yg sudi bersama cm....

Sabtu, September 19

Aidilfitri di kampung halaman...salam aidilfiri untuk semua







Salam Aidilfitri dari CM dikampung halaman,CM sampai Melaka pukul 4.00 petang semalam,Jalan sedikit sesak antara Nilai hingga Seremban,banyak kenderaan,dan beberapa siri kemalangan berlaku,langgar melanggar dari belakang,Hujan petang tu menambahkan kesesakan yang ada.Alhamdulillah perjalananku selamat.



Sepanjang perjalanan selepas keluar dari Tol Air Keroh,kemeriahan Aidilfitri dah terasa,sepanjang jalan hingga ke kampung,banyak gerai menjual daun ketupat,lemang panas,daging lembu segar,kupang,lokan,kerang,kuih dan biskut raya dan dodol melaka yg sedap tu...hmm sejak semua adik beradik dah berkahwin tradisi mengacau dodol dah lama tak dibuat oleh kekuarga kami semuanya beli sekarang,


Sampai dirumah,wah berseri-seri rumah mak,berdinding hijau bercat baru,Langsir warna kuning diraja dah siap digantung.Berseri-seri wajah mak dan abah menyambut kepulanganku,3 kucupan mesra dipipi hadiah abah untuk anak manja dia ni.Hanya aku sahaja yang beraya dgn abah n mak tahun ni,Abang Long ke Gurun Kedah,Abg Ngah ke Jelebu N,Sembilan,Sis Intan di Kota Belud Sabah,Adik bari ke Johor Bahru,Terasa sedikit sunyi beraya tahun ni,harapnya ramai tetamu boleh menampung kesunyiaan beraya tanpa adik beradik yang lain.Hmm fikir balik bersyukurlah ,ada yg beraya seorang diri tu..alahai teringat temanku ciklie di makkah..sabar yer ciklie..Anda sangat beruntung dapat berziarah ke Rumah Allah.



Dah berunding dengan mak menu kami ketupat ,rendang ayam kampung,lodeh,sedikit rendang daging,sup dan kuah kacang.Aduuh,aku sahajalah jadi bibik di dapur dah tak de orang lain,tukang masak,tukang cuci,tukang potong dan segala tukang di bawah jemala bahu patik.Senyummmmmmmm....dihari raya..



Esok hari rayakan dikesempatan ini
CM nk ucapkan Salam Aidilfitri pada semua follower yg CM sayangi khususnya buat teman2 yg rapat..
Ciklie,Noor,Hanis,Ayah Zain,Rezeki,Datin Nija,Shahmi,Azemi,K.As,Che Pit,Afezz,Tika,Adik Red,Cikgu KS,Imran Paris,Khairyn,Ummi Humaira,Doktorku ,dan semualah follower CM,dan yang sudi datang bertandang.Ampun dan maaf atas segala dosaku.Kita terus bermesra diruangan ini bagai saudara.Sepuluh jari ke pohon memohon maaf atas segalanya.
Doakan CM tak terlebih makan,dikuatiri balik sekolah pelajarku tak boleh cam,hehehehe...



33 ulasan:

afeezz berkata...

che pit... janji2 pelesu nak maafkan tak?

cun09 berkata...

...salam aidilfitri dr saya mohon maaf selama kita "bersahabat"...

Tanpa Nama berkata...

salam aidilfitri kanda...dinda juga menyususn sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan, kekasaran bahasa, gurau senda & halalkan makan minum hanis bersama akak selama perkenalan kita....i love u, kanda...

p/s:...hanis masih tak berkesempatn untuk membuat entry baru laaa kanda...sat lg

Ayah Zain berkata...

salam cm,

sronoknya dia balik kg Berangan 6. Area tu memang terkenal ngan kemeriahan masa hariraya tambahan pula dengan rumah bertangga batu. bestnya.

ooo ada hati nak makan banyak balas dendam ke. jaga2 nanti kena g hosptal pulak

aznaz berkata...

salam cikgu..


hmmm menci aar...

IMANSHAH berkata...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

KSPulau berkata...

Salam Cikgu Mas,
Tika 2 jariku menari-nari mencari huruf-huruf utk kuekjaskan menjadi rangkaian kata-kata buat tatapan Cikgu Mas, ketika ini sebenarnya bertemankan kek coklat yang siap siaga menunggu utk dinikmati. Alhamdulillah.

Salam Aidil Fitri juga utk Cikgu Mas, suami, anak2 & keluarga. Dengan ucapan, "makan tu makan jugak lerr, jgn sampai sendawa, nampak sangat makan tak nengokkan orang sebelah". Malu aarrrr.

Dr Chenta berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dr Chenta berkata...

salam lebaran buat CM,

Terima kasih kerana meletakkan namaku dalam senarai 'teman2 yg rapat....'

Moga bergembira di hari raya!!!

rezeki berkata...

Salam CM,

alhamdulillah, CM selamat sampai, saya dah ulang alik 2-3 kali kl-muar-kl ngeh,ngeh,ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

raya ke 4 masih kat kg kan? siap sedia untuk az sekeluarga ngan Hanis, kami nak makan asam pedas CM yang sedap giler tuh. AZ wakilkan untuk CL n si samad tuhhh.

kalau jadi , raya 3 az confirm k?

hari ni AZ ke KL, beraya ngan ibu mertuaku. Apa? siapa samad? majisterit? lawywr? - alfatihah untk mak dara.

