yg sudi bersama cm....

Sabtu, Oktober 10

Sepetang Bersama Khairyn Othman....JOM KITA DATING!!!!!!


                         
Bulan ramadhan yang lepas ,CM dapat satu email,dari sorang follower CM,hehehe biasalah follower yang diimport dari blog ciklie PDKM,Khairyn atau nama sebenarnya Harny Abu Khair.CM suka panggil dia khairyn.Khairyn yang sedang menyambung study di Glasgow Scotland ni teringin benar katanya nak jumpa CM ni..adoi terharu CM ni!!!!katanya dia nak pulang ke Malaysia hariraya ini untuk memperbarui visa dan teringin benar nak kenal dengan CM ni......apalah sangat CM ni,biasa-biasa jer ryn!!!.CM pun reply lah email khairyn,dan amat berbesar dengan keinginan khairyn,CM pun memperlawa khairyn untuk lunch dengan CM,biar CM belanja,khairyn makanlah banyak-banyak yer....

(CM dating dengan Khairyn di Restoran Johnnys Steamboat di Alamanda Putrajaya,hmm best yer Seafood Steamboat tu,Khairyn kata dia tak pernah makan,CM kata "makan ryn jangan malu-malu,nak CM suapkan pun boleh,,,,,berselera Khairyn menikmati steamboat tuuuu...hepi Cm tengok youuu)



Hari yang ditunggu tiba...hari rabu lepas 7 Oktober,pas berbalas call dan sms,CM pun berdebar untuk berdating dengan khairyn.CM berdebar tau,bukan calang-calang orang yang dating dengan CM ni,seorang penulis hebat yang tampil dengan dua novel `meletop` di malaysia ni....baca lah novel khairy Othman yang bertajuk "Zahrah de Tigris" dan "Dame Zoete Sarah"....Dua novel dari penulis yang berbakat besar.Khairyn kini sedang mengikuti study dalam Jurusan Kewartawanan dan Penulisan Kreatif dari University Strathclyde,Glasgow Scotland..hebat Khairyn beliau study dengan pembiayaan sendiri,semua hasil simpanannya semasa menjadi wartawan di Malay Mail,dan beberapa harta yang dijual demi masa depan yang lebih gemilang.Khairyn juga belajar sambil bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Glasgow Scotland.Kata khairyn dia kini sangat bahagia dengan kehidupannya,tenang,berkat dan damai berbanding dia terkejar-kejar ketika di KL dulu...



(Kata khairyn CM cikgu sejarah  ni hadiah untuk CM...........Hadiah berupa buku yang dihadiah untuk CM ni,,,,terharu CM atas budi yg manis dari Khairyn tu...anak-anak CM pun dapat hadiah dari Scotland,seronok diaorang ,thanks aunty Khairyn....)



Bertuah sungguh CM dapat berkenalan dan bersahabat dengan khairyn,Khairyn sangat merendah diri orangnya,,omputih kata `humble person.Jangan tak tahu orang yang dating dengan CM ni Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris Tahun 2003Malay Mail.Taiplah namanya di google ada 12,0000 carian tentangnya....Adoii,camner nk speaking london ni!!!!..Tapi kata orang,makin berisi si padi,makin tunduk dia ke bumi...begitulah khairyn,tak de nyer dia sibuk nak speaking london,bahasa melayu cantik berseni.Cepat benar dia mesra dengan Cm macam dah lama kenal,macam kawan baik,hmmm biasanya orang kalau jumpa CM cam tu arrr,jarang benar nak rasa canggung or kekok sebab CM ni speacis `mesra alam`,CM akan usaha sungguh-sungguh agar tak de jurang antara kami,Kami berborak macam tak sedar diri,Khairyn bercerita tentang kehidupan di Scotland,CM pun wartawan pencen mulalah menginterview satu demi satu sambil makan steamboat yang lazat ni dan bercinta sambil menikmati "Banana Split " yang kami share berdua.Sedar tak sedar jam dah pukul 5 .30,ptg.CM kena balik demi tanggungjawab sebagai ibu,anak-anak di nursery.Kalau Cm bujang dah lama CM ajak khairyn tengok wayang cerita hantu "kuntilanak" atau  main bowling kat situ,hehehe..tetiba pulak CM rasa tak puas bujang,nak wat camner ???CM yang gatai nak kawin cepat,Khairyn ni dia tua setahun dari CM,bujang n single mingle si gadis manis ni,terbang bebas kesana kemari...hmmm jelesss pulak CM ni!!!!


