yg sudi bersama cm....

Jumaat, September 25

Jom mengenali insan tabah bergelar maiyah.....


Aku Ibu pada Ayuni dan Fizuan,Sorang OKU yang masih dalam pencarian Ilmiah.....tak berapa cerdik...tak cantik N suka bersahabat....bukan mencari cinta hanya mencari cinta Ilahi

KATANYA LAGI.........

PERJALANANKU MASIH PANJANG....

AKU BERSYUKUR ATAS APA YG TERJADI....SESUNGGUHNYA ITULAH RAHMATMU...AKAN AKU TERUSKAN HIDUP INI DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KESABARAN..


Sebenarnya pertama kali aku mendengar nama Maiyah di Sekolah Chenta,masa itu doktor menangis membaca entry maiyah di blog Perjalananku masih Jauh,Aku dengan lantang bertanya pada doktor..."Kenapa doktor menangis,????lelaki mana boleh menangis!!!,Doktor menjawab dengan panjang lebar mengapa seorang lelaki boleh menangis,aku amati dan hayati satu persatu penerangan doktor,namun mungkin kerana egoku aku kurang cenderung pada jawapan doktor,aku kira sahabat ku itu masih belum memberi jawapan tepat,aku perlu mencari sendiri jawapanya dan mungkin dia ada di blog Perjalananku masih Jauh.Kesibukan dan kemeriahan hari raya menyebabkan hasrat itu tergendala,sehingga pada satu malam sahabat baikku menceritakan tentang kisah realiti seorang wanita yang mempunyai ketabahan luar biasa bernama `R`.Malam itu juga mataku begitu segar,kisah R tergiang-giang di minda,dan malam yang panjang aku pun mengembara di alam maya sehingga aku bertemu seorang wanita hebat bergelar `MAIYAH`........dan kalau doktor hanya mengalir airmata,tapi aku...menangis tersedu-sedu dimalam itu tika aku mengiringi kembara maiyah dalam Perjalananku masih Jauh.



Maiyah
Berada dalam duniamu aku terasa begitu malu dan kecil,aku seorang wanita yang sihat dan kukira sempurna,punya keluarga dan anak-anak yang comel ,berkerjaya dan dikelilingi orang yang masih menyayangiku,Tapi aku seringkali memandang perjalanan hidup ini adalah satu perjalanan yang melalui lorong yang sempit dibawah satu pengertian `Hidup ini hanya Sementara`..dalam kesementeraan itu adakalanya aku lemah dilambung perasaan dan ketakutan ketika memandang kehidupan yang akan datang...Tapi dirimu wahai Maiyah...memandang hidup ini dengan mata terbuka,Kau seperti seekor Jentayu yang patah sayap bertongkat paruh,patah paruh bertongkat dagu,patah dagu bertongkat kuku...itulah ketabahan Jentayu...


Teman-temanku

Pergilah bertemu Maiyah,seorang wanita yang pernah memiliki kehidupan yang sempurna tapi kini bergelar Orang Kurang Upaya.Dalam ketidakupayaannya,,dia memandang ujian yang dihadapi adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah.Aku menangis menghayati kesakitannya menempuh hidup di atas kerusi roda akibat kerosakan Saraf Tunjang yang menyebabkan Maiyah lumpuh kerana kemalangan.Kesedihanku makin dalam membaca kisahnya menghadapi pemergian suami tercinta tika kemeriahan Hari Raya Ketiga beberapa tahun dulu akibat kemalangan jalan raya dan tangisanku makin panjang apabila dia terpaksa mengorbankan naluri keibuaannya tika dia menyerahkan anak yang dilahirkanya kepada orang lain untuk anaknya melalui kehidupan yang lebih sempurna.Lihatlah dan hayatilah bagaimana wanita istimewa ini memandang dunia.Dia seorang yang begitu positif,optimistik,redha,dan kuat.Solat,Zikir,AlQuran dan doa adalah penemannya tika meneruskan kembara dalam Perjalanan yang masih jauh.........Sesunguhnya orang hebat diberi ujian yang hebat persis Nabi dan Rasul kerana syurga itu tidak murah...


Maiyah

Sambutlah salam persahabatan dari aku,aku sentiasa mencari sahabat yang membimbing aku mengenal dunia,mengajar aku tentang erti ketabahan,menunjukkan aku jalan yang lurus.Jika sukar aku temui di alam realiti aku selongkar dialam maya,Dengan izin Allah aku telah menemui beberapa sahabat impian,izinkan aku wahai maiyah mengiringi perjalananmu,agar semangat dan kekuatanmu meresap dalam jiwaku...



Teman-temanku...

