yg sudi bersama cm....

Khamis, April 1

Hari berganti hari....Apa khabar irdinaku sayang????

Setiap saat berdetik meninggalkan kita,hari berganti hari,usia memanjat diri..aku mengucapkan syukur pada Allah,irdina anakku kini kelihatan sihat ,ceria dan membesar sebagai gadis kecil yg manis dan bijak.Dia kini kelihatan segar,berbanding 3 tahun dahulu. Di peringkat awal dia mula bersekolah aku mengutarakan kebimbangan,aku risau andainya dia tak mampu untuk menjalani aktiviti yang sibuk dan padat sebagai kanak-kanak bersekolah,puteriku ini sakit,dia menghidap asma.Namun Allah maha Penyayang ,kini dina nampak jauh lebih sihat dari sebelumya.sudah hampir 6 bulan dina tidak langsung diserang asma,dia kelihatan ceria dan mampu menikmati kehidupannya sama seperti kanak-kanak yg lain yg sihat.Maha suci Allah yg mengurniakan kita nikmat Alhamdulillah


Kali pertama irdina diserang asma sejak berusia 4tahun iaitu sekitar 2007,sejak itu irdina tidak lagi aktif dan sering sakit,asma nya mudah menyerang,nafasnya sesak,dia mudah penat,dadanya ketat dan berat andainya terlebih aktiviti ataupun tersalah makan.Gambar di atas irdina kelihatan lemahkan???Gambar ini ketika kami membawanya berjalan ke Zoo Negara.,dia kepenatan berjalan kaki.sejak diserang asma klinik dan hospital adalah tempat lawatan biasa kami,tak kira waktu,pagi,petang atau tengah malam.Dia perlu di beri bantuan gas neubulizer jika di serang kerana serangan biasanya berat.Aku cuma seorang ibu biasa yang sering kesedihan bila melihatnya bertarung dengan sakitnya.Selalu benar air mata mengalir tanpa sedar saat mengendong anak mendapatkan rawatan.

Tahun 2008 dan 2009 irdina selalu sangat diserang asma.Aku kuatkan diriku untuk menghadapi saat-saat sukar.Saat aku merasa lelah dengan ujian ini,aku sering mengingatkan diri,anakku cuma menghidap asma,ada ibu-ibu yang lebih berat tangunganya,yg lebih sesak dadanya,bila permata hati menderita penyakit yang lebih kritikal.Walaupun dina masih kecil,aku sering kuat kan dia dengan kata semangat,dia mampu sembuh.

2009 tiga kali dia perlu dirawat di wad,terakhir dia di rawat di wad selama 6 hari ,dan kesnya perlu dirujuk di hospital Putrajaya untuk lanjutan.Alhamdulillah syukur pada Allah,selepas rawatan terakhir di wad ,hingga kini irdina langsung tidak pernah diserang lagi.irdina sudah seolah pandai mengawal sakitnya,dia akur dengan pantang makanan,cuma dia jarang boleh menghadkan aktivitinya agar tidak terlalu aktif..ye lah kawan rapatnya dah tentu abangnya seorang kanak-kanak lelaki yg lasak.Dia terikut dengan abangnya.


Terima kasih ya Tuhan atas kelapangan ini,agar aku tidak lupa mengucap syukur padamu,semoga kesihatan puteriku berkekalan hendaknya.Terima kasih atas doa semua,doa dari sahabatku CL di hadapan kaabah untuk puteriku ini ,dan terimakasih yang tak terhingga atas titipan`sesuatu` buat penawar dan iktihar untuk anakku lewat kepulangannya Disember lalu.Tiada apa yg dapat aku balas,ku serahkan pembalasan baik ,dan doa kesejahteraanku untukmu kepada Allah tuhan semesta Alam.moga hidupmu diberkati dunia dan akhirat.Insyallah.Teruskan mendoakan kami hendaknya...

30 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah...


Uncle Cl doakan moga adik DIna senantiasa ceria dan bahagia..dan di jauhkan dari sebarang penyakit merbahaya..insyalah..aminnnn


waslam

rezeki berkata...

salam cm

doa ku agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan yg baik buat cm sekeluarga

insyallah

lieza berkata...

semoga irdina sentiasa sihat sejahtera hendaknya dan tidak mudah diserang asma lagi..amin..comel irdina ni CM..hehehe

mama ju berkata...

salam Cikgu

Moga dia terus tabah menjalani hidup.Gambar kat kolam renang tu lagak macam bintang filemlah...lawa..

shami2 berkata...

Salam CM...

Alhamdulillah dah sihat...
Jaga baik2 kesihatan dina..jaga makan minum...jom sama2 kita doakan dia....

Along dulu pun macam tu dia kena pakai alat pernafasan masa umur dia 4 bulan...pukul 4 pagi kami pergi pusat rawatan islam...esoknya saya dan suami terus di nasihatkan buat rawatan fisioterapi untuk dia ...klinik pakar kanak2...buat terapi mengeluarkan kahak dalam dada...alhamdulillah baik...sehingga kini alhamdulillah cuma bila cuaca sejuk dannnnnn kalau dia banyak minum ais..dia akan sesak nafas tapi terkawal, dia sendiri pun tau kalau dia silap makan itulah jadinya.

