yg sudi bersama cm....

Rabu, September 9

Ibu Mertuaku...


Semalam waktu bersembang dengan kawan.

Cikgu wana bertanya padaku.
"Mas!!! u raya mana tahun ni"....
"Melakalah,mana lagi???i mana ada ibu mertua,my husbandkan yatim piatu!!!"..
"Aduh,beruntung u mas,tak payah dok gaduh,bergilir bagai,i kalau raya mula dah dok pikir balik mana"????...cikgu wana menyambung,,
"La!!!! beruntung ker saya.????....aku bertanya sedikit pelik



Ramai orang kata aku beruntung,terutama waktu raya,aku tak perlu kalut bergilir beraya di rumah ibu mertua dan kesedihan di pagi raya mengingatkan ibu sendiri.Kata kawan-kawan suamiku telah `dimelakakan`..betul ker???hmm,mula-mula dulu aku rasa ini satu kelebihan,tapi bila dah matang,ini aku anggap satu kekurangan.Apapun nilai syukur perlu ada dalam diri.Allah akan tambahkan ganjaran jika terus bersyukur atas apa situasi.Tiada ibu mertua,aku masih punya ibu sendiri.


Jauh sudut hati aku rasa aku kekurangan sesuatu,aku tak pernah rasa belaian kasih ibu mertua,aku berkenalan dan bernikah dengan suami saat dia sudah bergelar yatim piatu.Di universiti dia terpaksa berhempas pulas membiayai kos pengajiannya sendiri,bekerja sambilan,berbagai kerja dilakukan untuk menamatkan pengajian.Aku sering merasa sangat kasihan ..Aku boleh lagi menadah tangan pada ibu bapa,kakak dan abang saban bulan untuk menampung hidup dikota besar.Tapi dia??? ada satu masa saat dia sangat tertekan dia terpaksa menangguhkan satu semester pengajiannya.Kehidupan yang sebegitu menyebab suamiku menjadi seorang yang `tersendiri`..adakala aku terlalu sukar untuk aku fahami.


Tanpa ibu mertua,aku rasa amat kurang.tiada tempat untuk rujukan,kata orang nak kenal seorang lelaki rujuk pada ibunya,kalau ada masalah terpeliut hati misalnya,ibunya tempat mengadu,tapi aku tak berpeluang melalui semua itu,aku tak pernah kenal dan pandang wajah ibu mertuaku hatta sekeping gambar pun tiada,yang ku tahu dari ipar duai namanya Mariam.Dia seorang ibu yang sangat lembut,meninggal dunia tanpa melalui sakit panjang,cuma demam sehari,dan meninggal akibat tekanan darah tinggi saat dia berpenat lelah menjaga cucu.Mendengar cerita itu aku agak kesal dengan sikap segelintir anak -anak yang tega membiarkan  ibu tua yang berpenyakit menjaga anak kecil yang lasak.fuuh inilah anak zaman sekarang,pandai beranak tapi tak mahu menjaga,ibu yang dibebankan sedangkan dah habis usia ibu membesarkan kita.


Tanpa ibu mertua juga,terus terang aku katakan aku perlukan kajian mendalaman untuk memahami lelaki yang bergelar suamiku,walau tidur sebantal,adakalanya aku bagai tidak mengenal siapa dia???Dia pun seorang yang agak pemdiam,berbanding aku yang tak berhenti bercakap.Adakalanya sebelum tidur aku galak bercerita macam-macam,dari pagi sampai petang segala aktiviti aku lapurkan,tapi rupanya segala cerita dan hikayat yang aku dendangkan dah masuk dalam mimpinya.Aduhai bersabar je lah,dah tidur rupanya!!!!Masa bercinta rela dia dengar segala hikayat dari seorang penglipur lara,hmm bila dah kahwin..bila aku mula bukak buku dia punya ayat"dahlah yang,tidolah esoklah cerita yer"...huhuhuhu..mula-mula dulu memang merajuk tapi sekarang alah bisa tegal biasa...Soal makanan kegemaran suamipun aku belum habis belajar kami dari negeri yg berlainan,aku di selatan dia di timur.Aku pedas dia manis,bila ditanya nak makan apa? ayatnya "ikut yang ler,masak apa pun abang makan!!"..akhirnya aku masak apa aku suka,kalau ada ibu boleh dirujuk kegemarannya.

