yg sudi bersama cm....

Khamis, April 30

Nak balik kampung la..

kenapa yek...kite sangat rindu nak balik kampung,dah lama kot tak balik.Terbayang-bayang muka mak n abah .esok cuti 3 hari higway mesti jem.Bayar tol mahal-mahal jem tak pernah surut...Kampung ku dekat pantai,satu Malaysia datang nak makan ikan bakar or seafood.situ..Bila holiday Pengkalan Umbai tu mesti happening.Sedap sangat ke? sedap kot..ikan bakar fresh cecah kicap yang diperah air limau kasturi dimakan bersama nasi lemak daun pisang.Dulu masa kecik kitaorang akan pergi Anjung Batu kutip siput sedut,best tau siput tu ia banyak kat batu berlumpur..mak kata jangan pergi sebab ada budak kg mati kena sedut dengan pasir jerlus ,g jugak !!!!balik rumah betis mesti birat kena rotan dengan ranting pokok.

Dulu masa kecik..ada gak kawan-kawanku yang ganas-ganas tu cari belangkas ,pernah tak makan belangkas? Belangkas ni kalau atas lumpur dia akan jalan berkepit n berdua-duan je.Patutlah ada pepatah melayu kata `berkepit macam belangkas.Sedap tau,telurnya masak lemak atau bakar,tapi ada gak belangkas beracun ,hati-hati tarik telurnya nanti terkena racunnya.Belangkas ni kalau tak biasa makan akan rasa pening kit..Ya Allah aku rasa teringin nak makan belangkas..mana nak cari ye.???.....

Satu lagi kupang,tak tahulah orang negeri lain panggil apa?,dia bukan lala tau,ia besar warna hijau kepala itik.banyak kat kg aku jual.kat KL jarang jumpa.kalau nak lagi banyak ..stok cari kat Muar.Umbai dengan Muar tak jauh dalam 25 minit je.Sedap ye,!!!!rebus dengan serai atau buat sweet sour.Nenek aku suka wat pais (bungkus dengan daun pisang campur isi kelapa muda n bakar) kat atas tudung periuk ...baunya!!!!tak dapat digambarkan.lagilah air tangan orang tua.

AKU NAK BALIIIIK ...TOLONGLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, April 29

Air terjun

Gambar ni ambik masa dalam kereta,tak turun pun,tapi cantik sungguh air terjun ni.Pasal air terjun ni saya tak begitu teruja sangat cz masa mula2 posting jadi cikgu dulu,saya posting di Bentong,jadi selalulah g tempat air terjun,kat Janda Baik,kat Air terjun Lentang,tepi highway tu n Air terjun Chamang yang tinggi dan cantik.dekat je dengan umah sewa masa tu.Dan sebagai cikgu sekolah,kena mengiringi pelajar berkhemah pun biasanya kat air terjun lah.Untuk en azli tengoklah gambar air terjun yang cik lie pergi masa darjah 6 dulu..moga dapat mengembalikan nostalgia..mungkin tak clear sangat kot
Perjalanan mendaki puncak ladang teh,boleh muntah hijau,tapi kite dah tak muntahlah kalau masa kecik dulu mesti kena bawak plastik merah,buat tadah muntah sebab tu orang tak suka bawak berjalan...
Ni rumah pekerja Ladang Teh...Rumah mereka pun warna hijau....

Cantikkan sungguh hijau..patutlah warna kesukaan Rasuluallah hijau,kite rasa tenang


Pekerja Ladang Teh sedang petik daun teh,dulu guna tangan skrg guna gunting....



Ni di Puncak Bukit...ada macam teh kat dalam ni,Kilang proses teh pun ada kt kompleks ni.. sebagai cikgu sejarah kite ceritakan sikit info sejarah,Teh merupakan antara barangan mewah yang dibawa oleh pedagang ke Semenanjung Tanah Melayu,Pedagang Cina dan India adalah pedagang teh yang terkenal.Teh hanya menjadi minuman golongan Bangsawan pada masa itu.