Along dah 13 tahun...sekarang kat asrama...dah 3 bulan alhamdulillah setakat ni baik..mudah-mudahan baik tiada masalah apa2. Dr nasihat akak kawal asma tu jgan bergantung dengan ubat...minum segelas air suam bercampur dengan sesudu kecil madu...setiap hari sebelum tidur dan awal pagi sebelum sarapan. Insyallah akan jadi baik...dan tak kronik. Pemakanan juga perlu dijaga. ..dan doa dari seorang ibu....setiap kali lepas solat...insyallah.

CM sorry terpanjang...tersentuh dengan citer anak2 ni anak orang kita rasa macam anak sendiri...huhuhu

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

semoga Dina sentiasa ceria. anak az 3 orang semput. paling teruk yang no 3. sekarang pun sekali-sekala kena attacck. Dek tak larat nak ke hopital, az redah subang jaya g cari mesin nebulizer tih. alhamdulillah bila awal2 nak kena atacak, sumbatkan kan aje, selamat g hospital.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

semoga Dina sentiasa ceria. anak az 3 orang semput. paling teruk yang no 3. sekarang pun sekali-sekala kena attacck. Dek tak larat nak ke hopital, az redah subang jaya g cari mesin nebulizer tih. alhamdulillah bila awal2 nak kena atacak, sumbatkan kan aje, selamat g hospital.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

semoga Dina sentiasa ceria. anak az 3 orang semput. paling teruk yang no 3. sekarang pun sekali-sekala kena attacck. Dek tak larat nak ke hopital, az redah subang jaya g cari mesin nebulizer tih. alhamdulillah bila awal2 nak kena atacak, sumbatkan kan aje, selamat g hospital.

S berkata...

salam,

CM,
smoga bahagis hingga keujung nyawa.
InsyaAllah.

sinomosa berkata...

Salam Kanda Mas,

Semoga Irdina terus ceria dan sihat.
Kak, sy pernah dgr..katanya hati unta elok untuk org asma..cubalah utk Irdina..

Noor berkata...

salam cm,

Alhamdullilah.. semoga dina sentiasa sehat dan dapat menjalankan segala aktiviti dengan jaya nyer.. aminnn

Atikah berkata...

Salam Kak...

Semoga Irdina diberi kesihatan yang baik sepanjang masa... dijauhi dari serangan asma hendaknya... aminn.. InsyaAllah...

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Tak tau lak Dina ada mengidap asma, akak tgk dia sehat jer.Kata org, kalau budak mengidap asma masa kecik dia senang pulih, tapi kalau diserang ketika dewasa ,susah nak baik, jadi pengidap sampai bila2, jadi akak doakan agar dina pulih sepenuhnya.. insyaallah..

Umi Azuddin berkata...

Salaam CM,

Mudah-mudahan anakanda Irdina terus dikurniai kesihatan yang baik dan sentiasa aktif hendaknya. Semoga CM sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah daripada sebarang kemudaratan. Amin.

VpeaceV

Asnija berkata...

Salam Mas,
AKak pun doakan Dina sihat dan ceria, cerdik dan cergas selalu...amin...

ps: cubalah test makanan apa yang dia mungkin alergik...

CM berkata...

Salam ciklie

Terimakasih atas doa yg tak putus untuk kami...amiiiin..

CM berkata...

Salam pak itam

amiiin...moga Allah maqbul segala doa..

CM berkata...

Salam leiza

tq,k.mas juga mendoakan lieza juga tabah menjalani kehidupan..

CM berkata...

Salam mama ju

irdina mmg suka bergambar..cam bintang pilemm takper jgn jadi bintang pilemm dah..

CM berkata...

Salam kak shami..


terimakasih kak atas info yg sangat berguna untuk saya,seorang ibu pasti memahami kasiih saang ibu pada anak..moga kita mampu mendidik pejuang agama ,pembela hukum Allah dan Rasul..

CM berkata...

Salam Az

ooh ayah ain pun ada anak yg menghidap asma..moga dia jugak kembali sihat..

CM berkata...

Salam Kak S

terimakasih atas doa kak..

CM berkata...

Salam Shima..

yuup hati unta mmg bagus untuk rawatan asma..

CM berkata...

Salam kak Noor

terimakasih atas ingatan dan doa kak,,moga dia ceria dan sihat..

CM berkata...

Salam atika


terimakasih atas doamu..amiiinnn..

CM berkata...

Salam Kak shidah

yerr ramai yg cakap begitu,jika diserang selepas dewasa susah nk baik...terimakasih atas doa kak..

CM berkata...

Salam Ummi

Amiiinnn atas doamu..

CM berkata...

salam sis Asnija


terasa rindu benar pada sapaan akak disini...terimakasih atas ingatan dan doa..

ummu berkata...

Salam CM, Hati seorang ibu sungguh murni. Cinta dan kasihnya ibu amat suci...
Semoga adik Dina terus sihat dan ceria selalu. Adik kena jaga pemakanan dan aktiviti luar ya.

Unknown berkata...

salam CM..

dah ketinggalan akak nih ..

apa2 pun semoga Dina sihat selalu ..
Dina dah semakin besar , dia dah punya kekuatan diri .mudah2an dia dihindari dr sebarang penyakit berbahaya. ameen

anak2 sakit menguji keimanan kita ibu dan ayah .

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....