yg sudi bersama cm....

Khamis, April 23

Sayangi dirimu untuk menyayangi orang lain


Segmen sinar pagi adalah halwa telinga saya setiap pagi ketika saya memandu ke sekolah,sambil mendengar celoteh DJ ye saya selalu gelak sendiri.Antara satu segmen yang menarik perhatian saya ialah luahan emosi daripada seorang ibu beranak 6 begitu terkesan di hati saya. Ibu yang mempunyai 5 anak kecil yang masih bersekolah dan seorang bayi itu, mengeluh tentang rutin hidupnya yang begitu meletihkan.Segalanya diuruskan tanpa bantuan dari suami.Suaminya hanya pandai mengarah itu dan ini.Sampai satu tahap si ibu merasa mahu menyiram suaminya dengan air panas.Tekanan ini datang kerana hidup dengan lelaki yang tidak pernah peka dengan persekitaran,perasaan dan perubahan.Sifat mementing diri sendiri dan memandang remeh pada peranan surirumah akan melahirkan lebih ramai lelaki jenis ini.Isteri dibiarkan menangani segala beban kehidupan sendirian.Bayangkan dari bangun tidur hingga menutup mata seorang ibu seperti mesin yang tak berhenti berkerja.Menurut ibu ini suaminya pulang dari kerja akan membaca suratkhabar,menonton TV dan tidur.6 anak-anak yang masih kecil ini tidak dipedulikan, segala karenah dan tuntutan anak-anak ini terpikul di pundak seorang ibu.Tiba-tiba emosi saya terusik...`Adakah Perkhawinan ini satu Penghambaan sedangkan konsep sebenarnya satu pengkongsian..
Hari ini saya menemui jawapan pada persoalan itu..jawapan itu saya temui ketika membelek Majalah Anis Keluaran Mei 2008,majalah lama yang saya beli murah di Book Fair KL baru-baru ni.Tulisan Pahrol Muhamad Judi dalam tajuk "Sayangi dirimu sebelum menyayangi orang lain" juga membincang masalah wanita yang tertekan dengan beban hidup... wanita ini mengeluh tentang dirinya yang begitu penat dan berasa sangat tidak dihargai oleh persekitarannya iaitu suami dan anak-anak..Ustaz Pahrol meredakan emosi saya ..dengan..kata-kata
"Perkahwinan adakalanya memang satu penghambaan.Tapi buatlah kerana Allah,Insyaallah itu dikira penghambaan kepada Allah.Bukan pada kepada anak-anak dan suami."
Ya betul!!!! bukankah kita ni lahir ke dunia sebagai hamba Allah . Ustaz Pahrol juga memberi tips sebagai tablet yang meredakan kepenatan dan tekanan yang mungkin juga yang pernah saya hadapi atau selalu saya hadapi..
  • Harga yang paling mahal bagi sebuah pengorbanan adalah meminta dihargai.
  • Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih daripada orang yang kita bantu,kerana hakikatnya ramai manusia tidak pandai berterima kasih.
  • Pengorbanan pun memerlukan kebijaksanaan kerana dalam berkorban tidak semestinya diri sendiri terkorban.
  • Kita tidak semestinya perlu sakit untuk memberi orang lain sihat.
  • Tidak perlu menjadi miskin,untuk membantu orang miskin.
  • Kalau orang lain tidak menyayangi kita,mungkin itu petanda selama ini kita juga selalu tidak menyayangi diri kita..

Ustaz Pahrol menambah .."Pulihkan semangat.Hidup selagi hidup.Jaga kesihatan.Ceriakan diri.Bila kita mula menyayangi diri sendiri..Jangan terkejut kalau nanti anak-anak dan suami akan kembali menyayangi kita,Seringlah bertanya pada diri ...sudahkah aku menyayangi diriku untuk menyayangi orang lain..

P/s ..Moga apa yang saya kongsi ini mampu meredakan perasaan kawan-kawan yang sering mengeluh kepenatan...termasuk diriku yang lemah ini...

5 ulasan:

aznaz berkata...

salam cikgu Mas,

betul jugak tapi diri ini perlu jugak di sayangi oleh seseorang ......baru jiwa rasa seronok and happy....sukran

CM berkata...

Salam en lie..tq kerana sudi membaca..sekadar kita berkongsi rasa..
Ya tak hidup manusia tanpa cinta,Allah titip rasa kasih di hati hamba sebagai satu nikmat untuk mengisi kehidupan.Malangnya ramai manusia tersasar menilai cinta .terkorban kala berkorban,tersisih kala berkasih.Berkasihlah tanpa syarat barulah jiwa terisi dan tenang.doa saya en lie temui cinta sejati dalam perjalanan menembusi kasih Ilahi.Insyaallah..tq

aznaz berkata...

salam cikgu mas...

hmm kalau nak bercinta lagi mungkin belum datang lagi kot sebab dah seriklah...heeheeh hanya satu yang skg sya cinta yakni pada Allah swt....

CM berkata...

wsalam en lie..Allhamdulillah kalau cam tu.tapi tak perlu seriklah cuma jgn terlalu menaruh harapan.Allah tu nak beri pelangi selepas diuji dengan petir,guruh dan hujan mengila.Tak payah seriklah.enjoy ur life..tq

aznaz berkata...

salam cikgu mas,

dah lewat lah...takda orang nak dah...heheheheh

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....