yg sudi bersama cm....

Ahad, September 27

Hari kedua di hotel 5 bintang (HBM) Bukit Baru Melaka...(_part 2)

Pukul 4.30 pagi mama terjaga dari lena,aduuh mama terasa senggal dibahagian pinggang,dina tidur lasak,syukur mama tak tergolek bak nangka busuk di lantai sepital ni,kalau tergolek mahu yer gempa bumi,hahahaha...katil ni hanya cukup untuk kanak-kanak berusia 7 tahun,mama tak kira mama tak rela tidur atas kerusi plastik ni,mama seboleh-boleh mengecikkan badan yang sudah sedia `kocik` ni..hasilnya mama berjaya share katil dgn dina..hehehe (moral of the story)..tolonglah sedar badan tu perlu dikuruskan..



Malam tu ,Alhamdulillah dina dapat tidur lena,walaupun dihimpit oleh mama yg seperti raksaksa kecil ni...hehehe...aku selak bajunya perhatikan aliran nafasnya dari perut,kelihatan normal tapi mungkin denyutan jantungnya laju,pukul 5.30 pagi dina perlu ku kejutkan untuk sedutan nebulizer dan makan ubat,Dina bangkit dan memberi kerjasama,selesai dia booooommm balik,10 minit pas tu...cik misi yg comel datang untuk mengesan kadar oksigen dalam darah dina,Alhamdulillah oksigen dalam darah dina kembali normal,cuma paru-parunya masih ada sedikit bunyi looorrr,dina pun terus tidur,kekadang tersenyum,hmm mimpi jiwang kot???...hehehe



pagi tu,kira-kira dalam pukul 8 pagi selepas misi mengagihkan sarapan,datang seorang bayi comel bersama ibunya yang berwajah mesra,Ibu nya tersenyum,aku menyapa baby girl yang comel tu,"Nape ni sayang???,demam panas kak,!!!ibunya menjawab..baby tu merenggek menarik baju kurung ibunya...ibunya memandang aku tetiba dia bertanya "Kak,!!misi dah bagi makanan pagi yer???anak saya ni laparlah kak,tetiba kena masuk wad,ayahnya tak sampai lagi,saya tak pegang satu sen duit pun"..dalam serba salah ibunya menerangkan situasinya.Aduhaiii,aku bergegas mencari hand bag,dan menghulur sesuatu pada ibu baby tu,"hiss banyak sangat ni kak,nanti ayahnya datang saya ganti yer??? ibunya serba salah...tak payah-payah!!!! alah sepuluh hinggit jer,anggap akak bagi duit raya jer!!!aku tersenggih...dengan comelnya baby tu mengikut ibunya ke pasar mini hospital ni,balik ke wad baby yang bernama "Nur Alia Najwa",membawa bungkusan makanan dengan girang dan menikmati roti potato tu dengan begitu berselera,hmm jauh beza dengan dina yang tak mahu makan ni,hasilnya mama terpaksa menghabis semua makanan berkhasiat dr sepital ni,hehehe..tak boleh membazir,membazir sahabat syaitan,kita tak mau kawan dengan setan,so kita habiskanlah,fuuuh rosak diet mama sepanjang bulan pose,huhuhu...(takut malam seterusnya katil dina bertambah kecik untukk ku tumpangi....)



(GAMBAR SELEPAS ALIA DISERANG SAWAN TARIK,,,ALIA KELIHATAN LEMAH,,,,,BERBANDING KETIKA DIA BEGITU BERSELERA MENIKMATI ROTI PAGI TADI....


Tetiba sekitar tengahari aku yang sedang ralit mengadap my lappy,aku terdengar suara panik ibu Alia memanggil misi...Misi!!!!misi anakkkk sayaaa!!!,CM terkejut ,kerana Alia betul-betul sebelah katil dina,CM selak langsir ,aku lihat Alia keras kekejangan,matanya ke atas,dia dah tak sedar,badannya sungguh panas.Kelihatan misi dan dua org doktor berlari ke arah ibu Alia,Alia baru sudah menyusu dari susu ibunya ketika itu,air susu mengalir dari mulutnya,kalau tak dirawat segera,Alia mungkin kena kancing gigi,,Alia di tepuk kuat oleh misi sambil diseru namanya,sambil speaking london doktor yang berbangsa cina tu mengarahkan Alia dipindahkan,dalam masa 2 minit,Alia sedar semula,membuka matanya.Alhamdulillah,Org melaka kata Alia diserang "SAWAN TARIK"aku hanya tercegat dan seorang temanku mencadangkan Alia dibasahkan dengan air zam-zam,Semalam ada seorang kakak menawarkanku sebotol air zam-zam,kerana adiknya baru balik dari umrah,aku pun segera berjumpa kakak tu dan meminta sedikit air zam-zam untuk Alia,Alhamdulillah ada rezeki Alia.Alia pun sedar .tapi lelihatan sungguh lemah,Ayah alia tak henti mengalunkan zikir di telinga Alia.alia bertuah ada seseorang sudi mendoakan Alia di tempat yang sungguh berkat.Ibu dan ayah Alia tak henti mengucapkan terima kasih pada orang sudi mendoakan anak yer tu.


