yg sudi bersama cm....

Selasa, April 20

ikan todak....Cerita dr seorang cikgu sejarah..

(seumur hidup tak pernah tengok ikan todakkkkk....ni kali pertama,kata kakak tu sedap wat asam pedas,tapi cm tak tergamakk nk makan,..tetiba teringat kisah Hang Nadim)...
{gambar di snappp di pantai Bagan lalang sepang..30 minit dr rumah CM)


Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.




Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.



Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.



Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak.


                        sekarang cuba cari nilai dan pengajaran dr cerita yg anda dengar.......


"pelajar cm tanya kalau sekarang ni singapura di langgar todak,apa kerajaan Singapura akan buat????
cuba jawabkan.....

17 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualikum CM

pendapat saya
tarajidi itu masih belegar di sisi kita sekarang
cuma persembahan nya yg berbeza

Islam yg satu dapat menyelamatkan pemikiran pemerintah dan rakyat

Wassalam

Acik Erna berkata...

Salam CM..memula akak nampak ikan todak tu dipasar..masa dok tanjong karang.akak pun tanya soalan..bolih makan ke ikan tu..sampai sekarang pun tak pernah makan..

rezeki berkata...

salam cm

banyak pengajaran dan iktibar dari cite singapura dilanggar todak

afeezz berkata...

salam CM : klu sekarang ni singapura dilanggar todak lagi, rasanya kacang jer perdana menteri singapura itu menumpaskannya... sia2 sahaja serangan todak itu di singapura. lebih baek jika singapura itu dilanggar tsunami

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Salam CM,

Kalau todak menyerang lagi......ekspot utama S'pura ialah ikan todak.Depa nanti buat sardin.

Wassalam.

S berkata...

salam,

CM,
serita tentera bergajah diserang burung Ababil,.. Allah mencatatkan dalam SURAH aL FIIL.

cerita Singapura dilanggar todak .... entahlah.
cerita dongeng pak Pandir kut...


SUATU PERJALANAN...



BEBERAPA CATATAN KENANGAN,
dalam
SUATU CATATAN PERJALANAN
PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH
penuh lakaran rona rona
COLOR OF MY LIFE....

CERIA CERIAKAN HARI MU
agar....
SEINDAH WARNA PELANGI.

namun
HIDUP INI HANYA SEMENTARA
HANYA PADA MU YA ALLAH KU BERSERAH
seiring
SENYUMAN DAN HARAPAN
agar
PAHALA MENGHINDARI DOSA
sebelum
NGINAP SRENGENGE.....

19 April 2010 12:47
4 jamadilawwal 1431

shami2 berkata...

Salam CM..

Saya setuju dengan komen cik rozali..

Aper pun kisah demi kisah kita baca dalam sejarah melayu...namun pengajarannya setiap kita perlu berilmu ~ Alquran dan hadis adalah pedomannya agar hidup sempurna..bila tidak berilmu mudah saja ikut rasa dan kata manusia yg belum tentu betul adanya..jadi pak turut saja...demi sebuah kedudukan, status serta kemewahan....akhirnya mereka akan tersungkur jua demi kebahgiaan yg sementara.. siksaan Allah Taala...dalam pelbagai cara pada yang buat aniaya...sesungguhnya janji Allah itu benar...
sesungguhnya manusia sentiasa alpa bila diulit kemewahan dunia...mencegah lebih baik dari mengubatinya.....

Umi Azuddin berkata...

Salaam CM,

Kalau sekarang ni Singapura dilanggar todak, kerajaannya akan import batang2 pisang dari Malaysia dengan harga ciput kemudian export ikan todak ke Malaysia dengan harga 10 kali ganda!

Bangsa kita sebenarnya mempunyai ramai 'hang nadim' tetapi ke mana mereka menghilang? Apakah nasib mereka sama dengan yang telah menimpa Hang Nadim di negeri Temasik dahulu? Mari kita fikir2kan...

VpeaceV

CM berkata...

salam atok

benar dan bernas komen atuk tu..islam dah ajar cara menyelesaikan masalah yg sebenarnya..

CM berkata...

salam kak erna..

cm pun rasa cam tak nak makan arr..ikan todak ni..

CM berkata...

salam pak itam

benar tu...bukan sekadar cerita dongeng biasa..

CM berkata...

salam afeez

kalau kn langgar tsunami,tempiasnya JB tau dik,ramai sedara mara kita kt situ..mohon dijauhi musibah adik ooi..

CM berkata...

salam Ayahanda

betul jugak tu,kreatif ayah berpikir..

CM berkata...

salam..

kak S...pandai dia mereka frasa...indahh jadi madah dr tajuk blog kekawan ni..tahniah,buatlah lagi..

CM berkata...

salam kak shami


terimakasih atas komen yg tepat dan bernas dr akak tu,benar kak.Allah jua penentu segala..

CM berkata...

salam U

aaahkan...mana pulau tu ada pokok pisang yg banyak..hehehe,kreatif jawapan U ni..pelajar pandaiiii,,

ummu berkata...

assalamualaikum sis

"Hang Nadim takkan luput dalam kamus sejarah"...

dulu masa kecil2,selalu mendengar cerita ini dari pengasuh saya. Kemudian di sekolah, guru-guru ada bercerita kisah ini.Mungkin sebab cuma dekat je dengan negeri tersebut.Hinggakan kalau pergi ke seberang Tambak semasa kecil dulu,takut bila teringat kisah ini.pemikiran kanak2 kecil,:)

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....