Jadi semalam,bila tengok n3 seorang teman mengenang seorang ibu,hatiku terusik,hmm beruntung orang yang punya ibu mertua yang baik dan menyanyangi menantu atau bakal menantu sepenuh hati..Hargailah ibu mertua pikat hatinya,seperti kau memikat hati anaknya.Orang kata macam mana kuih begitulah acuannya.Penyayang ibunya penyayang lah anaknya,pandai mengurus tangga ibunya,pasti turun pada anaknya.Bahagia rumahtangga dengan restu ibu dan bapa.Betul tak kak as,Datin,AZ,Che pit,Noor,Rezeki dll..betulkan????


tak mahu dengar dialog mak dara dalam filem ibu mertuaku.
."kalau kau aku dah tak suka,seluruh keturunan kau pun aku benci,pergi kau dari rumahku"..
.hmmm pikir-pikir n timbang-timbangkanlah....

Nape CM letak gambar strawberry 3 biji tu.????
...hmm cintanya semanis strawberry... I LOVE YOU..
.

55 ulasan:

rezeki berkata...

Salam CM,

ibu atau ibu mertua di dalam islam patut kita utamakan dan hormati. Itu tanggungjawab kita sebagai anak atau menantu. Mmg betul ada sesetengah setiap kali raya , bergaduh nak balik kg mana dulu. Saya senang je, my mrs anak sulung .Org KL, saya org muar.2-3 hari sebelum raya balik muar dan siapkan dulu segala keperluan emak di muar, esok nak raya, malamnya balik KL. Nanti petang raya balik Muar semula . Lepas tu KL balik. dah rutin setiap tahun. Tak jadi masalah pun. Rumah dua-dua dapat raya. Apa nak gaduh2 kan . betol tak CM.

Lagi satu mmg saya lihat zaman sekarang la ni, ada anak2 yang masih membebankan ibu mereka dgn menjaga anak cucu. Cubalah cari alternatif lain dulu. Kasihan ibu tu, dia pun nak berehat juga di hari2 tuanya, nak beramal.Ini tidak, lepas bela anak, bela cucu.. kalau mcm tu bila nak habis


p/s : org raya balik kampung, saya raya balik bandar tu yang raya dgn bagla,vietnam kat klcc. mcm pesta, seronok
ngeh,ngeh,ngeh

afeezz berkata...

kite senasib lah kak mas, saya pon takde ibu mertua.... sob3

||alis|| berkata...

salam my dear cikgu... :)

n3 cikgu buat saya terfikir sedikit. takpe, apa2 hal lepas 2 mggu raya saya refer cikgu balik ya..

*snyum sedikit sambil setuju, tiada mak mertua maknanya tak syok laa.. :)

shami2 berkata...

Salam CM,

Ha..bab IM ni sungguh sensitif..ada baik, ada negatifnya...nama pun kita ni insan..
MIL sya dulu2 ok..dek kerana silau ngan SIL sya yg byk laburkan duit..pd dia, dia jdi kalah,...sya ngan husb jdi korban...keadaan..tapi kami trima..MIL tahu tp dia terpaksa...nasihat yg diberikan melalui majlis ilmu yg sya bawa diterima..dn dia lebih peka...SIl sya hr ni tak renti2 cium pipi sya..bila setiap kali jumpa..krn..ketelanjurannya...tiada rasa bngga namun..syukur brjaya pulihkan suasana...namun trauma tetap ada akibat pendam perasaan terlalu lama...huhuhu..

Dr Chenta berkata...

