pasal ciklie lah ni.... dah org kata cm ada bela anak ikan...uwaaaaaa,siapppppppp cik lie yer...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Wow, hepi depa ambik yer? budak2 remaja ni suka posing amik gambar dengan dua jari di angkat confirm.

Pengalama mendewasakan kita kan? betul tuh.

Noor berkata...

As Salam CM..

'kenangan yang terindah'.. pernah melalui zaman sebegini.. cikgu2 semua pening kapla.. masa tu cikgu2 yang mengajar semua nyer dah tua2.. ada sorang dua je yang muda.. kini ada yang telah pulang kerahmatullah.. Semoga Allah memberkati cikgu2 cheq

psst.. kalu 700 anak ikan yang cikgu bela.. huiyoooo CM kayoooo

Che' Pit berkata...

salam CM..

tamak haloba sungguh CM ni sampai 700.. sikit2 dah ler..

hmm teringat zaman2 belajar kat asrama dulu..

alamanda berkata...

salam mas,
hihihi. mmg mereka la dunia kite sekarang.
dah akhir tahun nih.... tgh fikir camne la saat kite akan melihat mereka yg year6 pergi.
sedihnye....
entah die ingat ke tak lg kat cikgu sewel die nih nnt....
semoga anak murid kite semua jadi manusia berguna ye mas...
leb u mas.
wassalam.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

cg mas,

ha...pandai mas tackle bebudak tu...cam tu lah kak nab layan budak2 dulu...kekadang kita kena 'ikut' jugak mood dieorang..pastu baru dieorang pay attention kat kita.

IMANSHAH berkata...

Salam, begitulah, walau marah macam mana pun budak2 ni memang kita sayangkan...

Aidil Fadzil berkata...

Salam, saya dah 16 tahun bergelar guru. Banyak cerita yang sebenarnya untuk dikongsi. Rindunya nak jumpa mereka semua.

rezeki berkata...

Salam CM,

kalau dah pencen nti spi tua, org akan panggil "cikgu"
satu penghormatan buat cikgu yang telah mendidik mereka

CM berkata...

salam AZ

tengok budak-budak ni sebaya dgn putera bongsu Az kan,sekali tengok putera bongsu Az ,CM terus rasa sayang,hemsem orangnya...pasti gelagat mcm anak2 murid CM..

CM berkata...

salam k,noor

k,noor ni ada2 aje..kalau 700 CM ada kak ooi,bukan kaya ,papa kedana saya kak..hehehe..sorang dah lah kak..ngeh,ngeh,ngeh..

kak nooor mesti pelajar baik,polite,dan pemalu masa sekolah,ahakkk,mumgkinkah aku percaya...

CM berkata...

Salam che pit sayang


dik,adakah ko seperti Lokman yg bergambar sambil kuarkan lidah ,hmmm mungkin ya!!!ngeh,,ngeh,ngeh

CM berkata...

salam patt

aku selalu terfikir patt,aku mmg krek,bak kata ko sewel,so kalau pelajar aku notti,aku selalu muhasabah diri,mcmana aku dulu dgn cikgu,tapi kita still hormatkan...


patt,ingat tak kehemseman Cikgu Razak Shaari!!cikgu sejarah tu,bertambah semangat aku belajar sejarah..hehehehe,,biasa arr patt..

CM berkata...

Salam k.nab

k.nab lagi senior,penuh pengalaman dan penyayang...pasti pandai tackle pelajar compare than CM ni...pasti ramai yg ingat cikgu Zainab ni,,,yg akan tetap dipanggil cikgu hingga ke akhir hayat,,

CM berkata...

salam..cikgu iman

betul tu,kadangkala bila kita marah depa wat lawak,terus kita tergelak...

CM berkata...

salam cikgu Aidil

cikgu lebih senior dari saya,pasti penuh dgn cerita yg manis2 dgn pelajar ni.Moga cikgu terus sucseess menimba ilmu agar cikgu mampu menjadi guru yg dinamik dan di contohi..

CM berkata...

salam rezeki

belum pencen pun saya sekarang senang di panggil cikgu,,,

afeezz berkata...

amboi kak mas.. nak offer cheq jd anak ikan dia plak.. cheq ni bukan taraf anak ikan lagi dah ngan kak mas, dah leh jadi bapak ikan dah ni... silap2 jadi toyboy kak mas.. hahahha

CM berkata...

salam afeezz


hiss ko ni feez dengar hasben akak nanti,,,hehehehe

toy boy???nak ker ko feezzz???,hehehe..

shami2 berkata...

Salam CM

Malam tdi dh masuk tulis2 tetiba jer komputer jdi slow terus ilang...huhuuu

nak pantun jugak kt sini
Anak cina makan pengat,
anak india tahan hangat
Anak melayu islam musti berjaya dunia dan akhirat...

hazeleyed lady berkata...

Salam
Hidup kita sebagai Pendidik bukan sekadar jadi cikgu.
Suka duka...anak didik adalah sebahagian hidup kita...dalam pahit ada manisnya.

alamanda berkata...

eeee. aku mencik die(itu rajak). die dtg skola aku aritu tu. dua kali die toleh tgk aku(ceh! perasan sudah. wakakaka). tp aku buat sadin jek. yg pasti binik die tak la mari sgt. lawo lg ko. wakakaka. ikhlas ok.

afeezz berkata...

kak mas... toyboy pon toyboy lah.... haha

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....