Adoi,tak tau arr,nape lah semenjak dua menjak ni pelupa aku datang balik,aku sedar kalau aku mula lupa tu,lupa ni,tu satu signal ada satu yang tak kena pada,emosi dan mental aku ni.Bila berada dalam keadaan stress apa yang ada ditangan pun aku boleh lupa.2 hari 2malam aku cari cameraku,entah mana dia menyorok,puas aku mengingatnya.last digunakan masa upload gambar untuk tajuk diet tu,aku buat semua tu dibilik anak sambil meneman mereka tido,seingat aku ,aku letak ditepi my lappy di atas meja sisi di dalam bilik.camner boleh hilang?????budak-budak ni main ker.bila tanya kata tidak mereka kata tidak??hubby ambik,tidak mungkin,dia tak tahu guna dan tak pernah ambik tahu hal camera tu,orang masuk rumah ker?tak mungkin kerana barang lain tak hilang aku pasarah,setelah dua hari aku mencari aku redhakan pemergian camera tu,mungkin tak de rezeki,tapi separuh benggong memikirkan camner boleh hilang??mahai jugak beli tu,kalau tak silap rm899,masa tu si Pentax tu baru keluar jenis begitu..
(jangan cuba call number tu,sudahku ubah suai,silap2 dijawab oleh meenachi)
Pagi ahad tu,aku keluar untuk ke kedai ,tiba-tiba mataku menangkap satu nota yang diselit diwyper keretaku,apa tu????Ya Allah terharunya aku dengan kejujuran insan ini.....dalam hidupku ni aku selalu bertemu dengan insan yang baik,aku pernah tercicir purse,tapi dipulangkan oleh seseorang..
Alhamdulillah syukur nikmat ......perjalanan hidup yang aku tempuh ni,aku belum lagi bertemu dengan orang jahat.Sesungguhnya aku mohon aku dijauhkan dengan manusia yang jahat.Berbalik pada nota tadi,aku terkesima ,pelik bin ajaib,macamner camera ni ada diluar rumah?camner orang ni tau aku pemilik camera tu?oh mungkin dia tengok gambar dalam camera tu.....aku tetap yakin aku tak bawak keluar camera tu keluar dari rumah..aku tetap pelik...
sepantas kilat aku call number tu,satu suara lembut kedengaran dihujung talian,aku terang tujuan menelefon dan dia bertanya jenis camera yang aku hilang,aku beritahunya brand Pentax,dia mengesahkan kebenaran dan meminta aku datang ke apartment yer di blok F (aku tinggal diapartment sekarang ni,,belum pindah rumah baru lagi.......).Aku sampai dah memberi salam,keluar seorang gadis yang sungguh cantik berkulit cerah bersih,baik sungguh budak ni,cukup pakej dirinya,cantik jujur dan begitu lemah lembut,aku mula bertanya macam wartawan pencen,Gadis ini bernama Balqis,Balqis beritahu camera ni jatuh dari hand bag ku waktu pagi Khamis di parking kereta,dia cuba panggil aku,tapi aku dah memecut laju,biasa arr pagi-pagi biasanya kelam kabut.laa aku simpan dalam hand bag camera ni rupanya,aku tak boleh ingat langsung.Aku ucapkan jutaan terimakasih pada Balqis,terharu rasanya nak belanja anak dara ni makan Pizza Hutt,berkali-kali aku mengucap terima kasih,lembut dia menolak.rasa macam nak hantar sesisir pisang padanya tapi takut kelakar pulak.Aku doakan dia, sejahtera dunia akhirat...
Kesimpulannya aku sekarang semakin pelupa,2 bulan ni aku dah terhilang 3 benda penting,tapi ketiga2 benda ni ditemui semula,seorang kawanku kata aku ni `clumsy` apa tu?? tu kata omputih,org melayu kata kelam kabut,tu ada kismis dari makkah,pemberian seseorang padaku,aku kena makan 11biji sehari,ikthiar agar otakku `mantap` semula......baca doa agar aku tak lupa lagi.......tak careless lagi!!!!insyaallah!!!
