yg sudi bersama cm....

Ahad, April 26

Doa untuk kak Yati...

Malam tadi saya dapat sms dari kak t....camni bunyinya...

"Su, pagi tadi masa g sekolah rumah kak t kena pecah masuk,banyak jugak kak t hilang...kamus elexis,duit dan yang paling kak t sedih gelang emas pemberian nenek kak t ..gelang tu sentimental value pada kak t..hu.hu"......

Sedihnya masa baca sms tu..lambat pulak aku dapat reply sebab bateri kong,handphone aku ni...kalau orang lain dah buang ke laut tapi aku stay lagi guna ..cikgu sejarahkan suka barang antik.bukan apa!!! handphone ni aku beli masa my birthday thn 2006.Aku beli untuk hadiahkan diriku sendiri ..RM 800++ gak tau masa tu.Daripada aku merajuk baik aku beli sendiri..puas hati.so hdphone motorola buruk ni pun ada sentimental value..kat aku

Balik pada sms tadi ..aku pun reply.....

" siannya kak t,sabarlah ye,gunalah doa Ummu Salamah masa beliau kehilangan..Semoga Allah gantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik...redhalah dengan ujian...

Tapi aku geram betul dengan si pencuri,penyamun,perompak dan pape yang sejenis dengannya..kenapa perlu mencuri,menganiaya orang lain,tak de jalan lain ke nak dapat duit,tak takut mati ke? neraka tu bohong ke?Tak selamat hidup kalau jalan hitam yang dipilih!!!Aku pun satu kalau pencuri tu sedar takkan dia buat ...tak pe sekadar melepaskan geram.

Kak t pun reply sms aku..

"Ye lah su..semoga apa yang berlaku ni ada hikmah"...

Lega sikit hati baca sms kak t,maknanya kak t dah boleh terima.Positif la kak t kalau kita sedihpun benda dah berlaku kita tak dapat ulang ia jadi sebaliknya.Seperti yang dipetik dari buku Dont be Sad karya Dr Aid ...

"Takkan dapat mengembalikan air susu ibu yang dah tumpah ke kantung dadanya semula"

Kebelakangan ni,ramai gak kawan-kawan alami nasib macam kak t,baru ni kawan kena ragut,kena rompak.Aku rasa seram betullah...Ekonomi merumdum,keperluan hidup makin mendesak.Orang jahil mula ambik jalan pintas..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun.Pendatang asing pun ramai,tak campur dengan budak2 dadah lagi...

Balik pada kak t tadi,kak t ni sejak belajar sampai la sekarang dok lagi kat Vista Angkasa Kg Kerinchi tu..kalau dok hitung dah lebih 10 tahun dah..Dia kata sampailah dia bertemu jodoh baru dia nak pindah.Saya kat sini sentiasa doakan kak t cepat jumpa tanah,batu dan lain-lain untuk bina masjid.Tak de apapun yang kurang pada kak t,cantik,baik,berbudi bahasa dan kayo kan..he.he.Saya Ingat lagi dan selalu tengok gambar kak t mintak doa atas batu kat Jabal Rahmah Makkah masa kita buat umrah dulu..Balik ke hotel saudagar batu permata yang usha kak t.Pak Arab tu siap bagi batu permata percuma lagi..gatai betoi...saya tak dapat pun...dia nak buat kak t jadi bini no berapa tu?????Insyaallah kalau sampai masa Allah temukan tu..saya tolong amiiin kan saje..(sekadar buat kak t hepi)

Kalau dah tak selamat,pindah la kak t..saya pun dok situ 5 tahun,selipar,kasut pun pencuri tak tahan,banyak betul budak dadah kat situ..umah kak t kat Gombak pun dah nak siapkan...tapi dok sorang bahaya gak.Saya sentiasa doakan kak t cepat-cepat dapat teman..Insyaallah.i know u need shoulder to cry on...i love u...

7 ulasan:

aznaz berkata...

salam cikgu Mas,

sian dengar cerita kak t tu...takpa lah dah sampai situ rezeki dia..ada hikmah tu percya lah...sampaikan slam saya pada kak t....hehehheeh

sukran

PINATBATE berkata...

Salam cikgu Mas..
saya paling takut kalau pecah rumah yg guna ilmu pukau tu..Nauzubillah!Dia boleh arahkan tuan rumah bagi semua barang dan tengok jer mcm org bodoh..agaknya kalau suruh buka baju pun ikut jer...nauzubillah!

salam takziah utk kakT,bila kita redha dgn kehilangan,Insyaallah Allah akan gantikan yg lain nanti..bukankah rezeki di dunia ini milik Allah ..

CM berkata...

Salam cik lie..memang kesian..orang baik-baik ni selalu diduga Allah.Sampaikan salam pada cik Norhayati ni.. no problem.Memang sesuatu yang indah bila orang bujang dengan orang bujang berkirim salam..he.he

CM berkata...

Salam kak pinat.tq kerana sudi membaca.Memang menakutkan gejala merompak ni..lagikan sampai peringkat memukau.Selalulah kita baca Surah Al Nas dan ayat Kursi.Moga Allah melindungi kita.tapi ada gak petua orang tua kata nak elak pukau pakai pakaian dalam secara terbalik.tapi memang hodoh beli mahal-mahal sutera2 gitu tapi pakainya terbalik.he.he
Adakata kat rumah pelihara itik angsa..rumah teres manalah boleh..
Ada juga kata beli ikan puyu(orang Melaka panggil ikan betok)kat rumah boleh elak pukau.
Satu lagi kalau orang tak kenal beri salam,jangan pandang mata..dan jangan terus jawab salam.tapi confuse Nabi ajar salamkan mesti berjawab..
Ye lah kak pinat sekadar berkongsi..

aznaz berkata...

salam cikgu Mas,

Jgn percaya semua tu Khurafat tu...cuma gunakan ayat2 suci alquran saje...insyaalah mohon pada Nye

CM berkata...

Wsalam..betul tu khurafat kalau percaya tak de kuasa lebih besar daripada kuasa Allah.Ayat Allah dah lengkap menjadi pendinding.Insyaallah

aznaz berkata...

alhamdulilah.....

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....