yg sudi bersama cm....

Ahad, April 19

Putrajaya yang sunyi....


Masuk bulan April ni bermakna dah 4 bulan aku dah bertukar angin..tapi entahlah rasanya hatiku masih melekat di Wangsa Maju.Teringat benar kata-kata Mr Richardson "Oh ,u nak pindah Putrajaya ye...ai yoo Putrajaya banyak boring wo...Benarkah begitu?.Tapi memang kat sini aku tak tahu nak g mana?.....
5 tahun belajar kat UM,Vista Angkasa tu belakang dia terus ada LRT,pas tu 7 tahun di Setapak,rumah tak sampai 5 minit dari Alpha Angle...pas tu berjam-jam lepak kat MPH Bookstore belek buku,tak sampai 10 minit dah sampai Carrefour Wangsa Maju,malam-malam kalau rasa boring boleh g Uptown Danau Kota.Hujung minggu boleh merayau kat Jalan TAR or tengok wayang kat KLCC.Kat sini nak g mana?....nak layan apa!!!!
Teringin benar nak g PWTC tengok Pesta Buku tapi mengenang jauh dan kena drive lebih kurang 40 minit kalau tak jem aku pemdamkan aje..kalau kat KL dulu memang dah sampai dah ni...kat PWTC.Tapi takpalah ada hikmah ye dok sini,duit pun tak habis sebab tak tahu nak g mana..kalau tak dulu duit tak sempat nak panas ada je plan merayau ye..
Baru ni ada gak cuba-cuba merayau kat Jusco Equieine Sri Kembangan,pas tu cuba lak ke Puchong last sekali dah cuba drive ke Sunway Piramid..tapi entahlah tak syoklah..ni lah orang kata tempat jatuh lagi dikenang...hatiku masih melekat di KL ..aku ni memang suka tempat yang happening..kalau sunyi sangat aku cepat serabut..
Putrajaya ni memang cantik,banyak tempat rekreasi untuk family,tenang dan yang bestnya jalannya cantik-cantik tak banyak kereta,kalau nak g sekolah tu sebab nak kejar punchcard sedar tak sedar aku dah merempit sekitar 120-130kmsj laju tu...tu je benda yang tak dapat dibuat di KL,terutama jalan depan rumah aku tu dulu...Genting Klang..aku harap dan berdoa hatiku cepatlah melekat di Putrajaya sebab disinilah duniaku sekarang....

6 ulasan:

Azemi Ali berkata...

Salam ukhwah Cikgu Mas
(kakak ipar saya pun cikgu Mas jugak..Mastura)

Mungkin masanya dah tiba untuk melepak di Masjid kot.. ikut kuliah ke.. usrah ke.. hehe

cikgu mas berkata...

Salam..saya cikgu Mas Suria..

Betul tu dah sampai masanya kena lepak kat masjid..kat sini ada satu kompleks pengajian Islam yang terkenal di kalangan profesional Kompleks Al Jemderami ,pernah dengar tak en mi,kalau belum cuba klik ...

manzlie berkata...

Salam cikgu mas..
kan best kat putrajaya tu...duk lepak kat jambatan tu cuba lah tulis poem ker atau berkarya ker....

sukran

cikgu mas berkata...

Salam...tak de orang kat situ..dok situ lama-lama sedar-sedar ada hantu dok sebelah nanti.he.he

manzlie berkata...

salam..

cuba lah ajak orang yang tersayang ker...
heheheeh

cikgu mas berkata...

Salam...nak ke lelaki melayu dok atas jambatan merenung tasik biru?..oh tak mungkin..tu versi cerita Bollywood .Sharukh Khan boleh lah..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today