yg sudi bersama cm....

Jumaat, November 13

??????.....

inikah dugaanmu...


Hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

Rabu, November 11

Musim exam sekarang ni!!!

Seminggu lagi,sekolah dah nak bercuti...dari 20 November hingga 4 Januari 2010
...bab ni yang best jadi cikgu,masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba
...apa nak buat ni???? macam-macam boleh buat,..tunggu jer nanti,tahun ni CM tak kena jaga SPM,hmm boleh cuti sepuasnya,balik kampung yer ,jgn lupa jengguk mak dan abah...


Tapi sebelum tu,sekolah tengah sibuk ,dengan exam,exam akhir tahun untuk tingkatan 4 dan exam SPM untuk pelajar tingkatan 5,mood exam,pelajar pun nampak baik dan tawadduk,kurang sikit hinggar bingar sekolah ni,masing-masing cuba buat persiapan terakhir,musim exam cikgu,reliks sikit,yg reliks yer masuk kelas tak payah mengajar,pusing-pusing kelas,berjalan ke hulu hilir memantau ujian...masa nilah kita layan perasaan,tapi kalau lama sangat mengantuk woo!!!






2 minggu terakhir sebelum cuti,,sekolah CM sibuk dengan exam,gambar atas proses CM menyusun kertas soalan akhir tahun dibilik peperiksaan,Exam final ni,turn CM kena gubal soalan...harapnya budak-budak boleh jawab dengan baik...kertas yg siap dicetak perlu disusun mengikut kelas,dan dilabel mengikut kelas...nampak pulak beg tangan mahaiii tu...hand bag tu asik nk interframe jer!!!


Yang ni cikgu Ismail shamsudin,abang cm ni,nama bapak kami sama,
tapi dia anak mamak Penang,putih dan berhidung mancung
,cm anak mamak jugak tapi mamak melaka,hidung tak mancung kulit sedikit menachi hehehe...
dia meneman CM menyusun kertas sambil berbual tentang rojak pasembor n nasi kandar kat Penang tu...CM enjoy betul kalau orang bercerita pasal makanan,
rasa tak boring langsung,pandai cikgu mail amik hati CM....
Cikgu mail tengah kira formula matematik tambahan untuk diberi pada pelajar
.khusyuk sikit dia tak perasan orang snap gambar...



Proses klip kertas guna mesin..
wowww kt sekolah ni jer yg ade!!!sekolah kak pinat ada tak?????
sekolah lama dulu,terketip2 seharian,
Sekolah baru CM ni,sekolah baru dibina thn 2005,so alatanya advanced sikit,kebetulan dia dekat dgn Putrajaya mewah sikit kemudahan yang ada.
....orang tengah khusyuk buat kerja sibuk nk snap gambar...tak pe arr tak nampak muka..jangan malu ,identiti dirahsiakan...



Budak-budak tengah exam kat dewan.
..baru nak mula belum sempat tido lagi...
All the best dear,dapat A+
cikgu belanja kehenpci kat Alamanda....
Yang depan sekali sebelah kiri,namanya `Panjang`..CM tak ingat nama betulnyer,
satu sekolah panggil dia panjang.Tinggi sungguh budak ni,CM nak tengok dia kena melanggut,,,





Dah siap exam,ni semua untuk cikgu,
tanda jangan tak tanda,
pas ni tidor kertas ,makan kertas,jalan kertas....hidup dalam kertas ...All the best untuk cikgu arr..
tapikan kalau tanda peringkat SPM satu krip RM 5,tu arr duit poket cikgu dimusim cuti,
boleh arr tukar gelang tangan baru....




CM kan!!! masa belajar dulu,musim exam selalu jer kurus,
hilang berat badan
CM kan student sejarah,pengkhususan Sejarah dan Politik,
banyak nak kena baca dan hafal,
Sejarah Eropah,Sejarah Rusia,Sejarah Indochina,Sejarah India,semua tu nak kena ingat...
fuuuuh ada tahap boleh termuntah hijau...waktu exam !!!!siang malam pagi petang CM ni library,
tak makan tak minum,duduk menghafal sejarah....betapa kat situ,
sampailah CM terjumpa `seseorang dilibrary`..
orang tulah bapak pada marwan dan irdina sekarang ni...hehehe
tetiba pulak teringat kenangan cintan cintun....
jangan maraaaahhh!!!!

Ahad, November 8

Hari Ahad...hari santai di rumah...



Hari ni kita dok rumah...no jejalan,semalam dah letih melayan anak-anak.
Kita gotong royong bersihkan rumah yer...
budak-budak ni memang paberet depa main air,so cuba main air untuk kerja yang lebih bermanfaat,
cuci bilik air sampai bersih,
wah macam dapat durian runtuh bila kebenaran tu ku beri...

Bilik air sudah siap dicuci mama!!!!!
good girl....I LOVE YOU...
pas ni tolong mama masak pulak yer....




Hari ni kita masak simple,easy n mudah dimakan,lauk kanak-kanak yer...
....abah tak de kita makan 3 orang jer...tambah telur dadar,mama potong timun
,bubuh sos cili.....siappppp!!!!..jom kita makan...
geng nak order tak????kurma ayam yg cair dan mair...
Lauk selepas terkena virus M...(MALAS)..
yg penting anak-anakku mengemarinya...



hehehe nak cerita ni,kisah minggu lepas terjadi lagi,tapi bukan dirumahku,
rumah jiran dihadapan kami.
lepas aku solat Asar,marwan memberitahu secara cemas...
"Mama rumah depan paip pecah,anak dia panjat cam wan hari tu"
.....pas tu marwan tergelak...
""Laaa ingat marwan jer yg buat cam tu ma,anak orang tu buat cam marwan jugak hehehe..".
marwan bersuara bangga...maknanya dia tak salah arrr....
dia pandang aku seolah menyindir...
"ye larr tu,awak tak salahlahh"...aku tarik hidungnya....


daripada tingkap bilik,
cm tengok,terkial-kiallah jiran depan rumahku,cuba menutup meter paip ditepi longkang tu.
....anaknya yg sebaya marwan pucat lesi tepi pagar,
tapi dia orang lelaki,tak pun kecoh macam CM baru ni.
..dia nampak reliks
Tapi!!!!!sahhh and conpommmm.
dia juga mcm CM hari tu,dia tak tahu stop cocknya di bilik air master bedroom...
So CM kena keluar datang menyelamat macam iklan Mr Muscle hehehe....