75 ulasan:
salam cikgu mas..
harap harap makanlah lah kismis tuh yer..ubat pelupa tuh..insyalah nanti pu;lih lah inagtan mu..
wasalm
CM....asal jgn lupa anak, suami, makan, minum, sembahyang udahlah ye.
Kalau lupa makan...ok lagi, kurang2 boleh slim...
CM...betul tu...amalkan kismis, badam, tamar, minum air putih byk2, cuma berpuasa Isnin Khamis...inysaAllah ingat terus MANTAP
Nasihat tmbhn...jgn terlalu memikirkan sesuatu secara berterusan....kelak perkara lain kita lupa....cuba ye CM
Salam Cikgu Mas,
Kata orang " Banyak makan lemahkan fikiran".
Jangan terlalu risau. Don't worry be happy.
salam cm,
biasalah, semakin umur kita meningkat, daya ingatan kita semakin berkurangan
alhamdulillah, ada lagi manusia yg berhati mulia spt Balkis .
Salam CM,
Alhamdulillah, syukur kamera CM jumpa semula..
Kata kawan baik saya..Di saat kejadian2 yang tak terduga seperti ini Allah hadirkan mereka2 yang baik hati untuk menolong..itu tandanya Allah sayangkan kita..Wallahu'alam :-D
salam CM,
Manusia di sekeliling adalah cerminan diri kita, jika kita sentiasa berbaik sangka dan berbuat baik maka kebaikanlah yg akan datang dan org2 yg baik jugalah yg akan kita temui....
Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah buah anggur hitam, madu lebah, halia, buah badam, susu, air zam zam, kismis, jus karot & madu, epal, kurma, ikan tuna, tempe dan air soya.
Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Mudah2an kita sama2 dpt mengamalkannya, amin!
Salam kak...
Alhamdulillah...akak di pertemukan dengan org2 yang baik... sbbb akak nie baik hati....
Kismis dah dapattu.... mkan banyak2 agar akak dpt kuatkandaya ingatan akak... Org kata makan kismis bagus untuk oksigen dalam otak... coz zat besinya tinggi... Kekurangan oksigen dlm otak mybbkan kita rasa mengatuk, pelupa & lembab... wallahua'lam
salam kak mas : klu kite berbuat baek pada orang, insyaAllah org akan berbuat baek pada kite gak...
salam sifu:
hihihi. aku pon sama la ade masalah pelupe. sebabnye kan aku selalu makan dadah berbiji biji tetiap malam. tu yg aku pon dah jadik lalok. kalau mlm biasa dan aku takde migrain telan sebiji je la obat sinus. kalau kata ler ado migrain, 3 biji la termasok panadol. kalau terok kene makan dadah yg lebih power. kalau campo ngan saket kaki bagai, pehhh lagi banyak la gamaknye. aku rase penagih dadah pon jeles kot ngan aku. tu yg makin lama makin pelupe. dah lalok. kekeke. sok kurus sok takde le aku saket saket sume tu lagi gamaknye ye. semoga kuat ler balik ingatan aku nih.
ko stress???
ko bleh stress ke??
yg aku tau ko selalu senyoooooom je.
dan buat semua org senyom jugek.
senang je ati nengok ko senyom.
eh letak la gambo terkini.
windu aku nak nengok muka ko.
semoga masalah pelupe ko dan aku ni takkan berpanjangan kan?
leb u.
Salam Mas,
Kalu ter-misplace barang, atau hilang barang...cari sambil baca Al-Haq banyak-banyak...ni kawan akak kat FB yang kasik tips (betul...bukan macam saranan ting-tong akak yang lain...), masa tu akak termisplace duit yuran kolej si-Afro, duit asrama ngan duit poket dia...memang banyak jumlah nyer...carik punya carik...mulut komat-kamit baca Al-Haq...Al-Haq...Al-Haq....tiba-tiba..."tingggg...." datang balik ingatan akak..pagi tu memang lupa betul yang rupanya akak dah simpan kat tempat lain sebab takut hilang duit tu...yang akak ingat cuma lepas kuarkan dari ATM, masuk ke wallet...lepas tu blank....rupanya ada satu step yang akak terlupa lepas masuk ke wallet tu....