Salam CM,
itulah namanya bahagian masing2 yg telah Allah swt tentukan. Ada yg berasa beruntung krn msh ade ibu mertua dan tak kurang jugak yg menghadapi masalah. Ada pulak yg rasa mcm beruntung krn tiada lagi ibu mertua dan tak kurang yg berasa suatu kerugian sptmana yg CM rasakan. Apa2 pun kita akan tetap menerima keadaan seadanya bagi meneruskan kehidupan.

CM, mungkin sehingga ke akhir hayat, kita tidak dapat benar2 mengenali pasangan kita namun itu bukanlah alasan utk kita tidak dpt bersama2 membina dan melayarkan bahtera bahagia hidup di dunia yg sementara ini dan lebih2 lagi di akhirat yg kekal abadi!

Che' Pit berkata...

salam CM,

tido sebantal? hmm muat ker? ngeh ngeh ngeh.. apis, samalah kita senasib, takde mak mertua.. huhu

Noor berkata...

As Salam..

Al-Fatihah untuk arwah ibu mertua mu.. semoga dicucuri rahmat keatas roh nya.. walaupun tidak dapat merasai kasih nya.. tapi dinda bisa menunjukkan kasih dinda pada nya.. dengan.. doa2mu, sedekah jariahmu dan ajarkan anak2 mu dengan memperingati nenda mereka dengan bacaan2 Al-Quran.. ingatkan mereka agar setiap hari hadiahkan nenda mereka Al-Fatihah.. semoga nenda mereka dirahmati disana.. aminnn

kepada anak2 yang bekerja dan meninggalkan anak2 mereka kepada ibubapa.. 'lu pikirlah sendri'.. mau kah kita nanti dikala usia senja dibebankan dengan kerenah cucu2.. walhal sepatutnya dikala itu kita memperbanyakkan lagi bekalan untuk menghadap yang Esa.. 'tepuk dada tanyalah iman'..

psstt.. malam raya kat KL.. sebelum subuh bertolak ke kg.. begitulah rutin setiap tahun.. takmo ah raya kat KL.. lainlah tuan ismet.. tiap2 tahun raya kat KLCC.. perghh.. raya pun ngan org obersea.. cayalah CR..

ngeh ngeh ngeh

opss.. ala2 apizz.. ko pun tak ada mak mertua??.. cian nyer dia.. meh akak temenkan nangis skali.. uwaaaa

KUNTONG berkata...

Salam Cikgu Mas;

Cerita yang amat menarik,jujur dan berterusterang.Semuanya ada hikmah, baik ada atau tidak ada "mertua". Semuanya telah ditentukan.
Semoga rumahtangga CikguMas aman bahagia untuk selamanya. Amin.

Asnija berkata...

Salam Mas,
Betul jugak ye Mas, nak menyelami hati anak lelakinya, kena tanya dengan ibu nya...tapi ginilah...Mas perhati je tiap hari, satu perangainya, atau satu kegemarannya, pastu cuba kumpulkanjadi list 50 perkara yang Mas tahu tentang suami...pastu kan emel kat suami ngan jawapannya sekali...suruh dia cek, berapa betul, berapa salah...itu permulaan je lah...pas tukan kalau suami pendiam, Mas bercakap tak pe...kalau tak pun duduk je sebleah dia, diam-diam..kalau dia tanya apsal Yang ni? Jawab jelah, saya tengah bertelepati dengan abang sebenarnya....

(mungkin ada hikmah nyer Mas tidak ada ibu mertua...)

shami2 berkata...

Salam CM..

Kami dr negri yg sama, taklah gduh pasal nak balik kg...sbb pagi bole ader kt rumah dia..dlm masa 45 minit dah bole ada kt rumah sya...hehehhe

tp kat rumah sya lagi best..kalau makan nasik..dia kenyang smapi tak leh bgun..hehehhe buruk perangai...dolu2 husb tpaksa korban masa depan demi adik222 sbb ayah dia pergi masa dia sek men...kalau tidak dah jadi..ust zambri mantop..ataukah..ustaz akashah..atau ust bla..bla..bla..hr ni adik222 tu buat2 lupa...tapi takparrr biaqlah depar...tgas sya jdik..pembuka suasana..macam nama..satu2 sya akan selesaikan..ibarat matahari yg sentiasa menerangi alam cekerawala....

