yg sudi bersama cm....

Ahad, September 27

Setelah 15 tahun berlalu,aku temui Patt......(my follower yg ke 50)..


Aku tak pernah sangka blog ciklie PDKM,telah membawa aku menemui seorang sahabat lama yang sangat aku rindui,15tahun berlalu sekalipun aku tak pernah terserempak denganya walaupun dia ku tahu menetap di melaka.sehingga dalam satu n3 baru-baru ni ,sahabatku ini menyapa......



 ummu_hanis berkata...


cikgu mas? nama suria. masuria ke? sori ye kalau silap org. teringat pada sorang kawan yg nama nye masuria. salam syawal.
2009 September 26 21:08








SALAM UMMU HANIS@FATIMAH@TIM


YA ALLAH,SUBHANALLLAH,OOOI TIM,AKU ARRR NI MA`SU,KITA SEKELAS MASA FORM 6 USULUDIN( UMMU SALAMAH)KAT SHAROD TELOK MAS 16 THN DULU...UWAAAA DAH 15 THN KITA TAK JUMPA ARRR,KO TAK SILAP ORG ,AKU CHECK DAH JABATAN PENDAFTARAN,NAMA AKU SORANG JER CAM NI KT MESIA NI,HEHEHE...




ummu_hanis berkata...


ya allah mas, suka nye aku. Ko tau tak, setiap kali aku tulis blog kan aku musti teringat kt kau. Ye la masa tulis blog je aku perlukan skil menulis. Kt sek`olah aku ngajar math. Bile memblog tu aku mesti teringat ko kt bile nak jwb ketas, tulis aje apa ada dlm kepala sudah. Asal die panjang sudah. Hihihi. Tak sangka kite jumpe kt 'mekah'.

2009 September 27 09:29




Ya Allah!!! kawan-kawan semua CM hepi sangat... walaupun CM masih lagi menjadi penunggu setia di hospital ni,tapi melalui aktiviti memblogging ni,aku temui si "PATT" ,atau Fatimah Abdul Rahman.Kawan sekelas di Sek.Men.Kebangsaan Agama Sharifah Roadziah Teluk Mas Melaka.Kami sekelas ketika di tingkatan 6,tapi Patt,tak meneruskan study sampai peperiksaan STPM sebab Patt dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perempuan Melayu Melaka,jadi cikgu matematik dia.


hahaha patt ko teringat aku masa menulis yer???aku tahu kenapa..??? dengan perasan teror aku jawab.."dulu aku kan teror menulis,aku suka buat cerpen,aku suka buat esei dan aku paberet student cikgu sastera kita cikgu Yusoff,aku sangat minat menuliskan????tapi kenapa aku tak jadi penulis???aku bukan tak try jadi penulis patt,aku sempat study Penulisan kreatif di UM ,tapi aku tak boleh komited dengan aktiviti itu,aku tak mempunyai penguasaan displin yang tinggi untuk jadi reporter ..aku nakal,macam nakal yer kau.........tapi aku nakal lomah lombot,ko nakal comel.....hahaha

Patt
aku tak sangka ingatan kau menemukan kita,mungkin diblog ciklie hati kau tertanya-tanya siapa cikgu mas,aku tak izinkan ciklie interframekan wajahku,agaknya kalau aku interframe ramai lagi kawan lama aku jumpa .tapi tak pa arr  aku tak selesa glamour,macam kau tanpa wajah aku ...kau tetap dapat rasa aku kawan kau,itulah sahabat,

sapaan kau membawa aku ke dunia penuh keriangan di asrama Sharod thn bila patt??? hmm tahun tak penting,aku teringat kat kau lah  patt,ko sangat ceria orangnya,kau cakap cepat macam keretapi laju,ko suka nyanyi lagu omputih,ko peminat Luke Perry hero drama Beverly Hill tu,rambut kau cantik,pendek ala Lady D,masa aku tulis ni aku teringat kecomelan cara kau berjalan,Senyum kau walaupun kau dah tak de gigi aku tetap ingat sampai bila-bila,senyum kau sangat ikhlas,kau menceria suasana kelas,pas ko pi maktab kelas jadi hambar,kau selalu ckp kau tak minat buat form 6 byk benda kena baca,tapi aku minat betul aku cenderung pembelajaran ala hujah dan perbincangan,kau tinggalkan kami,ko jadi cikgu matematik arr.Aku habis STPM dengan jayanya,fulamakk patt bukan riak... tapi sikit eksyen aku dapat jugak beberapa ketul A dalam STPM dan aku jadi top 2 best student STPM,Top 1 Taty Salwani,aku dgr dia jadi lawyer sekarang,top 2 "mokcik" yg tengah menulis ni,top 3 Asyura Azmi ,syura pi study kat UKM n aku lost contact.....