Cuba la tips tu....buat semua member jugak...(terutama Noor yang selalu lupa row getah mana yang dia dah kutip suse getah...terpaksa patah balik chek berkali-kali....dan juga supaya Mas tak lupa mengira 100 masa ko tunggu ikan masak....)
Lagi satu, makan le pil gingko biloba...akak pun ada masalah yang sama...short term memory loss...
Salam ciklie
pasal makan ciklie jangan risau nanti cikgu makan,kismis yg banyak tu kita buat puding roti pas tabur atas puding roti,nanti lagi kuat ingatan kan bro...hehehe
mekasih ciklie,sayang jugak ciklie kat cikgu ni!!!
Salam Imran
kalau lupa anak,suami,makan minum sembahyang,tu maknanya imran patut say goodbye kt cm ni,Mohon Allah menjauhkan musibah tu..
makan memang tak pernah CM lupa,bulan puasa pun CM tak lupa berbuka,hehehe
mekasih atas tip yg imran bagi,mekasih atas keperihatinan dan kasih sayang dari sorang sahabat..
salam cik mie
mekasih yer,insyallah cuba untuk menenangkan hati..
Salam CM,
wow cikgu mas udah hilang 3 barang, kemudian ketiga-tianga dapat semula. orang cina kata CM ada fung sui.
Alhamdulillah. Orang baik macam CM mesti ramai orang suka. Betul tak afeez.
pasal pelupa ni, az juga pelupa, mrszain kata az suka makan kepala ikan kembung ngeh ngeh ngeh.
Salam en rezeki
Alhamdulillah dalam dunia yang macam2 ragam dan karenah manusia saya masih bertemu dengan insan seperti Balkis,moga Allah melindunginya.
Salam shima yg manis
Alhamdulillah,jumpa kembali kamera akak ni,Shima pun baik hati jugak.
dan bila kita berjumpa iinsan macam tu,kita patut lebih baik dan mencontohi kemurnian budi insan sebegitu sbg tanda syukur,atas pertolongan Allah,,
Salam doktor,
Subhanaallah satu pengkongsian yang amat bermakna bukan sahaja untuk saya malah untuk semua teman yg saya cintai,
Doakan saya dapat melalui hari-hari mendatang dalam hidup yg sementara ini dengan hati yg tenang dan sentiasa dilandasan yg diredhai dan bertemankan mereka-mereka yang budiman,yang bukan sahaja menjadi menceriakan warna2 hidup malah teman2 yg membimbing saya mengenal tuhan,dan mengenali ertinya budi,
Terimakasih tidak terhingga atas pengkongsian ikhlas dari doktor yg budiman.perkongsian dari doktor sentiasa saya nantikan..
Salam atika
Alhamdulillah jika akak baik hati bimbang sungguh jika kita dijangkiti penyakit busuk hati kerana akan busuk dan buruk segalanya,Tika pun mempunyai hati yang cantik,tika pun sorang yang menyayangi kawan2,kuih raya tika tetap dalammm kenangan,
pelupa tu sebab kurang bersenam agaknya...