Mekasih banyak-banyak untuk khairyn yang sudi dating dengan CM ni,sudi kawan dengan CM ni!!!hehehehe Khairyn dah mula rindu dengan CM ni,dia nak jumpa CM lagi sebelum balik ke Scotland seminggu dua lagi,hehehe biasalah geng !!!!!sapa yang dah dating dengan Cm pasti `dipasung rindu`..wah perah santan yer!!!!.Dari aktiviti blogging CM dah jumpa insan-insan istimewa seperti ciklie,noor,AZ,Hanis,Che pit..semuanya baik-baik.sapa lagi nak dating dengan CM ni?????col-col lah CM,CM boleh `melanja` makan tapi kenalah dengan taraf CM sebagai cikgu sekolah atap yer janganlah poww CM kat Shangrilla Putrajaya ker,,,CM tak mampu lorrr,kita boleh makan di alamanda or naik prebett sapu CM,kita pi makan cendol mamak kat Bangi,kalau org pompuan Cm belanja arr kat restoran best sikit,tapi kalau orang lelaki kita makan cendol bawah pokok kat Bangi tu,barulah romantik sikit kan,kan,kan,dan jauh dari fitnah!!!!

JOM KITA DATING!!!!!!!!!!!

P/s : pada khairyn.pas ni tulislah novel tentang CM fulakkk,watak Sarah,Khairunisa,and Zahrah dah ada,apa kata tulis manuskrip tentang si suria pulakkk,wakakaka.perasaannn yer aku hehehe....

31 ulasan:

ummu_hanis berkata...

salam mas,
suruh la khairyn masok sekali si timah. tak kisah la kot jadik mak hero pon takpe. tau la nama aku kuno sket. huaaaaaa.

arnamee berkata...

Salam.

aiyak. beshnyer dapat jumpe dia.^_^
nak jugakk

cikgu mas berkata...

salam fatimah

alaahh,timah ,biar sifu jer menulis tentang kau "Fatimah de Amour",tajuk novelnya ...wahhhh pasti meletoop loor,royalti kita share dua arr,,


kisah gadis kampung yg manis yang memburu cinta dibalik bukit di satu desa bernama Telok Mas,ala-ala drama Nir Kasih kat TV tu larr patt!!!ok kan??

cikgu mas berkata...

salam arnamee

aduhai comelnya kamu,terimakasih sudi singgah di blog CM ni!!!

yup memang best jumpa dia!!

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

CM ni memang ceria tahap gaban. Seronok pulak AZ baca n3 kali nih penuh dengan humor. Mesti anak murid CM ternanti cikgus sejarahnya bila nak masuk kelas nih.

manzlie berkata...

salam cm...

semua orang dia dah belanja..tapi sya lum lgi..buku 3 lima dah penuh dah...!!1

wasalam

afeezz berkata...

bujang? ade can le saya...

~red~ berkata...

salam..

beshnye kak mas jumpa blogger...
nk jmpa jgk tp terasa diri ni x layak je.
hehe...
kita ni study ag.
duit pn x de nk ke putrajaya.
kih3..

pape pn, smoga kak mas akn hepi slaloo ditemani org2 yg trsyg. :)

rezeki berkata...

salam cm,

alhamdulillah, ikatan silaturahim terpahat dgn izin Allah SWT melalui PKDM.

Sampaikan salam saya buat khairyn jika bertemunya. Semenjak balik cuti ni, mmg khairyn tak nampk di alam maya, menghabiskan cuti dgn sanak saudara dan sahabat handai.

betul ckp CL, bila nak belanja kita org pulak, pekena cendol pun ik apa, yang penting tali persahabatan dan silaturahim terjalin dgn penuh keikhlasan.

tapi kalau saya semngkuk cendol tak cukup CM, kurang2 2-3 mangkuk
maklumlah , saya kan budak baru nak membesar
ngeh,ngeh,ngeh

manzlie berkata...

salam cikgu mas...

tumpang lalu....

Saudra Rezeki kalau dah 2 ,3 mangkuk tak cukup sya lagi lahhhh lebih..buku 3 lima pun dah penuh nih...


waslam

maiyah berkata...

sronok dpt jumpa kekawan blog kan, sdp steambot tu :D

Noor berkata...