Sewaktu perkembangan tanaman komersial sekitar awal abad ke 20,British dapati teh adalah tanaman yang tidak terjejas dengan kejatuhan harga,teh tetap mempunyai permintaan yang tinggi.Maka Sir Gerald Templer Gabenor Tanah Melayu pada waktu itu menggalakkan pelabur datang ke Tanah Melayu untuk membuka ladang teh.,antaranya Sir Cameron pemilik ladang boh ni la.nama cameron Hingland di ambil sempena nama Uncle ni la.Imigran India pun di bawa beramai-ramai ,so yang ada sekarang ni sebagai pekerja tu cucu cicit diaorang la..ok fahaaam..cikgu dah habis terang..
Kite suka lah g ladang teh ni,pas tu dok kat cafe atas puncak tu,pas tu kite order teh yang mahal2 pas tu pilih tempat yang menghadap gunung,nampak hijau je.dan kite rasa macam nampak Shahrukh Khan lambai-lambai ajak kite menari kat keliling pokok..kite gosok-gosok mata banyak2 kali..hiss tapi betul lah Dato` Shahrukh Khan..he.he




Selasa, April 28


menikmati pandangan yang berwarna-warni....hati jadi ceria,stress pun jadi mengendur..apapun kita cuba untuk hepi...




Cameron Hingland...sekejap je..

Assalamualaikum..hai kite nak cerita weekend ni dapatlah saya g jalan ke Cameron Hingland,malu nak bagitau inilah kali pertama kite sampai kat Cameron Hingland ni.Dah tua macam ni barulah kite sampai sebelum ni dengar je cerita orang.Best ye Cameron Hingland ni.jom tengok gambar kite..cantik,hijau dan tenang...Jom tengok gambar yang kite ambik...
Biasalah..kelemahan saya ialah suka shopping,sayurpun saya tak boleh tahan untuk tidak membeli.tapi ok jugak dapatlah berkongsi dengan jiran-jiran dan kawan-kawan.

Murahlah bunga-bunga ni...saya jadi rambang mata..dan hasilnya rumah saya penuh dengan bunga...


kite tidor kat sini..ok lah ikut bajet cikgu sekolah...hotel kat cameron hingland tak de air cond.. ye



Pemandangan di sebuah ladang teh....di Sg Palas Cameron Hingland..Ladang Teh Boh.banyak gak beli Teh Boh,mandi teh pun boleh.










Ahad, April 26

Doa untuk kak Yati...

Malam tadi saya dapat sms dari kak t....camni bunyinya...

"Su, pagi tadi masa g sekolah rumah kak t kena pecah masuk,banyak jugak kak t hilang...kamus elexis,duit dan yang paling kak t sedih gelang emas pemberian nenek kak t ..gelang tu sentimental value pada kak t..hu.hu"......

Sedihnya masa baca sms tu..lambat pulak aku dapat reply sebab bateri kong,handphone aku ni...kalau orang lain dah buang ke laut tapi aku stay lagi guna ..cikgu sejarahkan suka barang antik.bukan apa!!! handphone ni aku beli masa my birthday thn 2006.Aku beli untuk hadiahkan diriku sendiri ..RM 800++ gak tau masa tu.Daripada aku merajuk baik aku beli sendiri..puas hati.so hdphone motorola buruk ni pun ada sentimental value..kat aku

Balik pada sms tadi ..aku pun reply.....

" siannya kak t,sabarlah ye,gunalah doa Ummu Salamah masa beliau kehilangan..Semoga Allah gantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik...redhalah dengan ujian...

Tapi aku geram betul dengan si pencuri,penyamun,perompak dan pape yang sejenis dengannya..kenapa perlu mencuri,menganiaya orang lain,tak de jalan lain ke nak dapat duit,tak takut mati ke? neraka tu bohong ke?Tak selamat hidup kalau jalan hitam yang dipilih!!!Aku pun satu kalau pencuri tu sedar takkan dia buat ...tak pe sekadar melepaskan geram.

Kak t pun reply sms aku..

"Ye lah su..semoga apa yang berlaku ni ada hikmah"...

Lega sikit hati baca sms kak t,maknanya kak t dah boleh terima.Positif la kak t kalau kita sedihpun benda dah berlaku kita tak dapat ulang ia jadi sebaliknya.Seperti yang dipetik dari buku Dont be Sad karya Dr Aid ...