Semua dah selesai,jiran CM dah pun berjaya menutup main pipe nya...
CM berjasa jugaklah nampaknya..Super mas kan????
"alamakkk tapi CM tak sempat pulak berkenalan dengan jiran tu.
..sebab dia lelakilahh
,malu pulak CM nak sembang panjang,dia pun tak begitu ramah orangnya..
lepas memberitahunya dimana stop crock CM terus masuk rumah semula,
lain kalilah ada masa kita berkenalan lagi...semua orang baru disini,rata-rata usia macam CM
,anak-anak mereka pun kecil-kecil lagi,
Kebanyakkannya ,goverment servant di Putrajaya tu.....

inilah kisah hari minggu......

psssst: pada penyokong kelantan relikssslah....jgn lah macam tu!!!!nak marah-marah pulak dia...kan adat bertanding...ada tak geng CM ni penyokong kuat red giant tu????

Sabtu, November 7

Makanlah anak!!!!!


Awal pagi lagi anakku irdina mengetuk pintu bilikku....
 katanya "Mama hari ni cikgu dina kata,Hari Kanak-kanak Sedunia.."
iyerr ker,so kenapa dina??? aku tanya sambil memangkunya di riba...
Alham dulillah dina kelihatan sihat kebelakangan ni,rasanya dah hampir sebulan dia belum lagi diserang asma walaupun minor attack..Alhamdulillah moga dia bertahan..

"Cikgu dina kata hari ni kena layan budak-budaklah mama..!!!
Aku masih tak paham makna tersirat dari katanya...
ye larr kenapa?????...
"hari ni kita pergi jejalan lah mama!!!
,kita jangan dok rumah jer..dina kan budak-budak..!!!
oooohh,nk pi jalan-jalan rupanya!!!!!

aduuuh anak sekarang nak sesuatu bersandarkan fakta dan situasi semasa,
aku tak pernah pun ambik kisah hari ni Hari Kanak-Kanak Sedunia ..Hari Guru aku tahu arrr...

so pagi lagi aku pun bawaklah anak-anak keluar..katanya nak makan kat luar..tu kata marwan...
Kami tak tahu nak pi mana???,tetiba rasanya keretaku menghala ke Puchong
..ok lah kita pi Tesco Puchong,mama nak beli barang rumah sikit



Dina nak tak??? mama suap yer...
Sedap ker mama????kenapa hitam legam
...tak maulah...katanya..


Sampai sana,aku teringin nak makan shizling mee ,makcik  mas ni macam-macam keinginannya,
fahamlah makcik kan speacis badan tak cukup zat,hehehe .
..so macam-macamlah keinginan dan kehendak.
tapikan geng CM nak mengadu something,
sejak keluar hospital,my girl sangat-sangat tidak berselera...dia sangat kurang makan,kadang-kadang satu hari dia tak makan apa-apa,hanya makan biskut dan susu berbotol-botol,
dia masih menyusu guna puting susu tu...
Puas di paksa,diusha makanan macam-macam,
kadang-kadang penat kita memasak,sesenduk nasi pun susah nak dihabiskan..kalau makan diluar lagi teruk,sesudu dua jer dia makan...membazir sungguh,hasilnya mak dia jugak kena habiskan..

Tengok gambar tu,tak heran pun dia shizling mee yg sedap tu...tu mama punya!!!!



"marwan buat aksi Maria Tunku Sabri...dalam Jalan-Jalan Cari Makan...
Dina kata....."dina tak heran pun"
tengok tu sanggup dia tak makan,padahal pagi tadi dia cuma makan biskut chipsmore dan susu jer
...kuat betul iman dia...


Masalahnya bila dia tak berselera,dia tak boleh seaktif mana,kayuh basikal pun tak larat,angkat benda berat sikit pun tak berdaya,berat badan dah setahun tak naik-naik,cam tu jugak 14kg,kata doktor beratnya macam kanak-kanak 4 tahun,padahal usianya dah 6 tahun..
Alhamdulillah,dia tak ketinggalan dalam pelajaran,dia dah boleh membaca di usia 5 tahun,dan sekarang dah lancar pun membaca dan menulis


Ni gambar lama,dina bersama paberetnya...asyik-asyik chicken chop..tak de benda lain...
Aksyeen jer tu???? bukan dia makan pun,dia makan kentang dan secubit dua ayam tu......suku pun susah dia nak habiskan....
so sapa yg kena jadi Majlis Perbandaran...makcik lah jugak,makcik pun jadi macam ayam karan....hehehehe..


P/S: gengku tersayang dan kakak2 yg sedia memberi tip dan nasihat macamana nak beri anak selera makan???

Jumaat, November 6

Ponattt yer CM geng!!!!


CM nak bercerita ni...pas baca blog cikgu pinat tentang Taman Botani,aku pun teruja nak ke sana,dekat jer dengan rumah ,tak sampai 15 minit dah pun sampai,sunyi yer Taman ni,berbeza benar dengan kemeriahan Taman Tasik Titiwangsa yang hampir saban minggu aku dan anak-anak lawati masa tinggal di KL dulu,Putrajaya ni memang kaya dengan taman,tapi sunyi sepi,betul kata kak pinat taman ni sangat luas,sesuai bagi si pencinta alam....bagi si pencinta shopping mall boring sikit maa,sebab tak de jual pape,adalah jual sedikit souvenir....


bila nak datang sini,kena bawa air yer,haus anak-anak nanti,tak de jual apa-apa yer,air tin adalah dalam mesin,kena masukkan shiling dulu.Ada satu restoran kat sini,Putrajaya Seafood,tapi????rasanya baik kita ke Bagan Lalang kalau nak makan Seafood sedap dan banyak pilihan,... kat sini ,mahai wooo!!!tarak mampu CM nak belanja hang pa kat sini...
besok-besok jer,doa cm murah rezeki,jadi pengetua ker??? ada chance lah hang pa...hehehehe
Hehehe basikal sapa lah ni,??biar CM mengaku,tu arr basikal yang makcik sewa,makcik sewa rm4 sejam,tapi dah tersandar tepi pokok tu,mana makcik mas ni!!!makcik dah pengsan geng!!!aduhai kat kampung 20 tahun dulu,makcik arr juara naik basikal,pi sekolah naik basikal,pi mengaji,pi kedai,semuanya dengan berbasikal,bolehh lumba-lumba lagi .dengan kawan-kawan.Pas masuk asrama Cm dah pun tak naik basikal,rupanya aku dah pancit,huhuhu...kata kak pinat basikal cam ni ada gear,CM tahu kayuh jer,tak pulak tahu mana gear yer??CM kayuh kuat-kuat,exicited 5 minit pertama nak lawan marwan tapi akhirnya..aku kepenatan yg amat sangat  rasanya hampir berbelas tahun dah tak naik basikal..kaki cm terkejang tetiba,cm ni mudah kejang kaki...