CM....ajaklah Balqis tu join geng blog kita...err...bg no hp dia boleh....saya nikan prihatin...hehehehe
Salam afeeez
betul sangat motto hidup tu,kita buat baik kt org ,orang pasti buat baik kat kita,tapi kadangkala bila madu dibalas tuba bukan bermakna kita tak baik itu ujian agar kita lebih kuat dan matang...Afeez juga pemuda yg baik hati...dalam garangnya kak mas tau awak lembut hati..betul tak??
salam Cm..
alhamdulillah syukur dpt semula barang tu ...
sbgai tambahan akak amal kan solawat masa cari brg hilang ... insyaAllah makbul ..@ amal kan ayat akhir dlm surah taubah yg bermula dgn ayat... لقد جاءكم رسول من أنفسكم.... sampai habis surah tu ,amal selalu 7x lps solat ..insyaAllah brg yg hilang akn diketemukan semula
Salam tonggga,patt,fatimah,timah @ummu hanis...adoi banyak betul nama ko ni!!!
Teringat pulak sifu ni sejak sekolah ko menderita migrain,rambut ko tak merasa nk panjang,selalu potong pendek kerana dek abang migrain tu,bila migrain tu datang keras kejang tubuh kau,aduhh sabar yer,bila dah kahwin pun ada lagi rupanya migrain tu yerrr....
orang kata sakit ni penghapus dosa,moga ko suci dari dosa,dadah yg kau makan tu adalah dadah baik jgn risau,si penadol tu kadang2 sifu telan jugak,sifu ni selalu kelam kabut..
15 thn berlalu patt
hidup tak seindah impian
stress kecewa,hampa selalu datang singgah dalam hidup ni,
adakala dia datang bertamu,adakala menerjah,sedia atau tidak jer kita sebagai tuan rumah menyambut kedatangan si hampa atau kecewa,jika kita sedia,kita mampu melayannya,jika tak kita pasti menangis,
senyum dan tawa ni bagai hiasan diri,adakalanya dalam senyum hati menangis,dalam menangis bibir tersenyum.kita mengatur hidup kita hanya Allah menentukan segalanya...huhuhu
amboii panjangnya,menangis Cikgu Yusoff,cikgu sastera kita baca komen sifu ni,pasti dia terus sayang kat sifu ni....
lab bieu tooooooo...
Salam Datin
kita ni sebenarnya jadi ibu banyak betul benda nk pikir,big boss guna remote control jer,everything kena ok,so jadilah kelam kabut,termiss place sini, termisplace sana...
betul kak ayat2 tuhan ,nama2 tuhan penuh hikmah dan kebesaran,kita ingat tuhan,tuhan lebih lagi ingat kita,dah berumur ni kadar memori makin turun gegt dia,ikut arr,banyak makan ajinomoto kot...
gingko kan kak,ada jugak dengar,kak rahsia kulit cantik cam akak apa yer..???
Salam AZ
Fengshui tu falsafah cina,kalau AZ byk knowledge about that,citelah kat blog,CM tak berapa faham fengshui ni,...
AZ kepala ikan best kan??? ciklie pandai masak kari kepala ikan woo,syaratnya ikan merah,pi lah tuntut dgn ciklie kita..
Salam Imran
hehehehe,CM tak berapa sporting bab yg satu ni,kalau nak jugak no handphone si gadis cantik ni,CM nak surat kebenaran rasmi dari Mrs Imran,bersama cop Pesuruhjaya Sumpah,bukan Paris punya court,tapi Mahkamah Syariah KL..
tapi kalau ciklie yg mintak CM,sporting jugakkk,ciklie!!!!! ciklie nak tak no hp si cantik manis tu,i rasa taste u tu???hehehehe...ciklie biasanya sungguh sopan dalam bab yg satu ni..
Salam kak umi
mekasih kak,guru Alquran mcm kak umi pasti banyak pengamalan yg berlandaskan quran dan sunnnah,terimakasih atas pengkongsian ni...
Salam Mas...
Jangan kau kacau Cik Lie tu...dia tengah nak fokus utk kerjakan Haji...jangan dimasukkan unsur-unsur yang boleh melalaikan dia...
(walaupun dia tersenyum sopan...tapi kena paham maksudnya yang mendalam...bulan 12 ni buat-buat le tertinggal handbag ke, handphone ke...pas tu kalau si Balqis tu buat nota lagi...datang le rumah nyer ngan CL...ini tips songsang akak yang no 5 ye...)