P/s: Adakala kita bergelak ketawa,ceria dalam melalui hari-hari kita,tersenyum dengan penuh harapan,mengintai di tempurung kaca,gembira menulis untuk diri sendiri,mengembara ke pelusuk dunia dalam catatan perjalanan,meraih Pengalaman di Kota Berkat,dan memandang hidup seindah pelangi...apa kata kita pergi mengiringi dan menemani Maiyah dalam Perjalananya yang Jauh...pi click kat senarai blog CM tu ..untuk menemui `Maiyah`.....





30 ulasan:

Granny Hani berkata...

benar sekali setiap patah perkataan yang telah di luahkan..Dia lah maiyah yang telah ku kenali di laman ini, dia lah Maiyah yang jauh lebih tabah dari ku, dia lah Maiyah yang jauh lebih gagah dari ku..Dia lah yang membuatkan ku merasakan betapa setiap makluk Tuhan tidak terlepas dari ujian..

afeezz berkata...

org macam maiyah ni adalah antara mereka yang paling tabah hidup kat dunia ni..

KSPulau berkata...

Salam,
Hidup ini sementara..... Kesementaraan itulah yang seharusnya kita sematkan mendalam dalam jiwa.....
Tahniah Maiyah....

kuina berkata...

sy jgk mengkagumi dia..
insan yang tabah & kental

moga kebahagian terus menyinari hidup beliau.

KSPulau berkata...

Salam,
Terlupa nak bagitau Cikgu Mas... Sy nak balik kg lagi nih.. ada mesej jamuan nasik dagang. Takpekan, CM kan...
Nanti nCM balik KB, carik kat kedai mak su nab berek 12 tu, ada kot (nasik air )

Dr Chenta berkata...

CM yang budiman,
kuturut berasa gembira kerana CM menemui Maiyah, insan istimewa itu melalui sekolah chenta.... dan peneranganku ttg lelaki menangis memang telah kusedari tidak dapat memuaskan hatimu namun kita berhak untuk menangis sama ada kerana sgt sedih atau sgt gembira, tanpa mengira jantina!

p/s; wp tidak menetap di daerahnya namun darah Tuah masih ada sedikit titisannya drp nenek sebelah emak dan tekaanmu mengenai daerah asalku adalah tepat....

S berkata...

salam,

bertepatan dengan nama SUMAIYAH.
seorang yang kuatberiman dan tabah menghadapi ujia Allah.

maka nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan. subhanallah.

marilah kita bersujud syukur setiapkali selepas solat sebagai tanda kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah yg tak tehingga kpd kita. Alhamdulillah.

Atikah berkata...

Salam kak,

Tersentuh hati membaca kisah kak maiyah... mengalir air mata...

sonata anak kancil berkata...

salam, sonata sudah lihat & baca sape Maiyah....Kita sibuk dengan cara kita...tapi tak nampak ada orang yang begitu tabah menghadapi perjalanan hidupnya...semoga melalui medium ini...kita turut bersama2 bersimpati dengan mereka seperti Maiyah ini! semoga sedikit sebanyak kenalan dialam maya ini dapat menghiburkan kehidupan Maiyah...dan semoga Maiyah tabah menghadapi hari muka....

insan pendidik berkata...

Salam CM,

IP turut tersentuh membaca cerita mu itu CM. Dalam pada kita bergembira di hari raya ini jangan lupa ada insan lain kurang bernasib baik. Dalam pada kita mengeluh akan ujian Allah ini ada insan lain yang begitu hebat ujiannya. IP mungkin tak secekal insan ini. Tapi jangan lupa akan mereka ini. Moga beliau terus cekal dan beroleh rahmatNya. Insya'Allah.

myQza berkata...

terima kasih kerana menulis mengenai kak maiyah. beliau mmg tabah!!

salam ziarah.. dan salam kenal..

CM berkata...

salam kak hani

iyer kak hani mmg sungguh istimewa dpt mengenali maiyah..insan istimewa yg diduga Allah untuk menempatkanya di suatu tempat yg istimewa..

CM berkata...

salam Afeez

betul afeez tak ramai manusia tabah di dunia ni,ramai yg cenderung berkeluh kesah...

CM berkata...

salam cikgu KS

sebenarnya dalam hidup yg sementara byk perkara yg telah kita lepaskan tanpa sedar ia tak mungkin berulang..

pssst: CM tunggu cikgu KS belanja nasi air kt mak su nab berek 12 tu...bolehkan???

CM berkata...

salam kuina

selamat dtg ke blog CM,biarlah kita mencontohi dan mengkagumi insan yg istimewa mcm maiyah..kita doakan sinar bahagia berada di hadapannya.

