yg sudi bersama cm....

Rabu, April 21

CM dan seorang lelaki `mental`....


Petang tadi balik dari sekolah
anak CM nk makan burger,,,
CM singgahlah kat satu gerai burger di kampung dekat dengan sekolah CM ni.
sambil tunggu burger,,
kat situ ada seorang lelaki ..yg org kampung tu  kata dia `mental`
cuak jugak hati CM lebih-lebih bila dengan anak nii..
terdetik hati CM bimbang dia menyerang anak-anak CM
tapi kata adik jual burger tu dia tak pernah kacau orang
jarak dia dgn CM tak jauh pun kira-kira 1-2 meter. jer.

Tetiba dia senyum lebar kt CM,nampak gigi hitamnya..
dia tanya sambil tunjuk pada anak2 CM.
..dik!!! anak ker????
ye lah anak ler...takkan adik pulak,kata hati CM....
CM angguk jer..sambil pegang tangan anak pompuan CM...

Laki mana???dia tanya
aiiik pelik pulak soalan dia????
,perlu ker aku layan dia ni????kata hati CM..
ada!!!!dia kerja..kata CM..
hehehehehe,dia gelak sambil menyenggih kat CM..
mak ada????dia tanya lagi..
aduuuh ,CM mula cuakkk,tapi tetap control..
ada!!!!kat kampung jawab CM tapi hati mula rasa semacam..

Dia diam,sambil tarik-tarik daun pokok sebelah dia...
tetiba dia tanya lagi..
Ko sayang laki ker,anak ker mak kau??????
haaaaaah..soalan apa ni tanya hati CM,dahiku berkerut

CM senggih jer,
lambat pulak burger ni siap,
budak jual burger tu sibuk pulak layan pelanggan lain..
"jawab lerrr",kata lelaki tu..
"saya sayang semua lerrrr,laki,anak,mak."..CM jawab jugak..
"pilih satu jer..".kata dia,,,,alahai pandai pulak dia pikir
""hmmm,tak tahu lah semua saya sayang."""..kata CM acuh tak acuh..
dalam hati CM,berdoa cepat lerrrr,burger ni siap...aku nak pergi dari situ..

Dikk,baik ko pilih mak!!!
sayang mak kau lebih dari anak dan laki kau,
sebab mak takkan tinnggalkan kau kalau kau jadi macam aku ni..
tapii anak dgn laki boleh tinggalkan kau tunggang langgang tau..
aduuuuh ,terkejut aku dengan kenyataan dan pemikiran lelaki ni..


kakkkk,dia memang cam tu kak!!jgn layan...kata budak jual burger tu..
hahhh tu mak dia datang..cari dia nak bawak balik...kata budak burger tu sambil jari menunjuk ke arah sorang makcik tua berbaju biru yang nmpk uzur berjalan perlahan ke arah gerai burger tu..


pas burger aku terima,aku terus pimpin anak ke kereta
dari kereta aku renung mak lelaki mental tu..tak jauh dr situ
dia tarik tangan anak yer perlahan,,,dia tunduk menyarungkan selipar pada kaki anaknyer..
dia pimpin anak nyer pulang dgn penuh kasih sayang.
jam ditanganku dah pun pukul 6.45 petang..

dalam kereta baru aku tahu kenapa dia mengeluarkan kenyataan begitu........

SESUNGGUHNYA KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA......

40 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum CM

seorang ibu
Allah telah campakkan rasa kasih sayang

seorang ayah
Allah telah campakkan tanggungjawab

Wallahualam

Wassalam

Faizul berkata...

betul.
pengorbanan ibu tak terbalas kan.
tetap terima anaknya walaumacam mana pun...

tapi ibu2 zaman moden ni dah sanggup buang anak merata pulak.
haish.

Azima berkata...

Salam kak,

Terharu Kak....org mcm diapun tau menghargai & menyayangi insan bergelar 'mak'..

Kalau org yang waras tak sayang kat 'Mak'..maknanya mereka tu lebih teruk dari org ni la yer..

Sayangku pada ayah dan bonda mengatasai segala2nya!!!

afeezz berkata...

salam kak mas : alahai.... tibe2 sedih plak baca cite kawan mental akak tuh.... ade betul jugak cakap dia tuh

aznaz berkata...

salam from Makkah...


kasihnyer ibu membawa kesyurga....
tapi kasih anak2 skg pada ibu BAGAIMANA?



waslam

Tanpa Nama berkata...

salam kanda,

sedihhhhh....huhuhuhu...

kak su berkata...

