yg sudi bersama cm....

Jumaat, April 27

Pantai Sabak dan Tambatan Di Raja Kota Bahru Kelantan


Pantai Pak Amat di Pantai Sabak Kota Bahru Kelantan mempunyai sigfinikasi penting pada perjalanan sejarah negara kita.Di Pantai inilah tentera Jepun mendarat di Tanah Melayu buat kali pertamanya pada 7 Disember 1941 ketika Perang Dunia ke 2.Pendaratan di Tanah Melayu sejam sebelum Pearl Habour di Hawai di letupkan oleh tentera Kamikaze Jepun.British terpana,apabila tentera Punjabi yang ditempat di puluhan kubu yang dibina di pantai ini tidak dapat menahan amukan tentera Jepun yang mendarat yang dikatakan berjumlah 5200 orang di bawah pimpinan Jeneral Hiroshi Takumi dari Rejimen ke -56 Division 18 .Jepun juga mendarat dengan 5 kapal pemusnah.Dari pembacaan dan kajian CM ketika belajar dulu ada cerita mengatakan pegawai tentera British merantai kaki tentera India-Punjabi di kubu-kubu sekitar Pantai Sabak agar mereka tak lari dan dapat melambatkan asakan tentera Jepun bagi membolehkan orang-orang British lari ke Singapura dan terbang balik ke London.Dari sumber risikan British memang menjangka Jepun akan naik dari Kelantan,namun British lebih menumpukan perhatian pada keselamatan Singapura sementelah status Singapura sebagai pelabuhan bebas yang menguntungkan British,Pertahanan di negeri-negeri agak ampuh dan Pantai Sabak menjadi saksi turunnya Jepun melanggar Tanah Melayu.....Kami melihat sendiri Pantai Sabak dalam percutian kami kali ini,,,,(waaahhhh sempat jugak cikgu sejarah ni bercerita........


 Tapi kini kubu-kubu tersebut hanya tinggal sejarah kerana hampir semua telah di tengelami air.Pantai Sabak mengalami kesan hakisan yang paling teruk.Pantai itu kini ketika kami melawat hanya dihiasi dengan bungkah-bungkah batu besar untuk menghalang hakisan pantai memusnahkan terus kampung dan rumah penduduk sekitar.Hakisan pantai sentiasa di pantau oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kami memanjat batu-batu besar untuk meninjau ombak dan laut yang dalam catatan sejarah tercatat peristiwa pendaratan tentera Jepun.

Kelihatan anak-anak kampung pulang dari sekolah.
Banyak jugak tanah orang kampung yang dulu rumah berhampiran laut telah berada
 dalam laut tanah mereka.
Mereka telah berpindah di tempat yang selamat,Tapi benteng tambatan laut kini mampu
 menahan sedikit ganasnya ombak.

 Air laut di Pantai Sabak kelihatan kehitaman,,,amat berbeza dengan air laut di Pulau Perhentian ..kesan-kesan hakisan jelas kelihatan,,di katakan Pantai Sabak menerima hakisan sejauh 50km menengelamkan kawasan pantai.Berekar-ekar Tanah orang tempatan dah berada di dalam laut,hakisan berlaku sejak tahun 1942 lagi.
 Tour guide kami En Ki memandang jauh ...Pantai Sabak meberima hakisan yang teruk sejak tahun 1985...pembinaan dan pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa memberi kesan pada hakisan pantai.Deruaan ombak memecahkan dinding rumah kg adalah bagai perkara biasa bagi orang kampung pada masa itu.Pantai ini menyimpan tinggalan sejarah pada catatan sejarah Malaysia. Deruaan ombak masih merdu,,,tapi untuk bercanda di pinggiran pantai ,,pantai ini tidak lagi gagah untuk menerima nya....
                        Kami juga sempat meninjau Sg Kelantan....
                             Pandangan Sg Kelantan dari Tebing Tambatan Di raja...

Tambatan Di Raja,,,jika musim hujan kawasan ini di pantau dalam usaha pemantauan banjir..

Lawatan yang di taja sepenuhnya oleh seorang teman kami yang baik hati ini meninggalkan memori yang manis untuk kami.....tapi sayang kami tak dapat menemui penaja lawatan ini kerana kesibukannya,dia hanya sempat menitipkan sebuah kenderaan yang sangat selesa untuk kami bersiar-siar di Kota Bahru dan menaja makan tengahari kami ,Ucapan terimakasih yang tak terhingga jasanya tetap kami kenang selamanya,,,

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum cikgu : seronok dengar cerita pantai sabak tu.. cita lah lagi...

mama ju berkata...

Aslkm CM

Rasanya mama kenal sapa org tu, hehe kami dah jumpa kat Gua Musang!
Memang menarik cerita cikgu.

Tapi kesian kat cm, kena 'bedal' kiri kanan kat fb, apalah diaorg ni...

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....