khairyn berkata...

salam cikgu mas

Situasinya sama dengan bonda saya. Arwah abah memang yatim piatu dan memang betul orang macam ni dewasanya punya semangat yang jitu dan tersendiri sebab sudah diasuh berdikari sejak kecil.
Kami pula tiap2 raya memang balik kampung belah emak di Pontian. Raya ke 3 atau 4 baru turun ke Muar, rumah belah arwah abah.
Tapi sekarang, lepas arwah abah dah tak ada mak memang takkan ke mana-manalah... di Melaka saja.

p/s Cikgu Mas boleh emel saya di ryhano@yahoo.com tak? Ada sedikit buah tangan yg hendak saya beri pada putera dan puterimu.. juga pada si penglipur lara yg banyak cerita ni hehehehe

Ayah Zain berkata...

salam CM,

tahun ini ayah zain beraya di Kg ayah zain dulu kat Rembau, hariraya kedua balik Gombak jumpa ibu mertuaku. Hari Selasa balik Pontian semula sebab rabu kijer. huhuhu.

CM berapa hari raya kat melaka, area mana? manala tahu boleh singgah kan.

Aidil Fadzil berkata...

Salam, saya kehilangan ayah mertua. Semuanya kehendak Allah. Hanya mampu doakan untuk mereka ditempatkan bersama orang-orang yang mukmin.

ReD berkata...

erm..
org kata mak mertua selalunye garang n agak sukar d tambat hatinye..

is it true?

Azemi Ali berkata...

Salam Cikgu Mas,

Orang yang ada ibu mertua, tak nak balik jumpa mertuanya. Orang yang tiada ibu mertua pula terkilan sebab tak pernah berjumpa. Ibu Mertua saya pula dah lebih 4 tahun terbaring tanpa makan dan berkata-kata lumpuh akibat stroke kali kedua.

Selamat menghadapi 10 hari akhir Ramadhan.

nani berkata...

Salam, saya ada mak mertua tapi jauh di Kota Kinabalu....kesian tgk suami yg jarang2 dapat jenguk mak bapak dia..setahun sekali je...! Sama2lah kita jaga org tua kita selagi mereka ada hayat....

yayayuyee berkata...

salam cikgu mas
salam sayang dari kejawuhan
salam perkenalan juer..hiks..
semuga ukhwah kite berkekalan
selamnyer.
sayang CM jugak..terharu
kite tau..CM cayang kat kite..

PINATBATE berkata...

salam CM..
baca cerita CM ni rasa bertuah sgt kakpinat masih punya ibu mertua..yg baik hati dan lembut tutur kata..tak pernah rasanya kakpinat tersinggung dengan mak mertua sejak jadi menantunya 14 tahun lalu..Alhamdulillah,syukur..

Senang cerita kakpinat ambil syafaat asben lah..sebab dia anak bungsu kesayangan automatik kakpinat pun tumpang sekaki jadi menantu kesayangan..hehehe..

Kami berdua sekampung, bila raya tak ada masalah nak balik mana..cuma sebab raya tahun ni mak abah kakpinat beraya kat Mekah jadi nampak gayanya kakpinat 100% kat rumah mak mertua lah...kalau tak tu bila siap masak rendang rumah mak pergi isi balang kuih raya rumah mertua pulak pastu tidur kat rumah mertua,subuh balik rumah mak lagi sebab baju raya semua kat sana..alahai,sekangkang kera jer..melompat-lompat jer lah ..

Unknown berkata...

Salam CM,

Tak de mak mertua rasanya satu kekurangan juga kan.

Nampaknya bagi kita yang masih ada mak mertua kena hargailah mereka.

CM, Allah tu Maha Kaya. CM dapat hsband yang tak bnyak cakap. Kalau dua2 banya cakap susah juga dibuatnya. Apapun syukurilah apa yang kita ada.