"Takkan dapat mengembalikan air susu ibu yang dah tumpah ke kantung dadanya semula"

Kebelakangan ni,ramai gak kawan-kawan alami nasib macam kak t,baru ni kawan kena ragut,kena rompak.Aku rasa seram betullah...Ekonomi merumdum,keperluan hidup makin mendesak.Orang jahil mula ambik jalan pintas..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun.Pendatang asing pun ramai,tak campur dengan budak2 dadah lagi...

Balik pada kak t tadi,kak t ni sejak belajar sampai la sekarang dok lagi kat Vista Angkasa Kg Kerinchi tu..kalau dok hitung dah lebih 10 tahun dah..Dia kata sampailah dia bertemu jodoh baru dia nak pindah.Saya kat sini sentiasa doakan kak t cepat jumpa tanah,batu dan lain-lain untuk bina masjid.Tak de apapun yang kurang pada kak t,cantik,baik,berbudi bahasa dan kayo kan..he.he.Saya Ingat lagi dan selalu tengok gambar kak t mintak doa atas batu kat Jabal Rahmah Makkah masa kita buat umrah dulu..Balik ke hotel saudagar batu permata yang usha kak t.Pak Arab tu siap bagi batu permata percuma lagi..gatai betoi...saya tak dapat pun...dia nak buat kak t jadi bini no berapa tu?????Insyaallah kalau sampai masa Allah temukan tu..saya tolong amiiin kan saje..(sekadar buat kak t hepi)

Kalau dah tak selamat,pindah la kak t..saya pun dok situ 5 tahun,selipar,kasut pun pencuri tak tahan,banyak betul budak dadah kat situ..umah kak t kat Gombak pun dah nak siapkan...tapi dok sorang bahaya gak.Saya sentiasa doakan kak t cepat-cepat dapat teman..Insyaallah.i know u need shoulder to cry on...i love u...

Khamis, April 23

Sayangi dirimu untuk menyayangi orang lain


Segmen sinar pagi adalah halwa telinga saya setiap pagi ketika saya memandu ke sekolah,sambil mendengar celoteh DJ ye saya selalu gelak sendiri.Antara satu segmen yang menarik perhatian saya ialah luahan emosi daripada seorang ibu beranak 6 begitu terkesan di hati saya. Ibu yang mempunyai 5 anak kecil yang masih bersekolah dan seorang bayi itu, mengeluh tentang rutin hidupnya yang begitu meletihkan.Segalanya diuruskan tanpa bantuan dari suami.Suaminya hanya pandai mengarah itu dan ini.Sampai satu tahap si ibu merasa mahu menyiram suaminya dengan air panas.Tekanan ini datang kerana hidup dengan lelaki yang tidak pernah peka dengan persekitaran,perasaan dan perubahan.Sifat mementing diri sendiri dan memandang remeh pada peranan surirumah akan melahirkan lebih ramai lelaki jenis ini.Isteri dibiarkan menangani segala beban kehidupan sendirian.Bayangkan dari bangun tidur hingga menutup mata seorang ibu seperti mesin yang tak berhenti berkerja.Menurut ibu ini suaminya pulang dari kerja akan membaca suratkhabar,menonton TV dan tidur.6 anak-anak yang masih kecil ini tidak dipedulikan, segala karenah dan tuntutan anak-anak ini terpikul di pundak seorang ibu.Tiba-tiba emosi saya terusik...`Adakah Perkhawinan ini satu Penghambaan sedangkan konsep sebenarnya satu pengkongsian..
Hari ini saya menemui jawapan pada persoalan itu..jawapan itu saya temui ketika membelek Majalah Anis Keluaran Mei 2008,majalah lama yang saya beli murah di Book Fair KL baru-baru ni.Tulisan Pahrol Muhamad Judi dalam tajuk "Sayangi dirimu sebelum menyayangi orang lain" juga membincang masalah wanita yang tertekan dengan beban hidup... wanita ini mengeluh tentang dirinya yang begitu penat dan berasa sangat tidak dihargai oleh persekitarannya iaitu suami dan anak-anak..Ustaz Pahrol meredakan emosi saya ..dengan..kata-kata
"Perkahwinan adakalanya memang satu penghambaan.Tapi buatlah kerana Allah,Insyaallah itu dikira penghambaan kepada Allah.Bukan pada kepada anak-anak dan suami."
Ya betul!!!! bukankah kita ni lahir ke dunia sebagai hamba Allah . Ustaz Pahrol juga memberi tips sebagai tablet yang meredakan kepenatan dan tekanan yang mungkin juga yang pernah saya hadapi atau selalu saya hadapi..
  • Harga yang paling mahal bagi sebuah pengorbanan adalah meminta dihargai.
  • Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih daripada orang yang kita bantu,kerana hakikatnya ramai manusia tidak pandai berterima kasih.
  • Pengorbanan pun memerlukan kebijaksanaan kerana dalam berkorban tidak semestinya diri sendiri terkorban.
  • Kita tidak semestinya perlu sakit untuk memberi orang lain sihat.
  • Tidak perlu menjadi miskin,untuk membantu orang miskin.
  • Kalau orang lain tidak menyayangi kita,mungkin itu petanda selama ini kita juga selalu tidak menyayangi diri kita..