Masa cm nak pi Taman Botani,cm adalah tercerita kat kawan cm,dia gelakkan cm ,dia kata...
"Cikgu!!!larat lagi ker nak kayuh basikal???"
...wah tercabar pulak rasanya bila dia tanya cam tu???,
rupanya masin mulut dia...memang cm dah tak larat benar dah,

Kaki ku kejang,tercunggap-cunggap macam orang nak bersalin,kat pondok tu arr,cm melepaskan lelah,CM sedih arr,Cm tak lagi se `fit` dulu,ni mesti sebab dah montel dan bulat..
Dulu kat universiti,boleh main rakit,boleh panjat gunung,boleh jungle tracking,boleh jogging hari-hari ,masa tu hidup penuh gumbira...boleh jalan kaki tu,dari Kerinchi sampai Bangsar,dari PJ section 17 sampai ke kelas..
Adakah aku sudah tua??????u  waaaaa...





hehehe..ni CM ker????seksikan,????
naik basikal pakai singlet dgn short pants jer,
hahh dah masuk kerengga dalam baju,tergaru-garu nampaknya..

pssst : melayu tu tau,..!!!!.
marwan kata
" mama!!! aunty tu naik basikal macam nak pi swimming poolkan???
Aku cakap..
"hisss marwan ni,pi tengok benda lain"..tak baik cakap cam tu..
Marwan terpingga,pingga tak faham dengan larangan aku...
nape pulak??? dia bertanya...
Aku biarkan soalan jer begitu sajer...malas nak jawab
makcik dah semputtt ni!!!!

Lain kali kita datang kita naik tram jer lah...tak payah nak test power kayuh basikal bagai.
..letihh wooo!!! 2 hari tak hilang letih nyer...

kaki sengal benggal tauuuu!!!



Teringat hadis Nabi..rebut 5 perkara
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati....



Rabu, November 4

Aduhai anak!!!!!



Membesarkan anak-anak ni memang sesuatu yg bersifat warna warni,berbagai ragam dan kerenah,macam tu lah ibubapa kita membesarkan kita kan???...Pagi Ahad yang meletih aku bawa anak-anak ke Taman Botani Putrajaya,cubalah makcik ni menyewa basikal,adoiii makcik dah tak larat...makcik kepenatan yang amat sangat,lepas zohor makcik`booom`merehatkan kaki yang senggal benggal ni...budak berdua tu,mintak kebenaran main di depan rumah,sempat berpesan jangan keluar dari pagar,pas tu makcik dah tak ingat apa-apa....


Tiba-tiba...aku dikejutkan oleh Irdina...ma tolong!!!ma...
aduiii bagai nak pecah kepala ni,dikejutkan begitu..
kenapa????aku bertanya ..panik..
Abang wan  panjat pagar pijak kepala paip,patah,pas air keluar memancut mama!!!!...termegah-megah irdina bercerita..
alamak!!!!! camner ni????abah diaorang tak de ni,aku baru 2 hari pertama duk dirumah baru,jiran sebelah tak sempat kenal lagi,kosong lagi umah jiran ni,...aku jenggok dari tingkap bilik, air memancut dari lubang di tepi pagar..




Sedaya upaya aku cuba cari main pipe untuk hentikan aliran air...meter pipe tepi longkang tu ku pulas semaunya tapi gagal,10 minit aku berleter pada budak-budak ni,tapi apa yang diorang faham???,marwan pucat ,tahu dia bersalah,tika air terpancut diorang berdua ambil kesempatan mandi dan main air,aku jeling tajam,tapi tetap bermain.aku tak sudah-sudah cuba menelefon suami bertanya itu ini,tapi suami di KL,dia pun tak tahu kat mana main pipe.???..aku tambah serabut,kawasan hadapan rumah dah banjir,air terus mencurah-curah....jiran sebelah kiri cuba membantu tapi dia yang baru sampai pun tak tahu kat mana main pipe...








Aku dah tak tahu nak buat apa,??? aku teringat pekerja kontrak indonesia di belakang rumah yg sedang bina fasa ketiga...aku harap ada orang yang dapat bantu aku...???aku start enjin kereta dan dapatkan bantuan...





Sampai kat sana,suasana sunyi,baru teringat hari ni,hari Ahad,tertinjau-tinjau,akhirnya aku ternampak kelibat sorang lelaki,Alhamdulillah,kebetulan aku pernah menegur lelaki ni...ku terangkan maksud datang dan dia sedia membantu..








ni lah encik Ali yang sedia membantu,rupanya main pipe di tangki yg berada di master bedroom,aku baru dua hari tinggal di rumah ni,tak tahu apa pun lagi,sebagai perempuan aku memang tak dapat nak handle perkara macam ni...panik,takut dan gelabah kuasai keadaan...kebetulan belum kenal sesiapa pun lagi...suami tak de rumah,walaupun sebenarnya keadaannya senang untuk dihadapi...hanya perlu menutup main pipe...




Moral of the story:

  • Jangan biarkan anak main sendirian tanpa kawalan...


  • Kena tahu sedikit kemahiran dan kena ambik tahu kerja-kerja orang lelaki


  • Kena kenal jiran


  • Kena ada contact number  tukang pipe...


  • yang paling penting jangan panik,gelabah bawak bertenang....

