Aku anak orang susah cikgu,
kemiskinan dimasa kecil mengajar aku erti hidup.
Kesempitan hidup membawa aku mengenal erti budi,
Hidup ketika itulah yang membentuk jati diriku kini.Meskipun kini aku dah berjaya cikgu!!
,aku tak mahu menonggak langit,!!!!!.
.antara salah satu kisah sedih berlaku pada tahun 1975
...cikgu dengar yer....
ketika itu aku baru berusia 9 tahun,
satu hari mak dan abah membawa aku ke bandar,nak ke Kuala Lumpur untuk mengambil wang pencen abah..girangnya hatiku tak terkata,inilah peluang untuk aku berjalan dan berkesempatan menaiki bas,peluang ini sentiasa aku nantikan.Abah dan mak membawaku bersama ke satu bangunan tinggi,
kini bangunan tu bergelar Cahaya Suria.
Dari situ kami menahan bas untuk pulang selepas selesai mengambil wang pencen.
Masa itu wang pencen sebanyak RM 230 itulah sumber hidup kami sekeluarga di bandar besar ni,.
Kami menaiki bas tata tahun 1970an,kembang hatiku dapat naik bas,aku meninjau-ninjau pemandangan luar,kesibukan kota dengan kenderaan bersimpang siur buat aku ralit.
Tiba-tiba mak menarik tanganku,
bas berhenti lamunanku juga terhenti.Aku terpingga-pingga ,
kedengaran juga suara konduktor bas tu bertempik kasar seolah menghalau kami.
Mak terus mengheretku turun,wajah abah kelihatan berkerut,resah dan bimbang.Aku masih lagi kebingungan,kami turun di satu kawasan yang sungguh asing buatku,
kini kawasan tu dah jadi shopping complex Pavilion.
Aku bertanya pada abah kenapa turun disini????kenapa bukan di Kampung P ,
disitulah rumah kami......
Dengan wajah berkerut kebimbangan abah menjawab
"dompet duit abah dah kena curi".
..mata mak berkaca,.
.abah menyambung "kita kena turun dari bas sebab abah tak de duit nak bayar tambang nak!!!
..ooh aku sebenarnya kurang mengerti,aku hanya mengikut langkah abah dan mak,kami berjalan kaki pulang ke rumah,cuaca yang panas dan tenagaku sebagai budak kecil menyebabkan aku merasa benar-benar keletihan,Jauh benar perjalanan dari Jln Pudu ke Kampung P dengan berjalan kaki,
tapi apakan daya kami terpaksa...
Sampai ke rumah kami di sebuah kawasan setinggan cuaca dah gelap,
rumah kami tiada elektrik,kebetulan bekalan minyak tanah habis,kami tak de arah ,
abah tiada satu sen duit pun lagi,semua duit abah telah dicuri..mahu tak mahu terpaksa abah menyuruh aku ke rumah nenek meminjamkan sebotol minyak tanah untuk kegunaan kami malam tu.
Aku menurut kata abah,tapi malangnya sampai saja ke rumah nenek dan aku memberitahu pesanan abah aku terus di herdik "apa kau ingat rumah aku ni welfare????kasar jawapan nenek.
Aku pulang dengan hampa tanpa setitis pun hajat kami dipenuhi.
Aku memberitahu abah.
Abah menjawab ringkas "tak per arr".Mungkin abah dah faham dan masak benar peragai nenek,
malam tu kami sekeluarga berteman cahaya lilin.
Malam tu jugak abah memanggil kami 7 beradik berpesan
"JIKA DAH BERJAYA DAN KAYA JGN LUPA TOLONG ORANG YG MEMERLUKAN".
.pesan abah ku ingat sampai bila-bila cikgu!!!!
Bulan itu hidup kami sangat sulit cikgu.
Abah meredah semak belukar mencari ubi kayu untuk bekalan makanan kami sebulan hinggalah kami mendapat duit pencen untuk bulan seterusnya.
Saudara mara langsung tak menjengguk membantu.
Prinsip abah kalau dah orang tak mahu tolong jangan diminta lagi.
Kesabaran dan kasih sayang ibu bapaku menyebabkan tak pernah sesaat aku melupakan mereka.
Merekalah sesuatu yang terbaik dalam hidupku.
Namun kini mereka dah tiada untuk ku balas segala budi.
Hidup mereka diuliti kemiskinan namun tetap pasrah dan sabar membesar kan kami 7 beradik.
Al fatihah untuk ibu bapaku...
Selesai sahabatku bercerita....
.air matanya bercucur keluar,
dia menangis!!!!
dia menangis untuk ibunya!!
dia menangis untuk abahnya
dia menangis untuk zaman kecilnya!!!
dia menangis kerana mengenangkan saudaranya..!!!!
AKU ,DIA DAN KISAHNYA...SAMA MENANGIS!!!!!!!!!!!!!!!

























