yg sudi bersama cm....

Khamis, Julai 30

Sekolahku dah ditutup......nak buat apa ni??



Minggu lepas SMT Kajang diumumkan ditutup seminggu bahana selselma si pinky tu..pas tu dengar berita..SMT Perdagangan Johor Bahru, beberapa buah Politeknik,UITM,Kolej Mara,masing-masing menerima nasib yang sama.


Minggu lepas jugak sekumpulan pelajar dari seluruh sekolah teknik zon tengah datang bertandang ke sekolahku menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Add Mate,termasuk SMT Kajang yang telah dikurantin.2 pelajar dari sana pada masa tu,demam panas,terciut rasa hati adakah pelajar ni kena......????,tapi kami semua mem `positif`kan diri..hiss tak de pape kot??..esoknya 2 pelajar tu kelihatan sihat selepas diberi ubat demam.Bengkel tu berlangsung selama 2 hari dan semua pelajar yang datang menginap diasrama sekolah kami yg semua pelajar berjumlah 900 orang tu...



Hari Isnin,masa nak pi kantin aku tengok..hampir 30 orang pelajar menanti bas untuk ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi,kelihatan semuanya letih lesu,demam kata mereka.Seorang pelajar menyampuk "Biarlah cikgu,,kena selselma ramai-ramai..sekolah tutup,kita dapat cuti,boleh horey-horey!!!".....hiss bulat biji mataku memandang pada si loyar buruk tu...


"Kamu ni kan mulut tu jaga....tahu tak sakit ni boleh bawak mati!!!!nak cuti punya pasal boleh pikir macam tu sekali...kamu ni sihat bukan nak doa kita semua terlepas dari musibah,boleh doa dapat musibah pulak,pendek betul akal kamu"...suaraku sedikit keras,geram dengar penyataan budak ni!!!nama pun budak!!!pikirpun macam budak..kalau tak betulkan kita pulak jadi budak...


Hari selasa dengar khabar dah 20 orang pelajar kena kuarantin di satu bilik diasrama,termasuk Faiz pelajar kelasku....kamii cikgu-cikgu sedikit cuak..macammana boleh jadi macam ni???...kelas hari selasa berjalan seperti biasa,tapi ada juga dengar ura-ura sekolah kami sekarang dalam pemantauan serius Jabatan Kesihatan.


Pagi Rabu kira-kira pukul 10.30,aku masa tu baru nak mula mengajar di kelas 5 Kejuruteraan Elektrik,baru nak bukak tajuk Dasar Ekonomi Baru,tetiba dengar pengumuman dari pejabat...


"Assalamualaikum kepada semua warga SMTS,....

ANDA DIKEHENDAKI SEGERA KE DEWAN BESAR BESAR AL JAZARI UNTUK PERTEMUAN TERGEMPAR".........


Dengar pengumuman tersebut,aku terus mengarahkan pelajar segera beredar dari kelas,dan bergerak ke dewan besar,di dewan aku lihat ada 5 pegawai Jabatan Kesihatan daerah Sepang,yang memakai mask menutup mulut berbincang dengan pengetua,setelah keadaan tenang pelajar dah berbaris elok,semua guru dah ada di dewan,Doktor Azahar dari Jabatan Daerah Sepang memberi sedikit taklimat.


"kepada semua warga SMTS...dimaklumkan 3 orang pelajar dari sekolah ini disahkan positif HI NI...dan untuk mengelakkan penularan HINI sekolah ini dikehendaki tutup serta merta berkuatkuasa hari ini jugak"..................


Pelajar-pelajar ku bersorak riang,sebagai sebuah berasrama peluang untuk balik ke rumah adalah sangat dinantikan,kami guru-guru kebingungan,ke

40 ulasan:

kak mala berkata...

Salam CM,

Sebenarnya penularan wabak H1N1 ni agak serius kan . Selasa lepas anak akak kat UPM pun kena balik dan cuti hingga 4 ogos. Moga2 kita dijauhkan dari pnykt ini. Akak cuma mampu berdoa dan ingatkan anak2 smua jangan lupa dari membaca zikr al ma'thurat setiap subuh n magrib.

Hanis berkata...

Salam kanda...

semoga kita semua berada di dalam lindunganNya...

Cikgu Mas kebingungan???? ;-)

apiz hensem berkata...

UM bile nak tutup plak ni!!!!

apiz hensem berkata...

aik... salah time blog akak ni, sekarang pukul 12.07 tgh malam, tapi dia tulis 9.07 plak... sila betulkan yer

cikgu mas berkata...

salam kak mala..

ye serius kak..menurut doktor,dia boleh menular menerusi titisan udara tapi tk usah bimbang sangat,kalau sihat tiada sakit kronik,kalau kenapun,insyaallah boleh cover,ttp sangat bahaya pd pengidap premonia.sakit buah pinggang,cancer,ibu hamil,warga emas,dan bayi bwah setahun.Insyaallah kak..moga Allah melindungi kita..