Ustaz Pahrol menambah .."Pulihkan semangat.Hidup selagi hidup.Jaga kesihatan.Ceriakan diri.Bila kita mula menyayangi diri sendiri..Jangan terkejut kalau nanti anak-anak dan suami akan kembali menyayangi kita,Seringlah bertanya pada diri ...sudahkah aku menyayangi diriku untuk menyayangi orang lain..

P/s ..Moga apa yang saya kongsi ini mampu meredakan perasaan kawan-kawan yang sering mengeluh kepenatan...termasuk diriku yang lemah ini...

Isnin, April 20

Saiz tempe kat Jakarta ni sebesar buku teks sekolah...harganya sekitar rm3 sekeping,kat malaysia kecik-kecik kan...

Tempe Gergasi


Idea nak bercerita tentang tempe dapat pas baca my favourite blog `Pengalaman di Kota Makkah`.En Azli buat sambal tempe..Gambar tempe ni aku dapat masa g jalan-jalan kat Jakarta.Tempe ni besar ,lebar dan ranggup jika dibuat kerepek tempe.Aku ni memang pengemar tempe,bukannya orang jawa pun,tapi kita orang Melaka pun suka makan tempe.Masa aku sekolah menengah mak tolong abah tambah income dengan buat dan jual tempe kat orang kampung.Mak buat ambik masa 2 1/2 hari nak siapkan tempe dari proses remdam kacang soya,cuci,anginkan,ragi,bungkus(mak balut dengan daun pokok rambai)sekarang dengan plastik,pas tu simpan sehari tunggu masak,esoknya baru boleh makan rasanya asli , bau pun sedap.Mak jual 8 keping rm 1.Masa tu aku sekolah lagi kot era 90 an..dapatlah mak tambah duit beli ikan sayur,kesian mak.sebab tu sekarang aku takkan lupa beri mak duit bulanan walaupun aku sesak n pape cammana pun,tu kewajipan utama.
Sebagai pengemar tempe aku kira kreatiflah nak pelbagaikan masak tempe,Tempe boleh buat kerepek,goreng bercili campur petai n ikan bilis,masak lemak kuning ala-ala kuah lontong,sambal tempe dengan daging,goreng celup tepung,goreng dengan tauhu dan lain-lain.
Makan tempe awet muda tau dan anti kanser.teringat lawak Khir Toyo dia kata kulit dia tegang n nampak muda sebab makan tempe..(boleh caya ke??)
Tempe ada sentimental value kat aku..tu lambang pengorbanan mak..agaknya aku tahu tak buat tempe?..tak kot!!! Pesananku makanlah tempe ...makanan tradisi kita..

Ahad, April 19

Putrajaya yang sunyi....