CM....ha paham pun...saya sebenarnya bukan nak mintak utk saya, tp utk Abg Li saya tu....saya setuju sgt cdgn Datin...baguih punya akal...tak sesia gomen anta bljr sampai US....berbaloi....hehehehe
CM...on serious note, untung CM...itulah keindahan duniawi yg Allah sediakan utk kita...ada kekurangan kita, ditampung pulak dgn kekuatan pasangan, sahabat, taulan, jirang tetangga. LIFE IS SO BEAUTIFUL....All praise to Allah the almighty.
Mas,
psss...tips makan gingko biloba tu amalkan ye...tips utk kulit muka putih gebu dan kemerah-merah jambuan....senang je...serius ni...untuk tips sebenar akak emel nanti ye...sebab kalu Mas tengok gambar akak kat FB masa sekolah dulu...macam meenachi...
Datin...meenachi tak pe asal jgn tangachi...hehehe...apa tipsnya...citelah, mana tau ropa saya pun boleh jd kemerah2an....hahaha...lawaklah Datin ni
Salam,
Ala kak nija... takkan bagi kat kak mas sorang jer... nie jeles nie... hu.. hu.. bagi ler pada semua ahli GPK... he.. he... he...
salam kak nija
mas kan tertarik betul dengan kesopanan abang aji bila berbicara soal yg satu ni,lembut dan tertib penuh dengan bahasa tersirat...tapi senyumnya,tawanya ...ku juga memhami sesuatu..
tak perr ajaran songsang mu ku upgradekan lagi,tinggalkan hang bag yang penuh gambar ciklie satu sampul surat,bila balqis nk trace mesti dia kena bukak itu sampul,amboii ternampak gambar2 itu,kemudian ku call ciklie untuk menemankan mas mengambilnya dari balqis,ku ajak balqis makan pizza hutt bersama ciklie...hehehe
ok tak perancangan ku ni...hehehe
salam kak nija
boleh ker si coklat badam ni,bertukar kulitnya jadi pink kemerahan????aduh bagilah tip ni,
peliknya menachhii jadi amoii,atau chiaki (pompuan jepun) kulit kak nija cam pompuan jepun..
balqis tu sungguh putih kulitnya,ku tahu ciri2 yg ciklie tunggu ...kriteria wanita pilihanya tersimpan dalam fail..
salam en imran
sungguh murni hasratmu,usahakan sesuatu untuk abang kita kan,kita doa kan yang terbaik untuknya..
pssst imran,cm dah jumpa khairyn tu,cm sempat menanyakan khabar imran dan alkisah hidupmu,cm teruja nk tahu pengalaman imran buat haji,cite lah kt blogmu,dr cerita khairyn cm seronok kawan dgn imran,balik mesia dtg umah cm yer!!!!kita rapatkan ukhwah.
salam Imran, Cikgu mas dan Datin asnija...
aduhh apalah yang dirancangkan tuh..kan keh bulan dec nih jadual ku dah padat..? takleh nak masuk lagi dah...semua dah di atur...pas jer lah si manis Blqis tuh kat Pjarl..heheheh
anyway mekasih nohh atas keperihatinan anda semua..lapp u all
waslam
CM...la ye ke...mandailah si Harny tu...hehehe. Nanti saya buat cite haji di blog saya soon...mmg cukup istimewa...dlm sy menaip ni pun meremang bulu roma saya...bergenang airmata saya. Ya Allah kau maha pengampun lagi maha penyayang...limpahilah aku dengan keredhaan dan keampunan Mu.
Salam Cikgu Mas..
Alhamdulillah,
beruntung betul CM ..kalaulah bukan Cik Balkis yg jumpa camera tu..tak tau lah apa jadi..kalau org yg tak jujur yg rembat agaknya tinggal kenang-kenangan jer lah camera tu..
Apa pun kakpinat menyokong padu segala perancangan CM dan kawan-kawan..bulan berapa nak mula buat bunga telur ni? kakpinat nak join sekali..
