yg sudi bersama cm....

Rabu, Disember 2

Doakan dia...



Alia kini dah pun kehilangan ayah yang sangat rapat dengannya,Alia dah pun bergelar anak yatim,Alia cuma ada ibu yang perlu kuat demi Alia,kakak dan Abang.....
Doaku ,Alia membesar menjadi anak yang solehah kebanggan ibu dan arwah ayahnya...





Aku terpana seketika....terbayang wajah ina yang lembut.tu...wajah suaminya yang begitu kebapaan...
saat ini dia pasti berada dalam keadaan sedih..


Aku cuba menitip kata semangat,itu saja yang aku mampu...



Minggu ini aku dikejut dengan dua peristiwa kehilangan,2 hari lepas anak kepada sepupuku yang berusia 20 tahun telah kembali ke rahmatuallah kerana kemalangan jalanraya,tak dapat ku bayang kesedihannya yang memeluk erat baju anaknya..tak mahu dibasuh katanya,ingin dihidu bau badan anaknya sebagai ubat rindu pada anak yang ditatang penuh yang hilang sekelip mata...sesesungguhnya kita hamba berada dalam ketentuannya....


Pagi tadi sekali lagi aku dikejutkan dengan satu lagi berita kematian dari sahabatku yang berpangkat adik iaitu Azlina.....Azlina ku kenali di hospital Besar Melaka,kami berkenalan ketika sama-sama menjaga anak kami yang sakit diwad kanak-kanak HBM.Ina menjaga Alia yang diserang demam panas,dan aku menjaga my girl yang diserang asma.Azlina seorang surirumah dan juga ibu muda yang baru berusia 29 tahun,namun kerana berkahwin diusia 18thn ina sudah memiliki 3 orang anak,yang lebih besar dari anakku,Anaknya yang sulung sudah berusia 9tahun,anak gadisnya itu adalah anak hasil perkahwinan pertamanya,suami pertamanya meninggal dunia ketika dia berusia 23tahun...kini sekali lagi dia kehilangan,kehilangan yang amat hebat untuk dia tanggung....pemuda baik hati yang menyuntingnya sebagai isteri,lewat dia bergelar ibu tunggal juga telah kembali ke rahmatuallah,meninggalkanya dengan 3 orang anak yang masih kecil...


Aku terkenang pada Azlina,ina adalah seorang wanita yang sangat bergantung pada suaminya,kerana dia tidak bekerja segala keperluannya adalah dibawah urusan suaminya.Suaminya juga seorang lelaki yang baik budi,sepanjang aku menjaga irdina dihospital suami ina sentiasa ada menguruskan dan membantu isterinya menguruskan bayinya yang sakit.Alia sangat manja dengan ayahnya.Alia boleh berhenti menangis bila memandang ayahnya.Alia boleh jadi kuat bila ayahnya memegangnya jika dia perlu mendapat suntikan.
Alia sentiasa ditepuk oleh ayahnya saat dia ingin melelapkan mata.Kini Alia juga sudah kehilangan kasih suci seorang ayah saat dia begitu kecil dan mentah.Begitu juga ina,ina adalah wanita yang cukup taat,dia sentiasa menunggu suaminya datang membantu menguruskan bayinya,Terbayang di mataku wajah arwah suaminya seorang lelaki yang cukup penyayang dan kebapaan dari pandanganku...benar agaknya kata orang...orang baik-baik ni Allah sayang,sering pergi dulu dari kita.....



Azlina,!!!!apa yang mampu kak mas ucapkan,hanya mampu mendoakan kamu,agar tabah menghadapi semua ini.Sudah 2 kali kau kehilangan suami,Kak mas tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul,mungkin kak mas pun tak sekuat kamu,kehilangan suami bukan sesuatu yang enteng untuk seorang wanita,lebih-lebih lagi berkeadaan seperti kamu ina,yang tidak bekerja dan mempunyai anak yang masih kecil dan sangat rapat dengan ayahnya...Sesungguhnya ujian Allah pada yang mampu menanggungnya ,bangkitlah sayang,bukalah lah mata pandang wajah kudus anak-anak.Wanita ini Allah jadikan adalah makhluk yang hebat,dibahunya tempat bayi menangis,didadanya tempat manusia menghirup susu untuk kehidupan.....teruskan kehidupan yang sementara ini demi anak-anakmu...sandarkan segala nasib dan ketentuan pada Allah,sesungguhnya Allah maha penyayang.......
Moga arwah suamimu di tempatkan dikalangan orang yang solehh.......Alfatihah...



P/S : teman-temanku bayangkan saat kita berada ditempat ina????????.......

41 ulasan:

mama ju berkata...

Alahai sedihnya...Muga roh mereka ditempatkan bersama org beriman...

Unknown berkata...

salam CM...
alfatihah buat arwah suami Ina...semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg soleh..
buat Ina tabah ye , akak percaya Ina kuat dan mampu berdikari demi anak2 tercinta...
CM , akak tak mampu menghalang airmata ini , bila membaca bait2 coretan mu...