Ahad, November 1

Aku mabok tomato!!!



Salam sayang untuk semua kawan-kawan yang dicintai.Pagi sabtu CM nak try petua kedua dari datin kesayanganku.Malam tadi dah pun menampar 3 kali kanan 3 kali kiri,bergetar pipi tombammmku ni,bangun pagi dah tempeleng kanan dan kiri dengan jumlah yang lebih besar iaitu 5 kali,terus CM jadi pening lalat.tapi demi untuk mencapai kemerahan pipi yang diingini CM relaaaaa....katanya boleh awet muda minum jus tomato ni...

CM dah ada blendeer baru tau!!!!,Cap `hayam` jer,aku beli di Giant,terserempak blendeer stok clearance,50 hingggitt jer,boleh arr...CM tak bercadang nk guna untuk cili,tapi untuk tomato tu!!!! wah bersemangatttt ni!!!

Betul arr geng!!tomato adalah sejenis sayuran yg murah ,kaya dengan vitamin C dan bersifat anti oksida(bila anti oksida tu maknanya anti penuaan lah kan????}tomato jugak anti kanser,kita ni orang pompuan macam-macam kanser yg cukup digeruni.breast cancer,servik cancer,blood cancer dan macam-macamlah)CM pun beli lah sebungkus tomato segar di Tesco Puchong untuk tujuan buat jus.Cm nak cuba arr,umur dah 30an ni kena arr care sikit pasal kulit dan kesihatan,CM ni tak de apapun amalan tersendiri pasal jaga kulit,cuma Alhamdulillah CM punya kulit bukan jenis kulit berjerawat,tapi sedikit `menachi`..kalernya..so nak try amalan datin ni,datin memang awet muda..




Wahhh siap dah jus tomatoku,jus tomato jugak sejenis minuman detox atau peng nyahan toksid dalam badan,3 biji tomato bersaiz kecil boleh menghasilkan segelas kecil jus tomato..hmmm boleh tak ku minum ni?????mungkinkah rasany sesedap nasi tomato,atau ayam masak tomato....?????



kata datin hampasnya boleh dibuat masker,untuk dijadikan agen pemutih semulajadi,wah bestkan??kalau makku dia masukkan belacan bakar,cili padi ,garam dan sedikit gula jadilah sambal tomato.Aku try arr minum segelas jus tomto ,tapi uweeeeekks,u wekkks,rasa mau terkeluar isi perutku,tapi??????? kenapa arr,????seminggu dua ni,mudah benar aku ter uweeeek,u week,aku asyik pening lalat,lalok,lupa tu,lupa ni....sakit apa ni??????oh tidak!!!!!nungkin tidak!!!!!mungkin aku mabuk tomato jer.......

Khamis, Oktober 29

Petua menjadi lawo mcm Datin!!!!cubalah..

Semalam hari yang kurang `best`,CM ni `kehilangan`lagi.Penyakit lupaku menjadi-jadi.Aku tersedar satu lagi benda yang tiada dalam hand bagku,selepas baca komen dari Datin Nija yang dia tersalah letak sampul surat berisi yuran anaknya,outomatik aku teringat aku juga ada menyimpan RM 500 ,duit persatuan sejarah dalam sampul surat,tapi mana sampul surat tu??????? u waaaaa ,aku lupa lagi,puas aku recall mana aku letak,berdoalah hati ni,semalam tak da mood nk sembang,sedih mengenangkan diri ni,baru 34 tahun,tapi short memories,berzikirlah Alhaq mcm Datin ajar,dok diam-diam dan cari perlahan-lahan dalam mood yang tak best tu...doklah layan,ym,komen kat blog,dan terhibur pulak dengan hati dengan datin kesayanganku ni,tergelak bila baca petua kecantikannya....JOM KITA SHARE...
Ready...nak ke betul tips tu...ok, tips nyer macam kat bawah ni:



Datin Asnija said:



sebelum tidur, lepas wudhu', basuh kaki sume, baca 3 Qul, salawat 11 kali, zikir 33 kali, baca doa tidur, lepas tu lempang pipi kanan 3 kali, pas tu lempang pipi kiri 3 kali....then tidur macam biasa...kalau tak sangup lempang sendiri, suruhlah hubby atau sesapa yang ada dekat melempang nyer...esok pagi, lepas bangun tidur...sebelum solat subuh, tok sah gosok gigi dulu, minum air masak segelas, lepas lempang lagi pipi kanan 5 kali, then lempang pipi kiri 5 kali juga....buat macam tu sehingga mendapat tahap kemerahan pipi yang diinginkan...

Selamat mencoba....


caya tak Drew Barrymore pun amalkan petua ni...tu dia sedang melempanglah tu...
Julia Robert kata dah lama dah dia amalkan petua lempang melempang ni.


Heroin Titanic Kate Winslet baru sudah sesi melempang cantikkan dia...


so CM dah buat malam tadi ,hasilnya pipi chubby CM dah pun merah dan cantik ,amalkannnyer.....percayalah kulit datin kawanku sangat halus pulus hasil amalan ni...


Catatan dari otak ku yang sedang ting tong...wakakaka........byeee.

P/s:syukur pada Allah ,duit dah jumpa,tercicir bawah sofa,....hehehehe.cicir lagi maknanya hand bag ni nk kena tukar arrr.....

Selasa, Oktober 27

Aku yang pelupa dan selalu bertemu dengan orang yang baik......



Adoi,tak tau arr,nape lah semenjak dua menjak ni pelupa aku datang balik,aku sedar kalau aku mula lupa tu,lupa ni,tu satu signal ada satu yang tak kena pada,emosi dan mental aku ni.Bila berada dalam keadaan stress apa yang ada ditangan pun aku boleh lupa.2 hari 2malam aku cari cameraku,entah mana dia menyorok,puas aku mengingatnya.last digunakan masa upload gambar untuk tajuk diet tu,aku buat semua tu dibilik anak sambil meneman mereka tido,seingat aku ,aku letak ditepi my lappy di atas meja sisi di dalam bilik.camner boleh hilang?????budak-budak ni main ker.bila tanya kata tidak mereka kata tidak??hubby ambik,tidak mungkin,dia tak tahu guna dan tak pernah ambik tahu hal camera tu,orang masuk rumah ker?tak mungkin kerana barang lain tak hilang aku pasarah,setelah dua hari aku mencari aku redhakan pemergian camera tu,mungkin tak de rezeki,tapi separuh benggong memikirkan camner boleh hilang??mahai jugak beli tu,kalau tak silap rm899,masa tu si Pentax tu baru keluar jenis begitu..