Slmt beribadah moga jmpa malam yg lebih baik dr 1000 bulan.

Tanpa Nama berkata...

salam kanda,

huhuhu..dinda tak tau nak komen apa...sbb dinda sama seperti pijal & apis...masih single tang tang tang....huhuhuhu...suma doa hanis, hanis mendapat ibu mertua yg penyayang...& hanis sebagai menantu kene berlaku memahami tanggungjawab suami pada ibunya...& menyayangi mereka seperti hanis sayang pada ibu hanis sendiri...

ttg ibu menjaga anak2 pula....kalau boleh hanis sendiri yg nak menjaga mereka setiap hari..menghantar mereka ke sekolah..menguruskan segala urusan mereka setiap hari...melihat pembesaran mereka dihadapan mata sendiri...tp jiwa hanis masih ingin mempunyai kerjaya atau pendapatan sendiri...hanis masih ade ibu & papa yg perlu dibantu...walaupon mereka tidak pernah meminta walau sesin...ibu perlu berehat..walaupon ibu duk ngan hanis sekali pon...hanis takkan biar ibu menjaga mereka sepenuh masa...

CM berkata...

salam rezeki..

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar jika kita bertolak ansur kan,org sibuk melawan jem,cik rezeki balik Kl jalan clear arr..untung dia,

betul cr,sian tgk ib tua jaga cucu,tak tido mlm kena jaga cucu,mak n pak cucunya tido berdengkur,ada ker patut..

CM berkata...

salam apizz ku sayang..

ada satu lagu tu bunyi dia cam ni...

"kita seupa..kita serupa ' ngeh,ngeh,ngeh jgn nangis tuuu amik mak dara jadi mentua,ko jadi dr ismadi yg curi bini kassim selamat tu,mak mertua sayang..

Atikah berkata...

Salam kak mas....

He.. he.. cheq masuk kategori pijal, apis ngan hanis gak... tak dak IM lagi...

Kak mas masih beruntung, tak payah nak kalut2 nak balik raya pertama kat mana... ada orang bercerai berai sebab nak balik raya kak...

CM berkata...

salam aliss

haah dia tu,ada-ada ajer.h ehehe apalah soalan maut anak dara sorang ni nk tanya,cikgu tunggu arrr..ready for ur question,lmbt arr nk tunggu raya...malu kt sini emai arrr...

CM berkata...

salam shahmi

terkesan dihatiku membaca coretan dan ceita mu teringat pada soranhg kawan,cerita yg lebih kurang sama dgn shahmi,doaku kau bersabar pahit akan manis akhirnya..

CM berkata...

salam doctorku yg budiman..

saya seringkali tertunggu2 nasihat dan pandangan bernasmu,hati ni selalu berbunga dgn kehadiranmu..yup tapi kata orang tak kenal kita tak cinta,proses mengenal tu memerlukan kekuatan hati dan kesanbaran,saya selalu ingat dan pujuk hati,kita pun sering tak mengenali diri sendiri apatah lagi orang lain kita harapkan memahami kita.

CM berkata...

salam che pit

kalau bantal kecik tak muat arr,kitaorg guna bantal peluk dik,atau pun berbantal lengan.fuuuh...

aznaz berkata...

salam cikgu mas..

cheq jugak lah raya masih lagi kesaorangan disini..dah hampir 2 tahun dah..kalau dulu di kl..cuma mesti ziarah lah pusara mereka berdua..skg nih cuma iringan doa depan multazam sahaja yang dapat sya lakukan..

eehhh cikgu bukan balik rumah abg samad ker mak mentua kan kat sini.....kat gunung nih...


waslam

rezeki berkata...

Salam CM,
tumpang lalu, nak pegi umah noor, tak siap . CM suruhlah kwn CM ni siapkan atap dulu
ngeh,ngeh,ngeh

Setiap kali raya, KL dah jadi Bandung aka Nepal aka Bangladesh . Seronok tgk gelagat mereka, ada yg posing siap baring kat dpn KLCC. Pose maut ngeh,ngeh,ngeh.

p/s: raya motong gotah tak ngeh,bgeh,ngeh

Noor berkata...