Selamat berkenalan dr sri kembangan!
Salam, Kasih Sayang Allah terhadap CM. Dikembalikan segala yang hak. BERSYUKURlah. Bagi ambo pulak kalau dah hilang...........TAK JUMPA-JUMPA.
salam CM
wow rmainyer pengomen die..segan plak kite nak komen..hehe..CM nak juga kismis tu,kite asyek lupe jek bab blajar nie,payah sungguh la nak ingat sesuatu,nak kata kuat makan semut tak la jugak..adoi..CM doakan kite dapat jawab exam yea..cayok..cayok
Salam Cikgu Mas,
Salam pengenalan, boleh ke akak sama2 meninjau dan mengomen blog CM ni, seronok la dengan group ni, kalau boleh akak nak jadi kawan you all boleh kan, jawabye cikgu, nanti boleh kita jumpa, kita kat sini je ,lain la CL , IP tu jauh, tapi kalau ada gathering akak nak ikut ok ke, maaf ye CM kalau mengganggu, CM baikkan..
Salam,
Kak pinat, cerita bunga telur kembali lagi ker? He.. he.. he..
jujurnyerr.. ehehe
salam,
Ya Allah....kakakku sorang nie..hanis tak rasa akak seorg yg pelupa...tp kalut sikit...huhuhuhu...hanis rasa camare tu terjatuh time kak mas dok kalut mencari kinci kereta...selalu mencari kunci kete tak jumpa...tul dak kak noor...hanis masih ingat lg masa kita dok cakap tipon, kak mas otw balik dr ambik anugerah...kata bag duit hilang...cari punya cari ade bawah kerusi kereta...huhuhuhu...
kak nija...hanis terpegun melihat petua akak nie...& hanis tak leh bayang abg hanis kat paris wajah kemerah2an pasnie... :-) awet muda... :-)
kak mas....idea kak mas hanis sokong...cheyooooo....
akak...lg satu..takkan ajak cik IP aje p umah akak...hanis nie dah lama dok menunggu akak ajak...dr umah lama ke umah baru...tak dpt2 lg undangan akak...just terima undangan p tolong mop lantai aje...huhuhuuh
kak norsidah...CM tgh sibuk tu..takpe..meh hanis jwbkan...welcome to our group...akak isi borang kat kak mas yee...nanti kak mas bg jawatan GPK kat akak...cuma satu..akak pasni leh cari spec itam bosa yeee...tu tread mark GPK....
mama dh baca sampai awal spt.CM memang penulis berbakat!Mama masukkan cm dlm kawan maya mama...Bye
Salam sumer...
petibox akak penuh, sume tanya tips nakkan pipi kemerah-merahan...termasukla pijal...dia kata balasan untuk tips gerdel yang dia kasik kat akak ari tu...
Ready...nak ke betul tips tu...ok, tips nyer macam kat bawah ni:
sebelum tidur, lepas wudhu', basuh kaki sume, baca 3 Qul, salawat 11 kali, zikir 33 kali, baca doa tidur, lepas tu lempang pipi kanan 3 kali, pas tu lempang pipi kiri 3 kali....then tidur macam biasa...kalau tak sangup lempang sendiri, suruhlah hubby atau sesapa yang ada dekat melempang nyer...esok pagi, lepas bangun tidur...sebelum solat subuh, tok sah gosok gigi dulu, minum air masak segelas, lepas lempang lagi pipi kanan 5 kali, then lempang pipi kiri 5 kali juga....buat macam tu sehingga mendapat tahap kemerahan pipi yang diinginkan...
Selamat mencoba....
berapa kali lempang daa...
itu macam kalu..bukan kemerah-merahan lagi, lebam berbirat dibuatnya..^^
dah mai dah petua tingtong dia...;)
Salam ciklie
laaa tak nakkk kerrr,???dia nii liattt berul arrr..tak per,fokos pada hajii dulu,!!!