Azemi Ali berkata...

Salam Aidil Fitri Cikgu Mas

S berkata...

salam hari raya buat CM sekeluarga,

cerialah dengan apa yang ada. syukur pada yang Esa.
yang jauh sekadar dikenang
yang dekat disayang.
smoga bahadia.

Imran Paris berkata...

CM....salam lebaran dari kami sekeluarga di perantauan. CM...WAHHHH, hebatnya sambutan, mcm2 menu nampaknya....nanti kalau saya gi Dengkil....masakkan saya kuah lodeh ye...sedapnya...letak tempe byk2, my favorite tu....mmmmm

Asnija berkata...

Salam Mas,
Amboi....sibuk nyer masak...sampaikan sms akak tak berbalas...bak kata Cik Lie (yang dulunya kata-kata Mas....) menci arr...

ps: Hanis, kat FB dia tak add kita sebab nak P&C, so akak kira bila tak balas sms, kira nak P&C jugak la noh...sori ye..maafkan daku...

CM berkata...

salam afeez

la semua dosalah afeez mana boleh ada select2...termasuklah janji pelesu tu..

CM berkata...

salam cun09

samalah kita bermaafan..

CM berkata...

salam hanis

samalah kita dik,mana ada manusia lepas dari silap,pasti ada terlanjur kata dan laku yg menguris hanis,ampun dan maaaf k.mas pinta,

i love u too,

CM berkata...

salam ayah zain

betul tu rumah bertangga batu,di cat berbagai warna,yg hebat tu skrg ni mercun bunga api sahut menyahut,seperti dipalestin rasanya di kg sya ni.

betul tu Az mkn tak boleh byk...

CM berkata...

salam ciklie

aduhai kita pulak di menci yer..tetiba jer pulak tu...tak pe lah dia benci kita sayang jer...

CM berkata...

salam saudara imanshah

sungguh indah ucapan bermakna dari saudara,salam aidilfitri dari CM disini,moga ceria dan gembira di hari raya..

CM berkata...

salam cikgu KS

aduh best yer,menaip sambil ditemani kek coklat tu,mintak sikit sini laaaaa..dok cerita jer..cikgu Ks pun tau makan jgn sampai sedawa,nanti mak mertua jeling...dia kata `menci arrr...

salam adilfitri..hati2 di jalan raya tau..ingat org tersayang

CM berkata...

salam doktor

pasti doktor antara yg terapat malah begitu istimewa...


salam adilfitri buat doktor sekeluarga,,

CM berkata...

salam en rezeki

wah mcm ekspress KL-Muar tu,aduuh kaya PLUS Highway..Muar kat mana ni,nenekku berasal dari Sri Menannti Muar.tapi sudah dilarikan oleh datukku ke Melaka..

CM berkata...

salam Az

insyallah ,call dulu,kalau tak de asam pedas,asam jawa saya hidangkan,aduuh berdebar,berdegup jantung AZ nk lawat saya ni.saya ni pemalu sungguh,lain di blog lain diluar..

samad tak balik AZ.aku bersendirian,u waaaaaahh,sob,sob,biarlah Az jadi ganti..

CM berkata...

salam en mie:

mohon maaf atas segala ketelanjuran laku dan kata sepanjang menjadi teman blogging CM ni,Salam buat Pn.Sarah n anak2 cik mie..

CM berkata...

salam kak as


salam penuh kasih sayang di aidilfitri untuk k.as & Abg megat sekeluarga,moga sentiasa ceria.insyaallah

rezeki berkata...

Salam CM,
muar kat bakri bt 2. mmg banyak orang muar yg jadi org melaka ngeh,ngeh,ngeh

tapi hari ni saya dh spi kl semula. ke kl semlm jalan clear, tapi ke selatan , biasalah bangi, alor gajah, tangkak. bukan jem lagi, kaya roti pun ada. berlorong2 rasanya , bukan 3 lorong lagi. apa nak buat , nasib badan

CM berkata...

salam imran

hmm tak de masalah,nanti jemput ke rumah saya di dengkil tu,salam aidilfitri intuk en Imran sekeluarga.sori naik lori yer,ampun dan maaf saya pinta.

CM berkata...

salam kak Asnija

tak sanggup aku menahan `kemenciaanmu`..usah akak memenciku..


kak nk habaq kt sini,hphone ku betul2 handphone cap ayam,bila memori penuh sms tak boleh di send,send msg selalu bermasalah,sorang kawan pun saya tak balas SMS,ingatan dan doa saje saya titipkan...

ok kak..i love u lah..

Izariza berkata...

Salam Aidil Fitri .. raya sakan ye cikug Mas :)

Asnija berkata...

Che Pit dan Apiz,
Boleh ke di terima alasan kak Mas mu ini..

tak mengapa, k.nija terima...sebab dia dah tepon akak....yeeaha...

psss...Mas..banyak nyer mas lapang kat ruma mak mentua akak ni..berbloging la daku...maklum le raya ketiga baru muncul...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam CM,

Selamat Hari Raya.(lewat betul kak nab !! )

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....