Salam CM.. tumpang skit dik..

Tn ismet.. budget buat atap yelek.. tgh tunggu subsidi kerajaan selangor.. ngeh ngeh ngeh

betul betul betul.. kalu nak merasa raya di perantauan.. mai lah KL.. tak yah naik kapal terbang dan tak perlu passport.. he he

psstt.. cheq cuti motong seminggu.. berblogging pun cuti seminggu jugak kot.. ngeh ngeh ngeh

CM berkata...

salam cik noor (wah tiru cik lie panggil.)

tqvm atas saranan dan doa yg bermakna .dinda turut terkesan dgn peragai anak2 yg tak berpikir,tak ikut ckp nabil tu "lu pikirlah sendiri"...

tuan ismett ttp special raya pun dgn org obersea tuu...

noor balik mana???abg aji org mana kak ooi...??

CM berkata...

salam en kuntong yg saya hormati

terimakasih atas doa..betul tu semuanya ada hikmah dan tuhan tahu apa yg terbaik untuk kita..

CM berkata...

Salam Datin

Aduuh bermakna sungguh saranan dan tips dari datin,tqvm,saya akan cuba,tapi mesti hubby pelik kalau saya tak bercakap seharikan???,bimbang dia kalau saya jadi pemdiam gak..hehehe

afeezz berkata...

kak mas... kene jadi doktor dulu lah baru leh kawin ngan sabariah, anak mak dara tuh... klu tak kaya dia taknak.. mata duitan gak mak dara tuh..

CM berkata...

salam shahmi

seronok tu negeri yg sama,tak gaduh apapun,keduanya boleh ziarahi...


moga segala pengorbanan shahmi n suami Allah berkati dan doaku keluargamu berada dlm perlindunganNya dan dimurahkan rezeki..

CM berkata...

salam ryn

saya selalu teruja mendengar kau berkisah mengenai ayahmu..tentu arwah tu idola mu hingga kini..

hmm tak jauh mana org selatan jer,melaka,pontian muar,bergerak dlm satu hala..


P/s : aduhai susyah-susyah jer ryn ni,Insyallah ada kelapangan saya akan email ryn di kejauhan tu..

CM berkata...

salam Az

Area umbai Az,pernah sampai tak??tak tahu lagi bergantung pada suami punya kelapangan,silakan AZ menyinggah teratak buruk ayahanda bondaku,


gombak tu rumah mak mertua Az rupanyer,batu barapa ekk??

CM berkata...

salam cikgu aidil

CM doakan arwah ditempatkan dikalangan org beriman,bersabar atas segala dugaan..insyallah,moga Allah memberkati dirimu sekeluarga..

CM berkata...

Salam si cute merah

hiss mana ada dik,tu ibu mertua zaman dolu-dolu.skrg boleh buat kawan pi tgk wayang sama..

wrong,wrong dik..

CM berkata...

salam temanku en mie

manusia ni macam2 kehendak dan karenahnya,masing2 punya suratan hidup,ketabahan ibu mertuamu moga mendapat ganjaran besar dari Allah..amiiin..ku doakan beliau segera sembuh..

CM berkata...

Salam nani sicantik manis..

salam persahabatan CM hulurkan..aduh seberang laut ibu mertuanya,betul nani berbaktilah kita selagi ada..

CM berkata...

Salm yuyee

aduhai tqvm kerana sudi bertandang rumah cikgu,kecomelanmu di mekah mengodaku,jgn malu2 ke sini selalu,jika tidak perutku mudah kembung..

CM berkata...

salam kak pinat

kak pinatlah insan yg bertuah,memiliki ibu mertua yg tergambar di fikiran saya kelembutan nya..

aduh menantu kesayangan,tak pernah tersinggung hati,sekampung lak tu,bila raya terbang sini,terbang sana...aduhai kak pinat jelessssss,conpommm jelesss..