As Salam My dear..

first time jumpa misti cam 'kapel' dating2 kan.. tercari-cari, tertunggu-tunggu.. bila dah jumpa, tersipu-sipu.. makan guna sudu ngan garpu.. tertib gitu.. heh heh.. kenangan you..

opss cm belanja harny ye.. bila lak turn cheq.. nak jugak rasa steamboat.. misti masa makan kena pakai 'pelampung' kan.. takut tenggelam..

ngeh ngeh ngeh

psstt.. dik, CR dah 'wasiatkan'.. cendol dia utk akak.. bukan apa, akak tolong 'makan @ minumkan' on behalf.. kik kik kik

p/s tn ismet, 'budak baru nak membesar' tak leh minum cendol.. nanti gigi rongak.. heh heh

cikgu mas berkata...

salam AZ

Ala AZ,janganlah macam tu ,malu pulak CM ni,CM ni mmg cam ni,sedikit lucu orangnyer...tapi bukan minah lawak yer,sedikit humor buat penghibur hatii..AZ pun best jugak ceria sungnguh orangnya,kan CM dah pernah jumpa...kenangan indah juga tu..

cikgu mas berkata...

Salam ciklie @ Abang Aji

Kali ni sebab cerita pasal dating, kita panggil dia abang aji ok!!!!adoi abg aji suka sebut melayu mudah lupa,cuba abg aji recall,recall very carefully,,tu kata omputih,ommelayu kata ingat bebaik.Abg ajilah the first blogger fren yg CM belanja tau,

apa??? tak ingat gak...ok Equiene Park Julai 09,,pizza hut,tapi ciklie jenis makan sikit,ada ker mintak roti jer,lainkali poww lah lebih sikit pizza extra large,air 2 jug ker....untuk org mekah tuuu,cm sedia dipoww...

cikgu mas berkata...

salam afeezz

aaah dik,bujang n single mingle,mmmg ada can dik,tapikan dengar kabar,dirimu sudah berpunya,kerana sudah berjiwang berbunga...kt FB dgr katanya...betul ker dik???,sodih akak,,,tak leh nk mengorat ko dik...

dik jom dating kt Rumah Universiti tu...sudi ker ko dik???hisss akak malu arr,wakakaka....

cikgu mas berkata...

salam red@merah yg manis

k.mas pun teringin benar nk jumpa merah tau,tak per dik,kalau lah kak mas tersesat ke shah alam,tetiba pi MSU tu,kita melanja red kt restoran arab sebelah UNISEL,or nasi lomak mak jah kat UITM tu,,,,red tak payah pi Putrajaya,,,budak sekolah ni lagi afdal kite belanja depa.CM pun masa belajar dulu semekin sungguh..dik,,beli breakfast sampai malam tak de duit dah nk makan,huhuhu,sedih kenangan itu..

cikgu mas berkata...

salam cik rezeki


Insyaallah CM akan sampaikan salam CR pada khairyn,betul tu kat PDKM ikatan sirahtulrahim terjalin,blog yg berkat pasti impaknya berkat...

kalau belanja rezeki ,pasti CM byk rezeki jugak,,,cendol tu mesti special lah rezeki..

mangkuk 1: Cendol pulur derian
Mangkuk 2: Cendol campur jagung +icekerim
Mangkuk 3 :cendol campur kacang merah ..
(mamak cendol tu kawan CM)

pas tu disebab cik rezeki budak baru membesar mesti byk dapat duit raya,rezeki blanja CM kt mekdonel bolehkan??,CM budak kocik gak,lagi budak lum tumbuh gigi ,hehehehe

cikgu mas berkata...

Salam ciklie

hehehehe,,segala hutang dalam buku 3 lima tu,CM bayar ansur-ansur yer,omputih kata instalment...jgnlah mintak bayar lumpsum..boleh muflis CM ni...cm sedar tu banyak lorr...hehehehe

sabar noo,omputih kata "tomorrow never die",,ommelayu kata "esok masih ada"..adoi sejak jumpa khairyn CM nk cakap omputih jer..

cikgu mas berkata...

Salam maiyah

honest saya beritahu kat sini,maiyahlah antara insan yg CM nk bertemu secara realiti,masa CM kat blog maiyah,CM baca,maiyah suka lepak kt carefour wangsa maju,Jusco setiawangsa tu,CM 8 thn mengajar di setapak KL ,thn 2009 baru pindah ke putrajaya,CM nak belanja maiyah gak,jommmm,Johhnnys Steamboat kat Alpha Angle Wangsa maju,tempat lepak CM hari2 dulu,tu,,

beri call no maiyah...ni email CM
masurieya@gmail.com

cikgu mas berkata...

salam k.noor

betul tu cam kapel.10minit pertama tersipu malu pulak CM ni,pas tu mulalah CM lebih sudu dr kuah...