Salam imran
ok,saya tunggu,didoakan Allah memberi idea dan kekuatan memori padamu untuk menulis detik-detik indah haji dulu,dgr cite harny pun dah teruja,
salam kak pinat..
Alhamdulillah saya doakan akak pun dapat jumpa org baik mcm balqis ni,kalau org baik ni kak takkan mudah nk rembaatt brg org kak..
hehehe untuk projrk ciklie tu kak pinat ni saya bubuh kt AJK wangian dan bunga rampai,tukang hiris bunga rampai sebab akak suka lawat taman botani,hehehehe,boleh akak kutip bunga,hiris daun pandan,pas tu tukang tabur bunga rampai kt tetamu,ok kak???
Salam sayang untuk mama jue
dekat benar sri kembangan tu dgn saya,hampir setiap minggu pi pasar borong tu,pi kat blog mama ,rupanya mama ada di Lestari Perdana yerr,tu dekat umah kawan Cm tu...
salam perkenalan,berbesar hati saya untuk nerkawan dgn mama jue yg mesra ni..
salam cikgu Aidil
Cm doakan cikgu aidil pun bertemu dgn insan yg baik seperti balkis,menemukan sesuatu yg jadi hak kita,CM harap dalam hidup cikgu aidil kalau tak jumpa Allah gantikan yg lebih baik dr yg hilang!!!
Salam yuyee
sebenarnya yuyee ni sebijik mcm CM masa belajar dulu,hepi2 tak berhenti,bila exam berpeluh satu badan,bertapa dilibrary ,tak ingat makan minum,lagi pulak cm student history courses,berpuluh2 cite sejarah nk kn ingat,apa cm buat ialah study,doa,dan selalu call mak kt kg,pasti jadi tenang menjelang exam...
try ur best and all the best untuk yuyee,bila poning sapu minyak yuyee yer dik..
buat apo yer malu nk mengomen kt blog cm ni,???mereka semua kawan2 cm yg sangat cm sayangi termasuk yuyee..
Salam kak nija
bila ku baca tips yg meletooopp tu,timbul satu idea,hehehehehe,tungggggguuuu!!!!
salam tika
bunga telur ni biasanya cepat benar dicantas oleh ciklie,tak sempat kembang dia dah tepis,
Salam en_me
betulll tu,jujur betul that girl.
salam hanis
tu arr,akak ni selalu cepat panic benda depan mata pun tak nampak,kena byk reliks n control myself...
nanti akak jemput arr hanis yer,rumahku kosong lagi..
tq hanis,i lab bieu..
Salam mama jue
tq sudi baca citer saya,saya suka bercerita dan amat seronok bila org mendengarnya,bakat apalah sangat mama,menulis ikut rasa jer,cm bukan penulis...
kawan cm khairyn discotland tu penulis...
tqvm sudi berkawan dgn cm di alam maya...
Salam kak pinat
tang ting tong tu,yg buat seronok sungguh berkawan dgn datin niii.hehehehe
Salam datin..
oh lempang melempang rupanyer sebelum tido,tapi kan,kan CM ni suka cubit mencubit n cuit mencuit sebelum tido,hehehehehe,manje gitu...
Salam Cikgu MAS,
Sibuk sgt tak pe, nanti bila free bolehla jwb, nasib baik la adik Hanis yang tolong jawabkan salam pengenalan akak, sama je, sebab kita dlm satu group,terima kasih ye dik.
CM betul ke ada borang untuk masuk group ni, meh la akak isi, sanggup tu, maklumla orang baru, kenala
ikut kata kan.....pasal spec itam tu no problem dik boleh je.
Salam kak norsidah
maaf saya tertinggal nama puan,maaf sekali lagi,saya amat berbesar hati kak sidah sudi bertukar pendapat dengan saya,dan sedia berkawan dengan kami semua,hiss tak payah borang2 kak,masuk umah saya ni pun tak payah ketuk2 terbentang luas pintu untuk semua yg sudi membaca..