CM berkata...

salam doktor yg sering kuingati...

disekolah chenta aku sering menemui sesuatu yg bersifat indah dan penuh hikmah dan insan-insan yg berbudi luhur,sekolah yg mendidik ttg kehalusan perasaan dan indahnya perasaan cinta.Menangislah wahai insan bergelar lelaki,Nabi Muhamad saw pun sering menangis,tapi jgn pernah air mata lelaki mengalir untuk sesuatu yg sia-sia,kerana air mata lelaki terlalu mahal persis mutiara.Maafkan saya doktor secara jujur mempertikaikan peneranganmu,..kau ttp secara yg kritis dan bijak bermain kata...

Kalau benar dari Muar,CM nk ajak makan mee bandung kt Tanjung..

CM berkata...

salam kak as yg dirindui

sungguh tajam pemikiran kak as,terlupa saya nama Maiyah sama seperti nama serikandi islam yg syahid dijalan Allah..wanita hebat yg dijanjikan syurga...

moga kita semua menjadi insan yg kenal erti syukur dan sentiasa dekat dgn Allah..

CM berkata...

salam Atikah,,

selalulah kita mencari maiyah,untuk kita contohi dan resapi semangatnya..menjadi wanita tabah,berani dan sabar..

CM berkata...

salam sonata

terima kasih atas doa akak,insan seperti maiyah sering mengelak dari terus dilimpahi simpati,tapi mereka perlukan ketulusan,keikhlasan,sokongan dan cinta sejati..

sesungguhnya tidak selamanya langit itu mendung,,mentari yg muncul selepas hujan sering membawa sinar pelangi..

CM berkata...

salam IP

kita cubalah contohi ketabahannya,agar kita jadi lebih baik dr semalam...cuti lagi ker IP???

CM berkata...

salam sitedi,

salam kenal dan salam sayang


terimakasih krn sudi jd follower CM.maiyah mmg insan hebat..

izman berkata...

memang sukar nak jumpa orang setabah kak maiyah ni.

Maiyah berkata...

salam.. tak dpt nak sy luahkan mcmana perasaan ni, sy hanyalah insan biasa saja yg dulu pernah gagal dlm menjalani kehidupan yg sempurna tapi Allah telah menarik sy dari kegagalan itu agar sy sedar dan kembali padaNya yg satu.. terima kasih sahabat :)

||alis|| berkata...

salam CM;

dahulu alis sering saja ingin menangis bila berjumpa insan seperti puan maiyah.

sama juga jika terpandangkan org gila, yg punya dunia sendiri.

seorang sahabat berkata: mereka2 ini ialah bunga syurga. kita patut menangis kerana adakah kita juga terpilih sebagai bunga syurga kelak?

Noor berkata...

As Salam

semoga Allah terus merahmati dan memberikan kekuatan pada 'maiyah'..

contoh yang terbaik untuk kita yang sempurna ini.. kadang2 kita menjadi alpa pada insan2 yang sebegini.. keluh kesah sentiasa menjadi tabiat kita.. Ya Allah, ampunilah kami.. amin

CM berkata...

salam ukhwah dan salam persahabatan untuk izman...

betul izman kalau kita dah jumpa kita jgn lepaskan sahabat setabah ni...dtg sini selalu izman kita bertukar idea n pendapat...

CM berkata...

SALAM MAIYAH SAHABATKU...


AKHIRNYA INSAN YG KU TUNGGU SAMPAI JUA KE DUNIA KU NI,DGN SATU KOMEN YG BENAR-BENAR MERUNTUN RASA DAN MENUNJUKKAN KERENDAHAN HATI SEORANG HAMBA ALLAH,TERIMA KASIH KERANA MENYAMBUT SALAM PERSAHABATAN DARIKU DGN PENUH BUDI...TQVM JD FOLLOWER CM,ITU SATU PENGHARGAAN YG SANGAT BESAR YG TAK TERJANGKAU OLEHKU..

CM berkata...

SALAM SAYANG UNTUK NOOR


BETUL TU SEMANGAT MAIYAH LEBIH HEBAT DR INSAN NORMAL

CM berkata...

SALAM ALIS

UJIAN YG ALLAH BERI ADALAH PADA MEREKA YG MAMPU...KATA MAIYAH YG KU INGAT


JANGAN PERNAH RAGUI SEDETIKPUN KASIH SAYANG ALLAH...ALLAH SENTIASA MELINDUNGI..

Dr Chenta berkata...

salam CM,
maaf ya lari tajuk ni....
sy adalah orang muar yg tidak berapa suka makan mee bandung di kedai, kalau nak makan minta isteri buatkan tapi sy sudi kalau CM ajak makan dengan syarat sy yg belanja krn CM kan tetamu sy!

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....