jom arrr,kita melanja k.noor dtg lawat estet kt p/jaya ni col ah CM,pas tu kita pi bangi,makan kan cendol tuan ismet,Cm pulak on behalf ciklie..

ghinduuuuu arr kt k.noor

ummu_hanis berkata...

salam sifu mas,
takmo arrr. tak best kalau cam nurkasih tu.
susah sgt nak dpt centanye.
dah tu laki die cureng plak tu.
emmmmm cam cite ape best ek?
cam cite sepi lorrrr.
aku nak part vanida imran tu.
hihihi.

hajah zainab bt abdullah berkata...

dating ya! makan2 ya! bestnyer...
kak nab "kenal" khairyn tu agak lama jugak...baca blog dia lah..sbb kebetulan anak kak nab study kat U yg sama di sana. blog dia It is just about me..

cikgu mas berkata...

salam fatimah

hehehe..bila ko panggil aku sifu aku teringat movie "sifu dan Tongga"...cerita lakonan Apek dan Nabil tu..cam tu aku panggil ko Tongga arr..wakakaka

patt.vavava,pilem sepi lagi,aku nk cite kat ko.Masa pilem sepi kuar kt wayang aku ajak hubby aku menonton wayang mcm zaman dulu kala,pas tu dia kata "sori dear,no time and many thing to do..wah dia cakap omputih..aku jawab its ok,i can go alone...aku majuk dan pi tengok wayang sorang2 kt TGV KLCC,dan nangis sorang-sorang byk kenangan pilem tu,wakakaka....

ko nak watak vanida imran,alamak hero dia afdlin shouki,emcemmm ker??aku pulak nak watak Eja,isteri yg setia sampai ke mati ,digilai oleh duda yg sangat hemsem(tony eusoff),yg juga setia sampai ke mati.Aku suka orang setia2 ni patt...

(merapu jer sifu dan si tongga ni)

cikgu mas berkata...

salam k.nab

alamak sudah ditukar gelaran cikgu zainab,sodih pulak mas...


ye ker k.nab kenal dia,dia baik budaknya kak,mesra dan ramah orgnyer,nanti mas jumpa lg mas nk risik cerita anak k.nab arr...betul tu blog dia it just about me...byk persamaan antara kami,sama org melaka,sama pernah tinggal divista angkasa dan wangsa maju KL.kebetulan yg manis...

insan pendidik berkata...

Salam CM,

tiap tahun kita dating sama.Tapi bukan berdua pun. Memang seronok dating ngan hang tu. tahun ni tak de dating lagi...

cikgu mas berkata...

Salam cikgu Z @ IP

Ye lah IP tiap2 tahun kita dating sama,bukan sehari 6 hari tu,bukan sejam 8 jam srlama 6 tahun berturut2 dah adat hidup bertemu ada kala berpisah.IP dah pun nak meninggalkan kami tahun ni,IP nk melakukan anjakan pradigma,CM nk jugakn ikut jejak IP tapi CM ni kureeng perform...all the best IP,ada rezeki buat PHD yer...sampai boleh bergelar Dr,bangga CM kawan dgn IP..

syahbandar87 berkata...

untung dpt jmpe dia
:)

cikgu mas berkata...

salam Syahbandar87

Untung juga bertemu kamu,salam perkenalan dari CM,terimakasih kerana meninggalkan jejak...

KSPulau berkata...

Salam....
Asyik dok dating jer CM nih, sampaikan Raffles pun dibagitau dtg ke spore utk dating.... iasyy, tak baik Cikgu salah fakta tuh.. apa2 pun, ni ade 1 pantun utk Cikgu..
Naik bas pegi ke Sabah,
Kena la munasabah.
Semoga cikgu ceria sokmo, spt pasaraya ceria kat wakaf che yeh nhuh...

hajah zainab bt abdullah berkata...

salam mas,

mas ni umur berapa arr? kalau lahir selepas 1975..kena panggil saya mama!! sbb anak sulong saya lahir 1977,,heh3!

kenal khairyn tu kat alam siber jer..tp dah tau sume ceriter sbb baca sume entri...minat cara dia menulis...macam mas jugak...mama suka baca apa yg mas tulis..even komen2 kat CL tu!! mama pulak, kureng bab2 mengarang nih..all staright to the point.

~red~ berkata...

salam..

ye ke kak mas???
hoyea!!! beshnye...

nnti kalo trsampai ke s.alam, contact2 la sy tau.
tp wat msa skrg sy ada kat perak, kmpg saya selama sebuln.

yea, yea!! ada org nk belanja... :))

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today