Betul tu,UPM pun dekat dgn kami,dgr dah UPM dan tutup,UITM di utarapun byk yg dah ditutup.

budak2 saya sakan horey-horey lupa SPM dah dekat,silap haribulan org cuti penggal bulan 8 nanti depa kena sekolah ganti,hu,hu

cikgu mas berkata...

salam adinda

Amiiin,moga Allah melindungi,ini peringatan Allah pada manusia untuk kita berfikir..

Ya aku kebinggungan,,,kerja mengunung perlu ditinggalkan dahulu,dan kebegingungan melihat telatah pelajar yg amat seronok bila sekolah ditutup,suka dgn musibah pulk depa tu!!

cikgu mas berkata...

salam apizz

hah,ini seorang lagi berpikiran cam pelajarku tuu,nak cuti punya pasal dia harap sekolah tutup.UM tutup,staff kena keja,hu,hu,hu

pizz...cikgu ulang sekali lagi cikgu ni buta IT.cikgu noticed tarikh my blog ni sebenarnya lewat sehari dari tarikh sebenar,kalau hari ni JUmaat,my blog appears hari Khamis,tak tahu camner nak baiki,nak edit or delete catatan pun tak pandai lagi...bagi kursus sikit dik oiii....

Che' Pit berkata...

hmm cuti ek? wah wah wah seronok lah cikgu g shoping kan kan kan.. jusco ekuine dah, alamanda dah, jusco balakong? the mines? hmm barulah logik sikit kalau kata org balakong nak beli sardin kat jusco tu atau mines.. ni p jauh2 sampai jusco ekuin semata2 nak beli sardin jerk!!

cikgu mas berkata...

aah lah comey !!!kita cuti sampai 5 ogos,aduhai noti arrr...tak puas hati tu kes sardin,masih lagi dipertikaikan kebenarannya,cari sardin jauh sikit apa salahnyer..sambil menyelam kita minum air,kat pizza hutt..he,he,he..

juk berkata...

Salam,

Jemput ke blog saya yg x seberapa. Kalau sudi jom la bertukar2 bloglist. Sy ni kwn Hafizal.

Sir Zuki
SMK DMPR2
zukidin.blogspot.com

Noor berkata...

As Salam..

che'pit.. beli sardin kat sunway pun ok gak.. wa ha ha

Hanis berkata...

piz...hang dah jumpa sardin yg tertinggal kat dalam kereta tu? ade brape tin? cam ayam ka? ;-)

cikgu mas berkata...

salan n dear Juk

tqvm sudi ke mari salam perkenalan saya hulurkan..amat berbesar hati dn jemputan Juk...padang bola sekolah saya tadahkan..

Aduhai dah pi dah blog juk..aduh mak ooi,macam2 pintu saya kena ketuk.cikgu sejarah yg rabun IT ni,terpingga2 kat sana,sudi2 lah datang sini..

cikgu mas berkata...

k,noor sardin kat sunway mahallah kak...

kak kita dah tau dah nama payjarl.hafizal rupanyer..bukanlah cam yg kita teka tu????camner nak teruskan projek???

Kak As. berkata...

salam CM,

errmmm... bolehlah jalan2 bawa abg samad sementara abg samad ada kat KL nih... heheheheee

selamattttt.

cikgu mas berkata...

hiss hanis nii,nk tahu jugak..adalah sardin tu,dah masuk beg,,

cikgu mas berkata...

salam k.as..

ada-ada ajer...abg samad kan mana ada kat sini??...he,he,he..huh sporting betul

apiz hensem berkata...

di sini saya ingin membuat pengumuman bahawa UM tidak akan ditutup walaupon ade kes selsema si pinky tu. Keputusan pihak pengurusan adalah muktamat. Buat masa sekarang UM masih lagi kebal dari serangan virus selsema si pinky.

cikgu mas berkata...

aduh apizz,,frust yer bunyi..NC kena baru lah leh tutup.

Che' Pit berkata...

salam hanis,

kan cheq dah kata hanya sandiwara semata.. usah lah dikau terperdaya dgn mainan sandiwara mereka.. jgn kan sardin, ikan bilis sekoq pun takder..

ok kak noor, ahad ni kita p beli sardin kat sunway yerk..

uiks, Mr Marzuki pun dah pandai masuk ke sini? hehehe.. welcome abg juki..