(jangan cuba call number tu,sudahku ubah suai,silap2 dijawab oleh meenachi)


 Pagi ahad tu,aku keluar untuk ke kedai ,tiba-tiba mataku menangkap satu nota yang diselit diwyper keretaku,apa tu????Ya Allah terharunya aku dengan kejujuran insan ini.....dalam hidupku ni aku selalu bertemu dengan insan yang baik,aku pernah tercicir purse,tapi dipulangkan oleh seseorang..
Alhamdulillah syukur nikmat ......perjalanan hidup yang aku tempuh ni,aku belum lagi bertemu dengan orang jahat.Sesungguhnya aku mohon aku dijauhkan dengan manusia yang jahat.Berbalik pada nota tadi,aku terkesima ,pelik bin ajaib,macamner camera ni ada diluar rumah?camner orang ni tau aku pemilik camera tu?oh mungkin dia tengok gambar dalam camera tu.....aku tetap yakin aku tak bawak keluar camera tu keluar dari rumah..aku tetap pelik...


sepantas kilat aku call number tu,satu suara lembut kedengaran dihujung talian,aku terang tujuan menelefon dan dia bertanya jenis camera yang aku hilang,aku beritahunya brand Pentax,dia mengesahkan kebenaran dan meminta aku datang ke apartment yer di blok F (aku tinggal diapartment sekarang ni,,belum pindah rumah baru lagi.......).Aku sampai dah memberi salam,keluar seorang gadis yang sungguh cantik berkulit cerah bersih,baik sungguh budak ni,cukup pakej dirinya,cantik jujur dan begitu lemah lembut,aku mula bertanya macam wartawan pencen,Gadis ini bernama Balqis,Balqis beritahu camera ni jatuh dari hand bag ku waktu pagi Khamis di parking kereta,dia cuba panggil aku,tapi aku dah memecut laju,biasa arr pagi-pagi biasanya kelam kabut.laa aku simpan dalam hand bag camera ni rupanya,aku tak boleh ingat langsung.Aku ucapkan jutaan terimakasih pada Balqis,terharu rasanya nak belanja anak dara ni makan Pizza Hutt,berkali-kali aku mengucap terima kasih,lembut dia menolak.rasa macam nak hantar sesisir pisang padanya tapi takut kelakar pulak.Aku doakan dia, sejahtera dunia akhirat...








Kesimpulannya aku sekarang semakin pelupa,2 bulan ni aku dah terhilang 3 benda penting,tapi ketiga2 benda ni ditemui semula,seorang kawanku kata aku ni `clumsy` apa tu?? tu kata omputih,org melayu kata kelam kabut,tu ada kismis dari makkah,pemberian seseorang padaku,aku kena makan 11biji sehari,ikthiar agar otakku `mantap` semula......baca doa agar aku tak lupa lagi.......tak careless lagi!!!!insyaallah!!!

Ahad, Oktober 25

Ini cerita orang pompuan yer!!!!



Ok,ni cerita orang pompuan,kalau kawan-kawan CM yang lelaki tu nak baca,bacalah,tapi anda hanya dibenarkan senyummmmmm,gelakkk kecil dan diizinkan komen,tapi jangan sesekali mengutuk...

Sebut pasal diet ni,rasa dah letih dah dengar perkataan diet...kata si timah dah 1003 kali mencuba tapi gagal dan separuh jalan.Dalam sejarah diet ,aku dah berdiet sejak dari sekolah menengah lagi,walaupun bukan katogeri gemok dan gempal pada masa tu,tapi diriku bukan selim melim macam Mrs popeye..diriku sedikit chubby dan sedikit gebu...hehehe,,tapi comel dan cute ...hehehe bukan perasan yer...memang betul kan pattt?????


Kejayaan terbesar ketika berdiet ialah 3 bulan sebelum bersanding,Aku berjaya mengurangkan 10kg demi untuk memakai kebaya songket dan tak mahu lebih besar dari sang suami,Fuyooo di alam pertunangan hati sedang berbunga,perut selalu kenyang.Kalau makan dengan tunang sepinggan nasi goreng kampung suku jer boleh habis,yg lain tu tunang habiskan...sekarang ni..suami makan siap pesan "abang jangan habiskan mama nak tu",,hehehe,,hilang sudah control ayu,control segala control.Sampai bila bersanding tu ramai yg tak percaya betapa slim jer aku,sang pengantin lelaki tu boleh bisik kat pengantin perempuan ni "amboi macam tak percaya jer tengok awak""hehehe cantiklah tu....."tu ayat2 orang baru kawin"...faham-fahamlahkan...

Macamana boleh berjaya,???entahlah rasanya dah tak berapa ingat,aku tak makan nasi waktu malam dan hanya makan sekali sehari waktu tengahari.Dan dua minggu sebelum kahwin aku kena demam yang paling teruk dalam sejarah hidupku,Alhamdulillah tak ditahan wad,aku dijangkiti premonia atau jangkitan kuman pada paru-paru.2 minggu aku lost 5kg,cengkung mengkung muka ini....



Pas 3 bulan kahwin baru merasa berat yg begitu comfortable,aku disahkan pregnant,aku kembang sekembangnya,bagai kembang semangkuk,bagai bluehypo dengan kenaikan berat badan sebanyak 23kg,fuyooo.Tak tahu camner boleh jadi macam tu,???yg aku ingat masa tu my paberet masa mengandung ialah coklat yg berbentuk bulat cam farierer rosell,(Betul ker ejaan ni) coklat bar tak main,coklat tu mesti bulat cam coklat dindang ker,koko jelly ker,hehehe..ragam orang mengandung sulung,mengada-gada jer lebih,masih dimanjakan masa tu,suami layan macam baby kunun-kunun yer...