Ketika ibu Alia menghadapi saat genting,aku  rasa syukur,anakku tidak seteruk mana??di wad ni berbagai derita si kecil dapat aku perhatikan ,suara tangisan yang tak mengerti apa-apa kedengaran begitu sayu tika mereka dicucuk,di beri ubat dan sebagainya.Untuk melahirkan rasa syukur,selalulah berdamping dengan orang yang lebih kurang dari kita...kita doakan adik "NUR ALIA NAJWA'.berjaya sembuh....saat aku menaip cerita ini alia masih lagi demam...sabarlah Azlina (nama ibu Alia)allah mengujimu..


P/S : Jangan ambik mudah jika bayi kecil demam,kata doktor sawan boleh menyebabkan kerosakan otak yg teruk.Bila oksigen tak sampai ke otak,byk organ dan saraf boleh terhenti fungsinya.,kecacatan boleh berlaku.Alhamdulillah sepanjang aku membesar putera dan puteriku aku tak pernah melalui detik cemas seperti ini....

34 ulasan:

My Life berkata...

salam..

semoga adik alia cepat2 sembuh begitu juga anak2 cm.. ujian buat insan bergelar ibu tu,,,

maiyah berkata...

dah semakin baik.. moga cepat smbuh bleh gomol ngan ibu nya :)

manzlie berkata...

salam cikgu...

cute nyer adik alia...cayang kat dia...
sampaikan salam pada orang tua alia yer..
mari lah kita semua doakan semoga alia dan dina cepat sembuh..insyaalah dgn Izinnyer

waslam

Dr Chenta berkata...

salam CM,
moga anakmu Dina dan adik Alia tu segera sembuh seperti sediakala, amin!

normala berkata...

Salam CM,

Ciannya Dina n Alia..

Moga2 cpt smbuh. Akak rasa eluk gak CM tnggu lagi kat HBM. Biar Dina betul2 pulih. InsyaAllah Dina akan dpt treatment terbaik.

Cerita esuk sekolah tu biarlah .

Slmt hari raya buat CM n Dina.

Kak As. berkata...

salamCM,

tabahkan hati mu menghadapi ujian Allah.

smoga dalam rahmat Allah selalu.

disebalik senyumtawa tersembunyi seribu makna.

jika kita redha kita akan terasa bahagia....

yang pahit ditelan dan yang manis kita luahkan untuk tatapan teman.

biar tiada siapa yang tahu derita hati kita.

smoga bahagia menanti disana.
smoga Dina kembali sihat ceria.

Hanis berkata...

salam kanda,

dina masih di wad ke harini? Ya Allah kesiannye...dr hari jumaat aritu..maknanya harini masuk hari ke-3 di wad...semoga dina kembali sembuh & ceria seperti selalu..
sedihnya baca kisah adik alia...semoga adik alia juga cepat sembuh drpr demam panas itu....

insan pendidik berkata...

Salam CM,

Anak hang ada asma ke? Kena jaga terutama pemakanannya. Ada ujian yang dapat menentukan dia allergi kat makanan mana. Anak IP semua ada asma. Semuanya juga ada rekod ditahan wad.

Anyway, bersabarlah yea ...

Che' Pit berkata...

salam CM,

mmg kesian kan tgk budak2 sakit, ditahan wad.. sampai tak sanggup tgk.. masa nak raya, anak akak yg baru 11 bulan tu kena sakit mata.. merah dan bengkak.. tak sanggup nak tgk, rasa sayu n sedih tgk muka dia.. semoga semua cepat sembuh.. alia dan anak cikgu dan semua yg lain..

afeezz berkata...

sedih baca cite adik alia (adik ker?).. tp kelakar plak baca cite resakse cube tidor diatas katil tuh... tak dpt bayangkan camner... hahah

cikgu mas berkata...

salam mylife

jika mylife juga seorang ibu mylife pasti dapat menempunya dgn tabah...

cikgu mas berkata...

sayang untuk temanku maiyah


yup bukan gumul sajer boleh gusti2 sekali hehehe.tq maiyah atas doa..

cikgu mas berkata...

salam ciklie

memang cute ciklie,baik pulak tu,tak nakal,mmg tgk cepat sayang,budak ciklie tak de dosa renung wajah mereka beri ketenangan....depa pun kirim salam u ucapan kt ciklie.tq atas doa mu.

cikgu mas berkata...

salam doktor

tima kasih atas doa dan ingatan...insyallah...amiiin

cikgu mas berkata...

salam kak mala

timakasih atas keperihatinan akak,biarlah dia sembuh dulu pagi esok saya call boss,cuti saya ada balen 4 hari lagi rasanya

doa dia cepat discharge lah ni...

cikgu mas berkata...

salam kak as..

akak sering tampil dgn kata2 hikmah,nasihat yg sungguh indah susun atur katanya persis pujangga,adakala saya tertunggu kak as disini,

hehehe..camni lah saya kak...saya lebih suka senggih dan senyummmmmm.kerana aktiviti tu menenangkan saya,bila saya senyum saya harap hati saya juga tersenyum,dan org sekeliling saya juga tersenyum bahagia,usah dipikir duka lara,tak nama hidup jika kosong tanpa ujian,macam budak sekolah bila hadap ujian barulah boleh dinilai prestasinya.