CM mmg ler cheq ngaku nama cheq hafizal.. CM je yg tak tahu.. hanis, apiz, madey semua tahu..siap nama bapak lagi.. betul tak korg?

Noor berkata...

che pit..

p umah hanis dik.. part duit bertimbun tu.. jawap pantun akak..
sardin.. sardin.. jawap dik.. kang kul 5 akak dah tutup kodai.. he he

Atikah berkata...

Salam kak mas...

Semoga kak mas sekeluarga terhindar dari virus tu... Aminnn...

apiz hensem berkata...

frust le kak mas.. klu tutup walaupon kene dtg keje, student takde, takyah layan student.. itu yg penting.. hahah

Hanis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hanis berkata...

hahahaha..ye laa pijal...rasenye kat XPDC tu pon ade tertulis...ehhh no I/C hang pon cheq ade....

~red~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~red~ berkata...

Salam ka.mas..

kat Msu pun sy ada dgr rumors yg mengatakan dah 15 org kena H1N1...

ntah btol ntah tdak..

tp x de action taken pon...

dunia skrg, mcm2 dah jadi...

manzlie berkata...

salam semua....

hampa nih semua duk cakap sal sardin jer...bukannyer nak cari kan untuk cheq tapi pertikai kan cheq beli sardin lak...kan bulan syabban nih..bebanyakkan lah amal ibadah tuh sembelum cheq balik makkah nih...so masih ada peluang nak bagi sardin kat cheq lah kalau dah rasa takda sardin yang dibeli arituh....hehehehheeh

tul tak cm..

sivik dan skema - syukran wasalam

Hanis berkata...

hahahahhahahahahha.....tak terjawab....nak gelakkkk...pijal & kak noor....ade org mintak sardin kat kita pulakkkkkkkkkk......

Kak As. berkata...

salam,

apahal ni ???
nak sahur ngn sardin ke ramadhan ni

tapaulah banyak2 untuk sebulan
+ - 30 tin cukuplah tu.

hehehehe ... hanis pun nak sahur ngn sardin gak ke ???

cikgu mas berkata...

salam che pit

cikgu dah tahu nama betul ni,adalah projek cikgu ni..tunggu arr..

Abg juki dah sampai sini...selamat datang ke duniaku..awat hang gelakkan sir zuki tu che pit???ada lah hang tu??

sardin tu dah courier dah ke makkah tu pasal tak nampak!!!tak sudah2 tuduh bersandiwara..nanti kita pi sunway kita tambah lagi stok..

cikgu mas berkata...

salam atikah

aminnn atas doamu...awak pun hati-hati..

cikgu mas berkata...

apizz selayang..

oh baru ku tahu rupanya staff UM ni tak suka layan student,masa ku belajar dulu patutlah staff suka wat muka berlagak dgn student,,,pizz,hang kerja kat Klinik pelajar ker??? doktor sensasi n kontroversi tu "Doctor Bala" ada lagi tak kat situ??

cikgu mas berkata...

Salam..

sapa lah yg banyak `mendelete` komen kat sini ni??cepat mengaku!!!

cikgu mas berkata...

hanis!!

pasal apa ada ic number payjarl.???.beri k.mas ada projek besar untuk dia...

cikgu mas berkata...

dear merah

rumors jer tu kot??? yang penting merah jaga diri tau!!! ada jumpa sir charlie tak??hai dia lupa ker girlfreind dia kat sini..lama tak tanya khabar kita ni..

cikgu mas berkata...

salam cik lie

tak per biarkan depa tu!!!jgn risau petang tadi cikgu pi carefour kt alamanda cikgu dah beli stok sardin sampai ramdhan tahun depan..cik lie bawak balik yer..!!!

sahur wat sardin yer..bila makan ingatkan cikgu tau!!!

sukran n wassalam cik lie..

cikgu mas berkata...

salam k.as

ye kak as,cik lie paberet dia sardin goreng cili..tu dia beli banyak2 tu..untuk sahur bulan puasa ni...sian dia kat makkah tu tak byk citarasa malaysia..

~red~ berkata...

salam k.mas.

hehe...
sy yg delete komen tu. hehe..
typing eror ler...

jgn marah ye k.mas..

saya dah lama x jumpa n contact sir charlie merangkap kekasih hati k.mas tu..

kalo sy trserempak, sy kaborkan rindu syg k.mas kat dia k. hehe...

dia bz sgt la tu...

jgn risau ye.. everything bereh!!
=)

cikgu mas berkata...

ok merah...

kalau terserempak dgn sir charlie..please tell him..l miss him so much..ada hutang belum bayar tu...lupa ker kat girlfren dia ni??mentang2 lah boyer Shah Alam..tak sudah2 melibas ekor..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today