Pas bersalin dan berpantang,aku turun 10kg,tapi aku ada lebihan 13 kg lagi untuk kembali ke berat asal,berat zaman kegemilangan,tapi masa tu tak boleh berdiet sakan,kena makan makanan berkhasiat ,kita menyusukan anak,bila breastfeeding ni perut selalu jer lapar,kadang-kadang boleh makan dua kali ganda banyaknya,hehehe alasan jer tu (angelina Jolie tu boleh jer kurus) pas beranak kembar lagi.....Lepas tu rezeki Allah siapa yang tahukan,baby baru 7 bulan,mama sudah loya-loya balik,hehehe ampuuuuun,subur dan segar nak buat macammana yer,?????ni pun rezeki dari Allah,tak pandai lagi nak merancang masa ni...apapun Alhamdulillah 2 tahun kawin aku miliki sepasang putera dan puteri...


Masa mengandung anak kedua,sekali lagi aku mengembang,kalau abangnya aku naik 23kg,adiknya aku naik 20kg walaupun cuba mengelakkan makanan yang manis,tapi masa ni aku gila makan buah tembikai dari 5 bulan mengandung sampai nak bersalin,setiap hari aku menuntut suamiku membelikan sebiji besar water melon yg merah menyala untukku,nilah ragam tekak orang mengandung,akhirnya badanku besar kembang macam buah tembikai rasanya,dan irdina dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan yang melintang..


Pas bersalin anak kedua,adoi sangat tak selesa dengan berat badan yang sangat lebih,register kelas erobik,mak oii letih yer rasa nak pengsan,sekat makan pun tak jadi jugak,nak cuba pil-pil pelangsing anakku menyusu,akhirnya aku buat satu tekad aku pi try slimming centre " SLIM WORLD "..tempat erra fazira dengan Ziana Zain tu di Legend Hotel KL masa tu,jgn ditanya berapa harganya???? ,untuk turun 5kg boleh pinang sorang anak dara,pas tu dia punya menu diet,Ya allah,tak mampu rasanya nak follow!!!!,my husband kata..semua ok,tapi guna  duit sendiri yerr,orite boss.


So berkesan tak???hehehehe..i lost 7kg,tapi naik semula selepas ubah cara makan dia....diet memang memerlu pengorban.U all tahu tak??my fren kt sekolah spend RM11 ribu untuk turun 15kg,di bizzy body slimming centre.I pernah tanya cost di London Weight Management,mereka nak rm 24k untuk semua pakej pelansingam,Mayfair slimming centre sekitar RM 7ribu,mak oii,begitu mahal harga lemak kita.Ada tak orang lelaki nak buat semua ni untuk kita.Aku tak heran orang pompuan sanggup mati untuk cantik.Dalam sejarah Cleopatra pernah berkata "BEAUTY  IS POWER....padaku bukan nak cantik sangat,tapi bimbang kite berpenyakit...kalau sakit sapa nk jaga anak-anak,suami boleh cari mak yang lain..


Sekitar 2007,akibat stress kerja n life ,aku turun 8kg,,aku memang tak mau makan langsung masa tu,suamiku sampai risau,dia beli macam-macam my paberet  food masa tu....tapi sori i hilang dah selera.....then masa berlalu semangat datang kembali,selera makan kembali pulih,tidur kembali lena,aku mengembang semula hehehehe...sampailah ke hari ni,bulat dan gebu sana sini...kalut malut nk diet semula....



P/s ::::.....nilah kisah aku dan diet ni....khas untuk si fatimah yg sedang bersemangat giler tu!!!!yg penting abang timah sayang kat timah yer,takut dia cari lain????hmmm nora danish pun kena cerai,erra fazira pun pernah bercerai,arni nazira pun suami cari lain,apapun sayangi diri kita,tak cantik wajah tapi aura dan kasih sayang boleh atasi segalanyer...ok timah,timah tetap cun macam 15 tahun dulu,MISS SHARODZ INTERNATIONAL...hehehe kalah carie,lynn,seriwani,fauziahtun,asyhura,zureen,tapi SI MAS tetap ayu mayu kan???wakakakaka..sayang patt,i lab bieuuu.....

Jumaat, Oktober 23

"Aku selalu dipujuk rayu"....



Cikgu H baru disahkan pregnant 2 bulan,mengidam sungguh nak makan sate
Kajang,dia pun jenis suka belanja kawan makan,diusha yer kami pergi menemankannya....."
""i diet lah hana..."rosaklah cam ni,...bilanyer i nk kurus ni...???""
""Please lah mas!!!tak bestlah you tak de,please for our freindship.dan kalau u tak pi kami semua tak nak pi!!!!..adoiii!!!! ,maka rebahlah aku dalam belaian kasih Hj Samuri...cair mair diriku bak ais di tengah padang pasir...hahahaha



Dapat call ni. dari hubby..."Yang tak payah masak,kita makan luar,teringin nak makan ikan kerapu sweet sour lah  lama dah tak makan ni!!!..aduhai aku baru bercita-cita nak skip my dinner malam tu.....
."laa kite diet la bang..."
..tak payah diet arr,bini abang jugak."""..
aduhhh ayat apa ni!!!kalau nak diet ,diet esoklah..suamiku memujuk rayu. ...,hehehe......maka lembeklah aku bagai agar-agar buah!!!tak daya menahan renungan syahdu ikan tu...bak kata Elaira "for me ..diet always waiting tomorrrow".....


Anak daraku dah 2 hari tak mahu makan nasi,makan biskut,roti dan buah...dina memang tak berapa gemar nasi,meragam dua tiga hari ni,tak berapa sihat tu!!!!katanya "Mama dina nak makan Chicken Chops...please mama!!!...yang sorang ni peragainya selagi tak dapat,tak akan putus asa memujuk rayu...aku pun kesian sungguh bila dengar anak nak makan,dulu aku susah,adik beradik ramai.apa yg mak masak itulah yang kami makan.Chicken Chop ni dah kerja baru merasa makan agaknya...Maka ku tunaikanlah hajatnya......"how my diet??????????????....hehehehe percaya tak aku hanya order salad jer...caya tak?????



Beginilah keadaannya...makin kita berazam,makin kita diganggu gugat...letihlah macam ni...
jeless kat ciklie tu.....please leave me alone...hehehe !!!sekarang sapa yg salah??????
Mereka dan keluarga mereka kan!!!!!!!!!
hehehehe......"ADA PULAK SALAHKAN ORANG"......