Salam cik gu..Mas...Ya...Allah terkejut dan terharu akak dengar cerita nii...sedih...tapi ada anak yg waras...tak menghargai...ibunya...

Tanpa Nama berkata...

...subhanalloh...
saya "ternampak" akan kesilapan besar CM dalam episod ini... sepatutnya CM sedekahkan paling tidak pun sebiji burger kepada kedua-duanya... lelaki dan ibu yang mulia itu... mudah-mudahan daripada peristiwa tersebut kita sama-sama menghitung diri.
Alhamdulillah...

Umi Azuddin berkata...

Salaam CM,

Terharu membaca coretan cikgu ini.

Betul juga cakap lelaki tu. Walaupun nampak 'mental' tapi dia masih waras dalam menilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang dicurahkan tanpa bersyarat. Memang patutlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Wallahu'alam.


VpeaceV

CM berkata...

salam atok rozali

cm suker simbolisme yg atuk utarakan

ibu dgn kasih sayangnyer
ayah dgn tanggungjawab nyer...

baru seimbang kehidupan berkeluarga..

CM berkata...

salam dude

yerr larr,byk betul ibu buang anak sekarang,,bapak jugakk dera anak..

CM berkata...

salam azima..

cam tu lah yg kak mas pikirkan org giler pun sayang mak...inikan org waras??? ada yg buang mak..

CM berkata...

salam afeez

isssh mana pulak dia kawan kak mas...bila pulak k.mas berkawan dgn dia...pandailah ko mengena akak yer..

CM berkata...

salam ciklie..


ye larrr soalan ciklie tu susah nak jawab...cepat skrg ada kasih anak bawak ibubapa ke rumah orang tua-tua..sedihkan

CM berkata...

salam hanis


sedihh lak dia,,

CM berkata...

salam razalisuryani


anak waras tu mungin akan hargai kalau dia dah jd giler..

CM berkata...

salam sayang untuk budirijali

terimakasih kerana menyedari kesilapan CM,mungkin di lain masa CM akan belanja dia burger yer..insyallah

CM berkata...

salam U

yupp syurga bawah tapak kaki ibu,ibu kasih sejati..

Ayah Zain berkata...

salam cm

sayang ayah mengikut kata
sayang saudara sama berada
sayang ibu sayang sahaja
u buruk macam mana pun dia tetap menyayangi.


psst: pagi2 kat hotel baca n3 cm ni sayu hati, lama x jumpa mak ni

Ayah Zain berkata...

salam cm

sayang ayah mengikut kata
sayang saudara sama berada
sayang ibu sayang sahaja
u buruk macam mana pun dia tetap menyayangi.


psst: pagi2 kat hotel baca n3 cm ni sayu hati, lama x jumpa mak ni

lieza berkata...

terharu baca coretan CM..Kesiankan lelaki mental tu mesti pengalaman ditinggalkan isteri dan anak tp seorg tak pernah tinggalkan anak walau apa pun yg terjadi..Insaf seketika...

rezeki berkata...

salam cm

tiada yg dapat ku katakan ttg kasih sayang seorg ibu terhadap anak yang lahir dari rahim nya , itulah kasih sayang ibu yg tak ternilai sebenarnya

Unknown berkata...

salam dik Mas..

terharu dgn cerita lelaki 'mental' tu w/p gitu dirinya tp ibu tetap dihatinya , abis tu camna dgn kita ???? akak nk call mak di kampong sekarang juga , Mas mengingatkan akak pagi ni ,

Atikah berkata...

Salam kak,
Terharu baca kisah nie...

shami2 berkata...

Salam...CM

Sob..sob..sob sayu baca citer CM nih..abang mental tu yg mental pun tau kasih dan jasa ibu.....hu..hu..hu

Macam manalah abang/kakak prof,Dr,bagai semua bole tak berapa tau...

Kadangkala mereka melambakkan kemewahan pada si ibu..hingga si ibu gagal untuk berkata2 hatta yg benar sekalipun...sebagai nasihat...jasa ibu dibeli atau dibalas dengan wang ringgit...
semoga kita semua dalam lindungan Allah ..hendaknya

Asnija berkata...

Salam Mas,
Mas apa khabar? Harapan sihat bahagia dengan anak-anak dan suami, serta keluarga semuanya.

Kasih ibu memang membawa ke syurga...kasih ibu sejati kerana telah melalui saat-saat berkorban nyawa kerana anak...