Patt,
ko hebat yer sekarang,kau pandai masak,kau pandai jahit,anak kau dah empat......mesti suami kau sayang kat kau,sejak bilanya kau pandai menjahit ni???kau dulu agak tomboy kan.Masa merubah segalanya,aku yg kononnya lomah n lombot ni apa pun tak tahu,masak kicap tahu arr,hehehe.Kawan-kawan yang ada kat melaka tu produktif belaka,aku jumpa fauziahtun anak dia dah 7 uu,fuuh umur baru 33-34 kan....dia cikgu jugak,sekolah kitakan semua pompuan,...Sharod dlm kenangan...

Patt aku teringat kau suka sangat lagu fauziah Latif....."Aku sebutir Pasir"....lagu ni aku tujukan untuk kau!!!.....


Aku Sebutir Pasir



Artist: Fauziah Latiff



Senandung rindu mendayu

Mengiring langkah yang makin tersungkur


Terlalu jauh pendakian

Begitu tingginya harapan


Bermusim lama mencari


Tak ku temui sampai kini






Tak henti jiwa dipalu


Dugaan demi dugaan menguji


Rebah dan bangun sendirian


Mencari bumbung perteduhan


Mereka riang tertawa


Aku hanya sebatang kara






Perjalanan masa


Mengajar hati


Semakin tabah kini


Di dalam kemarau dan gerimis


Aku tetap tabah mengharungi






Tuhan


Aku bagaikan sebutir pasir


Yang lemah lagi kerdil


Teguhkan keimanan jiwaku


Agar tidak terpesong darimu






Beribu teman ketawa


Payah ku temu


Yang sanggup bersatu


Di dalam susah dalam senang


Yang hadir cuma kepalsuaan


Dugaan demi dugaan


Aku pasrah menadah tangan

P/s : Aku excited sangat,thanks pada ciklie,blog nyer menemukan aku dan kau,aku ada di hospital lagi ni.....satu hari kita akan jumpa yer........

26 ulasan:

ummu_hanis berkata...

ko dah buat aku nanges la mas. aku terharu nih. adoi doi doi. tp mmg ko ler sumber inspirasi aku sejak aku start tulis blog. tulis je ape ade dlm otak kau. hahahaha. mmg menjadi la petua ko. kalau ikot aku, tulis surat cinta pon aku bodoh. wakaka. tq mas. kene wat reunion kite nih. bukan ramai pon. entah berapa belas ketol je. yg paling senang carik ialah erin. kat tabong haji jalan banda kaba.

sI tEDI berkata...

Alhamdulillah.. bertemu sahabat lama...

hani@debumelukut berkata...

seronoknya...bukan senang nak jumpa sahabat lama ni..semoga persahabatan bertaut kembali.Alhamdullilah

cikgu mas berkata...

salam patt

aku terkejut besar pi blog ko tadi bila ko pun sibuk cerita pasal aku,berderau darah aku,bila ada gambar kat situ,aku tak suka interframe arr,jgn buh gambar aku kt blog kau...paling aku terkejut ko kata aku adalah manusia bertanggunjawab menjadi kan ko manusia terhandal merapu,hahaha,,,rupanya sejak sekolah aku dah teror merapu yer...

pi raah ..aku tak caya ko tak pandai tulis surat cinta,ko pun speacis jiwang berkarat.

patt,aku mmg teror wat org nangis,sbb aku pun teror buat diri sendiri menangis hahaha...

patt ,akan akan tulis lagi ttg kau n kawan2 lain insyallah aku nak selongkar gambar lama kiter..

cikgu mas berkata...

salam sitedi...

alhamdulillah..patt ni mmg disayangi kekawan..dulu

cikgu mas berkata...

salam kak hani

saya sangat tak sangka jumpa dia,ramai gak kawan saya jumpa tapi dia ni neverrrrr,tetiba dia interframe kt makkah fullakk,kt blog paberet saya.saya tak perasan dia sbb dia guna nama lain,saya guna nama betul...tu dia boleh trace tu....

ummi humaira berkata...

salam CM
owh bkn main seronoknya dapat temui kembali kwn lama .. jeles ummi...
tapi ummi bila balik kampung tanya khabar kwn lama , yg di khabar kan dah 3 org telah kembali kerahmatullah..
semoga Dina anak CM sembuh seperti sedia kala.

KSPulau berkata...