P/s ::::GENG BAGI CM MOTIVASI SIKIT......................

Khamis, Oktober 22

Dah besar dah dia!!!!!




(marwan ketika berusia 6 bulan)......


Rasanya baru semalam aku melahirkannya....malam tadi masa menemankanya tidur,Marwan beritahu  aku secara serius "Mama..wan  nak sunat arr (khatan),please ma!!!...aiik napa tiba-tiba jer ni????,dari takut melihat proses berkhatan dia pulak yang mintak....baru 7 tahun tu!!!belum bersedia rasanya aku melepaskanya meniti alam remaja dan seterusnya meniti kedewasaan,tapi tu hakikat yang tak boleh aku elak...aku akan tua dan dia akan dewasa......tak selamanya aku menemaninya,dan meneman,menepuk dan membelainya sebelum tidur,tugas ni pasti akan diambil alih oleh isterinya...


"""Kenapa sayang???? nak sunat tiba-tiba!!wan kan baru darjah satu,paklong,pak ngah,pak uda,pak anjang,pakcik dan paksu semuanya sunat lepas umur 10 tahun,lepas darjah 4,pas dah sunat mama tak bolehlah tido dengan wan tau,mandikan wan,wan dah jadi budak besar,wan kena sembahyang betul-betul,penuh 5 waktu,puasa sebulan dan mesti fikir macam budak besar.Pas tu wan nanti akan tumbuh misai,ada janggut ...marwan dah sedia ker??""


jujur aku katakan aku belum sedia melepaskanya,aku ingin membelainya seperti bayi dulu,aku tak mahu ketinggalan melihat dia membesar.Aku bercadang membawa dia berkhatan selepas umur 10 tahun. Sekarang ni,apa pun aku nak buat aku dulukan kepentingan anak-anak,kawan ajak sambung belajar aku fikir anak,kawan ajak join pusat tuisyen yer aku pikirkan anak..Kesibukan ayahnya menyebabkan aku perlu memainkan peranan besar ..kataorang hilang bapaknya boleh pikir lagi...tapi kalau hilang anak boleh sewel loor (ni kata noor)aku setuju benar tu!!!


"Wan nak jadi budak besar lah mama,wan dah tak mahu dah main dengan dina,wan nak bawak motor,wan nak bawak kereta,wan nak main bola sepak,wan nak jadi tinggi,nak badan besar,kawan wan kata,semua tu boleh jadi bila kita sunat.....please mama!!!!!!!!!...

fuuuh...betul ker apa aku dengar ni???pada hal makanpun bersuap,baju sekolah aku pakaikan (dia belum pandai memasang butang baju)..membaca pun masih merangkak berbanding adiknya yang sudah boleh membaca ketika usia 4 tahun...bagiku marwan lambat matang,mak kat kampung bising dia kata cara aku melayan marwan menyebabkan dia sangat manja dan lambat berdikari,Tapi kelebihan marwan tubuhnya tak seperti boy darjah satu,dia kelihatan seperti budak lelaki darjah3,di kelas dia paling tinggi...


Amboii marwan nak besar cepat yer,???? nak kahwin ker???...dia senggih macam faham jer...aku pulak rasa bimbang..."tak per arr nanti mama bincang dengan abah yer."....kataku sebelum dia terlena....



P/S: Geng!!!ok ker,anakku yg baru 7 tahun tu dikhatankan,berapa usia yg paling sesuai berkhatan???,soalan ni jugak pada kak ummi,datin,noor,AZ,Rezeki,Patt,dan lain-lain kawan2 ku yg ada anak lelaki,!!!!geng2 yang bujang trang tang-tang tu kalau berani jawab arr,bila anda dikhatan kan???hehehehe...

Ahad, Oktober 18

Hepi yer kami di rumah Hanis...(Nostalgia Asam pedas)

Datin nak rasa makan asam pedas CM ni,Hari Jumaat lagi Cm dah pi cari ikan terubuk,CM tak sempat nak pi Pasar Borong Seri Kembangan,sibuk betul dengan urusan rumah baru.Jadi...jumpalah ikannya di Giant,dekat-dekat rumah ni...So pagi-pagi lagi dah bangun kemas2 apa yg patut,memasak tu biarlah tengahari sikit,...tak susah manapun nak memasak asam pedas tu,so ku tangguhkan dulu sampai dekat pukul 12...tengahari...
(Adoi bangganya CM menatap gambar ni akhirnya `menjadi`jugak asam pedas ikan terubuk yang dikatakan menjadi pujaan ramai tu,sayur campur yg berseri tu hasil air jari jemari CM ni!!!,)

Rupa-rupanya tak kusangka menjadi `cempedak menjadi nangka,ular lidi menjadi naga,`sudah siap ramuan dan rencahnya,blendeer ciliku tetiba sahaja rosak,alamak dah pukul 12.30 ni,hampa harapan diaorang,camner ni???????,gabra,panik gaban mula datang,mula aku berpeluh,aku dah janji dgn hanis,noor ,datin semuanya mengharap.Aku paling sedih kalau menghampakan harapan orang lain..Aku tak boleh nak pikir,takkan nk tumbuk !!!banyak cili ni,nak pakai cili boh mesti tak sedap,pandang rumah jiran,alahai berkunci pulakk....punah harapan nak memimjam blendernya....


Tetiba "TING'..otak nakalku mula berfungsi.."apa kata kita beli!!!!!masukkan dalam tupperware ,then cakap arrr,CM buat!!!!hahaha...tapi Malaikat baik dalam diriku tak mengizinkan aku buat cam tu... dia kata "Wooi,wooi,dosa besar wat cam tu,kata dah bertaubat!!!!..aku hilang arah,sian diaorang tak de lauk nak nak makan ni!!!