Masuk bulan April ni bermakna dah 4 bulan aku dah bertukar angin..tapi entahlah rasanya hatiku masih melekat di Wangsa Maju.Teringat benar kata-kata Mr Richardson "Oh ,u nak pindah Putrajaya ye...ai yoo Putrajaya banyak boring wo...Benarkah begitu?.Tapi memang kat sini aku tak tahu nak g mana?.....
5 tahun belajar kat UM,Vista Angkasa tu belakang dia terus ada LRT,pas tu 7 tahun di Setapak,rumah tak sampai 5 minit dari Alpha Angle...pas tu berjam-jam lepak kat MPH Bookstore belek buku,tak sampai 10 minit dah sampai Carrefour Wangsa Maju,malam-malam kalau rasa boring boleh g Uptown Danau Kota.Hujung minggu boleh merayau kat Jalan TAR or tengok wayang kat KLCC.Kat sini nak g mana?....nak layan apa!!!!
Teringin benar nak g PWTC tengok Pesta Buku tapi mengenang jauh dan kena drive lebih kurang 40 minit kalau tak jem aku pemdamkan aje..kalau kat KL dulu memang dah sampai dah ni...kat PWTC.Tapi takpalah ada hikmah ye dok sini,duit pun tak habis sebab tak tahu nak g mana..kalau tak dulu duit tak sempat nak panas ada je plan merayau ye..
Baru ni ada gak cuba-cuba merayau kat Jusco Equieine Sri Kembangan,pas tu cuba lak ke Puchong last sekali dah cuba drive ke Sunway Piramid..tapi entahlah tak syoklah..ni lah orang kata tempat jatuh lagi dikenang...hatiku masih melekat di KL ..aku ni memang suka tempat yang happening..kalau sunyi sangat aku cepat serabut..
Putrajaya ni memang cantik,banyak tempat rekreasi untuk family,tenang dan yang bestnya jalannya cantik-cantik tak banyak kereta,kalau nak g sekolah tu sebab nak kejar punchcard sedar tak sedar aku dah merempit sekitar 120-130kmsj laju tu...tu je benda yang tak dapat dibuat di KL,terutama jalan depan rumah aku tu dulu...Genting Klang..aku harap dan berdoa hatiku cepatlah melekat di Putrajaya sebab disinilah duniaku sekarang....

Sabtu, April 18

`Mereka tetap bahagia..`


Tanpa berkasut..mengemis ...anak kecil yang sepatutnya sedang diulit ilmu ini masih mampu tersemyum bahagia...gambar ni cikgu ambil dipinggir Kota Jakarta,oleh itu anak didikku sekalian fahamilah sedalamnya konsep bahagia....ia sungguh subjektif dan bergantung pada keperluan manusia,bahagia orang kaya tak sama dengan orang miskin,bahagia orang berilmu tak sama dengan orang jahil,bahagia orang dewasa tak sama dengan bahagia anak remaja..dan ingat bahagia sebenarnya datang bersama sejauhmana rapatnya kita dengan tuhan...

Bahagia

Pada hari khamis lepas sampailah aku ke tajuk `Perkembangan Falsafah dalam tamadun Yunani,Rom,India dan China.Kelas 4 Kejuruteraan Elektrik 2 mendahului kelas lain untuk sampai ke tajuk ini.Selepas mereka boleh menyenaraikan siapa ahli falsafah tamadun Yunani (Aristotle,Plato dan Socrates) ..aku beralih kepada isu utama falsafah zaman tamadun awal iaitu..manusia zaman itu percaya `KEBAHAGIAAN DAN NASIB HIDUP MANUSIA BERGANTUNG PADA HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM`.......

Seketika aku cuba berpolemik dengan pelajar dengan satu pertanyaan `ADAKAH KAMU BAHAGIA? bergema satu jawapan yang luar dari dari jangkaanku ....iaitu `TIDAK!!!!!Tetiba aku terdiam terkesima dengan jawapan 33 orang remaja dihadapanku iaitu 27 lelaki 6 perempuan dan segera aku bertanya `MENGAPA KAMU TAK BAHAGIA?Tiada siapa yang tampil memberi jawapan...lantas aku memanggil seorang pelajar lelaki yang paling hampir denganku dan mengulangi pertanyaan dan jawapanya ..."ENTAHLAH CIKGU SEMUANYA TAK BEST"

...di fikiranku sepantas kilat bertanya ...'"mengapa!!!dalam usia begini muda,kamu tak merasa bahagia,kamu baru berusia 16 tahun segala beban hidup masih belum terpikul dibahu,hidup kamu penuh warna warni ,kegembiraan dan bahagia itu milik kamu...mengapa pula merasa tak bahagia?Pelajar ku terdiam,

lantas aku rasa sangat bertanggungjawab untuk menerapkan nilai syukur pada jiwa anak bangsa di hadapanku ini...aku menyambung...