Salam..
Tu dia aihh..org pompuan nih, kalau dah jumpa sama kaum, tak tengok kiri kanan, jalan melenggang jeerrr... ada longkang pun diredahnya... tak gitu Cikgu Mas? Apa pun, selamat bernostalgia la Cikgu2 ... Kita kat luar nih tumpang nengok je laaa..

maiyah berkata...

wah.. sronok ler, sy pun teringin nak ketemu smula ngan kekawan lama dulu yg ntah kat mana.. mungkin satu hari nanti sy akan ketemu mrk kembali :)

hazeleyed berkata...

memangsayu campur gembira jumpa sahabat lama...semua memori pasti timbul kembali...
semuga berbahagia.

||alis|| berkata...

salam cikgu mas..

vavava... jumpa teman lama nih.. best rasanya nih.

alis pon harap boleh jumpa teman lama2 melalui blog.

tapi ade ke budak cina or budak banking tulih blog ya? hmm.. harap2 ada..

tapi kedatangan sahabat2 baru dlm blog tetap alis alu alukan... hooyee hoyee... :P

manzlie berkata...

slam cikgu mas...

alhamdulilah...berjasa jugak err blog PDKM nih...satu ahri saya ingin jumpa dgn Patt...sebab cikgu kata dia nakal gaban kan ..sure seronok bila bertemau...suruh Patt masuk ahli GPK nohhh...
to Patt jgn lupa daftar kat Presiden kami tuh and welcome to our group...

waslam

Dr Chenta berkata...

salam CM,
sy pun ingin menumpang sama kegembiraan itu....

Ayah Zain berkata...

Salam, CM,
Wau orang melaka dah jumpa sesama sendiri ni, apa lagik? ngeh ngeh ngeh,

ooo CM ni murid tua kat sharod yer. Anak buah ayahzain tingkatan 3 kat sana sekranag.

Blog CL ni menag bnayk berjasa pada semua orang, az pun dah jumpa beberapa sahabat baru ni. dah dapat makan lempeng, ikan asam pedas melaka yang kaw. ermmmmmm

Semoga Dina cepat sembuh yer

cikgu mas berkata...

salam kak ummi

ajal maut di tangan tuhan,di satu peringkat kita menanya kawan kita dah kahwin ke belum,?pas tu berapa anak ko,?pas tu dah bermenantu ke belum?,pas tu berapa cucu,?dan sampai satu peringkat kita mendengar satu demi satu teman-teman kita pergi meninggalkan dunia ni...

insyallah ptg ni dina discharge,alhamdulillah

cikgu mas berkata...

salam Cikgu KS

alahai org lelaki ni,depa suka gak bernostalgia,sajer tak nk tunjukk takut di katakan tak macho,

kenangan itu indah cikgu KS ooi..

cikgu mas berkata...

salam maiyah

kalau kawan2 maiyah dapat jejaki maiyah pasti depa teringin benar nk jumpa maiyah,tak payah maiyah cari...

pssst:tempat lepak maiyah cam care4 wangsa maju,jusco setiawangsa tu,tempat cm main pondok2 jer tu,7 thn cm dok kt setapak,kl.baru pindah ke putrajaya,pe kata satu cm belanja makan kt Johhnnys Seafood kat Alpha Angle Wangsa Maju.

cikgu mas berkata...

salam hazeleyed

memang gembira jumpa kawan lama,cam saya jumpa patt tetiba rasa diriku kembali menjadi si manis 18 thn tu dulu.

cikgu mas berkata...

salam aliss

aaahkan aliss sekolah cina,hanis kn rayau kt blog tulisan cina arr,mesti ada,tu,

kalau rayau kt blog tulisan arab,aliss jumpa blog abg samad lak,nanti cm bukak pencak silat..fulakkk,lembekk aliss...

cikgu mas berkata...

salam ciklie

fuuh memang berjasa kak situ cm jumpa noor,hanis,ayah zain,datin ,rezeki,che pitt.dan yg paling bertuah dgn tuan punya blog tu sendiri,yg semakin hari semakin manis berseri...

disitu jugak cinta CM dgn si dia terukir....
(samad arrr)

blog yg menjadi paberet cm,cm tgk kaabah kt situ...

P/s :::CL nk jumpa patt tu,patt kita powwww dia kt Mahkota Parade,makan apa arrr,yong tow foo,set arr...

cikgu mas berkata...

Salam Doktor

bukan sekadar menumpang gembira ,berkongsi kegembiraan saya sedia...

cikgu mas berkata...

salam AZ

aar CM dgn patt murid tua kat sharodz,oh anak sedara az kat situ,cerdik budak tu,sharodz sekolah berasrama penuh dan diistiyarkan sekolah kluster tu...

org melaka jumpa org melaka,bersilatlah depa,tapi ayat lahabau tahik kubau tu generasi muda cam kami ni dah slow sikit,ngeh,ngeh,ngeh..

Kak As. berkata...

salam CM,

syukur pada Allah kerana menemukan CM ngn Patt.

smoga silatulrahim berpanjangan.
tak sabaq nak tunggu gazering bulan 12 nih. InsyaAllah.

macamana Dina ?? dah discharge ke ??

Che' Pit berkata...

aku sebutir pasir?

hmm mcm tak sesuai je dgn CM.. kalau seguni pasir baru kena kot.. ngeh ngeh ngeh.. jgn marah yer..

Hanis berkata...

waaaa sonok2222.....jumpa geng2 lama kan kanda...kak ummu hanis nie dah lama juga link kat blog hanis kan...hanis perasan kak ummu nie sbb sama ngan nama hanis...

Hanis berkata...

akak..dina camne?

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today