"Ting"..malaikat baik dalam diri beri jawapan..."Kita memasak rumah hanis arr"..tapi !!!!aduhai malunya,takkan nak berangkut ikan,cili,bawang,ketumbar bagai.Tapi itu jer jalannya dah tak de jalan lain,jam dah pukul 1 ni,sempat goreng sayur campur jerr.Aku call hanis,hanis kata oraiiit,blend cili dan masak kat umah dia.Adoii kelakar betul cerita ni,berangkutlah CM dgn segala perencah dan kalut malut dengan anak duaorang ni...yang sibuk nak mandi kolam tu...seperti biasa CM memecut 130kmsj tak sampai 20 minit CM dah sampai rumah hanis


Sampai rumah hanis dah pukul 2,ada datin,CP,elaira,tikah,ibu hanis n keluarga,Adoiii jadi mangsa kena gelak sakan,bila ditanya datin "CM mana asam pedas yer,?????dengan wajah terkiput,termalu-malu dan terkagum -kagum...melihat kejelitaan datin aku menunjukkan ikan mentah,bawang,cili,ketumbar,jintan....Aduhaii datin gelak sampai merah muka,rumah hanis jadi gamat,malunyerrrr,nak dok belakang Noor,noor tak sampai lagi,Elaira lah sakan menyakat,Ya Allah tak pernah dibuat orang camni,dengan tak minum,tak makan sampai rumah hanis aku terus ke dapur...misi asam pedas mesti terlaksana.....yg lain masih gelak tak berhenti,gelaklah arr CM rela,u waaaaaa,sob,sob,sob sampai hati ko orang!!!!


Akhirnya dengan bantuan pembantu dapur yg dedikasi,tika tumbuk bawang,noor potong memotong,elaira ambik gambar,datin jadi supervisor...at the end  "Jadilah dan terhasillah "asam pedas penuh nostalgia...."



Datin sangat jelita,kulitnya halus-mulus,melihatnya bagai model SK11 skin care.
Datin!!!! Cm suka dengan Neesha,she`s so smart girl,cara dia bercakap mature dan bersopan.....papepun datiin!!!! bila melihat asam pedas,senyummmm dan ingatlah CM sampai bila2...sebab yang paling sakan gelak,datin arrr...hehehe dan datin jugak orang pertama yg merasa asam pedas penuh nostalgia tu....


Kak Ummi Humaira dan family,comel-comel anak kak umi,!!! ramah tamah kak umi ni,siap bawakkan kami kuih muih yang sedap-sedap tu...suami kak umi begitu teruja berbual hal camera,kena arr dengan dua camera girl,yang tak berenggang dengan camera ribu hinggit tu,elaira n tika...tak sudah-sudah tangkap gambar,ingattt jangan dimasukkan gambar CM di mana2 blog.....amaran kerajaan Malaysia tu!!!!



Kesian Che pit dia sorang jer si kumbang,yang dihimpit bunga-bunga raflesia,tapi bagus betul che pit ni,mana-mana pun dia pandai bawa diri,tak de nya dia canggung dan kekok,ramah dia melayan kakak-kakak dia,tu arr mana lah si Afeez tu,bukan main berani dia nak bertentang mata dengan CM,sampai sudah tak muncul-muncul dia.....biarlah CM sayang Che pit sorang jer lah feez....kasihku beralih arah....




Terima kasih buat hanis,yang mengatur pertemuan ni,group PDKM bertemu disini,bertambah meriah kalau ada ciklie,AZ,CR,Kak As dan abg megat,kak shami dan lain-lain....Insyallah diizinkan Allah kita bertemu lagi,mungkin dirumah CM kot?????sudikah hangpa datang ceruk hutan ni!!!!!kita semua macam adik beradik...

Sabtu, Oktober 17

Aku berblogging untuk terus hepi !!!!dan berkongsi dengan kamu yer sayang!!!

Kita layan satu lagu Datok Siti,yang pompuan kalau nk nyanyi lagu ni pi ambik skaf letak jer atas kepala.... n ready.....nyanyi arr.nk upload youtube tak berapa reti...


Ku Percaya ada Cinta....

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati


Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala



*

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri

Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti



Korus

Pandang-pandang alam ini

Sambil pandang difikiri

Mana bumbung langit tinggi

Mana lantai bumi

Tiap satu yang terjadi

Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui



Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala



Ada hikmah yang pasti..

Sejak mula ku percaya ada cinta

Cinta itu memungkinkan segalanya

Cinta suci yang abadi

"Lirik yg penuh makna........





Lelaki -lelaki ini...di bawah ini.....
pernah memujaku  dan datang ke rumah meminangku......wakakaka,hehehehe.....jom gelakkk sama  CM....







Hero Nur Kasih...terasa aku seperti Nur Kasih...


Kata 3 lelaki ni padaku....

Lelaki ini yang selalu mencintamu


Selalu, tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu memuja

Hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu

Hatimu






Hari ni rasa sangat ting tong...apa kata kita layan otak CM ni,CM berblogging untuk terus hepi ,share dengan kawan-kawan segala kegembiraan,disini bukan tempat untuk sentiasa serius,kita tak usah jadi hipokrit,semua orang ada perasaan yg perlu dibajai dengan kegembiraan,bersedih akan buat kita jadi murung....CM tak mahu melayan perasaan sedih lagi,tu pesan sorang temanku,jadi kalau rasa nak gelak.gelaklah bersama ku,yang kawan2 pompuan-pompuan tu jom layan fantasi ,lihatlah senyum manis bekas-bekas boyfrenku ni!!!Cinta mereka ku tolak mentah-mentah demi sorang lelaki yang kini bergelar suami...wakakaka



hehehehe ,,,yang pasti bila baca n3 ni sorang kawan ku nama Azli akan bertempik dan berkata "tidakkkkkkkkkk....hahahaha,buta ker dia orang tu??????

......reliks lah ciklie ,biarkan kawanmu ini melayan otaknya....u reliks n senyummmmmmm.


Sorang lagi ialah hasbenku ...dia pasti akan kata.............

"Dah arr mama,janganlah suka wat abang gelak!!!mamalah orang paling perasan di dunia ni...."..dan dia akan tersenyum panjang atau gelak terbahak..(bila dia gelak i pun hepi....)..

aku akan balas dan berkata..
.oh my dear...everything is possible....abanglah fahrinku,anuar zainku dan adam hassanku....dan dia akan tersenyum perasan......hahahaha...


Psssst: moga anda semua terus gembira dalam hidup yg sementara.................................i love u all






datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....