"Pernahkah kamu membayangkan betapa beruntungnya kamu hidup dalam serba kecukupan..dalam usia begini kamu berpeluang duduk di bangku sekolah yang cukup mewah,belajar dalam keadaan serba selesa,keluarga yang masih ada..cuba bayangkan jika kamu adalah remaja Afganistan,Palestin,Kemboja,India dan Somalia ...adakah sama hidup kamu dengan mereka?'"Suaraku agak tinggi tetapi dalam nada membimbing..diam pelajarku makin panjang....

.. dan aku menyambung "Bersyukurlah ...bila kita rasa syukur bahagia itu akan datang...dan ku tegaskan pada mereka "SEBENARNYA KAMU BAHAGIA" dan jika orang tamadun awal percaya bahagia datang hasil hubungan manusia dengan alam ...sebagai muslim kita percaya bahagia kita datang .. HASIL HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH "(tetiba cikgu sejarah ni dah jadi ustazah)

Di tengah Kota Jakarta


Gambar ni diambil dari dalam bas...tu la rupanya nak tunjukkan air pancuran ditengah-tengah kota

Jumaat, April 17

sesak



Cuti penggal pertama baru ni,sempatlah g jalan-jalan kat Jakarta dan Bandung..tengok tempat orang.lama dah kami rancang dengan kekawan kat ERT.Syukur terlaksana gak trip kami.Bersemangat semuanya Milia angkut semua mak yang dia ada,mak sendiri,mak mertua n
mak sedara,bagus milia ni,jenis anak yang mengenang budi,itulah kali pertama aku sampai ke Jakarta,sebelum ini aku rasa Jakarta ni tentunya sama macam KL..ok lah boleh gak kata macam KL tapi kat Chow Kit..Yang paling aku terkejut sekali tengok traffic jem dia,kalau terkial-kial bawak kereta tak usahlah fikir nak cuba drive kat sini,hon tak putus-putus berbunyi ,motor,bajjaj bersimpang siur,tapi jem dia tak melekat macam kat KL.aku pernah sangkut kat jalan genting klang setapak tu dua jam,padahal dekat je nak ke Jalan Pahang.kena berani betul nak bawak kereta kat sini.pas tu masa jem ramai peniaga-peniaga jalanan jual macam-macam.kalau la bas yang kami sewa tu ada tingkap mesti sempat jugak kami shopping.Jauh sudut hati aku kagum dengan orang Indonesia,mereka sanggup buat apa saja untuk meneruskan kelangsungan hidup,walaupun hanya menjual news paper mereka lakukan dengan sungguh-sungguh,bersyukurlah kita hidup di bumi yang makmur...

Traffic Jem di kota Jakarta...

Dalam kesesakan..tetiba ada train lalu...mana ye tak jem..

Khamis, April 16

Carilah kehebatanmu anak

carilah kehebatanmu,anak
kehebatan itulah
yang tersimpan di dada jasad
bermain di laut minda
terukir di hembusan rasa...
jadilah rajawali
terbang mencari ketinggian udara
jadilah lelumba
berenang menyelami kedalaman laut
jadilah sang kancil
merentas gunung dan belukar
mencari rahsia ketebalan hutan
Carilah dalam diri
akan kehebatan diri sendiri
meletakkan kemenangan atas talam fikir
membuang kegagalan atas dasar kesedaran
kehebatan itu adalah di mata fakir
berfikirlah
kejayaan itu ada di puncak sendiri
kehebatan itu ada di makam diri
A Rani Embi

Isnin, April 13

Akhirnya

Assalamualaikum.... doa kesejahteraan untuk semua..

Akhirnya...aku berjaya mereka blog sendiri ,aku cuba buat sendiri..hasil dari cabaran Atika sedikit tunjuk ajar dari fariha ...mungkin orang lain yang mahir dalam IT boleh gelak terbahak-bahak dengan kejayaan kecil ku..ini tapi bagi aku ni satu lagi percapaian yang aku capai dalam meniti kehidupan.Sebelum ini aku hanya tahu word sahaja...just menaip untuk aku buat soalan exam untuk budak2.Itupun pulun belajar masa kat university untuk wat tesis ..kalau tidak sampai sudah agaknya buta IT.kesiankan...bukan kah hidup kita perlu lebih baik dari sebelumnya...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today