inikah dugaanmu...
Hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku
Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu
Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki
Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu
Berlarilah dan terus tertawa,walau dunia tak seindah syurga.Berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya
yg sudi bersama cm....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
datang menjengukku
Dian Sastro
di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
31 ulasan:
salam kekanda mas : ni mesti lagu kan??
salam CM..
aduh akak lagi pening coz tak fahaaaaam .tulun datin ...
Salam dinda..
melayan perasaan arr.. bagus2.. kadang2 kena layan jugak dik.. baru lah life is happening..
kak umi, pening arr.. layan tey kat 'ghulam' ok lah tu.. jommmm
CM..
Amboooooooooo mentang2 rehat jumaat lama..sempat berpuisi..:)
salam afeezz, haah lagu ning baizura..
hmm suka part dia tarik masa
"aku berpaut pada, sejengkal tali cuma"
hmm tapi kak mas leh ker berpaut mcm tu? kompius sikit
salam CM,
dugaan adalah lumrah kehidupan
sepertimana lautan
yg geloranya tidak pernah diam
walau sesekali tampak hening
di permukaan
namun di kedalamannya
gelora lbh mencengkam
dan ombaknya yg tidak pernah jemu2 menghempas pantai
kaubisikkan saja resahmu
pd malam pd bulan pd bintang
pd angin pd hujan
pasti dan pasti ada yg mendengarnya
wp pd saat kau berada di tengah2 lautan gelap
tanpa dahan utk berpaut
cemas, sepi dan takut
namun masih ada pengharapan
pd yakin hati bahawa makhluk
tidak punya kuasa apa2
fikirkan yg terbaik
jodohmu hingga ke akhir hayat
dan kalau bkn kerana
tidak serasi pun
kau pasti akan berpisah
kerana kematian dan hidup
mmg sebuah mimpi
pandangan mata sgt terbatas
namun akal tetap dpt melihat
bahawa di sana ada kehidupan
yg tiada berkesudahan....
p/s; di luar kemampuan saya utk memahami apa yg terpendam di lubuk hati CM, coretan di atas sekadar respon hati yg mungkin langsung tidak berkaitan....
Salam K.Ummi...
Menyusup ke lubuk hati,
Bukan perkara yang mudah.
Sekadar bersimpati,
Belum dikira memahami.
Melihat dengan mata hati...
Setiap baris mengandungi
1001 rasa gundah, resah, sengsara...
ps: ok kak ummi...makin faham ke makin tak faham? He..he...
Salam Mas,
Bangunkan kekuatan diri...
Dihujung nyawa...hanya kita yang dipersoalkan...
ps: Bila kita tidak boleh lagi mengharapkan apa-apa dari manusia...
Hanya Tuhan tempat pergantungan...
salam adindaku afeez
kalau lagu!!! adinda nyanyikanlah,beralun di serata alam menghiburkan kekandamu ini..
Salam kak umi
alah siannya,tak payah faham kak,untuk memahami adalah sukar,adakala kita sendiri tak memahami apa yg terjadi ke atas kita..
Salam kanda noor
Lama dah dinda tak melayan perasaan,akibatnya perasan yg ada merajuk dan melara,bagai tidak dipedulikan...perasaan dan hati adalah sesuatu yg sangat halus,namun mengapa hati juga yang manusia suka sakiti..
salam Ct
berpuisi,melepaskan gelodak rasa,agar mampu kita bersama rasai,maka ringgan beban yg ada...tq sudi bersama CM ni...
salam Che pit
pandai adik akak sorang ni..hmm lagu tu..
kalau k.mas nak berpaut dengan tali kapal lah bukan tali rapia..kata orang sendiri mahu ingatlah..
salam Dr Chenta
andai bintang mampu ku petik,ku hulur padamu tanda terimakasih kerana cuba memahami...
dear Dr
Dalam hidup yang sementara..
Tuhan titip kan kita ke dunia..adakah untuk merasai derita???tidak kata tuhan..
Sepi Adam dititipkan hawa untuk bahagia...
Namun persoalan nafsu dan godaan dunia,tercampak dua insan bercinta dari bersemamyam ke syurga loka di dunia penuh pancaroba..kata Allah mengapa larangan juga yang kamu pilih wahai manusia,terpisah dua insan berpuluh-puluh tahun lamanya,mengamyam rindu,sendu dalam rawan yang panjang.Kasih Allah menemukan mereka..