UmmuAdam berkata...

Salam CM,
Semuga Ina terus tabah demi anak-anak yang masih kecil. Insyaallah, Allah bersama orang2 yg sabar tapi memang tak terbayang sekiranya berada ditempat Ina. Airmataku mengalir jua...

Atikah berkata...

Salam kak...

Al-fatihah... semoga rohnya ditempatkn bersama para solihin...
semoga terus tabah meneruskan kehidupan...

My Life berkata...

al fatihaah... semoga ditempatkan disisi org3 beriman.. semoga kak ina tabah menghadapi ujian ilahi...

Azemi Ali berkata...

Salam Cikgu Mas,

Berat perasaan kita membaca entry ini, berat lagi Ina dan anak-anaknya yang menanggungnya.

Sesungguhnya sabar lah penawar bagi ujian ini. Senang diucap atau ditulis bagi yang tidak merasainya. Hanya orang yang diuji yang menanggungnya.

Dan Allah SWT tidak menguji hambaNya dengan ujian yang tidak berdaya ditanggung oleh hambaNya.Perkara itu tersurat dalam Surah Al Baqarah, lupa pula ayat berapa, jika tak salah ayat 180 lebih.

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

Semoga arwah suami Ina ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh.Amin.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam mas,

alfatihah buat arwah suami Ina. sedihnya mama rasa...namun itulah ketentuan Allah buat dirinya. semoga Ina kuat utk menghadapi cabaran2 yg mendatang.

cun09 berkata...

salam...

al-fatihah untuk arwah...

inilah yg dinamakan kehidupan sementara...

afeezz berkata...

salam kekanda mas : al-fatihah buat arwah, semoga ina tabah menghadapi hidup ini.

Maiyah berkata...

al fatihah.. sy sedih dan sy fhm situasi ina.. mmg sukar.. berat mata pandang berat lagi dia nak pikul

hrp ina akan kuat.. bik masa ina, Insyallah ina akan dpt lalui cubaan ini

CM harus beri kekuatan n slalu beri semangat pdnya

Umi Azuddin berkata...

salaam CM...

Al Fatihah buat almarhum suami Ina. Semoga almarhum ditempatkan bersama golongan yang abrar.
MasyaAllah berat sungguh dugaan Ina. Allah Maha menyayanginya. Semoga Ina dan anak-anak dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan tabah dan redha akan ketentuanNya. Amin.

VpeaceV

aznaz berkata...

salam cikgu mas..

Innalilah...ini lah dia ketentuan dari allah swt menguji kita semua..semoga Ina akan terus tabah menghadapinyer..allah syangkan dia kerana dugaan menimpa keatas nyer adalah dari Izinnyer..semoga dia kaut menghadpi rintangan yang melanda nanti..insyalah..dan alfatihah untuk arwah suami nyer...

waslam

umi_e berkata...

al-fatihah... semua kedua-dua yang kehilangan orang tersayang akan kuat dan tabah menerimaan ujian...

sinomosa berkata...

Salam Kak Mas..

Al-fatihah bagi Ina sekeluarga.
Smg Allah mencucuri rahmat kepada arwah suaminya.
Tersentuh jua hati bila meletakkan diri dlm situasi Ina.
Smg beliau tabah + kuat untuk bangkit hadapi semua dugaan ini.
Insya-Allah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang tak pernah kenal erti putus asa.
Untuk CM, jgn sedih2 kak..

p/s utk CM: kak, bluetooth tipon tue ON..jgn lupa OFF tau hikhik

Zie berkata...

Salam CM,
Alfatihah untuk arwah suami Ina. Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman.

Sampaikan salam pada Ina, saya turut merasai kesedihan ini... Semoga Ina tabah menghadapi dugaan, masih ramai yg sayangkan Ina saat ini. Bangkitlah Ina... demi anak2 tercinta.

CM, apabila kehilangan org tersayang, jangankan nak makan, nak telan air liur pun perit rasanya....

ainhany berkata...

salam CM
Salam takziah jue al fatihah buet almarhum suami ina..
Semuga Ina tabah membesarkan putri/putra harta peninggalan arwah2 suaminya....
Sekecil2 ayat sms di tatap...sekecil lagi hati dan perasaan yang dirasainya..
CM sampaikan salam ukhuwah daripd sya jua..cuma utk seketika ini tabahkanlah hatimu...
CM terusla berikan semangat dan hiburkan hati ina...dia x keseorangan lagi

abang sulong berkata...

Salam,
Kasian..hat camni lah tak terkeluar suara,meleleh air mata sedih sangat. Kalau siapa yg ada anak kecik yg sangat manja pada kita, cuba bayangkan.. ihh..sedihlah tak boleh cakap.

Tapi apa2 pun teruskan kehidupan, kerana ada anak2 ni masih memerlukan kita.

hazeleyed lady berkata...

Al Fatihah buat Arwah...
Menitis air mata membaca cerita ina ...betapa ia kehilangan buat kedua kalinya...berat penangungan
Hanya doa yang dapat kakak titipkan buatnya.