Terimakasih kerana sudi berbicara dgn mama.Mama rsa CM dan CL serta geng2 1 kepala betul,mesra an happy aja.Bila senang ,kita jumpa,mama pun selalu ke pasar borong tapi tak bestlah jumpa kat situ...klu ke rmah geng di LP tu telefon mama ya!
sy ppun slalu lupa
CM...tips Datin tu ntah betul ntah tidak...usahlah yg bekulit badam goreng dan badam hangit mcm saya ni nak sibuk lempang melempang...takut tersalah lempang, terus jadi lempeng muka kita yg tak seindah mana ni pun...huhuhu
Sampai hati betul Datin...nangis si Gedel Triumph tu...tak dpt korek ilmu Datin...ngeh ngeh ngeh
salam,
bila kita baik ngan orang tentu Allah hantarkan orang baik untuk kita.
segala galanya dengan kehendak NYA jua.
Cm sibuk nak pindah ke Villa baru yer ??? smoga selamat kesemuanya.
salam cm
mana, lama tak nampak btg hidung naib pengerusi gpk ni ngeh,ngeh,ngeh
sibuk kat kebun gotah, sekrg musim hujan
takkan cik noor kita tu pelupa juga mcm Cm sampai lupa jln pulang lps menoreh ngeh,ngeh,ngeh
psss jgn marahhh , nti estet tu ayahanda yang punya
Dah habis kemas rumah?,jom pi alamanda,mama belanja piza.Betul ni mama nak jumpa,mama akan bawa askar dan jenderal ,CM bawalah sama ...Tel mama ya 0123419536..tapi kalau ada masa dan kalau sudi le...
Salam mama Jue
betul tu CM dgn CL kawan,dia tu tak sekepala dgn CM,dia lebih mature, serius dan polite,tapi kalau tengok dia pun ting tong cam CM tu sebenarnya CL tu sajer melayan CM ni,CL tu baik,kalau mama jue kawan dengan dia,dia layan jer otak mama,...he is nice guy...Alhamdulillah...
Sebenarnya kat Lestari Perdana tu umah kawan CM yg sebenarnya mama jue pun kenal,hehehehe..
Salam maiyah
ye ker maiyah selalu lupa,susahkan??harap maiyah sihat yer,tak sempat tinggalkan jejak kt umah maiyah tapi ada sajer jengguk maiyah,,,
Salam imran
imran cuba dulu jgn putus asa,CM dah cuba petua tu,makin gebu ni...
Salam S_
Nice to know u,tapi macam dah lama CM kenal S ni,macam ada jalinan kasih yang sudah lama terikat,gaya bicara mengingatkan CM pada seseorang..
CM belum pindah lagi,umah biasa-biasa jer,mana ada sampai villa tuuu!!!
Salam rezeki
CM pun ghinduuuuuu bangat kat penoreh getah yg jelita tu,dia sibuk sangat skrg ni,selain menoreh dia buat akaun estet,so nk hujung tahun ni audit datang kt estet dia,kebetulan anak2 nya exam,kn beri tumpuan tu...
hujan2 ni pendapatan merosot,knlah anak mami tu buat part time sebab katanya nk melancong cam rezeki gak...
salam mama Jue
terimakasih tak terhingga besar hati menerima jemputan mengeratkan ukhwah antara kita,hmmm mama Jue tak perlu kalut pi Alamanda tu,CM boleh pi Jusco Equiene dekat jugak dengan umah CM ni,Insyallah yer,buat masa ni belum berkesempatan lagi,cuti-cuti sekolah nanti CM cuba untuk jumpa mama,insyallah CM pun seronok dapat jumpa mama,take care n sayang untuk anak2 mama...tqvm for ur number..
tk. tumpang lalu skit,mama kureng skit dgn jusco tu. tiap minggu mama ke alamanda,dkat situ tgk muke melayu je, lpas tu ade MPH... mane crite baru...
Catat Ulasan