Bukan serasi jadi persoalannya
kerana takkan ada kesempurnaan dalam sebuah cinta,cinta yang sempurna hanya cinta tuhan,tapi manusia boleh beruasaha dari buruk menjadi baik dari hodoh menjadi cantik..tapi yang ada dibuang,yang tiada diidam,bagai nafsu sultan mahmud pada puteri gunung ledang..bukan manusia lagi jadi idaman tapi si bunian makhluk alam asing..
izinkan saya berhenti kerana perbandingan hyberbola yg saya beri bisa membuat minda menjadi buntu...namun semua perbandingan yang saya beri termuat makna yang dalam...terimakasihku pada mu wahai sahabat..
dear datin nija
nyata kakakku seorang wanita perasa,bait kata mampu ditafsir,tapi bukan mudah menyelam dilubuk hati,tidak senang menafsir kerdip sayunya kilauan mata,tidak bisa membaca lekuk tawar dan manis senuah senyuman dan alunan tawa..semua tu bagai perhiasan yang ada dalam diri seorang manusia..
kata simpati bukan bermakna memahami,kata dibibir seringkali tiada yang sama dengan yang ada dalam hati,sering manusia terpenjara pada manisnya bicara pada karangan janji yang menjadi kalungan bunga,,,namun bunga layu tanpa dipelihara..tapi bunga tetap didamba untuk jadi perhiasan mata...
salam cikgu
saya suka lagu ning baizura tu..
walaupun tak faham kaitannya dgn kehidupan cikgu..
saya harap semuanya akan berakhir dgn baik...
salam perkenalan
Salam CM,
awat ni CM, az tak leh tengok CM yang perinag ni beremosi, hancus luluh hati az .
Bangun aku kini
Atas satu kesedaran
Walau ternoktah percintaan kita
Dunia terpaksa mengerti...
Bahtera kita tak pernah
Sampai ke pelabuhan.... wooo
Halaman kasih tak pernah
Tercipta taman Nirwana
Jalan yang kita lalui
Ketandusan... wooo
Gersang
Mengertilah dunia
Kita cuma manusia
Bukanlah untuk disatukan
Pasrahlah kepadanya... oaaa
Terimalah seadanya
Hidup dalam kedamaian
Usah dikesalkan perpisahan
Jadikanlah ia sebuah kenangan yang indah
Yang indah
Salam Puan Kamsiah
malam tadi sempat ke blog puan,blog yang sangat menarik untuk saya lkunjungi...
hehehe,,tiada apa kaitan pun lagu tu dengan hidup saya,cuma lagu tu memori dan lirik sangat indah,lagu ni mula keluar ketika saya remaja,sering saya alun bila keseorangan,bila saya dah dewasa baru saya faham kaitannya dengan kehidupan seorang wanita..
salam kenal dari saya untuk pn sekeluarga..
salam ayah zain tersayang
hehehe cm tak de apa-apa,cm tetap riang dihati semua,cm tetap senyum untuk semua..
sedap bait-bait kata yg AZ titipkan tu,penuh semangat,pasrah dan redha..saya suka menghayati bait kata dari Az tu...
lagu ke atau puisi tapi cantik :)
Salam CM
Puisi yang penuh makna. Hanya yang menulis tahu maksud sebenarnya.
p/s - Tak masuk Facebook kah? Tak sudi jadi kawan FB kah?
Salam Akak...
Kadang2 kita menzahirkan keadaan diri kita dengan puisi or lagu... sebagai satu cara untuk meluahkan apa yang terpendam... Jika seorang yang memahami kita dia akan mengetahui apa yang tersirat... tak perlu bercerita... Apakah betul telahan ku ini... coz saya biasa buat cam nie... he.. he.. he..
salam maiyah
lagu tu,senang2 pi youtube pi kt ning baizura untuk lagu "inikah dugaanmu...layaaaannn maiyah
salam en mie
alahai tak de apa yg perlu difahamkan sajer jer berjiwang..
dah-dah CM dah approve kt FB,hari tu sibuk,CM tak aktiff FB..
Salam Atika
hah pandai pun dia,dari lagu tersirat kata hati cam kata Saloma..
"kisah aku,dia dan lagu,jangan dipisahkan"...
salam cikgu mas..
amboi lagu Ning baizura...inagan Ning bibit...hehehe
wsalam
Salam ciklie
amboii,ciklie yg dok makkah tu pun tau yer tu lagu ning baizura,,,ning bibik mana pulak tu???saje jer di nak mengusik orang...
salam mas,
maaflah...kak nab tak berapa nak faham...agak kureng sikit bab2 bahasa berbunga2 nih!!
apa2 pun jika hati risau dsbnya, bermunajatlah kepadaNya..InsyaAllah everything will be fine then.
take care dear!
salam CM.
Wah sahabatku ini berpuitis gak orang nyer. Puisi sebagai refleksi jiwa memasing...
masuk jugak cerite pinangan Puteri Gunung Ledang kat komen tu. Nama pun cikgu sejarah hehe
salam k.nab
hehehe..tak de apa-apa kak,sajer nk berbunga tu...layannnn..mekasih kak,betul tu,Allah jawapannya..
salam IP
alahai kunun-kunun jer tu,adoi malu pulak kat IP ni..
Catat Ulasan