saya ok gak,gelak tawa saya pasti ada dimana2,senyum gambaran hati,biarlsh kita senyum dari hati bukan senyum dari hati yg mati dan penuh hipokrasi....


satu lirik lagu...

senyum seindah suria yg membawa cahaya..
senyumlah darti hati
dunia mu berseri...............

cikgu mas berkata...

salam hanis

tq atass doa,muuuuuuaaaaaahhh,
i love u dik.....

cikgu mas berkata...

salam IP

awat hang tak pernah cite pun,6 thn dok sebelah cheq tak pernah bukak mulut,itulah ortg lelaki kan susah dia nk stori pasai umah n anak2.kita pun sibukkan tak sempat nk stori mori..

budak2 kn mudah kn asma.tq IP atas keperihatinanmu...

cikgu mas berkata...

salam che pit

lama tak nampsk che pit...betul mcm-macam kalau dok wad kanak2 ni,apa yg depa tahu selain menangis dalam nada kesakitan dan derita,tapi Allah melindungi mereka,mereka tiada dosa dan suci bersih ,tq atas doa...

cikgu mas berkata...

salam afezzz

hehehehe,,,,hang sorang jer yg alert kisah raksaksa tidur dgn budak kecik tu,alahh dik tidur dgn budak berat 15kg tak per arr,tak patah katil tu,..

tapi kalau katil kocik tu berebut dgn hang yg dah pasti 80kg ke atas tu,campur dgn k.mas sekali,k.mas rasa kalau kita dua tergolek ke lantai gempa bumi 12skala ritcher,dgn tsunami sekali,hahaha...

Kak As. berkata...

salam CM,

teringat lagu madah pujangga.
tapi terlupa lpak senikata lagu tu.

teruskan beri 1 sudu teh madu lebah pada Dina setiap pagi.

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu,

semoga Dina n Alia cepat sembuh
INSYAALLAH

KSPulau berkata...

Salam Cikgu.....
Saya doakan semua sihat. Ni tengah terharu ni...hahhahahaaaaaa....(gelak slow2- takut ada org tu suruh pi lorong ussin mana tah...)

||alis|| berkata...

salam CM.

lama ku beraya hingga lupa mahu ziarah rumah cm ini..

aduh, kasihan dina. harap dia cepat sembuh :)

adik alia moga dia juga segera sembuh. sawan tarik? hmm alis pon tak pernah dengar apa sakit nih. tapi tetap kasihan sama si kecil itu.. moga puan azlina tabah menghadapi sakit anak kesayangannya. amin.

sI tEDI berkata...

semoga dina bertambah baik CM... Moga ALia juga begitu.. :) InsyaAllah..

cikgu mas berkata...

salam kak as,

insyallah kak saya cuba beri,google kak carik lirik lagu tu...

cikgu mas berkata...

salam tanpa nama

..awat tanpa nama,malu ker dgn CM ni,CM pun tanpa rupa....

timakasih yer,selalulah dtg sini,CM bagi namalah,CM panggil awak abang samad boleh???? hehehe,tu boyfren CM.ahaakk...

cikgu mas berkata...

salam cikgu KS

lorong che Husin tu cawangan hospital bahagia,sendiri mahu ingat laarr,kt berek 12 tuu..

oh yer,cikgu KS tak sign in jadi follower CM arr,

cikgu mas berkata...

salam Aliss


hah tunggu jugak aliss tak sampa2 umah CM.

aliss ada anak nanti kn tahu apa dia sawan tarik dik ooi,sawan lah dik,boleh sebabkan kancing gigi tu,,,

cikgu mas berkata...

salam sitedi

kalau sitedi kaya,sitedi boleh beri kanak2 ni tedibear mesti depa suka,arr.

rezeki berkata...

Salam CM,
semoga dina cepat sembuh seperti sediakala.

afeezz berkata...

wow kak mas... klu kite le kene tido atas katil tu, sy lebih rela tarik tilam tu ke bawah, tido atas lantai, lebih selamat.. dan sudah pasti saya akan tendang kak mas dr tilam tuh... (tendang tanpa sedar, masa tu tgh tido..)

Asnija berkata...

Salam Mas,
Apa khabar Dina? Dah sihat dah? Kena test makanan apa yang dia allergi la Mas, macam IP kata tu...senang sikit nak kawal...anak-anak akak kalau sejuk pantang semua drink yang ala-ala yougurt drink termasuk keluarga vitagen...

Boleh bayangkan tensionnya bila kena ke hospital malam-malam buta bersendirian, akak pernah mengalaminya, masa tu hubby ke Korea, sabar ye...insya Allah, nanti anak-anak ingat kat Mas bila Mas pulak yang sakit....

Allah akan sentiasa bersama-sama Mas....

Che' Pit berkata...

hmm afeezz, ko nak ke tdo setilam dgn kak mas tu? hmm kompius aku pikir..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today