CM berkata...

salam normala

memang betul k.mala kalau dua2 kuat bercakap riuh rendah rumahtanggakan kak'''

selamat menjalani ibadah puasa,dimalam 10 yg terakhir ni..

CM berkata...

salam hanis

moga segala impian hidup berumahtanggamu akan cepat direalisasikan....amiiin..to be isteri yg solehah dan ibu mithali,,yer

CM berkata...

salam tika

tak de mertua kena cari,atau mertua mencari menantu,alah-alah segmen "Cari menantu" kat TV tu..

ada yer tika org bercerai berai sbb nk balik raya..mana ko dapat cerita tu..

CM berkata...

salam cik lie..

dah jangan sedih,bila cikgu balik beraya umah mertua kat gunung tu nanti cikgu beraya dgn ciklie sekali,cikgu masakkan rendang,ketupat,lemang,lodeh,kuah kacang,nasi minyak,dan tak lupa tat blueberry n strawberry special untuk ciklieku..


jom abg samad kita pi lawat ciklie kt bilik dia,aduh romantik yer CM dgn samad dipagi raya..memakai baju sedondon merah,...hhuh ciklie ni buat CM berangan sakan..


doaku roh kedua ibubapamu sentiasa diberkati ,menerima doa dari tempat yg suci..

CM berkata...

salam rezeki

tahun ni teringin saya nk tengok aksi sedara mara dr nepal,bandung bangla tu,kalau sempat beraya CR snap2 photo sekali masuk dalam blog.aksi ni kami nk tgk gak,,

hmm CR kalau guna atap dah lama umah towkey getah tu terbina,tapi umah dia guna genting,jubin mahal beribu tu yg payah benar nk buat tu, ala2 umah mansion tu..

CM berkata...

salam cik noor

aduh kalau cuti memotong tu cikgu tak heran..tapi kalau aktiviti berblogging tu terhenti,cikgu boleh kering n kurus ghinnnnnnduuuu kan kanda...

duhai kanda rayuan hati
rayuan kasih cinta abadi..aiik tetiba lak teringat lagu tu..

CM berkata...

salam apizz

majisret, lawyer,dia nak jugaklah dik...ahli music jer dia tak nak..
ko kan kerja dengan doktor menyamarlah dik..

kalau taknak mak dara,ko cari anak dara jer wat mak mertua,bahagia rumah dan tangga..

rezeki berkata...

salam CM,

wokey, kalau sompek, kwn snap nti gmbr tu, ni mesti tokey gotah tu simpan duit bwh dalam bantal. nti kono cuik dek toyol ngeh,ngeh,ngeh

padanlah , umah pakai atau gonting biru lagi yg mengelit2 tu
tu yg lambat siap.
Jual gotah ojol je boleh buat atap tu

ngeh,ngeh,ngeh

afeezz berkata...

bg Dr.B jer lah, klu dia nak duktur.. Dr.B kan bujang kontroversi

pinatbate berkata...

cikgumas..
rezeki setiap kita berbeza..tak payah jeleslah dgn kakpinat ni..setiap kekurangan Insyaallah akan Allah lengkapkan dengan kelebihan yang lain..Allah kan Maha Adil..

Kakpinat kalau puji mak mertua memang macam masuk lift tekan sendiri jer bunyinya, tapi memang betul..orangnya baik sesangat kadang-kadang kakpinat rasa malu sendiri..Yerlah kakpinat ni menantu 'hantu'..

Atikah berkata...

Salam kak mas,

Bukan cerita rekaan kak, kawan saya yang terjadi cam tu... dah kalau si suami buat taklik... telanggar, bercerai la kak... mulanya saya tak percaya gak, ada ker sebab balik raya boleh bercerai berai... dia kata ada... contohnya dia... terus tersenyap saya...

My Life berkata...

diriku sama dgn cik anis.. tidak punya ibu mertua,, cik hanis nasib kita sama.. hehehheheeheh

cm doakan azie juga.. hehhehehehhe
raya tanpa abah memilukan..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....