Menyayangi anak walau dengan segala kekurangannya, kecacatannya, kegilaannya...itulah ibu mithali yang sebenarnya...menyayangi anak-anak tanpa besyarat...

Akak berdoa semoga kita semua boleh menjadi anak yang menyayangi ibunya tanpa bersyarat...walau dengan segala kekurangannya, kelemahannya, dan kenyayukannya...

Wassalam.

S berkata...

salam,

kasih ibu, membawa ke Syurga.

tapi ada ibu buang anak.

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Sememangnya kasih ibu membawa kesyurga kerana kasih ibu tiada tolok bandingnya..Rasullullah SAW bersabda ketika ditanya siapa yang kita patut sayang , rasul menjawab ibu sebanyak 3 kali, itu menandakan yang ibu itu ada lah segalanya, begitu juga ibu terhadap anaknya, walaupun dalam apa jua keadaan anak akan tetap dihati ibu..tersentuh hati akak dengan coretan cm ni..anak yang tak waras pun tahu menilai ibunyakan..macam mana kita tgk berita yg anak sanggup mengabaikan ibu yg sudah tua keseorangan kan ..

Itu lah nasib sesorang kita tak tahu kan..sama2 kita berdoa agar kita jgn ditinggalkan anak kita yer CM, akak dah takde ibu..

Unknown berkata...

Assalamualaikum CM... sedih dengar kata2 "Mat Mental" tu... Hampir meleleh air mata saya... tapi lagi sedih bila masih ramai lagi anak2 kat luar sana yg lagi sakit mentalnya dari "Mat Mental" tu...

sarah berkata...

salam CM,
terharu dgn cerita cikgu ni.. dan bnyk pengajaran yg dpt diambil.. 1st kasih seorang ibu..bg saya, kasih ibu mmg tiada tandingan dan 2nd, cara penilaian kita terhadap seorg mental... kekadang pemikiran org mental jauh baiknya dr kita seorg yg waras...

wallahualam

Azemi Ali berkata...

Salam CM

Cerita yang menarik. Org mental pun tahu kasih sayang ibu..

Dua hari lepas saya ke HKL melawat kawan sakit. Parking jauh dan terpaksa melalui wad mental. Semasa melalui kawasan wad mental, saya terdengar seorang pesakit mental berbangsa cina bercakap " diaorang tak percaya, mahu pergi london, minum samsu.. bla-bla-bla..." Yang peliknya kenapa dia cakap melayu, kenapa tak cakap cina..
mungkin orang mental tak semental yang kita tengok kot..masih ada kewarasan di antara mereka...macam lelaki yang CM jumpa tu gak..

Unknown berkata...

Salam CM,

Muda2 dah sakit mental ya! Semoga Allah menguatkan diri kita semua dlm menghadapi apa2 musibah dan cabaran dlm kehidupan ini.

Kasih ibu sepanjang masa, dulu, kini dan selamanya.

mfisma berkata...

Salam CM...kekadang good values kita dapat belajar dari orang yang kita pandang hina tapi mulia hatinya..saya belajar sesustu dari mat mental ini..TQ CM..

PINATBATE berkata...

kesiannya...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam cm,

kasih ibu! tapi ada jugak ibu2 yang buang anak!

Noor berkata...

Salam CM..

Semoga Allah merahmati lelaki mental ini dan memberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk ibu nya..

ibu.. ibuuuu.. engkaulah ratu hati ku...

mama ju berkata...

salam cikgu


Terharu baca cerita ni...

Hebat cerita2 dr CM...ada2 saja dan semuanya menginsafkan!
Teruskan melihat sekeliling dengan matahati cikgu!

Terimakasih

indahhouse berkata...

salam CM,
sob sob. kalu saya mesti berlinang mata tgok mak lelaki tu. sabarnya makcik tu..

i amsterdam berkata...

Assalamualaikum,

Saya "blogwalking" dan terjumpa artikel ini. Tersentuh hati saya dengan apa yang dikata oleh lelaki ini. Memang benar sekali...

Semuga Allah ringankan beban ibunya yang pasti uzur itu...

SELAMAT HARI IBU

i amsterdam berkata...

Assalamualaikum,

Saya "blogwalking" dan terjumpa artikel ini. Tersentuh hati saya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Memang benar sekali...

Semuga Allah ringankan beban ibunya yang pasti sudah uzur itu...

SELAMAT HARI IBU

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....