Dr Chenta berkata...

salam CM,
demikianlah hakikat kehidupan di dunia yg sementara ini, tiada suatu apa pun yg akan kekal.... mudah2an mereka yg kehilangan org2 tersayang itu akan diberi Allah swt kekuatan dan ketabahan utk menghadapinya dan meneruskan kehidupan.

CM berkata...

salam mama ju

Terimakasih atas doa moga roh mereka ditempat dikalangan solehin..

CM berkata...

salam kak umi

ibu2 ni,anak adalah sumber kekuatan,doakan dia agar tabah dan kuat.life must go on..menangislah kak,airmata ni tanda kita prihatin..

CM berkata...

salam ummu adam

saya selalu tenangkan hati dengan satu ungkapan ujian Allah adalah tanda kasih sayangNya pada kita,telah diingatnya pada kita "tidak sempurna iman seorang hamba jika tidak diuji"..namun bila berkata takkan sama dengan yg merasai..doakan dia ummu..

CM berkata...

salam atika

terimakasih sis,,,moga sahabatku tabah meneruskan kehidupan..

CM berkata...

salam mylife

terimakasih atas doamu sis..

CM berkata...

salam en azemi

sebagaimana komen cik mie begitulah yg saya titipkan untuknya,sabar sahaja penawar segalanya.Janji Allah ,Allah bersama dengan mereka yg bersabar.dan dugaan Allah pada mereka yang mampu..namun benarkan kata cik mie kita hanya insan biasa dan merasai kemanisan sabar,kepahitan perlu kita telan dahulu,..

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

CM berkata...

Salam

betul tu mama zainab,Allah dah tentukan ketentuanNya untuk setiap hambanya...terimakasih atas doa mama..

CM berkata...

Salam Cun09

u re right sis...hidup ini sementara...semuanya pinjaman..

CM berkata...

salam afeez

tq bro..yup dia tabah,lebih tabah dari sebelumnya..

CM berkata...

salam maiyah

masa buat n3 ni,saya teringat pada maiyah,maiyah pun pernah lalui situasi yg sama,insyallah maiyah,masa akan mengubati kedukaanya

semangat dan sokongan amat dia perlukan..

CM berkata...

salam umiazudin

terimakasih kak doa untuk sahabatku,sedih kita merenungnya,sedih lagi dia yang merasainya...moga dia tabah kak..

CM berkata...

salam en azli

benar kata ciklie,segala yg datang dalam apa bentuk pun ke atas hidup setiap manusia adalah dgn izin Allah,dan lambang kasih Allah sebenarnya,terimakasih atas doa ciklie di bumi berkat..moga dia tabah,amiiin..

CM berkata...

salam umi_e


Alfatihah...terimakasih atas doamu..

CM berkata...

salam Shima

siapa pun sis pasti akan tersentuh,dan bersedih dengan kehilangan orang tersayang...moga dia tabah dan kuat meneruskan hidup ini..

CM berkata...

salam zie

saat begini,pasti ina perlu sokongan,bimbingan,kasih sayang dr keluarga dan teman-teman.mekasih zie atas doamu untuk sahabatku..apapun hidup yg sementara ini perlu kita teruskan..kata ina dia tertanya2 bagaimana mahu kuat,kekuatan datang dari Allah,saya percaya Allah maha penyayang,Kasih sayang Allah akan menguatkanya..

m.q berkata...

semoga kawan cikgu mas tabah

CM berkata...

salam ainhanny

itulah fungsinya sahabat,kita ketawa dan menangis bersama,insyallsh ain,terimakasih kerana sudi melawat saya disini..

CM berkata...

salam abang sulung

aduhai lembut hati abg longku sama dia menitis air mata mengenang nasib sahabat saya,terimakasih abg long


demi anak2 dan tgjawab hidup perlu diteruskan..

CM berkata...

salam kak hazeleyed

terimakasih atas doamu,itu sajer yg mampu kita titipkan dr kejauhan ni..moga dia tabah.

CM berkata...

salam Dr..

benar sangat tu,hidup ini sementara semua yg kita miliki adalah pinjaman..pada Allah kita sandar nasib dan ketentuan,Kita mohon kita dikurniakan kesabaran,kekuatan dan ketabahan dalam menempuh hidup ini,begitu juga INa...moga hari-hari depannya dipenuhi dengan kesabaran..

CM berkata...

salam m.q

Insyaallah moga dia tabah..

Imran Paris berkata...

CM....saya baru baca n3 ni....jam 3.30 pagi hari Ahad....sedihnya sedih sgt2. Ina lalui jalanan hidup yg bukan mudah, sayangnya Allah pd Ina. Deskripsi CM mengenai arwah suami Ina mengingatkan saya pd hubungan saya dgn anak2 saya.....dgn pdgn saja anak2 saya boleh berenti menangis, dgn sentuhan je, anak2 boleh mendengar kata....alamak melihat wajah keempat6 anak yg sedang nyenyak tidur sambil saya membaca n3 ni buat sy berfikir "if 2moro never comes".....huhuhu

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....